Hari ini saya nak kongsi resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram yang sedap. Masakan ini cukup mudah disediakan. Sesuai sangat untuk orang bujang mahupun surirumah yang nak masakan yang simple. Sekejap je nak masak pak choy tumis sos tiram ini. Nak ratah sahaja pun sedap, apalagi makan dengan nasi panas-panas. Sesuai juga dijadikan sebagai lauk untuk berpantang kerana bermanfaat untuk membuang angin dalam badan, seperti yang diamalkan oleh masyarakat India yang berpantang (Mingguan Wanita, 2022).
Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram Che Nom
Pak Choy Tumis Sos Tiram: Sumber Che Nom
Bahan-bahan:
- 4-5 pokok sayur Pak Choy
- 4 sudu besar sos tiram
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- satu hirisan nipis halia, cincang halus
- sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
- 1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- sedikit bawang goreng
- hirisan cili api
Cara-cara:
- Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam. Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis air.
- Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar. Tapis kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.
- Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa.
- Tuang kuah sos tiram dan tabur bawang goreng bersama hirisan cili jika suka.
Tips:
- Che Nom tidak masukkan garam ke dalam kuah sos tiram kerana sos tiram dan serbuk pati ayam sudah masin rasanya.
Resepi Sawi Pak Choy Tumis Sos Tiram Bella Jamal
Sawi Pak Choy Tumis Sos Tiram: Sumber Bella Jamal
Bahan-bahan:
- 2 batang pak choy
- 2 biji cili api
- 2 ulas bawang merah (dihiris)
- 4 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 sudu sos tiram
- Air secukupnya
- Serbuk perasa jika suka
- Garam
Cara-cara:
- Cuci bersih pak choy yang telah dipotong.
- Panaskan sediki minyak, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan sos tiram dan kacau sekejap.
- Kemudian masukkan sawi pak choy tadi, kacau rata.
- Tambahkan air secukupnya dan masak seketika sampai mendidih.
- Akhir sekali perasakan dengan garam atau serbuk perasa, kacau dan sesuaikan rasa.
Tips:
- Boleh tambah sedikit ikan bilis dan tauhu dalam masakan.
- Boleh gunakan sedikit isi ayam atau udang untuk bahan tambah.
Resepi Baby Siew Pak Choy Tumis Azhafizah
Baby Siew Pak Choy Tumis: Sumber Azhafizah
Bahan-bahan:
- baby siew pak choy
- bawang putih
- sos tiram
Cara-cara:
- Baby siew pak choy ditumis dengan bawang putih dan bawang merah.
- Kemudian tambah sos tiram pun dah sedap.
Resepi Masak Tumis Pak Choy Sos Tiram Simple
Masak Tumis Pak Choy Sos Tiram Simple: Sumber Sedap Food
Bahan-bahan:
- 5 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 pokok sayur pakchoy | celur seketika
- Sedikit air
- 1 sudu besar minyak untuk tumis
- sedikit bancuhan air tepung jagung | | dalam 1/2 sb tepung jagung campur air, untuk pekatkan kuah
Cara-cara:
- Celur sayur di dalam air panas seketika. Jangan terlampau lama nanti sayur hilang khasiat dan layu.
- Angkat, bilas bawah air mengalir, tos dan susun atas pinggan.
- Panaskan minyak di dalam kuali
- Tumis bawang putih sehingga naik bau. Angkat dan tos minyak.
- Kemudian susun bawang putih tu atas sayur pak choy.
- Guna kuali yang sama, masukkan sedikit air untuk jadikan kuah tumis. Jangan terlalu banyak. Agak-agak sahaja.
- Masukkan juga sos tiram sebagai perasa sayur pak choy. Gaul rata
- Tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin dan berlemak.
- Sekiranya terlampau masin, tambahkan sedikit gula dan adjust dengan air. Sekiranya kurang rasa, tambahkan lagi sos tiram. Dalam resepi ni Dya hanya guna sos tiram sahaja
- Last sekali, masukkan air bancuhan tepung jagung ke dalam tumisan. Tujuannya untuk pekatkan kuah.
- Kemudian boleh tuang kuah sos tiram atas sayur yang dah dicelur awal tadi.
- Boleh hidang.
Nota:
-
Kalau nak hiasan tambahan, boleh tambah hirisan cili merah serta bawang goreng, tabur atas sayur masing-masing.
Resepi Siew Pak Choy Dalam Sos Tiram Kak Rose
Siew Pak Choy Dalam Sos Tiram: Sumber Kak Rose
Bahan-bahan:
- seikat sayur siew pak choy (k rose guna 4 pokok)
- 4-5 sudu mkn sos tiram
- 3 ulas bawang putih- cincang
- seinci halia – cincang
- air sedikit
- serbuk perisa @ gula – jika suka
- tepung jagung+air sedikit untuk pekatkan kuah
- bawang putih goreng / bawang goreng – untuk hiasan
Cara-cara:
- Sayur jangan potong dulu… panaskan air. celur dengan batang-batang sekali (kak rose potong dulu baru celur).
- Angkat dan toskan. Potong bahagian yang hujung. Susun dalam pinggan dan ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bahan cincang hingga naik bau @ kekuningan.
- Masukkan sos tiram dan juga air sedikit. Kacau. Masukkan perisa jika suka. Tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin. Kalau nak pekat masukkan tepung jagung + dibancuh dengan sedikit air.
- Didihkan. Tutup api. Tuang kuah atas sayur tadi.
- Hiaskan dengan bawang putih goreng / bawang goreng. Dah siap!
Resepi Siew Pak Choy Dengan Sos Tiram & Sos Lada Hitam
Siew Pak Choy Dgn Sos Tiram & Sos Lada Hitam: Sumber K Nor
Bahan-bahan:
- 5 atau 6 pokok siew pak choy
- 5 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang halus
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu sos lada hitam
- 2 – 3 sudu air
- 1/2 sudu teh gula ~ jika suka sedikit minyak
Cara-cara:
- Celur seketika siew pak choy dlm air panas yang diletakkan sedikit minyak masak.
- Angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk/paip utk menghentikan proses masak sayur tu. Angkat dan toskan. Kemudian letakkan dalam pinggan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan sos tiram dan sos lada hitam. Kacau. Masukkan air dan gula (tak perlu diletakkan garam lagi kerana dah ada rasa masin dari kedua-dua sos tadi).
- Goreng sehingga sedikit pekat. Tuangkan sos ke atas sayur tadi.
- Hidangkan panas-panas.
Resepi Pak Choy Ala The Chicken Rice Shop
Pak Choy Ala The Chicken Rice Shop: Sumber Vanilla Kismis
Bahan-bahan:
- 2 pokok sayur Pak Choy
- 3 atau 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 inci halia (dicincang)
- 4 sudu besar sos tiram
- 1 cawan air
- 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- 1 biji cili merah
- Sedikit bawang goreng
- Serbuk lada
Cara-cara:
- Potong bawah batang Pak Choy. Basuh bersih.
- Didihkan air. Pegang atas sayur, celur batang dulu macam gambar atas. Bila batang Pak Choy dah lembut sikit, celurkan sekejap semuanya dalam air panas.
- Angkat dah toskan. Susun atas pinggan.
- Untuk sos, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga naik bau.Goreng sampai kekuningan, biar garing sikit je.
- Masuk 4 sudu besar sos tiram. Kacau bagi sama rata kemudian masuk 1 cawan air. Masuk tepung jagung yang dibancuh. Kacau sebati.
- Dah likat, boleh tambah garam dan gula jika mahu. Siap kuah. Tutup api.
- Curah sos tadi atas pak choy yang dicelur tadi.
- Boleh tabur cili, bawang goreng, atau tabur lada sulah.
Penutup
Untuk mendapatkan sayur yang sedap, jangan dicelur terlalu lama kerana tekstur sayur haruslah masih rangup semasa dihidangkan. Itu yang membuatkan rasa masakan sayur ini sedap dan special.
Anda juga boleh cuba resepi ini:
- 7 Resepi Dalca Sayur Popular 2021: Mudah Dan Sedap!
- 9 Resepi Kerabu Pegaga Sedap (Salad Superfood Untuk Ibu Berpantang)
- 5 Resepi Terung Salted Egg Special Yang Sedap, Confirm Menjadi!
- Shhh..13 Resepi Terung Goreng Tepung (Crispy, Viral Dan Sedap)
- 5 Resepi Kangkung Goreng Belacan Viral 2022 (Mudah Dan Sedap)
- 9 Resepi Bayam Goreng Yang Sedap Dan Simple!
- 15 Resepi Bendi Goreng Sedap (Superfood Yang Banyak Khasiatnya!)
- 17 Resepi Sayur Masak Lemak Sedap, Masakan Kampung Simple Je!
- 9 Resepi Labu Air Yang Sedap Dan Simple!
- 7 Resepi Sayuran Rangup Digoreng! Simple Dan Sedap
- 7 Resepi Brokoli Yang Sedap, Menu Diet Yang Mengenyangkan!!