fbpx

Jadual SPM 2018

0

Sijil Pelajaran Malaysia, SPM 2018, bakal menjelang tidak lama lagi. Pelajar-pelajar tingkatan 5 pastinya ada yang berdebar-debar menanti hari ujian ini. Apatah lagi apabila jadual SPM 2018 dikeluarkan. Rasa dub, dub, dub.

Bagi pelajar Malaysia, SPM merupakan satu peperiksaan terpenting kerana ianya bakal menentukan hala tuju dan masa depan.

Berikut adalah jadual peperiksaan SPM 2018.

Jadual peperiksaan spm 2018 1
Jadual peperiksaan spm 2018 2
Jadual peperiksaan spm 2018 3
Jadual peperiksaan spm 2018 4
Jadual peperiksaan spm 2018 5
Jadual peperiksaan spm 2018 6
Jadual peperiksaan spm 2018 7
Jadual peperiksaan spm 2018 8
Jadual peperiksaan spm 2018 8
Jadual peperiksaan spm 2018 10
Jadual peperiksaan spm 2018 11

Beberapa perkara penting tentang SPM 2018. Dipecahkan mengikut jabatan.

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri:
1. Memastikan sekolah mencetak dan mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 kepada semua calon sekolah.

2. Mencetak dan mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 kepada semua calon persendirian.

3. Memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 sebelum peperiksaan.

4. Menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab kertas peperiksaan yang ditawarkan pada tahun semasa.

5. Merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010) dan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan (2010).

Pengetua hendaklah:

1. Mencetak dan mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 kepada semua calon sekolah.

2. Memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 sebelum peperiksaan.

3. Menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab Kertas Peperiksaan yang ditawarkan di sekolah pada tahun semasa.

4. Merujuk kepada dokumen Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis.

Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah:

1. Memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 dimaklumkan kepada calon.

2. Meminta semua calon untuk memeriksa dan memastikan calon tidak membawa masuk bahan-bahan terlarang seperti yang termaktub dalam Bahagian D: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan.

3. Mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu, masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan.

4. Membenarkan kalkulator dibawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan.

5. Mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018.

6. Mengedarkan kertas peperiksaan dengan muka hadapan kertas peperiksaan di sebelah atas.

7. Mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.

8. Mengedarkan kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada muka hadapan kertas peperiksaan.

9. Memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan.

10. Memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada borang LP/Am 29 - Pin. 1/2013 akur dengan bilangan calon dalam Jadual Kedatangan bagi sesuatu kertas peperiksaan.

11. Menyediakan laporan menggunakan Borang LP/Am 30 - Pin. 1/2017 sekiranya calon melanggar sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian C: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan.

12. Memastikan calon mengisi Borang LP/Am 31 - Pin. 1/2017 sekiranya calon melanggar sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian C: 7.Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan.

13. Merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010).

Leave A Reply

Your email address will not be published.