fbpx

20 Tempat Menarik di Pulau Pinang

0

Mahu berkunjung ke Pulau Pinang? Sedang mencari tempat menarik di Penang? Anda sudah tiba ditempat yang betul.

Dalam artikel ini saya senaraikan 20 tempat menarik di Penang yang mesti dilawati. Ada tempat bersejarah, ada tempat makan dan ada tempat membeli belah. 

Untuk makluman, Pualu Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang ini menerima lebih 7 juta pelancong telah direkodkan melawati Malaysia pada tahun 2017. Apa yang isitmewanya Pulau Pinang ini?

Jom kita lawat sekarang.


Muzium Peranakan Penang

muzium peranakan

Muzium ini terletak di Georgetown dan memberi peluang kepada para pelancong untuk menerokai budaya dan adat serta hidup kaum peranakan di negeri ini.

Malah , terdapat pelbagai pameran yang ditunjukkan contohnya baju tradisional dan jenis perabot kaum peranakan ini. Kebanyakan rekaan baju tradisional kaum peranakan ini lebih unik dan menarik.  

Bayaran masuk ialah hanya RM20 sahaja dan ia mula beroperasi setiap hari dan bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 5 petang sahaja.

Lokasi : 29 Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang.


Escape Theme Park

Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang.

Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat aktiviti lasak diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan untuk mereka yang gayat, belajar memanjat pokok kelapa.

Namun jika anda menempah secara atas talian dari jangka masa yang agak panjang untuk dikunjungi, harga kemasukan lebih murah.

Bayaran Masuk: Dewasa RM83 | Kanak – Kanak RM55

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10:00am – 6:00pm)

Lokasi: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

Tropical Fruit Farm

tropical fruit farm

Terdapat 370 jenis buah- buahan untuk dilihat dikebun ini apabila anda bertandang ke Tropical Fruit Farm. Bagi sesiapa yang berkeinginan melihat sendiri pokok – pokok di sini dengan lebih dekat anda bolehlah ke sini.

Kebun ini dibuka pada setiap hari dan terletak di Teluk Bahang yang mempunyai keluasan 25 ekar dan mempunyai tujuan iaitu memelihara baka buah – buahan exotic yang ada di negara Malaysia ini. Buah-buahan disini dikacuk menghasilkan  jenis buah-buahan yang baru.

Lokasi : Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang


Rumah P. Ramlee

Siapa yang tidak kenal dengan seniman tanah air yang telah menghasilkan banyak cerita yang sampai hari ini menjadi tontonan lagi antara cerita yang masih menjadi bualan orang ramai ialah Seniman Bujang lapok, Labu Labi, Nujum Pak belalang dan sebagainya.

Seniman yang dimaksudkan ialah P. Ramlee. Beliau dilahirkan di negeri Pulau Pinang ini dan mempunyai rumah di sini. Rumahnya juga merupakan salah satu lokasi yang boleh anda lawati setibanya anda di negeri ini.

Apabila anda masuk ke dalam rumah beliau anda akan didendangkan lagu – lagu kegemilangan beliau tanpa henti dan di dalamnya juga anda dapat melihat kisah hidup, pencapaian dan jasa beliau untuk industri perfileman dan muzik di tanah air kita.

Tiada bayaran yang diperlukan dan rumah beliau dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 5.30 petang. Tan Sri P. Ramlee dikenali di Brunei, Singapura malah negara barat juga berminat dengan hasil-hasil karya P.Ramlee. 

Lokasi : Lot 2180, Jalan P Ramlee, Taman Kampar, George Town, 10460 Pulau Pinang.


Toy Museum Heritage Park

toy heritage museum

Jika anda merupakan salah seorang yang menggemari barangan antik anda boleh meluangkan waktu di Muzium ini.

Di muzi ini anda dapat melihat sebanyak 120,000 permainan yang juga merupakan koleksi peribadi seorang penggemar permainan yang mana dia telah mengumpulnya selama 40 tahun.

Muzium ini beroperasi dari 9 pagi sehingga 6 petang sahaja dan dibuka pada setiap hari. Manakala bayaran masuk ialah RM26 bagi orang dewasa dan RM19 bagi kanak – kanak.

Lokasi : Toy Museum Heritage Garden,137-,MK2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.


Countryside Stables Penang

country side stable penang

source: http://www.sarahkhooyw.com/2017/05/countryside-stables-penang-at-balik.html

Countryside Stables Penang ini merupakan tempat di mana para pelancong boleh menunggang kuda dan belajar cara untuk menunggangnya.

Ia terletak di Sungai Burong dan mula dibuka pada tahun 2012 yang mana di sini anda boleh menunggang kuda sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Terdapat lebih 30 ekor kuda yang berbeza bakanya iaitu seperti Pony, kuda Thai, Pure Bred Arabian Horse dan banyak lagi.


Tropical Spice Garden

tropical spice garden

Adalah sebuah tempat menarik yang boleh anda kunjung bersama keluarga tercinta. Di sini pada asalnya merupakan sebuah ladang getah yang terbiar dan akhirnya ditukar kepada destinasi eco-pelancongan yang bertaraf antarabangsa.

Di taman ini anda berpeluang melihat lebih 500 jenis flora dan fauna dengan keluasan taman ini ialah 8 ekar.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah Nigh Walks, Garden Tour, Children Tour dan sebagainya. Bayaran masuk pula sebanyak RM26 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak – kanak. Taman ini akan dibuka untuk pelancong pada setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Lokasi : Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang.


Masjid Kapitan Keling

masjid kapitan keling

Nama masjid ini sangat pelik dan unik tetapi itulah realitinya. Masjid ini dibina oleh tentera East India Company yang beragama Islam pada tahun 1801 dan sebab itulah masjid ini diberi nama Kapitan Keling.

Ia merupakan antara masjid terawal yang dibina di negeri ini. Masjid ini terletak di jalan Buckingham yang juga merupakan masjid utama bagi negeri Pulau Pinang ini sebelum terbinanya masjid negeri.

Lokasi : 14, Jalan Buckingham, George Town, 10200 Pulau Pinang.


Penang 3D Trick Art Museum

penang 3d art trick museum

source: www.penangfoodforthought.com

Di sini anda dapat melihat pelbagai lukisan yang pastinya mengelirukan anda semua kerana di sini anda dapat melihat sendiri bagaimana sesebuah gambar itu menjadi cantik dan unik.

Bagi sesiapa yang inginkan kelainan dalam setiap gambar bolehlah singgah ke muzium ini dengan membayar RM15 bagi dewasa dan RM 25 bagi kanak–kanak. 

Muzium ini dibuka pada setiap hari dan mula beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Lokasi : 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang.


Taman Negara Pulau Pinang

taman negara pulau pinang

Tidak sah jika anda datang melancong ke Pulau Pinang tanpa singgah ke Taman Negara ini kerana tempat ini juga merupakan antara kawasan yang popular di negeri ini.

Taman Negara ini merupakan taman yang paling kecil di negara ini dan ia diberi nama Hutan Simpan Aceh oleh penduduk tempatan di sini. Taman Negara ini juga terletak berdekatan dengan pantai Kerachut yang ia menjadi tumpuan para pemancing.

Lokasi : Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau Pinang.


Taman Burung Penang

taman burung penang

credit: www.sarimah6052.blogspot.com

Taman burung ini adalah taman burung yang terbesar di Malaysia. Kawasan ini berkeluasan sebesar 5 ekar dan menjadi tempat tinggal bagi lebih 300 spesis burung yang berbeza.

Burung–burung di sini bebas berterbangan kerana di sini mereka tidak mengurungnya di dalam sangkar. Anda juga dapat melihat burung Pelican dan Flamingo di kawasan air terjun buatan manusia dan kolam yang luas.

Bukan sahaja dapat melihat burung, anda juga dapat melihat haiwan lain seperti ular sawa, buaya, kancil dan kura–kura.

Bayaran masuk untuk orang dewasa ialah RM 23 dan untuk kanak–kanak pula hanya RM13. Taman burung ini beroperasi pada setiap hari dan dibuka dari 9.30 pagi sehingga 6.30 petang.

Lokasi: Jalan Todak, Perai, 13700 Pulau Pinang


Pasar Malam Batu Ferringhi

pasar malam batu feringghi

Pada waktu malam anda boleh luangkan masa ke pasar malam yang terletak di jalan Batu Ferringhi.

Di sini anda boleh mencuci mata kerana banyak makanan yang di jual di sini dan anda juga boleh membeli cenderamata untuk dijadikan sebagai kenangan. Pasar ini dibuka pada setiap hari dan dibuka dari jam 7 pagi sehingga 12 malam.

Lokasi : Jalan Batu Ferringhi, Ayer Itam, 11100 Pulau Pinang.


Bukit Bendera

bukit bendera

Merupakan destinasi yang terpenting di negeri ini kerana ia adalah Stesen bukit British yang tertua di Asia Tenggara.

Di atasnya terdapat 52 lot bungalow yang dibina 100 tahun dahulu. Bagi pelancong yang ingin ke puncak ini, anda hanya perlu menaiki funicular train service. Anda dapat melihat pemandangan indah dari atas puncak ini.

Lokasi : 422, Jalan Bukit Bendera, Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang


Gurney Drive

gurney-drive-penang

Gurney Drive ini juga menjadi salah satu tarikan yang ada di negeri Pulau Pinang kerana di sini anda boleh menikmati pelbagai makanan yang sedap dan lazat.  

Kebiasaannya tempat ini akan menjadi meriah apabila waktu malam dengan setiap warung di sini menyediakan pilihan makanan yang pastinya membuat anda terliur.

Kawasan ini juga berdekatan dengan laut jadi anda boleh menikmati juadah anda sambil menghirup udara yang nyaman.

Lokasi : Gurney Dr, George Town, 10250 Pulau Pinang.


Pantai Batu Ferringhi

pantai batu feringghi

kredit: sushimayatravel.com

Ia merupakan pantai yang sering dikunjungi oleh ramai pelancong kerana pantai ini merupakan pantai yang paling popular di negeri ini.

Di sini anda dapat berjalan di atas pantai pasir yang luas sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman.

Anda juga boleh beriadah bersama keluarga mahupun rakan- rakan dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti jetski dan parasailing.

Lokasi : Pantai Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.


Taman Botani Penang

taman botani

Mempunyai keluasan sebesar 29 hektar dan sangat sesuai dijadikan tempat untuk bersantai dan berkhelah bersama keluarga. 

Taman ini terletak di Jalan Kebun Bunga daerah Pantai Barat. Tempat ini juga dijadikan sebagai kawasan untuk bersenam oleh penduduk–penduduk yang tinggal  berdekatan di taman ini. Taman Botani ini dibuka pada setiap hari dari jam 5 pagi sehingga 10 malam.

Lokasi : 673A, Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, George Town, 10350, Pulau Pinang.


Pantai Tanjung Bungah

pantai-tanjung-bungah

kredit:http://www.penang.ws/penang-attractions/tanjung-bungah.htm

Pantai yang indah ini boleh dijumpai di Tanjung Bungah yang terletak di antara Gurney dan Batu Ferringhi dan hanya 30 minit saja jika anda memandu dari Georgetown.

Pantai ini merupakan destinasi popular di Pulau Pinang dan menjadi meriah dengan pelancong pada musim cuti sekolah. Ini kerana disini terdapat banyak aktiviti sukan air sesuai untuk seisi keluarga seperti Jet Ski, Banana Boat dan Parasailing.

Lokasi: Tanjung Bungah, Pulau Pinang.


Penang Street Art

penang street art

kredit: https://doublecheesedoublemeat.wordpress.com

Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic.

Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.

Lokasi: Bandar George Town, Pulau Pinang.


Muzium Perang

muzium perang penang

Kerana kedudukannya yang strategik, Pulau Pinang merupakan antara negeri terawal yang jatuh ke tangan penjajah British. Tempat terbaik untuk anda belajar sedikit mengenai zaman gelap ini adalah di Muzium Perang Pulau Pinang.

Sebelum ia di ubah suai menjadi muzium, asalnya tempat ini berfungsi sebagai kubu dan kem kerajaan British semasa perang dunia kedua.

Di dalam muzium ini anda dapat bersiar sambil melihat pelbagai pameran dan bangunan peningalan tentera british seperti bilik yang digunakan untuk menyiksa tahanan perang dan tempat mereka menyimpan senjata.

Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM10

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Lokasi: Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang


Taman Rama-Rama Penang

taman-rama-rama-penang

Taman Rama-Rama Pulau Pinang ini telah lama menjadi destinasi sasaran pelancong yang datang melawat pulau tersebut.

Pada tahun 2016, taman ini telah dinaik tarafkan, menjadikan ia lebih moden dan luas. Disini anda melihat pelbagai jenis rama-rama yang berterbangan secara bebas sambil bersiar di taman yang dihias bunga berbagai warna.

Tarikan yang mesra kanak-kanak sesuai untuk seisi keluarga bersantai sambil memupuk sikap cinta alam semulajadi.

Bayaran Masuk: Dewasa RM65 | Kanak-kanak RM45

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am-7.00pm)

Lokasi: No 830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang


Kesimpulan

Pulau Pinang merupakan tempat yang paling best untuk dikunjungi di Malaysia ini. Bukan sahaja kerana banyaknya tempat-tempat menarik, bahkan kerana kepelbagaian masyarakat di sini.

Orang Penang semuanya peramah dan senang didekati. Anda akan dapat melihat bagaimana kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama hidup aman damai di sini.


Leave A Reply

Your email address will not be published.