fbpx

5 Resepi Kari Sotong Viral! (Simple Dan Sedap, Mudah Je!)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi kari sotong yang viral! Ada yang suka makan kari sotong? Sedapnya makan dengan nasi putih panas-panas. Tambah sambal belacan lagi la sedap. Dapat pula  sotong fresh yang baru dibeli di pasar, fuh pasti menyelerakan. Saya sukakan resepi kuah kari yang sengaja dibuat pekat dan kuah sikit-sikit je, jika anda sukakan style yang sama, jom cuba resepi kari sotong mamak. Resepi berasaskan kari ini amat sinonim dengan masakan nasi kandar ala mamak. Nak makan puas hati, apa kata masak sendiri, nak makan berapa ekor sotong pun boleh! Lebih jimat. Air tangan isteri dan ibu ini boleh kita katakan pengikat kasih sayang keluarga. Orang bujang yang teringin nak masak kari sotong ni pun boleh. Jom cuba 5 resepi kari sotong yang telah saya kongsikan.

Resepi Kari Sotong Kembang … Yang OHSEM!

Resepi Kari Sotong Kembang ... Yang OHSEM!

Resepi Kari Sotong Kembang … Yang OHSEM!: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 3 ekor sotong kembang saiz sederhana (kurang lebih 650 gram)
  • 1/2 bahagian traffic light capsicum, dipotong kiub
  • 1 biji tomato, belah 6
  • 1 1/2 camca besar cili kisar
  • 2 camca besar penuh rempah kari ikan (mat guna rempah Baba’s)*
  • 1 camca besar penuh rempah kurma (mat guna rempah Baba’s)*
  • 1/3 camca teh serbuk kunyit*
  • 1/3 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
  • 1 cawan santan
  • 1 kiub ikan bilis
  • 3/4 camca teh pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan-bahan Tumis:

  • 1/2 camca teh halba campur
  • 1 tangkai daun kari, dilurut
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji bawang besar, dimayang
  • 2 biji bawang merah, dimayang
  • 2 ulas bawang putih, hiris 
  • 1 inci halia, hiris halus

Cara-cara:

  1. Sotong kembang dikelar-kelar sedikit badannya, kemudian potong pada saiz besar (nanti dah masak, sotong mengecut dan kecil). Cuci dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar, halba campur, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan  bawang merah,bawang putih dan halia, masak sekejap. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. 
  3. Masuk bancuhan rempah kari tadi. Masak dengan api kecil hingga rempah garing, masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tuang air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan), kacau dan biar mendidih. Masukkan sotong dan santan. Kacau perlahan.
  4. Bila mendidih, tambah traffic light capsium, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap. Tambah tomato. Kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Biar tomato lembut sendiri dalam kuah kari. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk-lauk lain.

Resepi Kari Sotong Sedap Che Nom

Resepi Kari Sotong Sedap Che Nom

Kari Sotong Sedap: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 8-10 ekor sotong, anggaran
  • 1 senduk minyak masak
  • 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 batang sayur bendi
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk tumbuk halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan untuk rempah tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 tangkai daun kari

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
  3. Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.

Resepi Kari Sotong Qaseh Honey

Kari Sotong Qaseh Honey

Kari Sotong: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 3 camca besar serbuk kari

  • 2 camca besar serbuk cili

  • 1/2 camca teh serbuk kunyit

  • Minyak untuk menggoreng

  • 1/4 camca teh rempah campur (jintan putih, biji sawi, halba)

  • 1 biji bawang besar – dihiris

  • 2 biji cili hijau – dihiris (QH guna cili merah)

  • 1 tangkai daun kari

  • 5 ulas bawang putih

  • 5 cm halia – ditumbuk lumat

  • 800 gram sotong – dicuci dan dipotong

  • 1 mangkuk santan

  • Sedikit air

  • Garam secukupnya

  • 1 biji tomato – dihiris (QH xletak)

Cara-cara:

  1. Campurkan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit bersama sedikit air untuk dijadikan pes.

  2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis rempah campur, bawang besar, cili hijau dan daun kari sehingga naik bau.

  3. Masukkan bawang putih yang ditumbuk bersama halia ke dalam tumisan.

  4. Kemudian masukkan sotong dan kentang. Gaul rata dan tutup periuk empat minit.

  5. Bubuh pes kari dan gaul sebati. Masak lima minit.

  6. Masukkan santan, air dan garam secukup rasa.

  7. Biarkan kari mendidih beberapa minit lagi sebelum memasukkan tomato.

  8. Apabila mendidih beberapa kali, tutup api. Kari enak dihidangkan panas-panas.

Resepi Kari Sotong Sumbat Ana Jingga

Kari Sotong Sumbat Ana Jingga

Kari Sotong Sumbat: Sumber Ana Jingga

Bahan-bahan:

  • Sotong ikutlah banyak mana nak masak dan pastilah kena bersihkannya
  • Dua biji telur ( ikut juga bilangan sotong tu kalau sikit cukuplah sebiji telur sahaja )
  • Serbuk rempah kari Makanan Laut Mak Siti
  • Santan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Air asam jawa
  • Ubi kentang di belah empat 
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Dadarkan telur dan hiris nipis-nipis.
  2. Sumbatkan ke dalam sotong ketat-ketat dan asingkan kepala sotong dari badannya.
  3. Sediakan bahan masak kari seperti biasa. Tumbuk atau blend bawang merah dan bawang putih.
  4. Bancuhkan sepeket Serbuk Rempah Kari Makanan Laut Mak Siti dengan sedikit air asam jawa.
  5. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari sehingga naik baunya.
  6. Tumiskan bawang yang di tumbuk dan masukkan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak. 
  7. Masukkan kentang dan gorengkan seketika biar sebati dengan adunan rempah tadi.
  8. Masukkan santan dan kacau selalu sehingga mendidih, baharulah masukkan sotong agar tidak kecut bila terlalu lama di masak. Masukkan dengan kepala sotong sekali jangan lupa pula eh 🙂 
  9. Bila dah mendidih kali kedua rasakan dengan garam secukupnya dan siaplah hidangan kari sotong sumbat versi anajingga dot com.
  10. Sedap di makan dengan nasi dan ikan masin, nak cicah roti pun sedap ni. Selamat mencuba . 

Resepi Kari Sotong Mamak Penang Faudziyah Haji Ariffin

Kari Sotong Mamak Penang Faudziyah Haji Ariffin

Kari Sotong Mamak Penang: Sumber Faudziyah Haji Ariffin

Bahan A:

  • 1 kilo Sotong (dibuang kelongsong dakwat dan tulang nya)

Bahan B:

  • Minyak untuk menumis
  • 2 ulas Bawang Merah (dihiris)
  • 2 tangkai Daun Kari
  • 3 inci Kulit Kayu Manis
  • 3 biji Buah Pelaga
  • 6 kuntum Bunga Cengkih
  • 1 kuntum Bunga Lawang

Bahan C (kisar halus):

  • 8-10 ulas Bawang Putih
  • 1 1/2  inci Halia
  • sedikit Air *optional (untuk memudahkan proses mengisar)

Bahan D:

  • 2 helai Daun Pandan (disiat dan disimpul)
  • 3 camca besar ‘penuh’ Rempah Kari Ayam/Daging
  • 1 camca teh Jintan Manis serbuk
  • 1 camca teh Jintan Putih serbuk
  • 1 cawan Air
  • 8-10 ulas Bawang Kecil (dihiris)
  • 1 batang Serai (diketuk)
  • 1 keping Asam Gelugor
  • 1 camca teh Lada Hitam serbuk
  • sedikit Garam

Bahan E:

  • 5 tangkai Daun Pudina
  • 2 tangkai Daun Ketumbar
  • 3 biji Cili Padi Merah
  • 3 biji Cili Padi Hijau

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga wangi.
  2. Masukkan bahan C (bahan kisar), kacau hingga ia lebih beraroma.
  3. Masukkan daun pandan, terus kacau hingga air kisar susut.
  4. Masukkan rempah kari, jintan manis, jintan putih dan sedikit air untuk mengelakkan ia cepat hangus. Perlahan kan api supaya rempah masak sekata dan terbit minyak secara perlahan.
  5. Masukkan hirisan bawang kecil.
  6. Masukkan serai dan asam gelugor. Masak lagi sehingga minyak terbit lebih banyak dan rempah sedikit garing.
  7. Baru masukkan sotong.
  8. Tambahkan lada hitam, garam dan sebatikan perlahan-lahan.
  9. Air sotong akan keluar semasa proses ini menjadikan kari sedikit berkuah. Pada ketika ini, jika rasa kuah terlalu pekat, kurang atau nak lebihkan kuah, boleh ditambahkan air panas mendidih.
  10. Akhir sekali,tabur dengan bahan E, ratakan seketika sebelum angkat untuk dihidangkan.

Penutup

Sedapnya Kari Sotong ini, apalagi jika kuahnya pekat likat. Pasti berselera dibuatnya, masak sendiri lebih jimat berbanding makan di kedai. Nak makan banyak mana pun puas hati!

Jom cuba resepi berasaskan sotong INI:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.