Bagaimana membuat permohonan BR1M? Ini adalah panduan lengkap cara semakan status BR1M secara online, cara kemaskini borang BR1M secara online semua perkara berkaitan BR1M.
Ada yang menggunakan singkatan BR1M sebagai BRIM dan ada yang tulis bantuan 1 Malaysia. Ianya adalah satu polisi khas yang diwujudkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia.
Bagi memudahkan anda membaca panduan ini, kami buat dalam bentuk senarai. Klik saja pada menu pilihan.
Apa Itu BR1M
BR1M merupakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang diwujudkan oleh sejak tahun 2012. Diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. BR1M adalah satu polisi pembayaran secara sekali kepada individu-individu yang kurang berkemampuan.
Permohonan BR1M 2018 Secara Online
Bagi membuat permohonan BR1M secara online, masuk ke halaman eb1m.hasil.gov.my (Ini adalah satu-satunya website rasmi BR1M).
1. Pilih menu PERMOHONAN BARU
2. Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
3. Klik butang HANTAR (Borang permohonan akan dipaparkan jika data belum wujud.)
4. Jika no MyKad tidak wujud pada data JPN, kotak mesej berikut akan dipaparkan.
5. Jika data telah wujud, kotak mesej berikut akan dipaparkan. Pemohon perlu mengambiltindakan lanjut di menu KEMAS KINI PERMOHONAN di website MyBR1M
6. Kemudian isikan maklumat berikut dengan tepat. Ada bahagian A, B dan C.
Bahagian A Borang BR1M
Butiran | Penerangan |
---|---|
Nama | Nama pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat yang terdapat dalam MyKad. |
Nombor My Kad | No. MyKad akan dipaparkan berdasarkan maklumat MyKad yang dimasukkan. |
Tarikh Lahir | Tarikh Lahir pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat yang terdapat dalam MyKad. |
Umur | Umur pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan umur tahun 2018. |
Jantina | Jantina pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat yang terdapat dalam MyKad. |
Status Perkahwinan | Sila pilih Status Perkahwinan. (cth : Kahwin atau Ibu / BapaTunggal / Balu / Janda / Duda atau Bujang) |
Tarikh penceraian/ Kematian pasangan | Sila masukkan Tarikh Perceraian jika ada. |
Nombor telefon rumah | Sila masukkan No. Telefon Rumah. (cth : 03-12345678) |
Nombor telefon bimbit | Sila masukkan No. Telefon Bimbit. (cth : 013-1234567) |
Pekerjaan | Sila Pilih Pekerjaan. (cth : Bekerja sendiri atau Penggajian(Makan Gaji / Upah) atau Tidak bekerja) |
Nama Bank | Sila pilih Nama Bank.(cth : CIMB BANK BERHAD) |
Alamat surat menyurat | Sila masukkan Alamat Surat - Menyurat Terkini, Poskod,Bandar / Daerah dan Negeri. |
Bahagian B Borang BR1M
1. Pada ruangan SENDIRI, sila isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM). Jika tiada Pendapatan Kasar Bulanan (RM), sila isi “0”. |
---|
Bahagian Borang BR1M
1. Pemohon perlu memilih di PILIHAN WARIS sama ada tick pada ADA atau TIADA waris. |
---|
7. Seterusnya masukkan kod seperti yang dipaparkan pada ruangan Kod Pengesahan di sebelah kiri dan klik HANTAR.
Cara Kemaskini BR1M Secara Online
1. Pilih menu MyBR1M
2. Masukkan No. Kad Pengenalan
3. Klik butang Log Masuk
4. Soalan Keselamatan akan dipaparkan jika data telah wujud.
5. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke Laman MyBR1M.
6. Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat permohonan terkini yang diisi oleh pemohon.
7. Setiap soalan hanya dibenarkan 3 kali percubaan menjawab sahaja.
8. Jika jawapan yang diberikan masih salah dan 3 kali percubaan bagi setiap 3 soalan yang dijawab telah habis, peringatan berikut akan dipaparkan.
9. Jika No. Pengenalan yang tidak sah dimasukkan, mesej berikut akan dipaparkan.
10. Klik pada menu Kemas Kini Permohonan
11. Paparan maklumat pemohon ditunjukkan seperti di Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
12. Pilih maklumat pemohon yang ingin dikemaskini.
Cara Semakan Status BR1M Secara Online
1. Pilih menu MyBR1M
2. Masukkan No. Kad Pengenalan
3. Klik butang Log Masuk
4. Jawab soalan keselamatan.
5. Klik pada menu Semakan Status.
6. Paparan seperti diatas akan dipaparkan.|
7. Klik butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan.
8. Klik butang Keluar untuk kembali ke Laman MyBR1M.
Syarat Kelayakan BR1M
1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
2. Pemohon mestilah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah. Atau jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
3. Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
4. Pemohon seorang bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Penipuan dan Peringatan BR1M dari LHDN
1. MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan BR1M di media sosial. Laman sesawang yang terlibat adalah:
a. http://brim-hasil.net/
b. https://www.facebook.com/BR1M3/
c. http://www.br1m.info
d. http://www.br1m.net
e. http://www.br1m2017.com
f. http://www.bantuanrakyat1malaysia.com
g. https://www.facebook.com/BR1M2017/
h. http://bulletinmedia.blogspot.my/2017/01/terkini-br1m-2017-diawalkan-sempena.html
i. http://www.siakapke.li/terkini/bayaran-brim-2017-diawalkan-sempena-tahun-baru-cina
j. http://pingje.org/infoje/terkini-br1m-2017-diawalkan-sempena-tahun-baru-cinabr1m-telah-di-kreditkan-ke-akaun-sila-semak-akaun-anda/
k. http://wow.com/permohonan/
l. https://www.mysumber.com/duit-br1m.html
m. http://www.malaysiatercinta.com/2013/12/tarikh-dan-cara-pembayaran-br1m-2014.html
n. http://myeidos.com/semak-kemasukan-duit-br1m/
Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan.
2. LHDN TIDAK menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM:
+6016-830-1970
+6016-736-9364
+6016-594-7475
3. LHDN menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BR1M. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
4. Kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M atau Rayuan BR1M.
5. LHDN TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan BR1M atau Rayuan BR1M.
6. Sekretariat BR1M MoF dan LHDN tidak pernah mengeluarkan atau mengedarkan maklumat BR1M melalui mana-mana media sosial seperti aplikasi whatsapp. Maklumat yang sahih BR1M 2018 hanyalah melalui phamplet yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima BR1M.
Maklumat Terkini BR1M 2018
Permohonan Baharu atau proses kemaskini BR1M 2018 menerusi online dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.
Jadual Pembayaran BRIM 2018
Pembayaran BR1M 2018 akan dibuat menerusi kaunter LHDN. Bayaran bermula pada 27 November sehingga 31 Disember 2017.
saya nak check tahun 2018 saya layak memerima brim… dan dah lulus atau gagal.
sye punye dh lulus ke
Brim tak dapat
Help me to check whether my brimm valid for this year…
Check status brim 2018 lulus atau tidak
Check status brim 2018 lulus atau tidak bagi saya..
semakan brim