fbpx

15 Tempat Menarik di Perlis

0

Perlis merupakan negeri yang paling kecil di Malaysia yang terletak bersebelahan dengan negeri Kedah yang berada di utara Malaysia. Perlis negeri yang aman dan sentosa tanpa ada banyak pembangunan sudah pasti menjadi tempat yang menarik buat sesiapa yang mencari ketenangan dengan suasana kampung.

Kebanyakan rakyat Perlis sangat peramah dan jika anda ke sana dan bergaul dengan orang kampung disana , agak susah untuk memahami loghat utara mereka yang agak pekat itu. Jadi , mari kita lihat tempat yang menarik untuk dilawati di Perlis ini. 

1. Gua Kelam

1

Salah satu tarikan yang ada di Perlis ini ialah Gua Kelam iaitu gua batu kapur yang sepanjang 370 meter. Disediakan kemudahan pejalan kaki berpapan menyusuri jalan sepanjang dalam gua ini dengan cahaya lampu. Jadi ,anda boleh melihat keindahan gua ini dengan mata anda sendiri. Agak sejuk berada didalam gua dan anda boleh melihat ada taman yang berada di hujung gua. Jadi bolehlah bersantai dan menenangkan fikiran anda di Gua Kelam ini. 

Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm

Bayaran Masuk: Dewasa RM1 | Kanak-kanak RM0.50

Alamat: Gua Kelam, Kaki Bukit, Perlis

2. Taman Herba Perlis

2

sumber ; http://www.homestay-perlis.com

Manakala di Perlis juga mempunyai Taman Herba Perlis yang terletak berdekatan dengan Taman Ular dan Hutan Lipur Bukit Ayer. Disini terdapat pelbagai pokok yang mempunyai khasiat dan terdapat sekitar 1200 jenis tumbuhan herba. Terdapat juga pokok-pokok yang boleh dijadikan perubatan masyarakat tempatan seperti Kacip Fatimah , Tongkat Ali , Mengkudu , Selasih dan macam-macam lagi. Jadi , anda bolehlah melawat ke sini sambil belajar tentang khasiat pokok-pokok ini. 

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm) |Jumaat Tutup Sementara Dari 12.15pm – 2.45pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM1 | Kanak-kanak & Pelajar RM0.50

Alamat: Rimba Herba Perlis, Kangar, Perlis

3. Tasik Timah Tasoh

3

sumber : https://www.flickr.com

Tasik Timah Tasoh sebenarnya adalah empangan yang terletak berdekatan dengan Padang Besar. Bahkan disini menjadi temapt untuk pengantin yang baru berkawin untuk mengambil gambar perkahwinan mereka kerana latar belakang ynag sangat cantik. Selain itu , disekitar tasik ini mempunyai pokok durian , rambutan , mangga dan lain-lain. Jika merasa ingin duduk lama disini , anda boleh menginap di Tasoh Lake Resort & Retreat. Disini juga dibenarkan untuk memancing sambil berkelah dengan keluarga. Pasti menyeronokkan. 


Alamat: Tasik Timah Tasoh, 01000 Kangar, Perlis

4. Canopy Walk SPF Ayer Keroh

4

sumber : https://ras.doe.gov.my

Siapa sangka di Perlis terdapat Canopy Walk yang berketinggian 17 meter dan kepanjangannya adalah 100 meter. Cukup tinggi untuk anda mneikmati pemandangan hutan yang sangat indah dan damai ini. Disini anda dapat melihat pokok jati ynag tertua di Semenanjung Malaysia yang telah ditanam sejak tahun 1953 lagi. 

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 4.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Alamat: FRIM Mata Ayer, Perlis

5. Padang Besar

5

sumber : http://www.holidaygogogo.com

Padang Besar adalah tempat tumpuan pelancong jika datang ke Perlis kerana disini terdapat pelbagai barangan yang murah dari pakaian , makanan , alat mekap , barangan dapur , aksesori dan macam-macam lagi. Barangan yang dijual adalah barangan yang diimport dari Thailand yang bersebelahan dengan negeri Perlis. Jika anda ke sana jangan lupa untuk merasa tomyam yang dibuat oleh orang siam yang menjual disana. Sangat sedap. 

Alamat: Padang Besar, Perlis

6. Wang Gunung

6

Sumber : https://twitter.com

Wang Gunung adalah tempat kegemaran para pendaki kerana laluan untuk mendaki ke puncak sangat mencabar. Jadi kepada sesiapa yang berhasrat mahu mendaki , tambahkan stamina anda dahulu agar tidak berputus asa di tengah jalan. Wang Gunung yang berketinggian 499 meter ini memakan masa selama 2 ke 3 jam sebelum samapi ke puncak. PAstikan anda juga membawa kelengkapan yang cukup ketika mendaki gunung yang mencabar ini. 

Alamat: Wang Gunung, Sungai Batu Pahat, Perlis

7. ATV Maneq Hills Adventure

7

Tidak terlalu terkenal di Perlis tetapi dia ada aiaitu ATV , aktiviti lasak yang disediakan kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Terdapat 15 halangan yang ada disini , jadi ibubapa boleh membawa anak mereka ke sini untuk melatih anak anda supaya lebih lasak dan berani. Daripada anak hanya tahu bermain game di kaca tv lebih baik ajarkan anak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Badan pun jadi lebih sihat. 

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00am – 6.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (9.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: RM20 – RM60

Alamat: Maneq Hills ATV Adventure, Tasoh, Perlis

8. Muzium Kota Kayang

8

sumber : http://www.freemalaysiatoday.com

Muzium Kota Kayang yang dahulunya adalah bnagunan yang menempatkan bangunan yang menjadi kediaman ketua menteri Raja pada awal abad ke-19 kemudian pada awal abad ke-20 menjadi kediaman rasmi penasihat British dan seterusnya ketika Perang Dunia Kedua, ia diambil alih oleh Tentera Jepun sehinggalah 1943, Tentera Thai pula mendudukinya. Tanah sekitar muzium ini seluas 8.84 hektar ini menempatkan pelbagai hasil arkeologi dan barangan antik yang ditemui di Perlis. Namun , kata orang tempatan terdapat kisah misteri di sekitar Muzium Kota Kayang ini. 

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Kota Kayang Museum, 02000 Kuala Perlis, Perlis

9. Kuala Perlis

9

sumber : http://www.holidaygogogo.com

Kuala Perlis juga menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung lebih-lebih lagi ketika hujung minggu. Pantai Kuala Perli ini tidak boleh dimandi kerana pantainya juga berselut namun kebanyakan orang datang kesini kerana ingin ke ke Jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Jika singgah ke kuala perlis ini , jangan lupa singgah ke Cherry Corner yang menyajikan laksa dan bihun sup. Sungguh sangat sedap , memang tak cukup kalau order satu je. 

Alamat: Kuala Perlis, Perlis

10. Masjid Alwi

10

sumber : http://www.yadim.com.my

Masjid yang mempunyai senibina yang cantik ini siap dibina pada tahun 1993 dan kos pembinaannya adalah RM64,484 pada zaman itu , maka ia telah diisytiharkan sebagai Warisan Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Nama diberikan bersempena nama Raja Muda Perlis iaitu Raja Syed Alwi. 

Alamat: Masjid Alwi, Kangar

11. Taman Ular & Reptilia Perlis

11

sumber : http://khairulhazman77.blogspot.com

Kepada sesiapa yang sukakan haiwan eksotik atau reptilia ini bolehlah singgah ke Taman Ular. Disini terdapat 150 ekor ular dari 34 spesis. Sesiapa yang takutkan ular jangan risau kerana ular disini sudah apstinya dikurung didalam sangkar mereka. Ulsr disini juga telah dijinakkan oleh pelatih mereka. Terdapat juga persembahan ular dan kesempatan anda untuk bergambar dengan ular. Selain itu , terdapat juga galeri haiwan lain seperti burung, arnab, hamster, kura-kura, kala jengking, iguana dan banyak lagi yang terdapat di sini. Harga masuk juga sangat murah. 

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2 | Kamera RM1 | Video Kamera RM2

Alamat: Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar

12. Masjid Terapung Al-Hussain

12

Masjid Terapung Al-Hussain yang terletak bersebelah dengan Jeti Kuala Perlis ini sangat cantik tersergam indah ditepi laut. Kos pembinaan sebanyak RM12 juta dengan kedudukan yang strategik menghadap laut membuatkan orang solat didalamnya sangat merasa tenang. Akan menjadi leih indah jika dapat meihat matahari terbenam atau terbit dari masjid ini. 

Alamat: Masjid Terapung Al-Hussain, 1, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis, Perlis

13. Taman Rekreasi Bukit Ayer

13

sumber : http://www.orangperlis.com

Bukit Ayer adalah tempat yang sinonim dengan rakyat Perlis yang berjarak hanya 12 km sahaja dari Kangar. Air terjun yang jernih ini mengalir tidak telalu laju dan sesuai untuk mandi-manda disini. Anda juga boleh berkelah , membakar ayam dan sebagainya disini namun harus sedikit berhati-hati kerana terdapat banyak kera disana. Mereka akan cuba mencuri makanan anda. Kemudahan awam juga disediakan disini seperti tandas awam , surau dan gerai-gerai makanan. 

Alamat: Taman Rekreasi Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat, Perlis

14. Pasar Wang Kelian

14

sumber : https://integratedinfo.com

Pasar Wang Kelian yang juga dikenali sebagai Nat Wang Kelian dalam kalangan penduduk setempat yang terletak bersempadan dengan Wang Prachan, Thailand. Pasar ini dibuka setiap hari namun pada hujung minggu , lebih banyak gerai  dibuka.Antara barangan yang dijual di Pasar Wang Kelian ini adalah basikal, peralatan elektrik, beg galas, pin tudung, tudung, periuk belanga, alatan berkebun dan bermacam lagilah. Jika anda pandai menawar , and aboleh dapatkan dnegan harga borong. 

Waktu Operasi: Setiap Hari

Alamat: Pasar Wang Kelian, Wang Kelian, 02200 Kaki Bukit, Perlis

15. Kampung Ujung Bukit

15

Kampung ini merupakan tempat untuk anda melawat ladang buah-buahan seperti harum manis yang terdapat hanya di perlis. Bahkan kampung ini mempunyai suasana yang sangat cantik dan penuh dengan kehijauan. Memang suasana kampung. Di kampung ini pernah dijadikan tempat untuk penggambaran drama lakonan Rozita Che Wan dan beberapa artis terkena kerana keunikan kmapung dan senibina rumah-rumah disitu. 

Alamat: Kampung Ujung Bukit, Kangar

Sekian sahaja kami cadangkan tempat-tempat yang eaik yang anda boleh lawati disini. Jika kedamaian yang anda cari , datang ke sini kerana di Perlis ini jarang sekali berlakunya jammed kerana rakyatnya juga tidak terlalu ramai dan statistik jenayah di Perlis juga antara yang terendah di Malaysia. Tidak rugi untuk merantau dan mengenali negeri orang kan. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.