fbpx

9 Resepi Labu Air Yang Sedap Dan Simple!

Hari ini saya nak kongsi resepi labu air. Menu labu air ini salah sesuai bagi mereka yang tidak berminat untuk masakan bersantan. Rasa labu air adalah tawar dan bersifat sejuk. Sebab tu kita kena tambahkan sedikit lada hitam semasa memasaknya. Walaubagaimanapun, sayur labu air ini bagus dan banyak khasiat sebab banyak kandungan air. Makan dengan nasi panas-panas. Jangan dilupa ikan yang digoreng garing, ikan kering dan sambal belacan.. pergh.. Pasti makin berselera!

Resepi Labu Air Tumis Melin Blossom

Labu Air Tumis Melin Blossom

Labu Air Tumis: Sumber Melin Blossom

Bahan Tumis (hiris):

  • 1 biji bawang merah kecil
  • 1 ulas bawang putih 

Bahan:

  • 1/4 potong labu air – buang kulit dan potong dadu
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 cawan air
  • Garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam knorr
  • Minyak
  • 2 biji cili padi – ketuk

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga layu.
  2. Masukkan lada hitam dan ikan bilis. Kacau.
  3. Masukkan air dan labu air. Kacau rata.
  4. Tutup dan biarkan labu empuk.
  5. Perasakan dengan garam dan pati ayam.
  6. Masukkan cili padi dan boleh dihidang.

Resepi Tumis Labu Air Mat Gebu

Tumis Labu Air Mat Gebu

Tumis Labu Air: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 biji labu air sederhana besar
  • 1 cekak soo hoon, kerat dan rendam
  • 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
  • 1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
  • 5 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 liter air
  • Garam secukup rasa
  • Secubit gula
  • Bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Kupas labu air, cuci dan belah dua, kemudian belah lagi dua setiap bahagian, potong serong setiap belahan dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan udang kering, bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga perang dan harum. Masukkan air dan juga lada hitam, biar mendidih.
  3. Masukkan labu air, soo hoon dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga labu air lembut. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan segera.

Resepi Labu Siam Masak Air Dapur K Jee

Labu Siam Masak Air Dapur K Jee

Labu Siam Masak Air: Sumber Dapur K Jee

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Labu siam
  • Udang kering

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih, bawang merah dan letak air.
  2. Kemudian letak udang kering.
  3. Bila dah mendidih, letaklah sayur ini yang telah dihiris-hiris.

Resepi Labu Tumis Ikan Bilis Rose Nani

Labu Tumis Ikan Bilis Rose Nani

Labu Tumis Ikan Bilis: Sumber Rose Nani

Bahan-bahan:

  • 1 biji labu air saiz kecil
  • 2 labu bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Kupas dan potong labu air. Tumbuk bawang dan ikan bilis.

  2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk. Kacau hingga kekuningan. Masukkan air. Biarkan mendidih.

  3. Masukkan labu air dan masak hingga empuk. Tambahkan garam. Kacau.

  4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Tumis Labu Air Bella Jamal

Tumis Labu Air Bella Jamal

Tumis Labu Air: Sumber Bella Jamal

Bahan A:

  • 1/2 biji labu air
  • 1/2 cekak suhun
  • 3 ekor udang segar
  • Sedikit lobak
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 kiub ayam/ikan bilis
  • Garam dan gula
  • Minyak masak
  • Air

Bahan B:

  • 1/2 bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji lada merah
  • 1/2 inci halia

Cara-cara:

  1. Kupas labu air dan dipotong serong atau dadu. Potong ikut suka pun boleh.
  2. Untuk suhun, kerat dan rendam terlebih dahulu sehingga lembut supaya nanti tak over meyerap kuah.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam periuk/kuali dan tumis bahan B sampai wangi.
  4. Masukkan lobak dan udang segar dan godek-godek tumis sekejap.
  5. Masukkan air, serbuk lada hitam, kiub ayam dan potongan labu air dan biarkan hingga mendidih.
  6. Campakkan suhun dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Masak hingga labu air lembut dan tutupkan api.

Nota:

  • Boleh gunakan ikan bilis atau udang kering jika tiada udang segar
  • Jika gunakan isi ayam, tumis dahulu pad step 4
  • Tutup periuk 5 minit untuk empukkan labu, kemudian buka semula tutup periuk supaya labu tidak lembik.
  • Boleh juga masukkan sedikit sos tiram dan guna serai yang diketuk semasa menumis
  • Boleh tambahkan fucuk atau tauhu

Resepi Sayur Labu Air Lina Pg

Sayur Labu Air Lina Pg

Sayur Labu Air: Sumber Lina Pg

Bahan-bahan:

  • 1 biji labu air (linapg gn saiz kecil jer)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sudu besar udang kering (rendam jap ngan air panas spy kembang-tumbuk)
  • 1 sudu kecil cili giling
  • Sedikit serbuk lada hitam  (kasar)
  • sedikit karot
  • 1 batang celeri (xboh pun xpe)
  • 1 kiub ikan bilis/garam&gula(perasa)
  • Air secukupnya
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
  2. Masukkan cili giling, tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air dan kiub ikan bilis dan serbuk lada hitam .
  4. Masukkan labu air, karot dan celeri.
  5. Tunggu hingga labu empuk. Sesuaikan rasa. Tutup api.

Resepi Sayur Pedas Labu Air Yang Sangat Sedap

Sayur Pedas Labu Air yang sangat Sedap

Sayur Pedas Labu Air Yang Sangat Sedap: Sumber Dapur Cempaka Sari

Bahan-bahan:

  • 1 biji labu air – dikupas kulit dan dipotong kecil
  • 1 ekor ikan rebus atau ikan panggang – ambil isinya
  • 1/4 biji bawang merah besar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 4 cawan air
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa, jika suka

Cara-cara:

  1. Labu air dikupas kulit, dipotong kecil dan direndam dalam air.
  2. Ikan rebus diambi isinya. Tulang dibuang atau ditanam. Mana tau ia akan tumbuh pokok. Pokok ikan. Nanti senang kita petik ajer ikan tu.
  3. Mula-mula tumbuk lada hitam sampai lumat. Lepas tu masukkan bawang merah besar dan hayun alu lesung lagi dengan penuh kasih sayang sehingga lumat.
  4. Sudah lumat bawang, masukkan pula isi ikan. Tumbuk lagi dengan penuh istiqamah dan berdedikasi. Tumbuk sehingga lumat.
  5. Kemudian, ambil periuk atau kuali kesayangan kita, masukkan 4 cawan air dan bahan tumbuk tadi. Buka api.
  6. Biarkan sehingga menggelegak sambil dikacau sekali-sekala.
  7. Sambil itu juga masukkan garam, gula dan serbuk perasa sesedap rasa.
  8. Bila dah menggelegak, toskan labu air yang dibiarkan berenang di dalam air tadi.
  9. Masukkan labu air ke dalam kuah yang sedang menggelegak.
  10. Biarkan labu air masak sambil dikacau sekali-sekala. Kalau korang rajin nak kacau selalu pun tiada masalahnya.
  11. Bila labu air dah masak, tutuplah api. Tanda labu air masak ialah warnanya dah berubah dan nampak layu sikit. 
  12. Dah siap, masukkan ke dalam mangkuk hidang. Letak bawah tudung saji.

Resepi Sayur Pedas Labu Air Yaya Zura

Sayur Pedas Labu Air Yaya Zura

Sayur Pedas Labu Air: Sumber Yaya Zura

  • 1 biji labu air dibuang kulit, belah dua dan potong dalam setengah inci
  • 2 ekor ikan selayang
  • 1 labu bawang besar – tumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 1 sudu besar lada hitam – tumbuk halus
  • Daun kesum
  • Daun kemangi
  • Suhun & fucuk
  • 500 ml air
  • Garam

Cara-cara:

  1. Ikan dicuci bersih. Rebus seketika dengan sedikit garam kasar.  Ambil isi ikan dan ramas halus.
  2. Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan juga bahan-bahan tumbuk, labu , isi ikan, daun kesum dan daun kemangi.
  3. Tutup periuk. Biarkan air  mendidih dan labu menjadi lembut.
  4. Boleh letak sedikit suhun dan fucuk.
  5. Perasakan dengan garam.

Resepi Sayur Pedas Labu Air K Nor

Sayur Pedas Labu Air K Nor

Sayur Pedas Labu Air: Sumber K Nor

Bahan-bahan:

  • 1 labu air saiz sederhana
  • sedikit isi ikan ~ ikan panggang atau ikan rebus
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar budu
  • secekak daun kesum
  • garam dan gula secukup rasa\
  • 1 liter air

Cara-cara:

  1. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan labu yang telah dipotong. Tumbuk hingga lumat bawang merah, lada hitam dan isi ikan.
  2. Ambil sedikit air dari dlm periuk yang berisi labu dan gaul sebati dgn bahan-bahan yang ditumbuk dan masukkan bancuhan tadi ke dalam periuk.
  3. Jangan sekali-kali masukkan bahan-bahan tumbuk direct kedalam periuk, nanti isi ikan jadi berketul-ketul.
  4. Masukkan budu, garam dan sedikit gula. Dalam masakan K.Nor memang tak menggunakan MSG atau tok aji sbb tu K.Nor gantikan dengan sedikit gula.
  5. Lepas tu masukkan daun kesum dan masak lah hingga mendidih dan labu bertukar warna. Jangan terlalu lama, nanti labu menjadi terlalu lecur/lembik.

Nota:

  • *Sesetengah org guna daun kemangi tp K.Nor lebih suka guna daun kesum.
  • *Kalau tak ada isi ikan, boleh diganti dgn keropok ikan yang dipatah-patahkan.

Penutup

Bahan-bahan pun simple saja. Yang penting, anak dan suami suka tak gitu?

Anda juga boleh cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.