fbpx

Tempat Makan Menarik Di Kelantan! Baloh Jembal

0

Hari ini saya nak kongsi satu tempat makan yang menarik di Kelantan! Baloh Jembal adalah sebuah restoran yang beroperasi di premis yang berkonsepkan istana melayu tradisional. Nak OOTD pun best! Suasananya cantik sangat! Berbaloi luangkan masa disini bersama tersayang sambil menikmati suasana yang berkonsepkan istana melayu tradisional. Harga makanan di Baloh Jembal pun berpatutan, boleh lah nak bawa dan belanja kawan-kawan kat sana. Boleh rasa masakan kampung! Makanan western yang sedap pun ada.

Baloh Jembal Berkonsepkan Istana Melayu Tradisional

baloh jembal 5

Sumber: Malaysia Truly Asia

baloh jembal 4

Sumber: Malaysia Truly Asia

baloh jembal 1

Sumber: Malaysia Truly Asiabaloh jembal 3

Sumber: Malaysia Truly Asia

baloh jembal i

Sumber: Raja Cuti

Baloh Jembal ii

Sumber: Raja Cuti

Baloh Jembal

Sumber: Baloh Jembal

Restoran Baloh Jembal membawa anda kembali ke masa lalu. Nikmati estetika gaya kampung & rasa set hidangan tempatan Kelantan agar kelihatan seperti zaman dahulu.

Memang banyak pilihan makanan dan minuman dekat sini tapi untuk pengetahuan semua, pilihan menu untuk masakan panas dan western hanya beroperasi selepas waktu Asar. Kalau nak makan set nasi ulam budu korang boleh jer order sebelum waktu Asar. 

(Luqman Zakaria, 2020)

Apa yang menariknya? Anda akan diberi pilihan untuk makan bersila seperti orang di zaman silam atau duduk makan di meja. Jika diperhatikan, dekorasi di Baloh Jembal ini sangat menghidupkan suasana, ibaratnya seperti berada di istana zaman silam!

Shell Out Terpadu, Tersedap Di Kelate!

Baloh Jembal 2

Sumber: Baloh Jembal

shell out baloh jembal

Sumber: Baloh Jembal

shell out baloh jembal 1

Sumber: Baloh Jembal

Pakat oyak sedap dan nak repeat belako doh hok mana mari try, pah rego murah pecoh palo wehhh ngan bare banyak buh Udang, Sotong, Lala dan Ketam… Hok berehi sos buttermilk boleh add on Sotong & Udang Buttermilk, tak habis RM100 boleh makan 5-6 orang puas hati…
Make style kampung meme jadi sini bohhh,
Menu tradisional, ikan bakar, ikan stim, shell out, kopi2 semua ada pah rego pun rego kampung…Puas hati supo mok2 zaman dulu masak rasa dio, make pulak atas gere boleh, selo dalam rumah boleh, nak duk meja pun boleh, dewan besar sajo boleh muat 50 orang.

Baloh Jembal ini sesuai untuk anda bawa bersama keluarga, pasangan dan kawan-kawan. Sesuai juga untuk makan tengah hari, makan malam, minum petang, majlis keraian khas, majlis hari jadi, majlis perkahwinan dan lain-lain.

“One of the recommended place untuk di kunjungi kalau sampai di Kota Bharu. sambil makan sambil bergambar cantik-cantik.”

(Mawardi Yunus, 2020)

Info Tambahan

Info Tambahan Baloh Jembal

Sumber: dapnya tv

Facebook: Baloh Jembal

Lokasi: Baloh Jembal, Lorong Sri Madani, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Penutup

Baloh Jembal sangat cantik suasananya, makanan pun sedap-sedap. Harganya sangat berpatutan. 

Tempat Recommended!

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.