fbpx

7 Resepi Churros Yang Rangup Dan Sedap 2022

0

Hari ini saya nak kongsi resepi churros yang rangup dan sedap. Kalau kena caranya, rasanya lembut di dalam dan crunchy! Sedap dimakan panas-panas. Untuk dapatkkan bentuk churros yang cantik, anda boleh gunakan nozel kuih semperit. Bentuknya seakan-akan churos. Kalau nak beli yang khas untuk churros pun tak jadi masalah untuk letak adunan churros anda. Kalau nak buat banyak-banyak pun boleh, churros ini sesuai  dijadikan frozen. Cara penyediaannya mudah dan simpe je! Mudah la nak buat untuk tetamu yang hadir. Tiba-tiba raya ini kan, bahan nak buat chuurros ini pun mudah nak dapatkan. Jom cuba!

Resepi Churros Che Nom

Resepi Churros Che Nom

Churros: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan minyak
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu besar butter, potong dadu
  • 2 sudu kecil gula halus
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
  • piping bag plastik atau kertas

Bahan untuk Cinnamon Sugar (salutan gula kayu manis)

  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis

Bahan untuk chocolate gravy (sos coklat)

  • 250 gram coklat bar, cincang kasar
  • 1/4 cawan butter
  • 1/2 cawan susu full cream dutch lady

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali untuk goreng kemudian.
  2. Dalam periuk kecil masukkan air, susu, butter, gula dan garam. Panaskan sehingga cair dan mula mendidih. Tutup api dan angkat periuk ke tepi.
  3. Masukkan tepung dan esen vanila kemudian kacau sehingga tepung menjadi sekata dan adunan tidak berketul.
  4. Masukkan pula telur dan kacau sebati. Tuang adunan ke dalam piping bag yang sudah di pasang nozze.
  5. Paip adunan di dalam minyak panas dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan gaul bersama cinnamon sugar.
  6. Hidang bersama sos coklat.

Tips:

  • Sewaktu proses piping di dalam minyak panas, anda boleh pipe doh dalam anggaran 2 inci panjang setiap satu dan gunting. Boleh juga pipe doh sepanjang yang anda suka di dalam kuali dan apabila diangkat kemudian, terus gunting sekata anggaran 2 inci sebelum gaul di dalam cinnamon sugar.

Resepi Churros Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam

Churros Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam

Churros Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air*
  • 1 sudu besar mentega/margerin
  • 1 sudu besar gula* (gula yg bancuh teh kopi tu)
  • 1 sudu teh esen vanila*
  • Secubit garam*
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur B

Cara-cara:

  1. Satukan bahan-bahan bertanda * dlm kuali (guna kuali non stick). Buka api dan kacau smpai gula larut, biarkan mentega tu cair.

  2. Tutup api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dengan. Terus je balik-balikkan tepung tu sampai doh yang lembut terhasil, kalau doh tu berketul, pedulikan je.

  3. Telur pukul sikit dan tuang dalam doh. Doh masih panas, jadi terus aje uli-uli dengan senduk. Bila doh dah sejuk sikit dan boleh dipegang, ulilah dengan tangan sampai betul-betul sebati dan takde lagi ketulan tepung.

  4.  Masukkan doh dalam piping beg. Guna star nozle dan paipkan atas dulang yang dialas baking paper (tujuan tak bagi melekat aje).

  5. Sementara dok paip Churros tu, bolehlah la panaskan kuali minyak.

  6. Goreng sehingga keemasan dan diangkat.

  7. Sira dgn gula icing dan sedikit serbuk cinnamon. Lebih umph kalau cecah dalam sos coklat.

Tips:

  • Doh yang cantik adalah doh yg licin dan agak kenyal. Tak melekat dekat tangan.

Bahan Sos Coklat:

 

  • 100 gram coklat masakan
  • 1 sudu mentega (saya guna 2 sudu minyak jagung)

Cara-cara:

  1. Cairkan secara double boil.

Resepi Churros Fazlinil Irma

Resepi Churros Fazlinil Irma

Churros: Sumber Fazlinil Irma

Bahan-bahan:

  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar gula
  • 3 cawan tepun
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar butter/marjerin/minyak masak. Pilihlah yang mana satu.

Cara-cara:

  1. Didihkan air. Kemudian masukkan gula, garam dan butter. Bila dah sebati ketiga-tiga bahan, perlahankan api.
  2. Masukkan tepung dengan cepat. Untuk elakkan tepung berketul. Masukkan tepung secara menabur. Bukan sekaligus. Kemudian kacau sampai sebati. Masa ni nak tutup api pun boleh dah.
  3. Angkat dari dapur. Masukkan telur. Kacau lagi sampai sebati.
  4. Tunggu sejuk sedikit. Kemudian bolehlah terap guna acuan bentuk bintang yang dimasukkan dalam piping.
  5. Kemudian goreng sehingga kuning keemasan.
  6. Angkat dan taburkan dengan gula halus. Boleh juga dimakan dengan nutella.

Resepi Churros Buat Orang Lapo

Churros Buat Orang Lapo

Churros: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Gula halus
  • Serbuk cinnamon

Cara-cara:

  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Masukkan air, garam, butter dan gula ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
  3. Padamkan api dan masukkan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan. (kacau laju supaya tepung tidak berketul).
  4. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau sehingga adunan sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping beg. Gunakan nozel berbentuk bintang.
  6. Panaskan minyak dan terus picitkan adunan churros ke dalam minyak yang panas.
  7. Goreng sehingga kekuningan.
  8. Sediakan gula halus yang ditambah serbuk cinnamon untuk menyalut churros.

Nota:

  • Jika tidak mempunyai nozel, boleh gunakan plastik biasa sahaja.
  • Boleh makan churros bersama coklat yang dicairkan atau apa-apa sos kegemaran masing-masing.

Resepi Churros Azlita Aziz

Resepi Churros Azlita Aziz

Churros: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 15 gram butter
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk salutan:

  • sedikit gula halus
  • 1 sudu teh serbuk cinimon ( kayu manis )

Cara-cara:

  1. Mula-mula kita satukan air, gula halus, garam dan butter dalam periuk dan masak hingga ia mendidih.
  2. Tepung gandum di ayak bersama baking powder.
  3. Bila air dah didih, tutup api dan terus masukkan bahan tepung sedikit-sedikit sambil sebelah tangan lagi terus mengacau supaya tepung tidak bergentel-gentel.
  4. Adunan akan menjadi lembut dan tidak bergentel macam gambar atas. Kemudian masukkan telur dan esen vanila dan terus kacau sampai adunan likat.
    Biarkan sebentar. Sementara itu bolehlah panaskan minyak. 
  5. Sediakan nozel bintang macam dalam gambar. Letakkan dalam piping bag.
    Jika tak ada nozel dan tak ada piping bag, tak apa.. anda boleh letak dalam plastik bag bahagian bucu tu potong sedikit untuk keluarkan doh nanti.
  6. Sementara itu tunggu hingga minyak panas. Minyak jangan terlalu panas ya, nanti churros tu bentuknya tak cantik, ada letup-letup. Minyak sederhana sahaja macam kita nak goreng donut. tapi jangan pula api perlahan sangat nanti ia serap minyak pulak dah tak sedap!
  7. Paipkan doh tadi dalam kuali, dan gunting panjang mana kita nak.
    Masak dan goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.
  8. Angkat setelah masak dan letakkan dalam bekas yang berlapik kertas tisu, supaya serap minyaknya.
  9. Sediakan gula yang di gaulkan bersama serbuk cinimon ( kayu manis).
  10. Gaulkan churros dalam gula tadi semasa ia masih hangat, sebab bila dah sejuk gula tu dah tak lekat dah kat churros tu.
  11. Sekarang bolehlah di hidangkan bersama coklat panas, ganache coklat, caramel, nutella atau strawberry.

Bahan Coklat Sos:

  • 60 ml heavy cream atau tick cream ~ kalau nak lagi cair lebihkan 100 ml
  • 10 gram syrup glucos ~ optional
  • 100 gram dark choc
  • 1 sudu besar Hazelnut paste atau Nutella

Cara-cara:

  1. Coklat masakkan di cincang kecil. Satuan heavy cream dan glucos dan masak hingga timbul buih kecil tepi periuk.
  2. Angkat dan tuangkan atas coklat cincang tadi. Tambahkan Hazelnut paste atau nutela dan gaul rata. Sedia di hidangkan bersama Churros. 

Resepi Churros Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Resepi Churros Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Churros Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan: Sumber Wani Sukarno

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum ( wani guna 1 1/4 cawan ) 
  • 1 sudu besar butter
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1biji telur
  • Nozzle muncung bintang
  • Piping bag
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam . Kacau sebati dengan api yang sederhana.
  2. Perlahankan api, masukkan tepung sikit atau dengan cara mengayak supaya tepung tak berketul. Kacau sehingga rata dan tutup api. (Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okaylah).
  3. Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Kemudian masukkan esen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah  sejuk sedikit.
  4. Masukkan adunan dalam piping bag. Buat bentuk stick atas baking paper (kalau takde boleh tabur tepung je sebab tak nak bagi melekat). Untuk first time buat ni bentuk masih tak proper lagi ni.Takpe, belajar kan.
  5. Masukkan minyak dalam kuali, goreng dengan cara deep fry. Pastikan api perlahan supaya tak hangus. Bila dah warna kekuningan terus angkat.
  6. Salutkan churros dengan gula halus dan sedia untuk dihidang!

Resepi Churros Oreo Paling Mudah Step By Step

Churros Oreo Paling Mudah: Sumber Lativa Sakina

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus oreo
  • 2 cawan air
  • 4 sudu besar butter
  • 1/3 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • minyak
  • gula kayu manis

Cara-cara:

  1. Masukkan oreo ke dalam 1 mangkuk kemudian siapkan 2 mangkuk kosong.
  2. Pisahkan biskut oreo dan krim ke dalam 2 mangkuk yang berbeza.
  3. Haluskan biskut oreo.
  4. Panaskan air, butter, dan gula. Gaul hingga merata.
  5. Matikan api lalu masukkan tepung gandum, serbuk biskut oreo, dan telur.
  6. Kacau adunan churros oreo hingga sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam cetakan churros lalu paipkan.
  8. Diamkan sebentar ke dalam peti sejuk hingga adunan keras.
  9. Goreng churros dengan deep fry.
  10. Gulingkan churros oreo yang sudah digoreng di atas gula kayu manis.
  11. Lubangi churros dengan straw.
  12. Panaskan krim oreo ke dalam microwave hingga cair.
  13. Gaul krim yang cair hingga sebati.
  14. Masukkan krim ke dalam plastik lalu isikan ke tengah lubang churros.

Penutup

Alahai…rangupnya churros ni. Sesuai dihidangkan panas-panas untuk tetamu yang datang. Boleh dicelup dengan sos coklat, caramel, nutella ataupun dimakan begitu  sahaja. Nak tabur gula  halus pun boleh, sebuk cinnamon pun sedap! Ikut selera anda untuk dihidangkan minum petang pun sesuai ya. 

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.