fbpx

30 Makanan Diet Untuk Kurus

Ini adalah senarai 30 makanan diet untuk kurus cepat. Makanan-makanan ini berpotensi menghilangkan lemak di perut. Terbukti menerusi kajian saintifik. Makanan-makanan ini apabila diambil dengan betul akan membantu menurunkan berat badan.

Kita terus kepada senarai makanan pembakar lemak. Saya buatkan dalam bentuk senarai supaya anda baca.

1. Oat

oat

Mereka yang makan oat tiga kali atau lebih dalam masa sehari akan mempunyai kurang 10% lemak di perut berbanding mereka yang makan roti, nasi atau pasta. Ini kerana oat diperbuat daripada whole grains berbanding roti dan nasi yang diperbuat daripada karbohidrat. Makanan dari whole grain mempunyai fiber yang lebih tinggi dan dibakar secara perlahan. Jadi anda akan kenyang dalam masa yang lama.

2. Salmon

salmon

Ikan Salmon adalah antara ikan yang kaya dengan protein. Protein membina otot. Lebih banyak otot, maka lebih banyak lemak yang akan dibakar. Apa yang lebih menarik lagi, ikan Salmon kaya dengan omega-3 yang akan membantu membakar lebih lemak di badan.

3. Ubi Keledek

ubi keledek

Eh, ubi keledek ada karbohidrat? Ya, ubi keledek ada karbohidrat. Ianya termasuk dalam kategori "slow carb". Ubi keledek akan dicerna secara perlahan-lahan. Kesannya anda akan lambat lapar. Selain itu, ubi keledek ada carotenoids. Komponen ini merupakan antioksida yang akan menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ubi keledek juga kaya dengan vitamin A, C dan B6.

4. Dark Chocolate

dark chocolate

Saya tahu anda akan terkejut. Orang beritahu coklat menggemukkan. Betul. Tapi tidak untuk dark chocolate (coklat hitam). Dark chocolate membantu badan membakar lemak. Cuma, pastikan dark chocolate itu mengandungi 70% koko. Sekiranya kandungan koko kurang dari 70%, anda hanya makan gula. Dan gula akan meningkatkan berat badan.

5. Beri

beri

Kumpulan beri seperti blueberry, strawberry cranberry merupakan buah antikoksida. Buah-buahan ini membantu menghalang pembentukan lemak dan meningkatkan aliran darah ke otot. Walaupun buah beri ini mengandungi kandungan gula yang tinggi, namun kandungan gulanya tidak merbahaya. Berbanding gula putih yang sah akan meningkatkan lemak.

6. Telur

telur

Telur merupakan sumber terbaik baik mendapatkan choline. Choline adalah komponen yang akakn membakar lemak. Selain itu, telur juga merupakan sumber protein yang bagus.

7. Quinoa

quinoa

Ini adalah sumber protein lengkap. Quinoa mengandungi kesemua rantaian asid amino yang diperlukan otot. Quinoa membantu menghapuskan kandungan lemak di badan. Pada tahun 2015, dalam Journal of Diabetes Investigation, sekumpulan pengkaji mendapati mereka yang makan protein dari sayuran berpotensi melindungi diri daripada metabolic syndrome ( kolestrol tinggi, gula tinggi dan obesiti). Lebih menarik lagi, quinoa mengandungi betaine yang tinggi. Betaine akan menutup gene yang mengalakkan pengedaran lemak.

8. Minyak Kelapa

minyak kelapa

Bukan lagi rahsia khasiat minyak kelapa. Minyak ini berpotensi besar mengurangkan lemak di perut. Sekaligus menjadikan proses kurus lebih cepat berbanding biasa. Minyak kelapa merupakan minyak dalam kategori medium-chain triglycerides. Minyak ini akan dibakar dan tidak disimpan sebagai lemak. Berbeza dengan minyak masak!

9. Almond

almond

Pada tahun 2015, Journal of the American Heart Association mengatakan makan 1.5 ounces kacang almond setiap hari akan menurunkan lemak di perut dan peha. Dalam almond ada asid amino L-arginine yang akan membakar lemak dan juga karbohidrat.

10. Apple Cider Vinegar

apple cider vinegar

Cuka epal mempunyai kandungan asid. Makanan berasid meningkatkan kadar pembakaran karbohidrat oleh badan sebanyak 40%. Cuka epal ada asid acetic yang juga membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah.

11. Lemon

lemon

Ini antara trik paling mudah dan cepat untuk kurus. Air lemon ini juga dikenali sebagai air ajaib. Lemon mengandungi D-limonene yang bertindak mengeluarkan toksik dalam badan dan melancarkan proses pencernaan. Sekaligus membuang lemak berlebihan yang tersimpan dalam badan.

12. Greek Yogurt

greek yogurt

Bezakan yogurt ini dengan yogurt yang biasa anda makan. Yogurt berperisan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Berbeza dengan Greek Yogurt. Yogurt ini masam dan tidak manis. Greek Yogurt kaya dengan vitamin D dan kalsium. Komponen ini akan memberhentikan hormon kortisol. Hormon kortisol dikenali sebagai hormon stress yang akan menyebabkan lemak melekat pada perut. Sebab itu juga, orang yang stress senang gemuk.

13. Bayam

bayam

Ini adalah makanan kegemaran Popeye. Sayur bayam (spinach) merupakan sayur yang penuh tenaga. Dalamnya ada vitamin A, iron dan folate. Kesannya selera makan berkurang sekaligus membantu proses menurunkan berat badan berlebihan.

14. Kulit Kayu Manis

kulit kayu manis

Mulakan pagi anda dengan kulit kayu manis. Orang puteh panggil Cinnamon. Kulit kayu manis akan membantu meningkatkan metabolism badan. Seterusnya mengalakkan pembakar lemak. Kulit kayu manis juga mempunyai polyphenols yang berupaya meningkatkan tahap sensitiviti insulin. Kesannya kandungan gula dalam darah bertambah stabil. Nak makan begitu saja? Hancurkan kulit kayu manis dan tabur pada air teh atau kopi. Minum di pagi hari.

15. Tuna

ikan tuna

Macam ikan Salmon, ikan Tuna mmerupakan sumber protein yang bagus. Tuna kaya dengan asid docosahexaenoic (DHA) yang berpotensi menutup gene yang membentuk lemak di abdomen. Sebolehnya cari ikan Tuna yang segar. Kurangkan Tuna dalam tin kerana Tuna dalam tin merupakan processed food. Processed food menggemukkan.

16. Teh Hijau

teh hijau

Teh hijau mengandungi antioksida ECGC yang berupaya meningkatkan tahap metabolisma badan. Apabila tahap metabolisma badan meningkat, badan cepat dan senang membakar lemak berlebihan. Teh hijau juga merupakan minuman utama masyarakat Jepun yang hidup sehingga umur 90 tahun.

17. Bunga Kobis

bunga kobis

Sayuran ini seringkali dimasukkan ke dalam sup seperti tomyam dan sup ayam. Bunga kobis (cauliflower) dikenali sebagai tumbuhan jenis thermogenik. Bunga kobis akan menyebabkan badan membakar lebih kalori apabila memakannya.

18. Spaghetti

spaghetti

Boleh makan ke spaghetti? Boleh. Spaghetti berbeza dengan mee kuning yang biasa dimakan rakyat Malaysia. Spaghetti merupakan mee jenis rendah gula (low glycemic) walaupun spaghetti adalah karbohidrat.

19. Plum

plum

Buah plum adalah antara makanan terbaik untuk cepat kurus. Warna merah buah plum adalah disebabkan kandungan flavonoids yang tinggi. Flavonoids ini akan mengurangkan proses penyimpanan lemak.

20. Bawang Putih

bawang putih

Dalam satu kajian, sekumpulan tikus diberikan makanan tinggi gula. Kemudian tikus itu diberikan bawang putih. Pengkaji mendapati, tikus itu berupaya memproses gula dengan lebih berkesan. Para pengkaji berpendapat, bawang putih boleh mengurangkan kandungan lemak dalam badan kerana adanya satu komponen yang dikenali sebagai allicin.

21. Minyak Zaitun

minyak zaitun

Minyak zaitun mengandungi minyak sihat. Masyarakat di sebelah Mediteranean merupakan masyarakat yang banayk menggunakan minyak zaitun. Cuma elakkan guna minyak zaitun untuk menggoreng makanan. Minyak zaitun mempunyai takaat didih yang rendah. Apabila terlalu panas, minayk zaitun bertukar menjadi bahaya. Cara terbaik untuk makan minyak zaitun adalah dengan menggaulkannya bersama-sama salad.

22. Kimchi

kimchi

Makanan tradisional orang Korea ini mempunyai sifat probiotik. Probiotik membantu pertumbuhan bakteria bagus dalam usus. Sekaligus melancarkan proses pencernaan. Perkara penting dalam memilih Kimchi adalah dengan mengelakkan Kimchi yang dicampur garam, bahan pewarna berlebihan.

23. Kunyit

kunyit

Salah satu amalan tradisional masyarakat Melayu. Kunyit mengandungi curcumin yang bertindak sebagai anti-radang. Apabila badan tidak meradang, badan lebih senang untuk membakar lemak.

24. Avocado

avocado

Dikenali sebagai buah ajaib. Buah ini juga terkenal sebagai "super food". Avocado merupakan buah yang ada lemak bagus. Lemak bagus ini membantu badan untuk kekal bertenaga.

25. Lada

lada

Lada yang pedas akan memanaskan badan. Tahap metabolisma badan meningkat. Sekaligus meningkatkan kadar pembakaran lemak.

26. Chia Seed

chia seed

Chia seed padat dengan omega-3, fiber dan protein. Walaupun kecil, chia seed cukup hebat untuk memberikan tenaga. Chia seed boleh mengurangkan selera makan dan meningkatkan hormon glukagon. Glukagon membantu membakar lemak.

27. Oyster

oysters

Dalam 6 oysters hanya ada 50 kalori. Sangat rendah! Dan dalam masa yang sama oyster kaya dengan Zinc yang akan mengurangkan selera makan berlebihan. Makan oysters bersama perahan lemon, kesannya makin power.

28. Walnut

walnut

Walnut adalah kacang yang kaya dengan omega-3. Sama seperti ikan Salmon, chia seed - makanan yang kaya dengan omega-3 merupakan sumber lemak yang bagus.

29. Kopi

kopi

Kopi meransang hormon adrenaline. Hormon ini akan menghantar isyarat kepada otak supaya membakar lemak simpanan. Elakkan minum kopi bersama gula atau susu. Apabila kopi dicampur susu, ianya membantutkan proses penghapusan lemak. Kopi terbaik adalah yang hitam pekat.

30. Air Sihat

mineral water

Ini adalah makanan diet paling senang. Banyakkan minum air putih (air mineral). Kurangkan minuman bergula. Manusia memerlukan 1L - 2L air sehari. Air putih membantu meningkatkan kesihatan badan berganda-ganda.

Kesimpulan

30 makanan ini apabila diamalkan membantu mengecilkan perut. Lemak dibakar sentiasa dan proses menguruskan badan lebih mudah. Tidak perlu mengambil sebarang ubat tambahan. Bahkan cara begini lebih menjimatkan dan tidak membahayakan kesihatan.

Bagi mendapatkan hasil yang lebih cepat, gabungkan pemakanan yang betul dengan gaya hidup sihat. Banyakkan berjalan dan aktif bersenam. Letakkan sasaran 10,000 langkah setiap hari.

Leave A Reply

Your email address will not be published.