fbpx

Tempat Menarik Di Sabah! Desa Dairy Cattle Farm Di Kundasang, Lokasi Wajib Anda Kunjungi

0

Hari ini saya nak kongsi tempat menarik di Sabah. Apabila berkunjung ke Negeri Di Bawah Bayu ini, lokasi Kundasang pastinya menarik untuk anda kunjungi bersama keluarga dan insan tersayang. Salah satu tempat yang wajib anda singgah. Kundasang, Sabah dikatakan sebagai New Zealand Malaysia kerana keadaannya yang seakan-akan ladang lembu New Zealand. Kundasang merupakan sebuah pekan yang terletak di sepanjang Lembah Kundasang di daerah Ranau, Sabah. Jangan lupa juga ambil gambar puas-puas di sini kerana gunung Kinabalu memang sangat jelas dan hampir di sini, lagi-lagi pada jam 7-8 pagi!

Desa Cattle Dairy Farm

Jika anda ke Kundasang, lokasi Desa Cattle Dairy Farm waiib anda singgah! Lokasi ladang tenusu ini merupakan pusat pelancongan utama di Kundasang.

Desa Cattle Dairy Farm sering disebut sebagai Little New Zealand Malaysia, ini kerana suasana persekitaranya yang sejuk dan dapat melihat lembu-lembu meragut rumput di padang hijau, anda pasti merasa seperti berada di luar negara. Permandangan Gunung Kinabalu juga amat cantik di sini. 

Desa Cattle Dairy Farm merupakan daya tarikan yang dicari-cari di daerah Kundasang ini. Di sinilah semua produk tenusu Desa Cattle dihasilkan. Ia adalah satu pengalaman yang sangat unik sambil menikmati produk susu yang sangat lazat seperti gelato dan yogurt di sini juga anda dapat menikmati pemandangan indah alam semulajadi yang sangat menakjubkan. Jangan lupa beli dan rasa Gelato dan susu segar keluaran Desa!

 

Pintu masuk Desa Dairy Farm.

Satu tips untuk anda, datanglah seawal yang mungkin, sebolehnya sebelum jam 8.30 pagi sebelum Gunung Kinabalu ditutup kabus tebal. Suhu di sini serendah 20 darjah Celcius, jadi bawa juga baju tebal siap-siap.

Batu yang selalu menjadi tempat pengunjung bergambar.

Pemandangan padang rumput dengan ternakan lembu tenusu yang hidup di padang rumput yang hijau. Desa Cattle Dairy Farm ini memiliki luas 199 hektar yang menawarkan panorama cantik dan  udara yang sejuk karena berada di kawasan pegunungan. Nikmati suasana yang menenangkan di Desa Cattle Dairy Farm dan jangan lupa untuk bergambar ketika bercuti di sini.

Kena bawa kereta masuk sini kerana perjalanan ke ladang lembu ini agak jauh dari pintu masuk utama.

Iklim di sini sejuk dan dengan pemandangan serba hijau di sekeliling kawasan pegunungan, memang akan membuatkan anda berasa seperti di luar negara. Terdapat pelbagai homestay, guesthouse, lodges dan cabin yang unik di sekitar kawasan ini. Perjalanan dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Kundasang akan mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan jarak 95km. Jadi, untuk persiapan anda ke Kundasang, jangan lupa untuk buat tempahan sewa kereta awal-awal tau!

Pejabat utama Desa Dairy Farm.

Anda boleh lihat dengan jelas lembu-lmbu dikumpul untuk aktiviti perahan susu lembu.

Tarikan yang menarik di Kundasang Dairy Farm ini ialah melihat secara live  penternakan lembu  tenusu dan berpeluang memberi makan kepada binatang-binatang di sini. Secara umumnya, ini antara aktiviti-aktiviti menarik di sini:
  • memberi susu botol kepada anak lembu
  • memberi kambing makan rumput
  • lawatan sambil belajar bagaimana susu lembu segar diproses dan dibungkus
  • proses dan cara-cara memerah susu lembu

Di bahagian belakang pejabat Desa, ada kawasan untuk memberikan lembu dan kambing makan dan minum susu.

Di kawasan lembu-lembu ini dibiarkan makan rumput inilah pemandangannya cantik. Dengan cuaca yang sejuk, pemandangan di sini memang memukau.

Di sini, anda boleh melihat lembu-lembu susu baka Holstein Friesian meragut rumput di padang rumput. Bukan itu sahaja, anda boleh melawat kilang memproses susu dalam 0.5km dari ladang ini. Proses memerah susu dilakukan setiap hari dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang dan waktu memproses susu mentah dilakukan pada hari Selasa, Khamis dan Ahad pada jam 10 pagi hingga 3 petang.

Anda juga boleh memberi makan rumput dan susu kepada anak-anak lembu dan kambing di kandang khas mereka dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Terdapat kiosk cenderamata untuk anda membeli t-shirt, poskad  dan produk tenusu seperti susu, aiskrim, yogurt dan puding. Cheese mozarella dan ricotta pun ada dijual tau!

Tidak hairanlah tempat ini selalu dijadikan tempat fotografi perkahwinan kerana keindahannya.

Kerana lokasi Desa Cattle Dairy Farm ini yang terletak di kaki Gunung Kinabalu yang cantik, sekitar sini sering menjadi pilihan para photographer sebagai tempat untuk photoshoot untuk tujuan sendiri atau wedding photoshoot.

Penutup

Desa Dairy Farm juga dikenali sebagai New Zealand Malaysia kerana tempatnya yang cantik dengan cuaca yang sejuk. Pemandangan di sini sangat memukau! Sebelum berangkat pulang jangan lupa untuk membeli barangan cenderahati atau produk tenusu seperti susu kotak dan aiskrim. Satu tempat menarik di Kundasang yang sesuai untuk datang bersama keluarga dan anak-anak untuk relaks-relaks dan juga menimba ilmu. Desa Cattle Dairy Farm dibuka setiap hari daripada pukul 8 am – 5 pm.

Kredit Gambar: EncikBros

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.