fbpx

17 Resepi Sayur Masak Lemak Sedap, Masakan Kampung Simple Je!

Hari ini saya nak kongsi resepi sayur masak lemak yang cukup menyelerakan bagi peminat masakan kampung. Makan bersama ikan goreng garing, tambah sedikit sambal belacan, memang kena sangat gabungan sayur lemak dan ikan goreng ni. Masakan ini cukup ringkas dan sedap. Mudah kan resepi ni. Tak perlu nak menumis dah. Siapa yang suka resepi yang simple boleh cuba masak sayur lemak ni. Kalau suka, anda juga boleh hidang bersama dengan budu. Tapi awas ya menu ni boleh buat lupa diri. Selamat mencuba.

Resepi Kobis Masak Lemak Putih Che Nom

Kobis Masak Lemak Putih Che Nom

Kobis Masak Lemak Putih: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji kobis bulat, hiris kasar
  • 1/2 batang karot, hiris nipis
  • 1 ketul tauhu, potong kiub
  • 1 genggam ikan bilis, rendam dan tumbuk kasar
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan santan cair di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, bilis tumbuk, tauhu dan karot.
  2. Masukkan kubis dan cili merah, masak seketika sehingga lembut.
  3. Masukkan pula santan pekat dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul. Api mestilah perlahan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tips:

  • Tujuan santan cair dimasukkan dahulu dan santan pekat dimasukkan kemudian ialah supaya kuah masak lemak tidak berketul dan masak sekata di akhirnya. Jika santan pekat dimasak terlalu lama, kuah menjadi tidak elok dan sekata.

Resepi Kobis Masak Lemak Putih Mat Gebu

Kobis Masak Lemak Putih Mat Gebu

Kobis Masak Lemak Putih: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji kobis bulat saiz sederhana, hiris, cuci dan toskan
  • 2 keping tempe, dipotong kiub
  • 5 biji cili padi merah thai, belah 2 tapi tak putus setiap 1
  • 1 cekak soo hoon, kerat dan rendam hingga lembut
  • 1200 ml santan cair
  • 400 ml pati santan
  • 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk hancur
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air jika perlu

Cara-cara:

  1. Masukkan tempe, udang kering, bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk bersama santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan kobis dan gaul rata. Masak sekejap.
  2. Tuang sedikit air jika perlu. Kacau, masukkan soo hoon (toskan) dan cili padi. Tambah pati santan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil sambil dikacau selalu. 
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng… Selamat menjamu selera!

Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!

Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!

Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!: Sumber Lea Azee

Bahan-bahan:

  • Sayur kubis (hiris kecil dan dibasuh bersih-bersih)
  • 1 kotak santan
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana (hiris nipis)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • Sedikit carrot (hiris nipis)
  • Segenggam ikan bilis (cuci bersih)  *kalau takda ikan bilis boleh jugak letak udang kering  

Cara-cara:

  1. Masukkan bawang yang dah siap dihiris ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis/udang kering.
  2. Masukkan santan. Tambah air sikit jangan terlalu pekat santan.
  3. Buka api dan guna api perlahan. Kacau santan dan semua bahan-bahan. Mesti kacau supaya santan tak pecah minyak ye.
  4. Bila dah agak mendidih, masukkan carrot, kubis dan cili merah. Masak sampai sayur masak.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Dah siap boleh la tutup api dan hidang.

Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Sangat Simple

Sayur Kubis Masak Lemak Sangat Simple

Sayur Kubis Masak Lemak Sangat Simple: Sumber Mommy Winwinn

Bahan-bahan:

  • Sayur kubis (hiris kecil dan dibasuh bersih-bersih)
  • Satu mangkuk kecil santan
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana (hiris nipis)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • Sedikit carrot (hiris nipis)
  • Segenggam ikan bilis (cuci bersih)
  • *kalau takda ikan bilis boleh jugak letak udang kering

Cara-cara:

  1. Masukkan bawang yang dah siap dihiris ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis/udang kering.
  2. Masukkan santan. Tambah air sikit jangan terlalu pekat santan.
  3. Buka api dan guna api perlahan. Kacau santan dan semua bahan-bahan. Mesti kacau supaya santan tak pecah minyak ye. 
  4. Bila dah agak mendidih, masukkan carrot, kubis dan cili merah. Masak sampai sayur masak.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya. 
  6. Dah siap boleh la tutup api dan hidang

Resepi Sayur Lemak Putih Kesukaan Anak-Anak

Sayur Lemak Putih Kesukaan Anak-Anak

Sayur Lemak Putih Kesukaan Anak-Anak: Sumber Nina Salleh

Bahan-bahan:

  • Sayur pilihan. Kalau nak nampak warna warni boleh masukkan carrot dan kubis ungu.
  • Santan 1 kotak kecil dan 3 kotak air.
  • Bawang besar Holland dihiris.
  • 4 biji bawang merah.
  • 1 genggam ikan bilis (Kalau tak ada ikan bilis, boleh gantikan dengan ikan sardin atau ikan selayang yang direbus terlebih dahulu)
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Kisar bawang merah dan ikan bilis.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Sayur yang lembut seperti kobis, masukkan bila dah mendidih.
  3. Masukkan santan. Kemudian barulah buka api.
  4. Biarkan saja sehingga mendidih.
  5. Perasakan dengan garam. Barulah masukkan sayur yang lembut.
  6. Siap untuk dihidang bersama dengan ikan rebus digoreng dan makan bersama nasi panas.

Resepi Masak Lemak Putih Sayur Campur Nennie Khuzaifah

Masak Lemak Putih Sayur Campur Nennie Khuzaifah

Masak Lemak Putih Sayur Campur: Sumber Nennie Khuzaifah

Bahan-bahan:

  • 500 gram taugeh
  • 1 batang carrot – saiz besar
  • 1 ikat kucai santan kelapa – secukupnya
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Bersihkan sayur taugeh/carrot/kucai dan ketepikan dulu , carrot dipotong kecil , bersihkan ikan bilis dan  bawang merah serta bawang putih dipotong nipis .
  2. Masukkan santan , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk .
  3. Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la di masukkan semua sayur carrot dan garam secukup rasa , bila carrot dan lembut boleh dimasukkan semua taugeh serta kucai .
  4. Sekali sekala kacau sampai sayur sebati dengan kuah dan masak . Tutup api dapur bila taugeh dan masak serta boleh dihidangkan .

Resepi Sawi Masak Lemak Putih Azian Khalil

Sawi Masak Lemak Putih Azian Khalil

Sawi Masak Lemak Putih: Sumber Azian Khalil

Bahan-bahan:

  • 1 ikat sawi putih (biasa dala 3 ke 4 pokok gitu)
  • sejemput ikan bilis – kisar
  • 1 biji bawang sederhana besar – kisar
  • 3 ulas bawang putih -kisar
  • 1 batang lobak merah – hiris nipis jika suka
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 cawan air
  • 2 sudu minyak masak
  • Garam

Cara-cara:

  1. Leraikan sawi dari pokoknya sehelai sehelai dan masuk dalam besen. Masukkan air dan garam dalam besen tu. Biarkan beberapa minit ambil kupas kulit bawang.
  2. Bilas daun sawi sehelai sehelai di bawah cucuran air paip, toskan dalam penapis. Potong daun sawi satu inci satu inci. Asing antara daun dan batang. 
  3. Kisar bawang, bawang putih dan ikan bilis bersama. Takyah hancur sangat, kalau rajin boleh guna lesung batu je.
  4. Tumis bahan kisar dengan sedikit sahaja minyak, kalau kering sangat boleh tambahkan sedikit sahaja air. Sedikit tau. Untuk mudahkan bahan tumis tu masak.
  5. Kemudian masukkan air bersama carrot dan batang sawi supaya lembut.
  6. Bila carrot dan batang sawi dah lebut, masukkan santan dan garam. Sentiasa timba santan supaya santan tidak pecah. Timba tu macam kacau la…tapi ceduk sikit, dan curah semula. Lupa pulak nak ambil gambarnya.
  7. Bila santan dah mendidik, masukkan daun sawi. Masak daun sawi sekejap je. Agak agak daun sawi dah layu, matikan api. 
  8. Rasa kuah…Kalau masin sangat tambah air panas. kalau tak rasa garam, tambah je garamnya sementara tengah panas ni. Make sure pakai garam halus ya… karang ada yang krak kruk rasa garam pulak. 
  9. Ceduk lauk masuk dalam mangkuk. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan

Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan Azie Kitchen

Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kotak santan kotak
  • 1 batang petola 
  • 1-2 tangkai cili hijau solok
  • 1/2 tangkai cili merah
  • 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
  • Garam – jika perlu

Bahan Tumbuk:

  • 1 ekor ikan rebus – ambik isi
  • 1-2 ulas bawang merah
  • 1/2 sudu besar lada hitam

Cara-cara:

  1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama 1 1/2 kotak air  atau secukupnya bergantung kepada kepekatan kuah yang disukai. Jerang di atas dapur sambil terus dikacau di atas api yang sederhana besarnya.
  2. Apabila hampir mendidih, masukkan bahan tumbuk dan kacau lagi sehingga ianya mendidih. Perlu dikacau supaya santan tidak berketul.
  3. Masukkan petola dan kacau rata. Bila agak separuh lembut, baru dimasukkan cili hijau dan cili merah.
  4. Tujuan saya memasukkan cili merah adalah untuk menambah warna pada masak lemak putih ini. Tidaklah putih dan hijau sahaja.
  5. Akhir sekali, masukkan Maggi Cukup Rasa.
  6. Bolehlah tutup api dan terus dikacau lagi selama beberapa minit supaya kuah cantik dan tidak berketul. 

Nota:

  • Jangan biarkan petola terlalu lembut kerana ketika kuah sejuk, ia akan menjadi terlebih masak. Saya suka yang agak rangup. 

Resepi Sayur Masak Lemak Huda Aziz

Sayur Masak Lemak Huda Aziz

Sayur Masak Lemak: Sumber Huda Aziz

Bahan-bahan:

  • Taugeh 50sen
  • Sawi seikat
  • Santan secukupnya
  • 3 ulas bawang merah
  • Sedikit isi ikan rebus
  • 1 batang cili merah*
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang merah sehingga hancur dan masukkan isi ikan ditumbuk kasar. Satukan bahan tumbuk dengan santan dan dimasak sambil terus dikacau supaya santan tidak berketul.
  2. Masukkan batang sawi terlebih dahulu dan bila lembut baru dimasukkan daun sawi dan taugeh serta cili merah.
  3. Masukkan sedikit garam dan tutup api supaya taugeh tidak terlalu masak.

Resepi Sayur Petola Masak Lemak dengan Fucuk dan Suhun

Sayur Petola Masak Lemak dengan Fucuk dan Suhun

Sayur Petola Masak Lemak dengan Fucuk dan Suhun: Sumber Nafiesanur

Bahan-bahan:

  • Bawang besar – separuh
  • Bawang putih – 3 biji
  • Cili merah – separuh
  • Petola – sebiji (buang tepi)
  • Hiris semuanya
  • Fucuk dan suhun direndam sekejap sehingga lembut
  • Santan kotak KARA ataupun santan segar

Cara-cara:

  1. Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan direbus sehingga petola lembut.
  2. Setelah lembut, masukkan santan, saya gunakan separuh santan kotak jenama KARA dan sentiasa kacau.
  3. Setelah mendidih, tutup api dapur dan sedia untuk dihidang.

Resepi Sayur Petola Masak Lemak Hafizah Yahya

Sayur Petola Masak Lemak Hafizah Yahya

Sayur Petola Masak Lemak: Sumber Hafizah Yahya

Bahan-bahan:

  • 2 biji petola – di buang kulitnya dan di potong
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 4 biji bawang merah – di mayang
  • 1 ulas bawang putih – di mayang 
  • sebungkus kecil suun – di rendam sebentar
  • 1 biji telur
  • 1 biji cili merah
  • beberapa ekor udang yang di kupas kulit 

Cara-cara:

  1. Didihkan air di dalam periuk.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan kiub pati ikan bilis. Pecahkan telur kedalam kuah sayur dan  biarkan mendidih seketika.
  3. Masukkan sayur petola, udang, cili merah, santan, suun dan garam. Masak sehingga mendidih dan suaikan rasa.

Resepi Masak Lemak Putih Petola Bella Jamal

Masak Lemak Putih Petola Bella Jamal

Masak Lemak Putih Petola: Sumber Bella Jamal

Bahan A:

  • Petola
  • Cili merah – hiris
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 cawan santan pekat 
  • Suuhun/fucuk 
  • Garam secukup rasa 
  • Sedikit air

Bahan B: (dihiris/ditumbuk)

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis atau udang kering

Cara-cara:

  1.  Bersihkan buah petola, buang kulit yang keras, potong kecil, nipis serong atau ikut suka.
  2. Rendam dahulu semua suuhun/fucuk. 
  3. Tumbuk semua bawang dengan ikan bilis/udang kering atau hiris je bawang.
  4. Tumiskan semua bahan B dan serai dalam periuk, kemudian tambah sedikit air dan biar mendidih.
  5. Masukkan petola dan didihkan di atas api.
  6. Kemudian baru masukkan santan dan kacau.
  7. Masukkan cili merah, suhun dan garam. Masak sehingga mendidih dan suaikan rasa.
  8. Bila petola lembut dan masak, angkat.

Resepi Taugeh Masak Lemak Putih

Resepi Taugeh Masak Lemak Putih

Taugeh Masak Lemak Putih: Sumber Catatan Tanpa Pena

Bahan-bahan:

  • 3-4 biji bawang merah
  • 10 ekor ikan bilis (lebih kurang la)
  • 500 ml santan kelapa
  • taugeh secukupnya (lebih kurang singgit je)
  • 1 biji tauhu (potong 9-12)
  • sebiji cili merah
  • garam/perasa secukupnya

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang hingga hancur dan masukkan ikan bilis dan tumbuk sikit-sikit (tak yah lumat sangat).
  2. Masuk santan dalam periuk dan masukkan bawang/ikan bilis yang ditumbuk tadi.
  3. Masak atas api sederhana dan perlu terus mengacau kuah sehingga santan mendidih sedikit (bagi mengelakkan santan berketul-ketul).
  4. Dah tu masukkan tauhu, garam dan perasa biar kejap.
  5. Dah rasa elok, baru masukkan taugeh dan cili (sebab tak nak taugeh lembik sangat kalau masuk awal-awal).
  6. Biar kejap dalam seminit…tutup api. Siap!

Nota:

  • Untuk kuahnya…bergantung pada individu…nak pekat atau cair. Sebaiknya beli kelapa parut sebiji dan perah 2-3 kali.

Resepi Sayur Lemak Sawi

Resepi Sayur Lemak Sawi

Sayur Lemak Sawi: Sumber Buku Resepi 

Bahan-bahan:

  • Sayur sawi
  • Air (ikut anggaran sayur dan santan)
  • Santan
  • Bawang besar ( dipotong empat)
  • Lada besar (dipotong memanjang)
  • Garam (secukup rasa)

Cara-cara:

  1. Panaskan periuk dan masukkan semua bahan diatas, sentiasa kacau sehingga mendidih,
  2. Kemudian, tutup api dan terus kacau bagi elakkan kuah berketul.

Resepi Masak Lemak Buah Gajus Sedap

Resepi Masak Lemak Buah Gajus Sedap

Masak Lemak Buah Gajus Sedap: Sumber Husniey Husain

Bahan-bahan:

  • 1 kg Jambu golok (Untuk ramai)
  • ½ kg Sotong bersaiz sederhana (Beberapa ekor)
  • Santan secukupnya
  • Bawang besar 2 biji
  • 2 biji cili merah
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Pertamanya perkara paling lama mestilah proses menyediakan bahan-bahan. Bawang besar dipotong 6, tak besar tak kecil sangat. Cili merah di potong memanjang dan halus. Ini mak husniey yang ajar. Dari cara potong sampailah cara memasaknya.
  2. Jambu golok mestilah dipotong dalam keadaan memanjang dan dibersihkan. Buang biji dan ramaskan ia untuk buang airnya. Letak jambu golok dalam periuk, masukkan air serta jambu golok yang dah bersih. Celurkan ia. Nak buang airnya tu je. Sekejap je tau dalam 5 minit. Toskan buang airnya.
  3. Jangan lupa, potong dan bersihkan sotong. Masukkan sayur jambu golok tersebut bersama sotong, santan secukupnya, bawang dan lain-lain bahan ke dalam periuk. Masukkan juga air putih secukupnya. Buka api perlahan dan sentiasa dikacau kuahnya tu (masakan bersantan kan kena jaga jagalah sikit, tak boleh nak leka).
  4. Perasakan garam dan gula sikit. Tak perlu lama sangat atas dapur tu, kejap je dalam 10 minit sebab ada sotong kan. Kalau dimasak lama akan liat pulak sotongnya. Dah siap tutup api dan dihidangkan bersama lauk lain. Ada sambal belacan serta ikan goreng lagi mengancam tau. Yang tak pernah cuba, jangan takut mencubanya sedap tau.

Resepi Kacang Panjang Masak Lemak Putih

Resepi Kacang Panjang Masak Lemak Putih

Kacang Panjang Masak Lemak Putih: Sumber Lea Azleeya

Bahan-bahan:

  • 6 @ 7 batang kacang panjang
  • 1 biji bawang besar – dibelah 4
  • 2 biji cili besar – dibelah 4
  • 1 kotak santan ayam brand
  • 1-2 ekor ikan selayang/ikan kembung – direbus & diambil isinya
  • Garam & serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara:

  1. Kacang panjang yang telah dipotong, direbus seketika. Jangan terlalu lama ye.. Nanti lembik tak sedap.. Toskan.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan isi ikan serta cili besar. Aku guna ikan selayang.. Manisssss.. hehe.. Masak dengan api yang perlahan.
  3. Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan juga bawang besar.
  4. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masak seketika. 
  5. Setelah masak, bolehlah dihidangkan.

Resepi Masak Lemak Sayur Bayam Merah Paling Mudah Dan Cepat

Masak Lemak Sayur Bayam Merah Paling Mudah Dan Cepat

Masak Lemak Sayur Bayam Merah: Sumber Shalimar Yusof

Bahan-bahan:

  • 200 gram santan
  • Seikat Bayam Merah
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 sudu kecil lada hitam*
  • Garam

Bahan bertanda * ditumbuk. 

Cara-cara:

  1. Masukkan santan ke dalam periuk, panaskan sambil itu tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Kemudian masukkan bahan tumbuk ke dalam santan. Kacau. Kalau rasa kuah sikit ke kurang ke boleh tambah santan atau air.
  2. Masukkan sayur bayam dan hirisan cili merah, perasakan dengan garam. Siap.

Nota:

  • Sesetengah orang dalam kuah pun ada yang tumbuk isi ikan sekali dengan bawang dan lada hitam tapi kali ini namanya paling cepat jadi kita ringkaskan tambah pula memang Sha nak makan dengan ikan juga.

Penutup

Bahan-bahan pun simple saja. Yang penting, anak suka tak gitu?

Anda juga boleh cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.