fbpx

23 Tempat Menarik di Terengganu Yang WAJIB Anda Lawati Terutamanya Yang ke 9!

0

Ini adalah 23 tempat menarik di Terengganu. Termasuklah pulau dan pantai menarik di Terengganu dan tempat membeli-belah. Sama ada anda ingin ke Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman atau ke mana saja di "Tranung" ini, pastikan anda mengunjungi kesemua tempat menarik ini.

Terengganu merupakan sebuah negeri di Pantai Timur yang cukup unik. Selain daripada banyak tempat menarik dan cantik, negeri ini juga terkenal dengan keropok lekor. Keropoknya padat dengan ikan dan sedap sekali.


Pasar Payang

Ini adalah tempat mesti lawat di Kuala Terengganu. Pasar Payang merupakan sebuah pasar yang memiliki sejarah tersendiri. Terletak di sebelah sungai, pasar ini menjanjikan pemandangan luar biasa selain daripada pelbagai macam produk yang dijual di dalam pasar ini. Pasar Payang menampilkan bermacam-macam produk kraftangan dan tradisional masyarakat Terengganu.

Pasar Payang Kuala terengganu

Muzium Negeri Terengganu

Muzium ini terletak di Bukit Losong. Hanya 15-20 minit dari bandar Kuala Terengganu. Muizium ini mengumpulkan pelbagai macam koleksi bersejarah dari zaman berzaman. Bahkan para pelancong berpeluang melihat sejarah masyarakat Terengganu dengan lebih dekat.

Muzium Negeri Terengganu

Taman Tamadun Islam

Ini merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang terbaru di Terengganu. Taman Tamadun Islam menampilkan 23 replika masjid, monumen dan hasil tangan masyarakat Islam. Selain itu ada juga kedai cenderahati dan tempat makan.

masjid dan monumen taman tamadun islam terengganu

Masjid Kristal

Masjid ini terletak di Pulau Wan Man. Masjid ini merupakan sebahagian daripada projek Taman Tamadun Islam Terengganu. Keunikan masjid ini adalah seperti namanya "kristal". Dari jauh masjid ini kelihatan bersinar-sinar.

masjid kristal

Masjid Terapung

Asal nama masjid ini adalah Masjid Tengku Tengah Zaharah. Namun lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Terletak di Kuala Ibai. Binaan yang unik menyebabkan ianya kelihatan seperti terapung di atas air.

masjid terapung

China Town

Terengganu terletak di tepi laut. Laut merupakan jalan penghubung masyarakat zaman dahulu. Pada sekitar zaman Dinasti Ming, Terengganu menjadi pusat perniagaan para pedagang. Ini dapat dilihat daripada ciri-ciri seni bina bangunan di kawasan ini. Malah ada dua bangunan yang telah diwartakan sebagai World Heritage Building.

china town

Bukit Puteri

Bukit ini menjadi kawasan tarikan ramai pelancong. Ianya setinggi 208 meter dan menghadap ke laut China Selatan. Bukit ini satu ketika dahulu berfungsi sebagai kubu bagi melindungi negeri Terengganu daripada ancaman musuh. Malah masih ada lagi satu meriam besi yang dikenali sebagai "Genta".

meriam bukit puteri

Pulau Perhentian

Pada tahun 2013, pulau ini telah dinobatkan sebagai pulau ke 13 tercantik di dunia melalui kajiselidik yang dibuat oleh CNN. Pulau ini terletak kira-kira hanya 21km dari pesisir pantai Terengganu. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua pulau yang dipanggil Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Ada 45 resort di Pulau Perhentian dan terdapat sekitar 1376 bilik yang disediakan. Di pulau ini pelbagai macam aktiviti boleh dijalankan seperti menyelam skuba, snorkeling, berjalan di persisiran pantai, redah hutan dan banyak lagi.

pulau perhentian

Pulau Redang

Pulau luar biasa! Pulau ini merupakan pulau terbaik bagi pelancong yang ingin merasai kenikmatan dan keunikan pulau tropika. Pulau ini mempunyai sebuah resort bertaraf 5 bintang yang terletak di Pantai Teluk Dalam. Pulau Redang memang dikenali sebagai pulau yang sangat cantik. Malah pulau ini juga telah digazetkan sebagai Taman Laut sebagai satu usaha menjaga keindahan pulau ini.

pulau redang

Pulau Lang Tengah

Pulau yang memiliki hutan tropika yang cantik dan terjaga. Pulau ini terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Untuk pergi ke pulau ini, pengunjung boleh menaiki Jeti Pelancongan di Merang. Masa perjalanan adalah sekitar 40 minit. Ada 4 resort yang menawarkan pakej masing-masing. Selain menyelam skuba, snorkerling, pengunjung boleh juga menjalankan aktiviti berpasukan seperti jungle trekking.

Pulau lang tengah

Pulau Bidong

Menurut rekod sejarah, Pulau Bidong berasal daripada sebuah penempatan pelarian Vietnam sekitar tahun 1970an. Pusat penempatan pelarian ini akhirnya ditutup pada tahun 1990an. Kemudian pusat ini ditukar kepada pulau pelancongan. Jadi di pulau ini, para pelancong akan mendapati kesan tinggalan pelarian Vietnam seperti sekolah, kedai, rumah, kuil. Yang paling menarik tentang Pulau Bidong adalah sebuah Galeri Bawah Laut (Underwater Gallery). Bagi melihat galeri ini, pelancong perlu menyelam masuk ke dalam air menggunakan kelengkapan yang disediakan.

pulau bidong

Pulau Kapas

Pulau ini mempunyai 9 resort yang mengandungi 256 buah bilik. Pada bulan Mac sehingga Ogos, pulau ini akan dipenuhi ramai pelancong. Kebanyakkannya datang untuk aktiviti mencandat sotong. Dalam banyak-banyak pulau, Pulau Kapas merupakan pulau yang paling hampir dengan daratan iaitu Bandar Marang.

pulau kapas

Pulau Tenggol

Ini merupakan satu tempat menarik di Dungun. Pulau Tenggol merupakan pulau yang menjadi pilihan mereka yang ingin pengalaman luar biasa scuba diving. Ada bangkai kapal berhampiran pulau ini. Selain itu kebanyakkan kawasan di bawah air pulau ini masih terjaga rapi dan belum diterokai.

pulau tenggol

Pantai Batu Buruk

Pada waktu petang dan hujung minggu, pulau ini akan dipenuhi orang ramai. Pantai Batu Buruk merupakan satu tempat menarik di Kuala Terengganu yang mesti dikunjungi. Ada taman permainan, tempat makan, trek jogging, kereta kuda berhias dan banyak lagi.

pantai batu buruk

Pantai Penarik, Setiu

Andai anda berkunjung ke Setiu, ini adalah lokasi menarik yang mesti dikunjungi. Pantai ini dikelilingi kampung nelayan. Jadi anda berpeluang untuk melihat kehidupan nelayan dengan lebih dekat. Selain itu anda terus menikmati hasil tangkapan segar mereka dari laut seperti ikan, ketam dan udang.

pantai penarik

Pantai Bukit Keluang, Besut

Bukit Keluang ini terletak dalam daerah Besut di Terengganu. Pantai ini mendapat nama sempena sebuah gua kecil yang terletak berhampirannya. Para pelancong gemar meneroka pelbagai macam spesies di dalam gua ini pada waktu malam. Di pantai ini juga ada laluan pejalan kaki bagi pelancong yang mahu mendaki bukit untuk menikmati pemandangan Laut China Selatan.

pantai bukit keluang

Pantai Kemasik

Ini adalah antara pantai yang masih terpelihara daripada hakisan. Pantai ini sangat cantik dan sering digunakan bagi aktiviti rakaman video perkahwinan. Pantai ini terletak di Kemasik, satu kawasan di utara Bandar Chukai, Kemaman.

pantai kemasik

Pantai Pandak, Chendering

Pantai ini lokasinya lebih kurang 6km ke selatan dari Kuala Terengganu. Keunikkan pantai ini adalah pantainya berteluk dan ada batu bata di sekeliling pantai. Selain itu ada pepohon kelapa yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

pantai pandak

Pantai Teluk Ketapang

Tip untuk datang ke pantai ini adalah jangan datang hujung minggu. Sebab pantai ini akan dipenuhi ada ramai orang. Pulau ini sangat hampir dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Ada banyak kedai di sekitar pantai ini yang menjual ikan, sotong, dan udang celup tepung.

pantai teluk ketapang

Pantai Batu Rakit

Andai mahu melihat koleksi bot-bot nelayan, inilah tempatnya. Pantai Batu Rakit merupakan sebuah pantai yang sangat cantik dan masih terpelihara. Pulau ini terletak kira-kira 45 minit dari bandar Kuala Terengganu.

pantai batu rakit

Pantai Kuala Abang

Bagi yang dalam perjalanan ke Pulau Tengol, singgah sekejap di Pantai Kuala Abang. Pulau ini berada 10km dari bandar Dungun. Kebiasaannya pemandu-pemandu suka singgah di perhentian Pantai Kuala Abang bagi menikmati keindahan pemandangan pantai ini.

pantai kuala abang

Pantai Kelulut

Di pantai ini ada satu acara tahunan yang dikenali sebagai Pekan Budaya Daerah. Dalam acara ini, ada persembahan, sukaneka, pelbagai jualan dan pameran. Pantai ini terletak kira-kira 8km dari bandar Marang.

pantai kelulut

Pantai Air Tawar

Pantai ini mendapat nama sempena sebuah kolam air tawar yang terletak bersebelahan persisiran pantai ini. Pantai ini mempunyai banyak kemudahan seperti ruang parkir kenderaan, wakaf rehat, tandas, surau dan gerai-gerai makanan segar dari laut.

pantai air tawar

Tempat Menarik di Terengganu

Apabila melawat ke Terengganu, biasakan dengan dialek-dialek Terengganu. Ini akan menjadikan anda lebih mudah mesra dengan masyarakat setempat di situ.

Selain itu cuba tawar menawar dengan peniaga di sana. Mereka tidak keberatan untuk memberikan potongan harga andai kena gayanya.

Kami pasti kunjungan anda ke tempat-tempat menarik di Terengganu pastinya berbaloi. Kebanyakkan tempat ini cukup dipelihara dan diambil berat. Jadi keindahannya terpelihara dan terjaga.

Leave A Reply

Your email address will not be published.