fbpx

7 Resepi Brokoli Yang Sedap, Menu Diet Yang Mengenyangkan!!

Hari ini saya nak kongsi beberapa resepi brokoli yang sedap! Kanak-kanak pasti suka dengan rasa brokoli jika kena dengan cara masakannya. Warnanya HIJAU..nampak macam lumut..tapi sekali rasa... Wah, sedapnya! Brokoli juga kaya dengan zat dan vitamin, menjadikan sayuran ini bagus untuk kesihatan. Sayuran hijau satu ini juga baik untuk diet kerana banyak serat yang membantu anda berasa kenyang lebih lama, membantu mengelakkan makan berlebihan. Sebanyak 128 gram brokoli mengandungi lebih dari 2 gram serat dan 6 gram karbohidrat. Sedangkan, untuk kandungan kalorinya 'hanya' 31 kalori. 

Resepi Brokoli Tumis Bawang Putih & Ayam Mat Gebu

Brokoli Tumis Bawang Putih & Ayam Mat Gebu

Brokoli Tumis Bawang Putih & Ayam: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 200 gram brokoli, dipotong sekuntum2, rendam dan toskan
  • 100 gram daging ayam, dihiris nipis*
  • 3 titik minyak bijan*
  • 1 camca teh sos hoisin*
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap 10 minit)
  • 1 biji saiz sederhana, bawang besar
  • 4 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 biji cili hijau hiris
  • 1 camca besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar, cili hijau dan merah serta sos tiram hingga harum, kacau rata dan masukkan daging ayam. Tuang sedikit air, biar mendidih.
  2. Tambah brokoli dan gaul rata. Masak hingga brokoli lembut tapi masih rangup. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap dan matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat.

Resepi Brokoli Tumis Ayam Izah Daut

Brokoli Tumis Ayam Izah Daut

Brokoli Tumis Ayam: Sumber Izah Daut

Bahan-bahan:

  • 1-2 pokok brokoli
  • 1 keping dada ayam di dadu
  • segenggam cendawan tiram
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar *sederhana size
  • sehiris halia
  • sedikit kicap
  • sedikit sos tiram
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan sikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak untuk menumis bawang putih, bawang besar dan halia.
  2. Tumis hingga naik bau kemudian masukkan ayam.
  3. Biar ayam masak, masukkan pati ayam, sos tiram dan kicap.
  4. Masukkan brokoli kemudian sedikit air.
  5. Bila brokoli sudah masak, masukkan cendawan kacau sebentar.
  6. Dan akhirnya masukkan bancuhan tepung jagung.
  7. Kacau-kacau sehingga sedikit pekat pada kuahnya dan angkat untuk dihidang.

Resepi Blackpepper Chicken & Brokoli K Nor

Blackpepper Chicken & Brokoli K Nor

Blackpepper Chicken & Brokoli: Sumber K Nor

Bahan-bahan:

  • 1 dada ayam-potong kecil
  • 1 sudu kecilminyak bijan ~ K.Nor tak letak
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu kecil seasoning salt

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan ni dgn ayam dan perap sekejap.

Bahan Sos:

  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk lada sulah
  • 2 sudu teh jus lime atau cuka
  • 1 kiub pati ayam

Sampingan:

  • 1 head broccoli-potong & kukus atau rebus dulu ketepikan
  • 1 batang carrot-hiris & stim ketepikan
  • 1/2 lada benggala warna merah
  • 1/2 lada benggala warna hijau
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • 3 tangkai daun bawang-hiris

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak kemudian goreng ayam, bila dah masak ketepikan. Guna minyak yang sama tumis lada benggala, bawang putih dan daun bawang.
  2. Masukkan ayam dan sos kacau rata masak sekejap. Kemudian masukkan broccoli dan carrot gaul rata. ( kalau nak berkuah sikit masukkan sikit air ).

Resepi Brokoli Tumis Sos Tiram Yang Sedap Dan Mudah Qaseh Honey

Brokoli Tumis Sos Tiram Yang Sedap Dan Mudah Qaseh Honey

Brokoli Tumis Sos Tiram Yang Sedap Dan Mudah: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 7 ekor sotong – potong bulat
  • 150 gram brokoli – potong kecil
  • 150 gram bunga kobis – potong kecil
  • 7 batang putik jagung – potong serong
  • 2 batang cili merah – hiris
  • 1/2 biji lada benggala hijau – hiris kasar
  • 4 sudu kecil tepung jagung + air (bancuh)
  • 1/4 sudu kecil ajinomoto
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram dan sotong. Biarkan sehingga air sotong menggering.
  3. Masukkan brokoli, bunga kobis dan putik jagung. Gaul rata dan tambahkan air.
  4. Masukkan lada merah dan lada benggala. Gaul hingga sekata.
  5. Masukkan bancuhan air tepung jagung, ajinomoto dan garam secukup rasa. Gaul lagi hingga sebati. Matikan api siap untuk dihidang.

Resepi Brokoli Masak Sos Tiram Zalinah

Brokoli Masak Sos Tiram Zalinah

Brokoli Masak Sos Tiram: Sumber Zalinah

Bahan-bahan:

  • 300 gram brokoli – dipotong
  • 1 batang lobak merah – potong serong
  • 200 gram isi ayam – dihiris
  • 1 biji bawang merah – dicincang
  • 4 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu besar tepung jagung – bancuh dgn sedikit air
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu kecil gula
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan tumis hingga masak. Tuang sedikit air.
  3. Masukkan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan carrot dan brokoli.
  5. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
  6. Tuang air dan tepung jagung yang dibancuh.
  7. Perasak garam dan gula secukupnya. Gaul rata.
  8. Taburkan sedikir bawang goreng.
  9. Sedia dihidang.

Resepi Brokoli Goreng Dengan Hati Ayam Amie’s Little Kitchen

Brokoli Goreng Dengan Hati Ayam Amie's Little Kitchen

Brokoli Goreng Dengan Hati Ayam: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 300 gram brokoli
  • 300 gram hati ayam
  • 1/2 batang lobak merah
  • 4 batang baby corn
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji lada merah
    (potong semua bahan di atas ikut suka)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • secubit garam
  • minyak jagung

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak jagung dalam kuali. Goreng bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  2. Masukkan hati ayam dan tumis hingga masak. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
  3. Masukkan lobak merah dan kacau rata.
  4. Masukkan baby corn dan brokoli. Tutup kuali selama 2 minit.
  5. Masukkan sos tiram dan kacau sekali lagi.
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkannya. Jika kurang masin, tambah secubit garam.
  7. Masukkan hirisan lada.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Brokoli Goreng Cina Cik Wan Kitchen

Brokoli Goreng Cina Cik Wan Kitchen

Brokoli Goreng Cina: Sumber Cik Wan Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 pokok brokoli- dipotong setiap kuntum/dahannya
  • 1 genggam kacang pea-disiang
  • 1/2 biji cili benggala merah-dipotong ikut suka
  • 1/2 biji cili benggala hijau-dipotong ikut suka
  • 10 ekor udang dibuang kulit
  • 5 ulas bawang putih -dicincang halus/tumbuk
  • 10 biji lada hitam ditumbuk
  • 3 sudu sos tiram
  • 1/2 sudu minyak bijan
  • 1/2 sudu tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air garam gula

Cara-cara:

  1. Panaskan air untuk merebus sayur dahulu. Masukkan sedikit minyak dan sedikit garam untuk mengekalkan warna sayur.
  2. Bila menggelegak, masukkan kacang pea dulu….selepas satu minit masukkan brokoli. Agak-agak brokoli dah separuh masak, keluarkan sayur dan masukkan dalam air sejuk/air batu. Tinggalkan.
  3. Tumiskan bawang putih. Sudah garing masukkan udang. Goreng hingga udang hampir masak.
  4. Masukkan sos tiram dan lada hitam. Kacau.
  5. Masukkan minyak bijan dan air tepung jagung, garam dan gula jika suka. 
  6. Kacau hingga kuah masak/berkilat, baru dimasukkan cili benggala  potong.
  7. Tapiskan sayur rebus tadi, masukkan dalam kuah. Kacau sebati..siap.  Sayur ni lebih sedap kalau kuahnya banyak sikit.

Penutup

Bahan-bahan pun simple saja. Yang penting, anak dan suami suka tak gitu?

Anda juga boleh cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.