fbpx

Kerabu Sare Sedap! 7 Resepi Viral Kerabu Sarang Kelantan

Hari ini saya nak kongsi resepi kerabu sare sedap! Kerabu Sarang viral di negeri Che Siti Wan Kembang ini, mudah dibeli di pasar-pasar basah sekitar Melantan dan di Kedai Nasi Kerabu, menjadikan kerabu sare ini cukup laris di kedai Liniey Nasi Kerabu Tumis INI, recommended! Kalau anda berkunjung ke Kota Bharu. Rasanya ada masam, manis, masin dan sedikit pedas pastinya menjadi pengikat rasa di lidah bila menjamu selera dengan lauk ini. Bila kunyah krup krap bunyi ranggupnya. Tekstur rumpai laut ini sangat lembut seakan-akan nampak seperti bihun. Tak perlu dimasak kerana semua bahan hanya perlu digaul sebati dengan bahan-bahan lain.

Resepi Kerabu Sarang Kelantan Amir Nawawi

Resepi Kerabu Sarang Kelantan Amir Nawawi

Resepi Kerabu Sarang Kelantan: Sumber Amir Nawawi

Bahan-bahan:

  • Rumpai laut

Cara-cara:

  1. Rumpai laut perlulah dibersihkan dan ditos airnya.

  2. Direndam semalaman sehingga rumpai bertukar putih. Tapi kalau nak buat terus tanpa tunggu pun boleh. Kita yang nak makan kan.

Bahan Sambal Tumis:

  • Sebiji santan pekat
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-8 biji cili kering
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 keping asam
  • 2 sudu budu
  • 4 keping daun limau purut
  • Sedikit gula dan garam

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan di atas kecuali asam keping dan daun limau purut.

  2. Yang ini masukkan sahaja ke dalam periuk dan kacau sehingga ianya pekat.

  3. Perasakan dengan gula dan garam mengikut citarasa anda sendiri.

Bahan Sambal Kelapa:

  • 1 biji kelapa – dikukur dan disangai di dalam kuali. Pastikan betul-betul kering dan jangan sampai pecah minyak. Kita nak jadikan kerabu bukannya kerisik
  • 5-6 ekor ikan selayang
  • 6 ulas bawang merah
  • Sesudu lada hitam
  • 3 batang serai
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Sangai isi kelapa dan masukkan isi ikan berserta bawang dan serai yang telah dilumatkan. Tumbuk sehingga kesemuanya sebati.

  2. Oh! Proses ini biasanya orang kampung gunakan lesung. Bila dan sebati, sedia untuk dihidangkan.

Cara Penyediaan Kerabu Sarang:

  1. Dah siap segalanya, masukkan kerabu sarang, sambal tumis dan sambal kelapa di dalam pinggan. Gaul sebati semuanya. Umphhhhh sedapnya dimakan dengan nasi panas.

Resepi Kerabu Sare Mek Cik Wan Kitchen

Kerabu Sare Mek

Kerabu Sare Mek: Sumber Cik Wan Kitchen

Bahan-bahan:

  • Kerabu sare mentah/kering – Basuh bersih dan toskan airnya dan dijemur sekejap
  • Mangga – Boleh tambah parutan mangga muda untuk lebih sedap

Bahan Tumis Kerabu Sare/Nasi Kerabu:

  • 1 biji kelapa- ambil santan pekat
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-8 biji cili kering
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 keping asam
  • Sedikit gula dan garam.

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan di atas.
  2. Masukkan dalam santan. Masak atas api, kacau sekali-sekala hingga rupanya seperti di atas. *Kalau masak untuk nasi kerabu, jangan lupa masukan sedikit budu.

Bahan Sambal Kelapa:

  • Sebiji kelapa parut disangai garing hingga warna coklat dan ditumbuk lumat (jangan sampai pecah minyak)
  • 5-6 ekor isi ikan selayang/sardin atau kembung (paling baik dibakar kerana akan kurang hanyir berbanding dikukus atau direbus)
  • 6 ulas bawang merah
  • 10-15 biji lada hitam
  • 3-4 batang serai 
  • gula/gula melaka, garam

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan yang ditumbuk tadi dan tekan-tekan hingga mampat, sedia untuk dihidang.

Cara Penyediaan Kerabu Sare:

  1. Renjiskan sedikit cuka makan dan budu ke atas kerabu sare  yang hendak dihidangkan.
  2. Sebelum dihidang potong atau gunting pendek-pendek sare, baru diletakkan sambal kelapa, tumis, sesudu kecil cuka, air lada dan sesudu kecil  budu, gaul mesra.

Resepi Kerabu Sare Resepi Masakan Asli Kelantan

Kerabu Sare Resepi Masakan Asli Kelantan

Resepi Kerabu Sare: Sumber Resepi Masakan Asli Kelantan

Bahan-bahan:

  • 1/4 kilogram sare
  • 7 biji cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 batang serai
  • garam dan gula secukup rasa
  • budu
  • cuka
  • 1 biji cili merah untuk hiasan dipotong nipis serong
  • 1 biji kelapa
  • halia

Cara-cara:

  1. Sare direndam satu malam, kemudian dibasuh, digosok buang segala kekotorannya. Apabila bersih ditoskan dan dijemur.
  2. Kelapa diparut, separuh digoreng tanpa minyak, separuh lagi diramas ambil santannya sebanyak 2 cawan.
  3. Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ditumbuk lumat.
  4. Masak santan sehingga pecah minyak kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi, masak lagi sehingga pekat dan berminyak.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh juga digunakan manisan kelapa sebagai ganti gula.
  6. Semasa hendak makan, letakkan sare di dalam sebuah mangkuk, tabur kelapa goreng di atasnya, 3 sudu besar tumis, 1 sudu besar cuka dan sedikit budu. Gaul rata-rata dan sesuaikan rasanya.
  7. Hiaskan dengan cili merah dan hidang.

Resepi Kerabu Sarang Rossuzilawatey Hasein

Kerabu Sarang Rossuzilawatey Hasein (1)

Kerabu Sarang: Sumber Rossuzilawatey Hasein

Bahan-bahan:

  • Kerabu Sare Mentah

Cara-cara:

  1. Kerabu sarang kering yang belum dibasuh, ada bau hanyir ikan sikit. Rumpai ni asal dari laut. Cuci bersih-bersih, guna pencuci yang berbuih untuk sayur, ataupun boleh guna limau nipis atau tepung gandum untuk hilangkan bau hanyir.

Bahan-bahan Tumis:

  • 4 biji bawang merah-ditumbuk
  • 1 batang serai -diketuk
  • 1/2 biji kelapa -santan pekat
  • 3 sudu cili giling
  • 1/2 inci halia – ditumbuk
  • 1 keping asam keping
  • Gula dan garam

Cara-cara:

  1. Masak santan sehingga mendidih.
  2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk bersama cili giling.
  3. Masukkan serai dan asam keping.
  4. Masukkan gula garam secukup rasa.
  5. Masak sehingga terbit minyak.

Bahan-bahan Sambal Kelapa:

  • 1/2 biji kelapa – digoreng kemudian tumbuk halus
  • 3 ekor ikan kembung – isi ditumbuk
  • 4 biji bawang kecil -ditumbuk
  • 1/2 inci halia – ditumbuk
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaulkan kesemua bahan -bahan diatas. Goreng tanpa minyak diatas kuali sehingga menjadi sedikit garing (untuk tahan lama dan tidak mudah basi).

Penyediaan Kerabu Sare:

  • Kerabu sarang
  • Tumis
  • Sambal kelapa
  • 1 biji limau nipis – diperah
  • 4 sudu budu
  • 8 biji cili padi – dipotong
  1. Gaulkan kesemua bahan-bahan diatas sehingga sebati.

Resipi Kerabu Sare Cik Melor

Resipi Kerabu Sare CMelor

Resipi Kerabu Sare: Sumber Cik Melor

Bahan-bahan:

  • Sare Mentah

Cara-cara:

  1. Cara untuk proses sare, ia perlu di bersihkan dan di rendam selama 1 malam dan sentiasa di tukar air.
  2. Esoknyer cuci bersih dan jemur panas sehingga sare bertukar warna hitam ke putih. Kalau malas nak tunggu bertukar warna, boleh buat terus tapi kurang rangup lah ya.

Bahan Tumis:

  • 1 biji kelapa- ambil santan pekat
  • 5 ulas bawang mera
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-8 biji cili kering
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 keping asam
  • budu
  • daun limau purut
  • Sedikit gula dan garam.

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan di atas. Masukkan dalam santan. Masak atas api perlahan, kacau sekali-sekala hingga rupanya seperti di atas.

Bahan Sambal Kelapa:

  • Sebiji kelapa parut disangai garing hingga warna coklat dan ditumbuk lumat (jangan sampai pecah minyak)
  • 5-6 ekor isi ikan selayang/sardin atau kembung
  • 6 ulas bawang merah
  • 10-15 biji lada hitam
  • 3-4 batang serai 
  • gula/gula melaka, garam.

Cara-cara:

  1. Rebus ikan. Asingkan isi. Sangai isi ikan tadi sekejap. Sangai kelapa parut sampai garing. Tumbuk bawang, serai, lada hitam, gula melaka sampai lumat. Lepas tu letak atas sare dan di gaul ketika nak makan.

Resepi Kerabu Sare Sedap

Resepi Kerabu Sare

Kerabu Sare: Sumber Aku Man

Bahan-bahan:

  • 200 gram sare – rendam 8 jam

Bahan Kisar:

  • 8 tangkai cili kering – kisar

  • 6 ulas bawang merah – kisar

  • 2 ulas bawang putih – kisar

  • 1 cm halia – kisar

  • 1 cawan santan pekat

  • ½ sudu besar budu

  • 3 sudu kecil minyak masak

  • 1 sudu kecil cuka

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan budu dan cuka. Kacau sebati. Masukkan santan dan kacau hingga pekat. Ketepikan

Bahan Sambal Kelapa:

  • ½ biji kelapa parut

  • 5 tangkai cili merah – hiris

  • 1 ekor ikan kembung – rebus ambil isi

  • 1 cm halia

  • ½ sudu kecil garam

Cara-cara Sambal Kelapa dan Penyediaan Kerabu Sare:

  1. Sangai kelapa hingga bertukar warna keperang-perangan. Tumbuk ikan rebus bersama garam dan halia.Gaul kelapa, cili merah dan ikan yang telah ditumbuk rata. Hidangkan bersama kuah tumisan dan kerabu sare. Gaulkan sambal kelapa, kuah tumis dan sare.

Resepi Kerabu Sare Menu Pantai Timur

Kerabu Sare Menu Pantai Timur

Kerabu Sare Menu Pantai Timur: Sumber Sinar Harian

Bahan-bahan Tumis:

  • 500 gram sare
  • 1 biji kelapa (ambil santan pekat)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 8 biji cili kering
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 keping asam
  • Sedikit gula dan garam

Cara Penyediaan:

  1. Kisar kesemua bahan (kecuali sare) dengan menggunakan pengisar.
  2. Kemudian, masukkan santan.
  3. Masak di atas api lalu dikacau sekali-sekala sehingga pecah minyak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Sambal tumis siap dan boleh diketepikan seketika.

Bahan-bahan Sambal Kelapa:

  • 1 biji kelapa parut disangai garing
  • 5 ke 6 ekor isi ikan selayang atau sardin atau kembung (dibakar)
  • 6 ulas bawang merah
  • 10 ke 15 biji lada hitam
  • 3 batang serai
  • Sedikit gula melaka dan garam

Cara Penyediaan:

  1. Kelapa goreng ditumbuk bersama isi ikan, bawang, gula melaka, garam, serai dan lada hitam.
  2. Gaul kesemua bahan yang ditumbuk tadi.

Cara Menghidangkan Kerabu Sare:

  1. Masukkan kerabu sare ke dalam pinggan.
  2. Tuang sambal tumis dan sambal kelapa.
  3. Perah sedikit limau nipis.
  4. Gaul sehingga semuanya sebati.
  5. Kerabu sare siap dihidangkan sebagai salah satu menu ketika berbuka puasa.

Penutup

Kerabu Sare merupakan makanan berasaskan rumpai laut yang diolah mengikut citarasa tempatan. Kalau kat Sabah kita ada latok, di Kelantan kita ada kerabu sarang. Kerabu sare satu menu terkenal di Kelantan. Sare atau dipanggil juga ‘sarang’ ialah sejenis rumpai laut yang dikeringkan. Sare yang telah dikeringkan boleh simpan lama berbulan-bulan malah bertahun . Sare kering perlu direndam satu malam untuk menjadi kembang dan mudah dibersihkan. Sare perlu dicelor atau dipanaskan dalam air seketika untuk menjadikan ia lembut. 

Anda juga boleh cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.