Hari ini saya nak kongsi tempat menarik di Pahang! Pernahkah terlintas di fikiran anda untuk dapat menyaksikan haiwan prasejarah? Betul, begitu juga kami. Kali ini Jom kita ke Dinosour Encounter Taman Teruntum di terletak di Zoo Teruntum, Kuantan, Pahang.
Dinosour Encounter Di Zoo Teruntum
Penduduk Kuantan dan ANDA yang mencari masa keseronokan keluarga, jom ke zoo hibrid pertama di dunia! Ada Di Zoo Teruntum! Tetapi pertama-tama, anda mesti tertanya-tanya, apakah zoo hibrid?
Nah, pengunjung Zoo Taman Teruntum di Kuantan, Pahang, bukan sahaja dapat melihat haiwan sebenar tetapi juga haiwan prasejarah yang pupus dalam bentuk animatronik, hasil kerjasama mereka dengan Dinosaur Encounter.
Dinosour Encounter: Sumber The Smart Local
Lebih 30 replika dinosaur bersaiz hidup dalam pameran yang dipanggil Dinosaur Encounter.
Sumber: hype
Sama ada anda peminat Jurassic Park, atau mempunyai anak kecil yang gemar dengan haiwan prasejarah ini, lawatan ke zoo ini akan menjadi acara yang menyeronokkan.
Dinosour Encounter: Sumber The Smart Local
Sumber: Yoodo
Sumber: Yoodo
Sumber: Yoodo
Di bahagian Dinosaur Encounter, ia dimulakan dengan aktiviti tayangan tiga dimensi dinosaur, disusuli dengan cabaran permainan dinosaur dan pembelajaran mengenai haiwan prasejarah itu. Para pengunjung pasti merasa teruja apabila menelusuri dunia dinosaur yang seakan-akan hidup dan berpeluang untuk sesi fotografi sepuasnya bersama puluhan ‘makhluk’ prasejarah itu.
(Lokasi Percutian, 2022)
T-REX Terbesar Di Asia!
Sumber: World Of Buz
Tyrannosaurus-Rex Dinosaur Encounter didakwa yang terbesar di Asia!
Rumah Hobbit!
Bukan sahaja dinosaur, tetapi kawasan itu juga menempatkan kafe bertema, makmal dinosaur dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik ialah, peminat “Lord of The Rings”, persiapkan diri anda, terdapat juga Rumah Hobbit!
Sumber: hype
Menarik kan? Anda bukan sahaja dapat melihat haiwan comel yang sebenar di Zoo Teruntum, tetapi anda juga boleh belajar tentang haiwan pra-sejarah bersama-sama dengan memanjakan diri anda dalam dunia fantasi; semua dalam satu tempat. Semua keseronokan mudah ini hanya berharga RM25 untuk dewasa, dan RM22 untuk kanak-kanak.
Disini juga menyediakan kemudahan kedai, tandas, kawasan parkir yang luas, dan taman permainan kanak-kanak untuk keselesaan para pengunjung.
Harga Tiket
Untuk menerokai hutan belantara yang dipenuhi dinosaur di sini, beli sahaja tiket di pintu masuk. Harga adalah seperti berikut:
Sumber: Dinasour Encounter
Info Tambahan
Alamat: Mini Zoo Taman Teruntum, Jalan Padang Golf 25050 Kuantan, Pahang
Waktu buka: 9 PAGI-6 PETANG, Setiap Hari
Telefon: 09-567 3333
Zoo Teruntum website | Facebook | Instagram
Penutup
Sesekali anda berkunjung ke Kuantan bersama keluarga, jangan lupa bawa anak-anak singgah di Zoo Teruntum!
Tempat Recommended!