fbpx

Fidyah Puasa: Ganti Puasa Atau Bayar?

Hari ini saya nak kongsi mengenai fidyah puasa. Kita biasa dengar fidyah, tetapi adakah kita faham apakah dimaksudkan dengan fidyah puasa? Sebenarnya, siapa yang wajib bayar fidyah dan ganti puasa? Dalam permasalahan fidyah, saya kongsikan jawapan kepada persoalan kita semua mengenai qadha' (ganti puasa) dan fidyah. 

Apa Itu Fidyah?

Menurut Kamus Dewan, fidyah bermaksud suatu denda atau tebusan yang dikenakan kepada seseorang kerana meninggalkan sesuatu fardu atau kerana melanggar syarat ibadat tertentu. Manakala secara istilah, fidyah merupakan suatu ganti rugi untuk satu kesalahan yang melibatkan amal ibadat tertentu yang lazimnya dibayar dalam bentuk wang, makanan asasi atau haiwan.

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.

(Pusat Pungutan Zakat, 2022)

Siapa Wajib Bayar Fidyah?

siapa wajib bayar fidyah

Siapa Wajib Bayar Fidyah

Sumber gambar: kaptennews.com

Permasalahan Fidyah Puasa (Qadha’ & Fidyah)

Anda boleh rujuk gambar dibawah untuk faham persoalan mengenai Qadha & Fidyah:

permasalahan fidyah

Fidyah merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud anda tidak perlu lagi menggantikan puasa anda kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan.

hukum fidyah

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB.

“Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”

(Al-Baqarah ayat 184)

Ianya wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT jika tidak dilaksanakan. 

Bagaimana Caranya Mengira Fidyah?

“Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya (Siti Murni, 2022)”.

TAKSIRAN FIDYAH

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

(Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), 2021)

jumlah fidyah mengikut negeri

Kadar Fidyah Mengikut Negeri

Sumber gambar: Harian Post

Kadar fidyah berbeza mengikut negeri. Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak. Contohnya, kadar fidyah di Kelantan adalah RM1.75 bagi setiap hari puasa yang wajib digantikan. KALKULATOR TAFSIRAN FIDYAH, antara salah satu inisiatif yang anda boleh manfaatkan untuk kira bayaran fidyah. 

Cara kiraan ini pasti bermanfaat untuk membantu anda mengira berapa fidyah yang dikenakan. Insha Allah.. sangat mudah dan cepat. 

Gandaan Fidyah

senarai negeri fidyah berganda

Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan seperti senarai diatas. Manakala Selangor dan Perlis adalah negeri yang fidyah tidak berganda.

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (sehingga tiba bulan Ramadhan berikutnya), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

(Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, 2019)

Apa Nak Buat Kalau Lupa Berapa Hari Yang Ditinggalkan?

“Menurut page Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau tidak ingat bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) yang paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati).” 

(Harian Post, 2022)

Cara Bayar Fidyah Puasa Secara Online

Harian Post - Fidyah

Untuk memudahkan anda, dibawah adalah beberapa kalkulator fidyah yang akan mengira fidyah secara automatik seperti yang dikongsikan dalam Harian Post yang mendapat 436 share dan 1.1k view.

Anda boleh pilih ikut negeri masing-masing:

Kedah: RM1.80

Perlis: RM5.00

Pulau Pinang: RM1.75

Perak: RM1.80

Selangor: RM1.80

Wilayah Persekutuan: RM4.00

Negeri Sembilan: RM1.75

Melaka: RM1.80

Johor: RM1.75

Pahang: RM1.75

Terengganu: RM1.75

Kelantan: RM1.75

Sarawak: RM1.75

Sabah: RM1.75

Penutup

Platform pembayaran dalam talian ini lebih pantas dan selamat dalam situasi endemik 2022 ini di mana kejadian penyakit atau agen penyakit yang sentiasa wujud di sesuatu tempat. Langkah yang selamat ialah melalui pembayaran atas talian disamping kalkulator fidyah yang disediakan pastinya memudahkan pengiraan kadar fidyah yang perlu anda bayar.

Antara artikel menarik berkaitan puasa/ramadhan:

Leave A Reply

Your email address will not be published.