Hari ini saya nak kongsi resepi roti sarang lebah. Menarik kan namanya, jika diperhatikan susunan roti bun didalam loyang, kelihatan seperti sarang lebah. Rugi kalau tak cuba! Sedapnya alahai..gebu betul! Apalagi bila dituang sos karamel ataupun sos butterscotch. Resepi yang dikongsikan kali ini cukup mudah dan yang pasti gebus gebas. Sesuai dijadikan hidangan minum petang, pekena pula dengan kopi panas-panas.. Memang sedap!
Resepi Roti Sarang Lebah Che Nom
Roti Sarang Lebah: Sumber Che Nom
Bahan untuk doh roti:
- 2 cawan tepung gandum.
- 1/2 sudu kecil serbuk yis
- 1/4 sudu kecil garam halus
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar gula halus atau gula kastor
- 1/4 cawan plain yogurt
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1/2 cawan air suam
Bahan untuk taburan/hiasan:
- 1 biji kuning telur dicampur 1 sudu kecil air, untuk disapu
- sedikit sliced almond
- bijan hitam
- biji labu atau biji bunga matahari
Bahan untuk sos butterscotch:
- 25 gram butter
- 1/2 cawan gula perang atau brown sugar
- 1/2 cawan whipping cream
- 1/4 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara-cara untuk Roti:
- Campurkan tepung gandum, serbuk yis, baking powder, gula halus dan gaulkan sebati. Kemudian masukkan garam. Sebab kenapa garam dimasukkan kemudian adalah kerana yis tidak boleh bersentuhan dengan garam, boleh mengakibatkan yis rosak.
- Tuang yoghurt, minyak dan air suam, kemudian kacau dan uli sehingga lembut dan sebati. Doh ini agak lembik, jangan cuba untk menambah tepung. Cukup sekadar sedikit taburan tepung supaya doh tidak melekat di tangan. Uli selama 5-10 minit.
- Jika anda gunakan breadmaker, sila ikut arahan aturan bahan mengikut breadmaker anda.
- Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda. Keluarkan doh dan tumbuk2 keluar gelembung udara. Bahagikan doh kepada 12 atau 16 bahagian atau ikut kesukaan anda. Bulatkan doh dan susun di atas baking tray. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan bahan taburan.
- Panaskan oven kepada 160 darjah celcius, bakar selama lebih kurang 20-25 minit, atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan. Tuang sos butterscotch di atas roti sebelum dihidang.
Cara untuk Sos butterscotch:
- Di atas api yang perlahan, panaskan mentega dan gula perang, kacau seketika. Masukkan pula whipping cream, garam dan esen vanilla. Kacau sehingga sos pekat sebati. Tidak perlu terlalu lama.
Resepi Roti Sarang Lebah Lembut Gebu Azlita Aziz
Roti Sarang Lebah Lembut Gebu: Sumber Azlita Aziz
Bahan-bahan:
- 300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
- 200 gram tepung gandum
- 2 sudu besar susu tepung atau skim milk
- 2 sudu besar madu
- 1 biji telur
- 250 ml susu segar
- 6 gram yis
- 40 gram gula
- 40 gram butter
- 1 sudu kecil baking powder
- 2 sudu besar plain yogurt
Semua bahan dah tersedia jom kita mulakan.
Ada 2 kaedah untuk membuat roti.
1. Jika anda menggunakan bread maker
2. Menguli menggunakan kudrat tangan
Cara-cara:
- Kalau menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu. Caranya senang sangat, mula-mula anda kenalah dapatkan sebuah bread maker, kalau tak ada bread maker anda kenalah pilih kaedah yang ke 2. Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . Bila dah siap uli dan boleh terus ke langkah no 4.
- Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.
- Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang. Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit. - Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda. Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.
-
Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya. Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh.
- Akhir sekali bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.
- Beginilah rupanya bun kita selepas di bakar. Gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun nampak berkilat, segar dan menyelerakan untuk dinikmati.
- Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel
Untuk resepi sos karamel. anda boleh sediakan awal, atau sementara menunggu doh di perap anada sudah boleh sediakan sos karamel.
Bahan Sos Karamel
- 1/2 cawam gula perang
- 1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
- 1/2 cawan susu segar
- secubit garam
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu besar butter
Cara-cara:
- Cairkan butter. Masukkan gula dan masak hingga gula mencair. Tuangkan krim, garam dan vanilla. Kacau rata. Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.
Resepi Roti Sarang Lebah Lembut Bersama Sos Butterscotch
Roti Sarang Lebah Lembut Bersama Sos Butterscotch: sumber rasa.my
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan air suam
- 1/2 sudu teh yis
- 1 sudu makan gula
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/4 cawan plain yogurt / yogurt asli
- 1/4 cawan minyak zaitun / minyak masak
Bahan Hiasan:
- Kepingan badam, biji labu, bijan putih, bijan hitam dan ceri
Cara-cara:
- Satukan air suam, yis dan gula. Kacau sebatri dan biar hingga berbuih.
- Satukan tepung, garam dan baking powder. Gaul sebati.
- Masukkan campuran yis dan yogurt. Gaul lagi sekali.
- Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh yang elastik. Doh memang lembik sedikit. Rehatkan doh seketika.
- Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bulat-bulatkan doh sebesar buah mata kucing @ bola golf (ikut citarasa masing-masing) dan susun rapat-rapat dalam loyang yang telah disapu dengan minyak.
- Tabur bahan hiasan pada roti dan biarkan seketika.
- Bakar roti pada suhu 180C selama 10 minit pertama menggunakan api bawah sahaja. Bila masuk masa 5 minit terakhir, guna api atas bawah.
- Apabila roti sarang lebah sudah masak, tuang sos butterscotch ke atas roti dan nikmati segera.
Bahan Sos Butterscotch
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan whipping cream atau susu cair
- 25 gram mentega
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- Secubit garam
Cara-cara:
- Cairkan mentega di dalam periuk dan masukkan gula perang.
- Masukkan whipping cream @ susu cair perlahan-lahan sambil kacau adunan sos sehingga semua sebati.
- Akhir sekali masukkan esen vanilla dan garam. Kacau rata dan biarkan sos memekat.
- Padamkan api dan sedia untuk digunakan.
Resepi Roti Sarang Lebah Sukatan Cawan Dengan Sos Butterscoth
Roti Sarang Lebah Sukatan Cawan Dengan Sos Butterscoth: Sumber Cik Matahariku
Bahan A:
- 1 cawan air suam
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat
- 3 sudu kecil yis (1 bungkus/11 gram)
Bahan B:
- 1 biji telur
- 3 cawan tepung roti/high protein flour
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar mentega
Bahan C:
- * 1 biji kuning telur & * 1/4 cawan susu segar kotak atau bancuh (Satukan dan kocak rata)
- Kuaci
- Almond flakes
- Bijan
Sos Butterscotch
- 2 cawan gula perang
- 2 cawan susu cair atau susu segar kotak
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar mentega
Penyediaan sos Butterscoth
- Dengan api sederhana, cairkan gula sehingga menjadi karamel. Satukan susu, esen vanila, dan tepung gandum. Kocak rata. Tapis dan masukkan campuran susu tadi perlahan-lahan. Kacau. Masukkan mentega. Kacau lagi. Apabila agak pekat, tutup api.
Cara-cara menyediakan roti sarang lebah:
- Satukan bahan A. Rehatkan sekitar 10 minit atau sehingga berbuih. Jika tidak berbuih, maknanya yis sudah mati atau tidak aktif.
- Satukan bahan B. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diuli. Tambah air mengikut keperluan doh.
- Uli doh sehingga doh tidak melekat di tangan dan mangkuk mixer.
- Sapukan tepung pada tangan. Bulatkan doh. Letak di dalam bekas yang disapu mentega atau minyak. Tutup permukaan bekas. Rehatkan doh sekitar 30-40 minit atau hingga doh naik berganda. Jika cuaca panas, doh cepat naik.
- Tekan doh bagi membuang udara dalam doh.
- Sapu loyang dengan mentega atau minyak. Bahagi dan timbang doh mengikut saiz yang diingini. (Saya buat 24 gram). Susun doh. Jangan terlalu rapat kerana doh akan naik sekali lagi.
- Tutup permukaan loyang dengan plastic wrap. Rehatkan lagi sekitar 30 minit.
- Sapu atau sembur permukaan doh roti dengan bancuhan susu dan kuning telur.
- Tabur kuaci, bijan, dan almond flakes.
- Panaskan oven dengan suhu 170’C api atas bawah terlebih dahulu. Bakar doh sekitar 20 minit. (Nota: Suhu dan masa membakar roti bergantung pada oven masing-masing, ya).
- Apabila roti masak, sapu permukaan roti dengan mentega ketika roti masih panas (jika suka). Tuang sos butterscotch dan sedia dimakan.
Resepi Roti Sarang Lebah Dan Sos Butterscotch. Gebu Dan Sedap!
Roti Sarang Lebah Dan Sos Butterscotch. Gebu Dan Sedap!: Sumber Harian Post
Bahan A:
- 1 peket yis
-
1 cawan air suam
-
4 Sudu besar gula
- 3 Sudu besar susu pekat
Bahan B:
-
3 Sudu besar marjerin
-
1 biji telur
-
3 cawan tepung high protein
-
1 cawan tepung gandum
Bahan Sapuan Roti:
-
6 sudu besar Susu kotak
-
kuning telur
Bahan Sos Butterscotch:
-
1 cawan gula perang
-
1 cawan air (kurang sikit)
-
1/2 cawan whipping cream atau susu cair
-
3 sudu besar marjerin
-
secubit garam
-
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
- Satu kan bahan A, kacau, biarkn yis naik berganda.
- Sementara menunggu yis, satu kan tepung gandum dan high protein, masukkn telur dan marjerin.
- Ramas-ramaskan tepung menjadi serbuk roti.
- Bile yis dah naik, masukkn bahan A ke dalam bahan B.
- Uli sampai cantik, kalau kurang air tambah air suam sikit, atau kalua kurang tepung tambah tepung sikit.
- Biarkan doh naik berganda dalam 30 minit.
- Bila doh sudah naik, tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan angin.
- Boleh uli semula dan bulat-bulatkan ikut citarasa sendiri. Kemudian susun di dalam loyang dan biarkan doh mengembang selama 15 minit.
- Kemudian sapukan telur dan susu atas roti kemudian hias dengan kuaci / black sesame/ bijan.
- Bakar suhu 170 dan 20minit. Ikut oven masing-masing.
Cara-cara Sos Buttterscotch:
- Masukkn air dan gula dalam kuali sampai gula larut dan didih.
- Masukkn marjerin dan esen vanilla.
- Sudah larut, masukkan whipping cream atau susu cair tadi dan secubit garam.
- Kacau sehingga menjadi pekat.
Penutup
Mudah je nak buat, jom cuba!
Antara resepi yang anda boleh cuba:
- Resepi Cream Puff Sedap (Mudah, Gebu Je!)
- Resepi Karipap Rangup dan Sedap (Anda Kena Cuba Resepi Ini!)
- Resepi Karipap Sardin vs Karipap Inti Ikan (Sedapnya Tembosa Ikan Ini)
- Resepi Karipap Pusing Yang Rangup 2022 (Kulit Rapuh Krup Krap, Sedapnya!)
- Resepi Karipap Cheese Leleh Yang Sedap, Inti Padat!
- Resepi Karipap Inti Bihun Yang Simple Dan Sedap!
- Resepi Roti Nan Yang Lembut & Gebu!