fbpx

9 Resepi Taugeh Goreng Yang Simple Dan Sedap 2022 (Pelengkap Hidangan)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi taugeh goreng yang simple dan sedap. Pastinya menjadi pelengkap hidangan. Mudah je nak sediakan resepi taugeh goreng, ada beberapa cara masakan taugeh goreng yang sedap anda wajib cuba di rumah. Menariknya, sayur ini cukup  mudah untuk dimasak dan tidak mengambil masa yang lama untuk menumis. Sesuai bagi yang berdiet kerana taugeh rendah kalori dan kaya dengan pelbagai manfaat seperti protein, enzim, serat antioksidan, asid lemak dan vitamin A, C, E dan vitamin B. Sesuai untuk  suri rumah yang mencari idea hidangan yang cepat dimasak, anda boleh cuba resepi taugeh goreng ini.

Resepi Taugeh Goreng Azie Kitchen

Taugeh Goreng Azie Kitchen

Taugeh Goreng: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • Taugeh
  • Udang kecil 
  • 1 keping tauhu – potong dan goreng
  • Secekak daun kucai
  • 1 biji cili merah
  • Kicap
  • Garam
  • Serbuk perasa, jika suka

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan taugeh, kicap dan sedikit garam. Kacau rata.
  3. Masukkan pula daun kucai dan cili merah. Akhir sekali, masukkan tauhu yang digoreng. Kacau rata seketika jer.
  4. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Taugeh Goreng Kicap Azie Kitchen

Taugeh Goreng Kicap Azie Kitchen

Taugeh Goreng Kicap: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk taugeh
  • 1 mangkuk daun kucai
  • 4-5 ekor udang
  • 1 keping tauhu – goreng
  • 1 biji cili merah – hiris
  • Kicap lemak manis
  • Garam
  • Sedikit serbuk pati ayam – opsyenal
  • ¼ cawan minyak

Bahan Hiris:

  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan udang dan kacau rata.
  2. Masukkan tauhu, daun kucai, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  3. Masukkan taugeh dan kicap secukupnya. Akhir sekali, masukkan cili merah. Kacau rata dan tutup api supaya taugeh kekal rangup.

Resepi Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai

Resepi Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai

Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai: Sumber Bella Jamal

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk taugeh
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ekor udang segar
  • 2 keping tauhu
  • 1 cekak daun kucai
  • 1 biji cili merah
  • Serbuk perasa
  • Kicap manis
  • Garam
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Goreng tauhu sehingga kuning, ketepikan dan potong kecil.
  2. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga wangi.
  3. Masukkan taugeh, kicap, sedikit garam dan perasa dan kacau rata.
  4. Masukkan daun kucai dan cili merah.
  5. Akhir sekali, masukkan tauhu yang digoreng dan udang segar.
  6. Tutupkan api bila udang dah masak.

Nota:

  • Goreng tauhu dahulu baru potong untuk elakkan tauhu hancur.
  • Untak tauge lebih rangup, tidak perlu masukkan air kerana taugeh akan keluarkan air. Masak sekejap sahaja sebab taugeh akan sendiri lembik semasa sejuk.

Resepi Taugeh Goreng bersama Ikan Bilis dan Kucai

Taugeh Goreng bersama Ikan Bilis dan Kucai

Taugeh Goreng bersama Ikan Bilis dan Kucai: Sumber Ajinomoto

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 biji bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 3 sudu besar ikan dilis  – ditumbuk kasar
  • 300 gram taugeh
  • 40  gram kucai
  • 1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar air (pilihan)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga kuning keemasan. Asingkan separuh, ketepikan.
  2. Masukkan taugeh dan kucai, kacau rata.
  3. Masukkan AJI-NO-MOTO®, garam dan air.
  4. Masukkan separuh bahan tumisan tadi, kacau rata, kacau sekata.
  5. Dihidang panas.

Resepi Taugeh Goreng Telur

TAUGEH GORENG TELUR

Taugeh Goreng Telur: Sumber Suzana

Bahan-bahan:

  • 3 cawan taugeh
  • 1 biji telur
  • 1/2 kiub pati ayam/ikan bilis
  • 2 biji cili padi- di potong kecil
  • 1 bawang merah – kisar
  • 1 sudu besar sos ikan

Cara-cara:

  1. Basuh bersih taugeh dan toskan.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama semua bahan lain.
  3. Biarkan seketika. Panaskan sedikit minyak dan masukkan taugeh.
  4. Bila taugeh agak layu, masukkan telur dan gaul rata.
  5. Bila telur masak, bolehlah dihidangkan.

Resepi Tauge Goreng Tomyam Kering 

Tauge Goreng Tomyam Kering

Tauge Goreng Tomyam Kering: Sumber Wanie

Bahan-bahan:

  • Tauge
  • Sebiji telur
  • Sedikit air
  • Daun bawang untuk hiasan
  • 1 sudu besar bawang blend
  • 1 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu besar cili thai maepranom penutup biru
  • Serbuk black pepper ajinomoto
  • Gula/garam/cukup rasa

Cara-cara:

  1. Tumis bawang dan cili boh hingga kering dan masukkan sedikit air kemudian
  2. Masukkan cili thai, pes tomyam dan pecahkan sebiji telur. Kacau sehingga telur pecah.
  3. Masukkan tauge dan serbuk black pepper. Kacau rata.
  4. Perasakan dengan gula, garam atau cukup rasa jika perlu.
  5. Siap! Tutup api dan tabur daun bawang.

Resepi Tauge Goreng Ikan Masin

TAUGE GORENG IKAN MASIN

Tauge Goreng Ikan Masin: Sumber Zara Love Baking

Bahan-bahan:

  • 300 gram  tauge halus
  • 50  gram  daun kucai  –  dipotong pendek
  • 1  hiris  ikan tenggiri masin  –  digoreng garing
  • 2  keping  tauhu  –  dipotong dadu kecil & digoreng
  • 3  sudu besar  minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan gorengkan tauhu hingga masak.
  2. Tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
  3. Masukkan tauge, kucai dan garam. Kemudian kacau rata. Biarkan tauge masak.
  4. Masukkan tauhu dan ikan tenggiri masin yang digoreng tadi. Kacau rata.
  5. Sedia dihidangkan.

Resepi Taugeh Teppanyaki

Resipi Taugeh Teppanyaki

Taugeh Teppanyaki: Sumber Cik Min

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Taugeh
  • Bawang Putih
  • Sos Tiram
  • Lada Hitam
  • Air (untuk empukkan daging)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Bawang putih dicincang halus & ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
  4. Masukkan daging.
  5. Masukkan air dan biar sehingga hampir kering.
  6. Masukkan sos tiram (dah tak perlu masukkan garam sebab sos tiram dah masin).
  7. Masukkan lada hitam.
  8. Akhir sekali masukkan taugeh. Jangan terlalu masak taugeh tu untuk pastikan tekstur masih rangup. Tutup api & sedia dihidang.

Resepi Tumis Kering Tauge Dan Kacang Panjang

Tumis Kering Tauge Dan Kacang Panjang: Sumber Semanis Kasturi

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk sedang tauge – cuci bersih dan toskan
  • 5-6 batang kacang panjang – hiris rencong
  • 1 batang kecil lobak merah – potong halus sebesar batang mancis

Bahan Tumis:

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 biji cili merah – buang biji dan hiris halus
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan A:

  • 1/2 sudu kecil sos ikan
  • Serbuk perasa secukupnya 

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga kuning dan masukan sayur kacang panjang dan lobak merah. 
  2. Tumis dalam 2-3 minit dan masukkan tauge serta bahan A. Kacau rata dan tutup api. Jangan tumis terlalu lama nanti tauge terlebih masak menjadi layu.

Penutup

Mudah je kan resepi kali ini. Sesuailah untuk dijadikan lauk berbuka mahupun bersahur. Makan dengan nasi panas-panas makin berseleralah jadinya bila  dihidangkan dengan taugeh goreng ini. Jom cuba!

Anda juga boleh cuba resepi ini:

1/5 - (1 vote)
Leave A Reply

Your email address will not be published.