Hari ini saya nak kongsi resepi kunafa homemade yang sedap. Teksturnya rangup diluar, lembut chewy didalam. Wangi sangat sebab disalut dengan pure butter ghee premium. Yang pasti penuh cheese kat dalam, cubitlah kiri ke kanan ke tengah tepi semua penuh cheese selambak. Kanafeh atau kunafa ni pencuci mulut dari Arab. Memang sedap, lagi-lagi cheesenya boleh ditarik!
Resepi Manisan Arab Kunafa Yang Dipenuhi Keju!
Manisan Arab Kunafa Yang Dipenuhi Keju! : Sumber Says
Bahan-bahan:
- 500 gram doh kunafa segera (boleh didapatkan di Shopee atau pembekal barang pastri)
- Keju cheddar (secukupnya)
- 200 gram keju mozarela
- 250 gram keju krim
- 1/2 tin susu pekat
- 50 gram gula aising
- 1 sudu besar esen vanila
- 70 gram mentega
- 1 biji telur kuning (optional)
Cara-cara:
- Untuk menghasilkan inti, gabungkan keju krim, susu, gula dan mentega dalam satu mangkuk besar. Pukul sehingga sebati.
- Masukkan telur kuning dan esen vanila. Gaul sehingga rata.
- Sapukan sedikit mentega pada loyang dan juga doh kunafa.
- Taburkan separuh doh kunafa ke dalam loyang.
- Kemudian, masukkan adunan krim keju.
- Seterusnya, taburkan doh kunafa yang selebihnya sehingga menutupi adunan keju krim.
- Bakarkan kunafa selama 15 hingga 20 minit atau sehingga keperangan.
Resepi Kunafa Paling Berkualiti
Kunafa Paling Berkualiti: Sumber Iluminasi
Bahan-bahan:
- Doh kunafa segera (500 gram) – boleh dibeli di Shopee atau kedai bakeri,
anggaran harga RM15 - Keju Cheddar (Cheddar cheese) (secukupnya)
- Keju Mozzarella (Mozzarella cheese) (200 gram)
- Cream cheese (250 gram)
- Susu pekat (1/2 tin)
- Gula aising (50 gram)
- Vanila (1 sudu makan /sudu besar)
- Mentega (70 gram)
- Telur kuning (1 biji) – pilihan
Adunan Cream Cheese:
- Pukul cream cheese, susu, gula dan mentega sehingga halus.
- Masukkan kuning telur serta vanila dan pukul sebentar. Sediakan doh.
Cara-cara:
- Sapukan sedikit mentega pada loyang dan doh kunafa.
- Taburkan separuh doh kunafa pada loyang. Kemudian, masukkan adunan cream cheese yang telah dipukul. Taburkan cheddar cheese dan mozzarella cheese. Kemudian, tutup cream cheese dengan sisa doh kunafa tadi dan bakar selama 15 sehingga 20 minit atau sehingga kekuningan.
- Apabila adunan masak, jangan biar terlalu sejuk di luar. Seeloknya dihidang dan dimakan ketika panas dan rangup kerana keju yang ada di dalam akan meleleh mencair dalam mulut.
- Untuk hiasan atas desert, boleh taburkan kacang pistachio atau badam secukupnya seperti dalam gambar hiasan.
Resepi Kunafa / Kanafeh (Dessert Sedap dari Timur Tengah)
Kunafa / Kanafeh (Dessert Sedap dari Timur Tengah): Sumber Myresepi
Bahan-bahan:
- 500 gram doh kunafa
- Keju cheddar
- Keju mozarella
- 250 gram cream cheese
- 1/2 tin susu pekat
- 50 gram gula
- 1 sudu besar esen vanila
- 70 gram mentega
- Kacang pistachio
Cara-cara:
- Untuk buat inti, sediakan cream cheese, susu, gula, esen vanila & mentega. Pukul sehingga sebati.
- Sapu loyang dengan mentega.
- Cairkan 2-3 sudu besar mentega & campurkan kedalam doh kunafa.
- Kemudian tabur separuh doh kunafa kedlm loyang & mampatkan.
- Masukkan pula inti.
- Tabur kan pula mozarella & cheddar cheese.
- Kemudian tutup dengan baki doh kunafa & ditekan sedikit (untuk mampatkan).
- Bakar suhu 200 c 15-20 min. atau sehingga keperangan.
- Kemudian tabur dengan kacang pistachio.
Resepi Kunafa ZiaSaf
Kunafa: Sumber ZiaSaf
Bahan-bahan:
- 200 gram doh kunafa (nyahbekukan dan balut dengan kain lembab supaya ianya tidak kering)
- 100 gram mentega dicairkan
- 2 cawan susu segar
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 3-4 sudu besar gula
- 200 gram cream cheese
- Mozarella (pilihan)
Bahan Air Gula:
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air
- 1/2 sudu besar jus lemon
- Masak sehingga larut dan sedikit pekat
Cara-cara:
- Panaskan susu segar di dalam sebuah periuk. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan kacau.
- Masukkan gula dan kacau sehingga masak atau terbentuk gelembung.
- Masukkan cream cheese dan kacau sehingga tidak berketul. Guna api sederhana. Ketepikan.
- Gunting doh kunafa kepada saiz kecil atau boleh gunakan food processor.
- Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan gaulkan dengan mentega yang dicairkan.
- Masukkan separuh dari doh ke dalam bekas pembakar yang sesuai. Tekankan doh supaya rapat dan padat.
- Masukkan pula cream/inti yang disediakan tadi dan ratakan.
- Masukkan pula sebahagian lagi doh kunafa dan ratakan serta padatkan.
- Panaskan oven pada suhu 180 C. Bakar kunafa di dalam oven selama 50 minit – 1 jam atau sehingga garing atau keperangan permukaannya.
- Keluarkan dan tuang air gula dipermukaannya.
Resepi Nutella Cheese Kunafa
Nutella Cheese Kunafa: Sumber Daddy is the Chef
Bahan-bahan gula:
- 3/4 cawan gula
- 3/4 cawan air
- 2 sudu besar madu atau air mawar atau esen vanilla (1 sudu kecil)
- 2 sudu besar jus lemon
Cara-cara:
- Buka api sederhana besar.
- Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk kecil. Kacau sebati.
- Setelah ke semua bahan sebati, perlahankan api dan biarkan selama 3-4 minit.
- Sejukkan pada suhu bilik.
Bahan-bahan:
- 300 gram Kataifi Dough
- 50 gram pistachio – dikisar halus
- 70 gram mentega – dibiarkan pada suhu bilik
- 100 gram Nutella
- 100 gram Mozzarella Cheese – shredded
Tips untuk penggunaan kataifi dough
- Simpan dough di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku (freezer).
- Sebelum membuat kunafa, pastikan dough diletakkan di bahagian peti sejuk biasa semalaman atau pun sekurang-kurangnya 3 jam.
- Kemudian keluarkan dough daripada kotak (tetapi jangan dibuka plastik pembalutnya) dan biarkan pada suhu bilik sekurang-kurangnya 1 jam.
- Potong dough mengikut kuantiti yang akan digunakan (simpan lebihan didalam freezer).
Cara-cara:
- Masukkan dough ke dalam mangkuk besar. Lerai-leraikan dengan tangan.
- Masukkan 5 sudu besar mentega, usap dan rata-ratakan pada dough.
- Sediakan loyang berbentuk empat segi tepat atau sama (saya gunakan loyang 3″ 6 lubang).
- Bahagikan dough kepada 12 bahagian yang sama banyak. Sapukan mentega pada sekeliling bahagian dalam loyang.
- Ambil satu bahagian dough, masukkan ke dalam setiap lubang dan padat-padatkan.
- Taburkan 2 sudu besar mozzarella cheese pada setiap lubang. Kemudian paipkan nutella. Masukkan lapisan kedua dough dan padat-padatkan. Bakar 200°C selama 25 min.
- Setelah siap dibakar, cepat-cepat tuangkan air gula ke atas kunafa sehingga habis. Biarkan 10 minit, ambil board, tutupkan pan dan terbalikkan pan.
- Taburkan dengan pistachio dan bolehlah dihidangkan.
Penutup
Resepi mozzarella kunafa terbaik kerana ia sangat mudah!
Antara resepi yang anda boleh cuba:
- Resepi Cream Puff Sedap (Mudah, Gebu Je!)
- Resepi Karipap Rangup dan Sedap (Anda Kena Cuba Resepi Ini!)
- Resepi Karipap Sardin vs Karipap Inti Ikan (Sedapnya Tembosa Ikan Ini)
- Resepi Karipap Pusing Yang Rangup 2022 (Kulit Rapuh Krup Krap, Sedapnya!)
- Resepi Karipap Cheese Leleh Yang Sedap, Inti Padat!
- Resepi Karipap Inti Bihun Yang Simple Dan Sedap!
- Resepi Roti Nan Yang Lembut & Gebu!