Hari ini saya nak kongsi resepi bayam goreng. Resepi sayur bayam goreng ini ringkas yang dan sangat sedap jika digandingkan dengan lauk seperti ikan goreng dan sambal belacan. Pasti akan bertambah-tambah nasi. Resepi sayur berdaun seperti sayur bayam ini sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia tinggi asid folik. Juga tinggi vitamin A, K, serat yang elok untuk sistem percernaan dan pelbagai lagi faedah lain. Bayam juga rendah kalori. Hal ini menjadikan ayam sebagai salah satu makanan yang bernutrisi lengkap.
Resepi Bayam Goreng Sos Tiram Azlita Aziz
Bayam Goreng Sos Tiram: Sumber Azlita Aziz
Bahan-bahan:
- 2 ikat sayur bayam ~ di potong
- 1 keping kecil ikan masin ~ ikan tenggiri atau ikan kurau, potomg atau hiris nipis
- 2 ulas bawang putih ~ di cincang
- 4 ulas bawang merah ~ di hiris
- 5 batang cili padi ~ di hiris
- sedikit belacan ~ di tumbuk
- 1 sudu besar sos tiram
- sedikit air
- sedikit minyak untuk menumis
- garam secukup rasa
Cara-cara:
- Satu yang telah di potong di cuci bersih ~ toskan airnya.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, belacan, ikan masin dan cili padi hingga naik bau.
- Tambahkan sedikit air, sos tiram dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Bila kuah dah didih, masukkan sayur bayam.
- Masak sebentar aje, bila layur aje sayur , tutup api. Sedia di hidangkan.
Resepi Bayam Goreng Sos Tiram Che Nom
Bayam Goreng Sos Tiram: Sumber Che Nom
Bahan-bahan:
- 1 ikat sayur bayam
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- sedikit kicap
- 1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- cili padi, tumbuk kasar
Cara-cara:
- Bersihkan bayam, potong dan asingkan bahagian daun dan batangnya.
- Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- Masukkan bahagian batang bayam bersama sos tiram. Tuang sedikit kicap jika suka.
- Masukkan pula sayur bayam bahagian daun dan kacau sehingga layu.
- Tuang air bancuhan tepung jagung tadi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya. Tambah sedikit air jikan anda ingin lebihkan kuah.
- Angkat dan tabur dengan sedikit bawang goreng untuk hiasan.
Tips:
- Untuk basuh sayur bayam supaya betul-betul bersih, rendam dalam air seketika supaya pasir yang melekat di bayam mudah hilang jika dicuci.
Resepi Sayur Bayam Goreng Ala Fasha Sandha
Sayur Bayam Goreng Ala Fasha Sandha: Sumber Azie Kitchen
Bahan-bahan:
-
2 ikat bayam
-
1/2 mangkuk udang
-
1 batang karot
-
Garam
-
2-3 ulas bawang merah
-
2 ulas bawang putih
-
1 tangkai cili merah
Cara-cara:
-
Bawang dikisar atau ditumbuk kasar.
-
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan udang dan kacau.
-
Masukkan karot dan kacau rata. Tuang sedikit air bagi melembutkan karot.
-
Setelah karot lembut, masukkan batang bayam terlebih dahulu sebelum dimasukkan daun. kacau sehingga bayam lembut.
-
Masukkan garam dan juga cili merah hiris. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
Resepi Sayur Bayam Dengan Cendawan
Sayur Bayam Dengan Cendawan: Sumber Lidya Izzati
Bahan-bahan:
- Seikat sayur bayam bulat
- Separuh cendawan tiram
- 2 biji bawang
- 3 biji bawang putih
- 2 sudu makan ikan bilis
- 3 cili kampung (kalau nak pedas. Taknak pedas tak buhh pun takpa)
Cara-cara:
-
Siang sayur bayam dan asingkan batang dan daun bayam siap-siap.
-
Hiris dulu dua biji bawang merah.
-
Barulah kekya boleh tumbuk bawang merah yang dah dihiris, bawang putih, cili dan ikan bilis.
- Ada orang dia terus tumbuk je. Malas nak hiris hiris banyak kerja tapi kekya suka hiris dulu. Terpulang pada korang. Kekya nak bawang yang ditumbuk tu cantik bila kekya tumis nanti. Bawang merah jadi garing garing macam tu. Tengok gambar dibawah kan cantik hasil bahan tumis yang kekya tumbuk. Tak lumat sangat. Sedang sedang je.
-
Biasanya kekya suka buh cili bila masak sayur tapi hari ni kekya tak buat bubur untuk anak. Jadi kekya buhh satu cili je. Asalkan adalah rasa pedas sikit pun jadilah kan.
-
Dah siap tumbuk. Baru kita tumis. Pastikan minyak betul betul panas. Masukkan bahan tumis dan terus kacau. Biarkan sampai bahan tumis tu jadi garing garing sikit.
-
Baru kita masukkan batang sayur bayam dulu. Masak sampai batangnya lembut.
-
Batang sayur bayam dah agak lembut sikit. Barulah boleh masukkan daun bayam. Gaul sampai sebati.
-
Daun sayur bayam sudah agak layu sikit. Kita masukkan pula cendawan tiram. Kalau nak masukkan cendawan lebih pun takpa. Lagi sedap.
-
Masukkan garam dan gaul sebati. Ada orang dia suka sayur ada kuahnya banyak ataupun nak sayur tu goreng kering. Terpulang. Macam kekya tak buh air pun. Sebab sayur tu dah basah. Jadi air dari sayur tu dah ada. Adalah kuahnya sikit. Nak banyak kuah buhh air lagi.
-
Siap dahh masak sayur bayam dengan cendawan kekya. Suami suka sayur bayam letak cendawan. Laju dia makan. Hidang nasi panas panas. Ayam goreng bersama sambal belacan pun jadi. Sedap.
Resepi Sayur Bayam Goreng Bersama Udang Ida Nursuri
Sayur Bayam Goreng Bersama Udang: Sumber Ida Nursuri
Bahan-bahan:
- 1 ikat sayur Bayam Hijau
- 8 ekor udang – dibuang kepala
- 1 batang lobak – saiznya besar atau kecil boleh je
- 2 biji bawang merah – dihiris
- 2 ulas bawang putih – dihiris
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh ajinomoto
- Minyak
- Air
Cara-cara:
-
Sayur bayam dipotong atau dikerat. Terpulanglah kepada anda saiz potongan tu dan lobak pula dihiris tipis. Kemudian cuci kedua-dua sayur secara berasingan.
-
Panaskan minyak dikuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau wangi bawang.
-
Sayur bayam dipotong atau dikerat. Terpulanglah kepada anda saiz potongan tu dan lobak pula dihiris tipis. Kemudian cuci kedua-dua sayur secara berasingan.
-
Panaskan minyak dikuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau wangi bawang.
-
Sangat sedap dimakan bersama nasi panas.
Resepi Bayam Goreng Sos Tiram MYKMU
Bayam Goreng Sos Tiram: Sumber MYKMU
Bahan-bahan:
- 1 ikat sayur bayam
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- sedikit kicap
- 1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- cili padi, tumbuk kasar
Cara-cara:
- Bersihkan bayam, potong dan asingkan bahagian daun dan batangnya.
- Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- Masukkan bahagian batang bayam bersama sos tiram. Tuang sedikit kicap jika suka.
- Masukkan pula sayur bayam bahagian daun dan kacau sehingga layu.
- Tuang air bancuhan tepung jagung tadi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya. Tambah sedikit air jikan anda ingin lebihkan kuah.
- Angkat dan tabur dengan sedikit bawang goreng untuk hiasan.
Nota:
- Untuk basuh sayur bayam supaya betul-betul bersih, rendam dalam air seketika supaya pasir yang melekat di bayam mudah hilang jika dicuci.
Resepi Bayam Goreng Bersama Ikan Bilis
Bayam Goreng Bersama Ikan Bilis: Sumber Ajinomoto
Bahan-bahan:
- 1 ½ sudu besar minyak masak
- 1/2 biji bawang besar, dihiris
- 2 ulas bawang putih, dihiris
- 3 sudu besar Ikan bilis, tumbuk kasar
- 300 gram Bayam, asingkan batang dan daun
- 4 hiris Lobak merah, potong memanjang
- 1/2 sudu kecilAJI-NO-MOTO®
- 150 ml air
Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga kuning keemasan. Asingkan separuh, ketepikan.
- Masukkan batang bayam dan lobak merah, kacau rata.
- Masukkan AJI-NO-MOTO® dan garam.
- Masukkan daun bayam, kacau sehingga masak.
- Masukkan separuh bahan tumisan tadi, kacau rata, dihidang panas.
Resepi Sayur Bayam Simple Goreng Sos Tiram Mommy Winwin
Sayur Bayam Simple Goreng Sos Tiram: Sumber Mommy Winwin
Bahan-bahan:
-
Sayur bayam (basuh bersih)
-
Prawn ball (potong kecil-kecil) *tak kisah nak guna fish ball ke udang segar pun boleh
-
2 biji bawang merah (hiris nipis)
-
3 ulas bawang putih (hiris nipis)
-
1 biji cili merah (hiris nipis)
-
Satu sudu besar sos tiram
Cara-cara:
-
Panaskan minyak sikit dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
-
Masukkan prawn ball, goreng sampai masak.
-
Kemudian masukkan sayur bayam dan cili merah, tambah sedikit air.
-
Masukkan sos tiram. Kacau rata semua sayur. Masak sampai bayam layu. Siap.
Nota:
-
Sos tiram tu dah masin, so saya tak letak garam dah. Jangan lama sangat masak sayur tu sebab nanti khasiat dia berkurangan. So masukkan sayur kejap je sampai dia dah layu sikit then boleh tutup api dah.
Resepi Bayam Goreng Ikan Masin
Bayam Goreng Ikan Masin: Sumber Sofia
Bahan-bahan:
- 2 ikat sayur bayam ~ di potong
- 1 keping kecil ikan masin ~ ikan tenggiri atau ikan kurau, potomg atau hiris nipis
- 2 ulas bawang putih ~ di cincang
- 4 ulas bawang merah ~ di hiris
- 5 batang cili padi ~ di hiris
- sedikit belacan ~ di tumbuk
- 1 sudu besar sos tiram
- sedikit air
- sedikit minyak untuk menumis
- garam secukup rasa
Cara-cara:
- Satu yang telah di potong di cuci bersih, toskan airnya.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, belacan, ikan masin dan cili padi hingga naik bau.
- Tambahkan sedikit air, sos tiram dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Bila kuah dah didih, masukkan sayur bayam.
- Masak sebentar aje, bila layur aje sayur , tutup api. Sedia di hidangkan.
Penutup
Resepi bayam goreng ini cepat disiapkan. Cukup mudah untuk disediakan.
Anda juga boleh cuba resepi ini: