fbpx

10 Tempat Makan Menarik Di Kuching Sarawak

0

Jom kita lihat 10 Tempat Makan Menarik di Kuching Sarawak. Selain semenanjung, di Sarawak juga mempunyai makanan tradisi mereka dan kebiasaannya kena dengan tekak orang semenanjung. Jadi tidak perlu risau di Kuching juga punya banyak kedai makan yang best dan halal. 

Mee Kolok Pak Amit Café

Mee Kolok Pak Amit Café

Siapa yang ke Sarawak tapi tidak menikmati Mee Kolok agak rugi sebab ini makanan tradisi orang Sarawak. Jika anda ke Mee Kolok Pak Amit ini kena datang awa sebab juadah mereka cepat habis. Dengan lauk yang banyak dan sayur sayuran segar membuatkan mee kolok disini menjadi kegemaran ramai bahkan ada pengunjung yang datang dar jauh semata mata nak makan mee kolok Pak Amit ini. 

Alamat: Lot 3108-3113, SL 3, Jalan Astana, Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari, (7am-11am, Ahad – 7am-2pm)

Dayang Salhah Kek Lapis Sarawak

Dayang Salhah Kek Lapis Sarawak

Dayang Salhah Kek Lapis Sarawak

Kek Lapis Sarawak adalah salah satu kek kegemaran ramai yang tidka mengira lapisan umur. Kalau dulu kita orang islam meragui tentang kehalalan kek lapis Sarawak ini namun sekarang kebanyakan nya semua sudah Halal. Jadi anda jika ke Kuching jangan lupa untuk singgah ke Dayang Salhah Kek Lapis ini kerana disini ada menjual kek lapis pelbagai jenis dan bentuk. Kek lapis Sarawak ini memang unik dnegan bentuk nya yang menarik dan berwarna warni. Boleh lah beli buah tangan untuk keluarga dan rakan rakan anda. 

Alamat: No 40, Kampung Gersik,, Petra Jaya, 93050 Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari (8.30am – 10.30pm)

Toko Daging

Toko Daging

Toko Daging iini merupakan salah satu cafe western yang menyajikan pelbagai masakan Barat. Yang bestnya ialah daging steak mereka dimana daging itu disalai dengan sempurna kerana daging mereka tidak liat malahan lembut.. Tidak terlalu masak dan tidak mentah didalam. Perfect ! Kebanyakan pengunjung disini sering order makanan barat yang set dulang kerana banyak dan boleh dinikmati beramai-ramai. 

Alamat: Taman Mawar, Lorong Mawar 2, Kampung Gita, 93050 Petra Jaya, Kuching

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (7pm – 11pm)

RJ Ayam Bakar Kopitiam

RJ Ayam Bakar Kopitiam

RJ Ayam Bakar Kopitiam pula terkenal dengan ayam penyet mereka namun ayam penyet yang disajikan disini agak berbeza dengan kedai yang lain kerana ayam tersebut dibakar. Bukan digoreng. Dengan perapan yang lama memang terasa ketika makan ayam ini bersama sambal ayam penyet ini. Memang ngam ! Anda kena datang awal kesini kerana ayam penyet mereka sering cepat habis.  

Alamat: Lot 291-295 Jln Abell, Kuching, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari (10.30am – 2.30am)

Cendol Mami

Cendol Mami

Orang Sarawak pun makan la cendol lagi lagi kalau cendol itu sesedap Cendol Mami. Memang selalu ramai orang sebab kebanyakan warga Kucging ini warga kota jadi Cendol Mami akan menjadi tmpuan orang tempatan dan pelancong luar. Selain itu, disini juga ada menjual rojak buah. Memang ngam la makan cendol bersama rojak buah. Haih kecur air liur. Heheh

Alamat: 1, Q309, Taman Melati 2, 93050 Kuching

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.30 am – 6pm)

Mom’s Laksa Kopitiam

Mom’s Laksa Kopitiam

Selain Mee Kolok yang terkenal di Sarawak, Laksa Sarawak juga sering dicari dan digemari orang ramai bahkan bukan orang Sarawak sahaja malah rakyat dari semenanjng juga. Jadi tak payah pening mana nak cari Laksa Sarawak yang sedap. Cari je di Mom's Laksa Kopitiam ini. Dengan keenakan laksa bersama kuah yang tidak terlalu pekat dan cair ini memang menjadi tumpuan pengunjung. Lauk juga banyak. Mom's Laksa juga ada menyajikan hidangan yang lain selain laksa sarawak. 

Alamat: Ground Floor, SL-2, Jalan Astana, Ave Astana, Petra Jaya, 93050 Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari (5am – 430pm)

Kopi O’Corner

Kopi O’Corner

Kopi O'Corner ini pula seperti food court dimana anda boleh menikmati pelbagai hidangan disini kerana terdapat banyak stall yang menjual contoh nya Mee Kolok , Laksa Sarawak , Kebab, Nasi Lemak, Bakso dan macam macam lagi. Tidak hairanlah disini sering dikunjungi pelanggan. 

Alamat: No. 139B, Bangunan MARA, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 12am)

Lepau Restaurant

Lepau Restaurant

Rasa nak makan makanan kampung bersama suasana kampung di tengah kota ? Haa Lepau Restaurant lah tempat nya. Disini mereka menghiasi restoran mereka dengan hiasan tradisi masyarakat Kanyan menjadi kan suasana disini seperti dikampung. Malah menu yang disajikan juga sangat kreatif lagi bila dilapik dengan daun pisang. Memang aroma nya sangat menarik.  Menu istimewa yang perlu dicuba ialah seperti ikan steam tempoyak, ayam pansuh dan umai ikan. Ini adalah antara makanan tradisional masayarkat Kanyan. Mungkin anda inginkan kelainan boleh lah ke sini pasti tidak menyesal kerana restoran mereka sangat menyamankan dan cantik !

Alamat: Persiaran Ban Hock, Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari, (11am – 2.30pm / 6pm-11pm)

Rumah Hijau Café

Rumah Hijau Café

Untuk sarapan pagi, restoran Rumah Hijau ini menyajikan menu seperti roti canai dan roti bom berkeju untuk membangkitkan mood di pagi hari anda. Dan yag istimewa nya adalah ayam penyet mereka yang sangat sedap yang membuatkan pengunjung tidak putus untuk menikmati hidangan mereka. 

Alamat: Jalan Rubber, 93400 Kuching Sarawak

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (8am – 4pm, 6pm – 1030pm) Ditutup pada hari Jumaat

Bumbu Cabe

Bumbu Cabe

Terasa ingin makan makanan indonesia bersama suasana yang nyaman ? Bumbu Cafe ini menyediakan makanan asli masakan Sundan yang terletak di Barat Jawa, Indonesia kini telah diperkenalkan kelazatannya di Kuching Sarawak. Pelayan mereke juga memakai pakaian tradisional masyarkat Sundan membuatkan anda merasa seperti betul betul di Indonesia. Istimewa disini tentunya sambal cili yang menjadi signature restoran ini dan dimakan bersama pelbagai jenis ulaman, nasi liwet, ayam bakar dan Cumi Cabe Ijo.Pastinya pengalaman yang sungguh menarik untuk menjamu selera di sini terutamanya buat mereka yang sukakan masakan pedas.

Alamat: Ground Floor, B128 – B129,Icom Square Jalan Pending, 94450 Kuching

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (11am – 9.30am)

Warga Sarawak boleh lah singgah ke 10 Tempat Makan Menarik di Kuching ini malah bukan sahaja warga Sarawak kebiasaannya , malah Sabah dan Semenanjung yang datang untuk melancong dan jalan-jalan cari makan. 

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.