fbpx

27 Cara Mendidik Anak (Ada Doa Supaya Dapat Anak Soleh)

1

Anak-anak merupakan hadiah paling bermakna. Cara mendidik anak menentukan bagaimanakah anak itu akan membesar. Apa yang kita tanam itu yang kita tuai.

Kami cuba menggali apakah resipi mengasuh dan mendidik anak daripada pengalaman dan pembacaan. Ada 27 cara membesarkan anak semuanya.

"Bagaimana membesarkan anak nakal?"

Ini pun tajuk yang famous. Sebelum berikan jawapan, kami tekankan sekali lagi. Apa yang kita tanam, itu yang kita tuai. Proses mendidik anak bermula dari dalam rumah. Bukannya hanya di sekolah.

cara mendidik anak menurut islam

Dr Abdullah Nashih Ulwan dalam buku Tarbiyatul Aulad (Pendidikan Anak Dalam Islam) bahkan menceritakan proses tarbiyah anak itu bermula sejak dari memilih bakal isteri lagi. Bukannya pada saat anak dilahirkan.

Bagi memudahkan pembaca, kami buatkan tips mendidik anak ini dalam bentuk senarai. Kami syorkan anda baca kesemuanya. Namun andai tidak sempat, boleh terus tekan butang pilihan.


1. Memanggil Anak Dengan Nama Yang Baik

Anak nama Zulaikha, dipanggilnya Cik Tet. Apa maksudnya? Islam menganjurkan anak diberikan nama-nama yang baik. Supaya anak itu dipanggil dengan nama yang baik. Apabila nama Ahmad, panggillah Ahmad. Bukannya memberikan nama gelaran yang baru.

panggil anak dengan nama yang baik

2. Memberikan Kerja Harian

Anak-anak yang dilatih melaksanakan kerja didapati mempunyai peluang berjaya yang lebih tinggi. Ini adalah dapatan kajian daripada University Harvard. Lihat video ini yang menerangkan kebaikkan kaedah ini:

3. Mendengar Anak Bercerita

Anak kecil suka bercerita. Mereka akan bercakap dan menerangkan setiap sesuatu. Ambil masa untuk dengar cerita. Usah tergesa-gesa memberikan jawapan. Mereka mahu meluahkan. Bukan mahu dengar cadangan.

4. Berkongsi Cerita

Tadi mendengar cerita. Sekarang masa untuk berkongsi cerita. Anak-anak suka mendengar cerita terutamanya daripada mereka yang rapat. Tip dalam cerita ini adalah banyakkan pergerakan dan cetusan pengalaman.

Sebagai contoh, apabila mahu cerita tentang sungai, bawa anak-anak ke sungai dan tunjukkan kepada mereka. Begini mereka lebih teruja dan seronok.

bercerita kepada anak

5. Melatih Anak Berfikir

Di peringkat awal usia, sekitar 3-5 tahun, anak-anak sering bertanya soalan kenapa. Kenapa rumah warna merah? Kenapa kereta ada empat tayar? Kenapa langit di atas? Bertenang dalam menghadapi soalan sebegini. Cari jawapan. Dan ajak anak berfikir bersama. Tanya dia kembali, "Kakak rasa kenapa?".

Anak-anak akan berikan jawapan. Dengar saja. Logik atau tidak bukan soalnya. Hargai proses dia berfikir.

latih anak-anak berfikir

kredit: http://health.thewest.com.au/images/articles/080715heacover.jpg

6. Siapkan Apa Yang Dimulakan

Ini adalah kemahiran yang sangat kritikal. Apabila anak memulakan sesuatu, dorong mereka untuk menyudahkannya. Sebagai contoh, apabila selesai makan, ajar mereka basuh pinggan. Sebelum mandi, ajar mereka letakkan baju yang kotor di dalam bekas yang disediakan.

Perbuatan ini biarpun nampak kecil namun impaknya besar. Anak-anak akan berusaha menyiapkan kerja dan tidak mengambil mudah sesuatu perkara.

7. Membentuk Adab

Apabila anak-anak melakukan kesilapan, beritahu mereka silapnya di mana. Jangan cepat marah tidak tentu pasal. Panggil dan cakap dengan suara yang biasa.

membentuk adab muslim

8. Mencipta Contoh Tauladan

Anak-anak banyak belajar daripada kelakukan di sekeliling. Dan semestinya orang yang paling banyak dicontohi mereka di awal usia adalah ibu bapa. Seandainya ibu bapa menunjukkan watak yang baik, anak akan ikut. Andai sebaliknya, anak juga akan ikut.

9. Membiasakan Diri Dengan Al-Quran

Tidak ada had limit atau had minimum bila anak itu patut mula belajar Al-Quran. Ikut kemampuan. Proses mengajar anak-anak ambil masa. Tidak perlu tergesa-gesa. Ada anak cepat tangkap. Ada anak sedikit perlahan. Biarkan mereka dengan kapasiti mereka. Yang penting kenal pasti teknik cara pembelajaran anak itu.

baca-al-quran

kredit: https://www.almukhlisin.my/8-tips-mendidik-anak-untuk-membaca-al-quran/

10. Menggalakkan Anak Bermain

Anak-anak yang berusia 0-6 tahun sangat perlukan permainan. Ini adalah dunia mereka. Permainan akan meransang tumbesaran. Permainan juga akan menghidupkan sistem saraf mereka supaya berfungsi dengan lebih bagus.

Elakkan pendedahan kepada gajet elektronik. Permainan dalam gajet tidak memberikan kesan yang positif. Sebaliknya memberikan kesan yang negatif.

cara anak bermain

11. Memilih Perkataan

Di awal usia, kanak-kanak sangat cepat menangkap perkataan yang diucapkan. Bagaikan span. Sebab itu anak kecil boleh belajar pelbagai jenis bahasa dengan mudah berbanding orang dewasa.

Jadi ambil peka kepada perkataan yang kita ucapkan. Perkataan ini akan disalin dan diulang sebut oleh mereka. Ajarkan anak-anak perkataan-perkataan mendorong dan positif.

12. Memuji Perbuatan Anak

Ada banyak kajian dalam bab pujian. Apakah pujian yang paling baik untuk anak. Umumnya pujian ini boleh dibahagikan kepada memuji perbuatan atau memuji sifat.

Memuji perbuatan adalah yang paling bagus. Ianya membentuk growth mindset. Contoh ayat memuji perbuatan, "Hebat sekali abang sepak bola".

Memuji sifat pula membentuk fixed mindset. Contoh memuji sifat, "Wah cantiknya kakak hari ini".

13. Meminta Maaf Apabila Melakukan Kesalahan

Salah satu cabaran terbesar ibu bapa adalah menundukkan ego. Apabila ibu dan ayah melakukakn kesilapan terhadap anak, minta maaf dengan mereka. Beritahu, "Ayah minta maaf, ayah salah cakap tadi".

minta maaf

14. Menjaga Pemakanan Anak

Ini adalah kesilapan ramai ibu bapa. Mereka beri anak makan apa saja. Alasannya si anak masih kecil. Jadi anak diberikan segala macam jajan. Semua ini merosakkan otak anak yang sedang membesar. Ajarkan mereka makanan yang bagus dimakan dan makanan yang merbahaya. Kurangkan gula dan garam.

diet anak kecil

kredit: https://snotty-noses.com/static/imgblog/214/healthy_eating.jpg

15. Mengajarkan Anak Doa-Doa

Anak-anak belajar menerusi imitation. Ini bererti sekiranya anda ingin anak-anak boleh baca doa-doa harian, anda perlu melakukannya di hadapan anak-anak. Perbuatan anda ini akan dituruti. Seterusnya ulang buat dan perbuatan itu akan melekat.

16. Cipta Ruang Stress-Free

Anak-anak macam orang dewasa juga. Mereka ada rasa tertekan. Terutamanya apabila kehendak mereka tidak diraikan. Dan apabila mereka sering dipaksa melakukan sesuatu. Ambil masa dan bersembang dengan anak. Tanyakan kepada mereka apakah perasaan mereka. Bentukkan suasana anak-anak rasa stress-free. 

stress free anak

17. Bermain Secara Berpasukan

Anak-anak akan melalui fasa tersendiri. Bermula dengan memerhati sehinggalah bermain bersama-sama. Apabila mereka boleh bermain bersama-sama kawan-kawan, ini adalah satu milestone sebenarnya. Mereka sudah berupaya menguasai cooperative play. Satu tingkatan dalam proses bermain.

bermain berpasukan

18. Bercakap Dengan Kelajuan Perlahan

Bagi anak-anak kecil dalam usia 2-4 tahun, mereka perlukan masa untuk memahami apa yang kita perkatakan. Sebut setiap perkataan perlahan-lahan. Begini anak cepat menangkap dan memahaminya.

19. Mewujudkan Rutin Harian Anak

Pernah sekali seorang ibu bapa mengadu. Anak dia tidak mahu tidur awal. Jam 1 pagi baru nak tidur. Ini bahaya! Anak-anak yang sedang membesar memerlukan 8-12 jam waktu tidur. Waktu tidur yang cukup akan membantu perkembangan mereka.

20. Memeluk Anak-Anak

Pelukan merupakan cara mendidik dan mengasuh anak. Anak yang sentiasa dipeluk lebih ceria emosinya. Apabila ibu bapa memeluk anak, hormon oxytocin dikeluarkan. Hormon ini mempunyai kesan positif terutamanya terhadap tumbesaran anak.

memeluk anak

21. Bercakap Pada Tahap Akal dan Fizikal Anak

Apabila bercakap dengan anak, bercakap dalam bahasa yang mereka fahami. Permudahkan penjelasan. Supaya mereka dapat tangkap konsep.

Kemudian rendahkan badan. Biarkan mata separas mereka. Perbuatan ini memberikan satu rasa mereka dihargai. Ramai ibu bapa ambil enteng perkara ini. Mereka tidak mahu duduk atau tunduk apabila bercakap dengan anak.

bercakap separas

22. Berikan Sokongan Kepada Anak Pemalu

Pergi berjumpa saudara mara, anak tidak mahu bersalam dengan sanak saudara. Si ibu marah, "Pergi salam. Nanti aku rotan".

Ada anak yang pemalu. Anak ini memang tidak selesa bertemu dengan sesiapa. Raikan rasa malu itu. Seorang psikologis dari New York University, Sandee McClowry, mengatakan bagi anak-anak yang pemalu - biarkan mereka buat keputusan untuk keluar dari zon selesa sendiri. Tanpa paksaan.

22. Berikan Sokongan Kepada Anak Pemalu

Pernah tonton eksperimen The Still Face? Eksperimen ini dijalankan oleh Dr Edward Tronick. Saksikan:

Anak-anak tidaklah memerlukan ibu bapa 24 jam sehari. Cuma berikan perhatian apabila mereka perlukan. Sepenuh perhatian.

Sebagi contoh, apabila sedang makan, usah lihat smartfon. Ini adalah gangguan, malah isyarat yang tidak bagus kepada anak-anak. Mereka rasa diabaikan.

24. Jangan Menengking Anak

Kajian daripada Journal Child Development mendapati semakin kerap ibu bapa menengking anak, semakin teruk perangai mereka. Tidak kisah berapa pun usia mereka, pilih bercakap dengan baik. Bukan menjerit tidak tentu pasal.

jangan menengking anak

25. Menerima Anak Seadanya

Setiap anak mempunyai watak tersendiri. Kurangkan membandingkan antara satu sama lain. Perbuatan ini akan merendahkan self-esteem atau keyakinan diri mereka. Apabila keyakinan diri rendah, mereka jadi lemah.

26. Meraikan Hak Milik

Apabila dua anak bergaduh merebut sesuatu, biasanya si ibu atau si ayah akan meleraikan pergaduhan dengan berkata, "Kakak beri pada adik. Kakak mengalah". Ataupun si ayah akan berkata, "Kongsilah. Main sama-sama"

Perbuatan ini menyebabkan anak sulung boleh rasa tersisih. Dia juga akan terasa bahawa perhatian tidak diberikan. Ibu bapa pada pandangannya bersikap berat sebelah. Cara terbaik dalam menangani masalah ini adalah dengan memberikan kelebihan kepada siapa yang mendapatkan mainan itu terlebih dahulu. Andai kata kakak jumpa dulu, maka giliran kakak. Begitulah sebaliknya.

27. Doa Supaya Mendapat Anak Soleh

Doa merupakan senjata orang mukmin. Selain dari pembentukan akhlak, ibu bapa diseru supaya memperbanyakkan doa. Ini adalah salah satu ikhtiar dalam melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

doa supaya dapat anak soleh

kredit: https://ceramoh.com/doa-supaya-mendapat-anak-yang-baik/

Kesimpulan

Membesar dan mendidik anak merupakan satu proses berterusan. Ianya bukanlah satu tugasan yang boleh dilepaskan sewenang-wenangnya.

Pernah sekali ada seorang guru datang mengadu.

Dia kata, "Apabila anak berjaya, orang datang ucap terima kasih. Apabila anak gagal, orang datang mengeji".

Ianya seolah-olah seperti tanggungjawab mendidik anak itu terpikul di bahu guru semata-mata. Walhal pendidikan pertama bermula dari dalam rumah.

Jadi ibu bapa ambil tanggungjawab dan menikmati keindahan proses pendidikan anak-anak.

1 Comment
  1. Newsteen says

    owh jadi itu untuk doanya yah

Leave A Reply

Your email address will not be published.