Tempat Menarik Di Melaka! Freeport A’Famosa Outlet (5 Sebab Kenapa Anda Wajib Ke Melaka Premium Outlet)
Hari ini saya nak kongsi tempat menarik di Melaka yang anda singgah apabila melancong ke melaka bandaraya bersejarah! Melaka adalah salah satu kawasan yang paling menarik di negara ini.
Freeport A’Famosa Outlet, yang juga dikenali sebagai Melaka Premium Outlet ini merupakan lokasi yang wajib anda singgah jika ke Melaka! Yang suka shopping ataupun window shopping pasti sukakan tempat ini.
Lokasi Tumpuan
Freeport A Famosa yang terletak di Simpang Ampat, Alor Gajah merupakan antara lokasi tumpuan utama pelancongan di negeri ini. Setiap hari ada potongan harga untuk barangan berjenama. Kemudahan tempat letak kenderaan juga amat memuaskan kerana percuma dan mudah untuk memilih parking spot.
Good place, lots of parking space, not so congested, fresh and quiet.
Lebih 70 Lot Kedai
Bagi yang ingin mencari barangan berjenama samaada ada fesyen atau gadget peribadi bolehlah ke sini yang merupakan satu shopping mall yang baru dibuka pada tahun 2015. Mall ini menempatkan lebih 70 lot kedai yang menawarkan pilihan barangan dan lebih kepada produk berjenama seperti Playboy, Nike, G2000 dan sebagainya. Ada juga sesetengah pelancong dan masyarakat setempat membandingkan destinasi ini seperti Johor Premium Outlet (JPO) yang menawarkan harga barangan berjenama pada harga yang agak berpatutan.
Freeport A’Famosa Outlet mempunyai hampir 70 jenama terkenal yang dibuka secara berperingkat. Berikut adalah diantara jenama yang terdapat di sini:
- Playboy
- Young Hearts
- Vero Moda
- U.S Polo Assn
- Triumph
- Sacoor
- Only
- Melinda Looi
- Levis
- G2000
- Forever 21
- Esprit
- Luv Lux
- Cotton On
- Chai Fashion Outlet
- Camel Active
- Toy World
- Poney
- Rip Curl
- Puma
- Nike Factory Store
- Li-Ning
- Brooks
- HyperGear
- Elle
- Claks
- Crocs
- Overmain
- Hush Puppies
Orang ramai diingatkan agar terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh KKM dengan mengutamakan kebersihan, mengamalkan pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial pada setiap masa ketika berada di premis.
Banyak Kemudahan
Banyak kemudahan yang disediakan. Antaranya ruang parkir yang banyak, ada stroller car untuk kids yang boleh disewa dengan harga Rm10, surau yang luas lengkap dengan telekung yang bersih, tempat duduk yang banyak untuk berehat dan mesin juga ATM. Walaubagaimanapun, pada musim pandemik ini, anda perlu membawa telekung solat sendiri.
Harga Runtuh!!
So mana yang ada kat Melaka atau berdekatan tu bolehlah singgah shopping kelengkapan raya/musim perayaan sebab harga memang tengah runtuh sehingga separuh siap tolak GST 6% .
Memang berbaloi sangat datang dari jauh dan dapat beli barang yang branded dan disukai pada harga tak masuk akal.
Reasons to visit: An easy day trip from KL or stopover to or from Malacca; open-air outlet mall with saving of up to 70%; family friendly with activities for the young ones.
View dan Senibina Yang Menarik!
Memang cantik untuk bergambar di sini!
Anda pasti akan tertarik dengan view dan senibina bangunan di sini yang menggunakan tema Dutch Colonial yang sangat cantik! Buat cuci mata..
Tips Melawat Freeport A Famosa
- Makan sebelum datang. Tempat makan di sini terhad kepada beberapa fast food (KFC, Marry Brown) dan food court. Dan kalau hari biasa, tempat makan tutup sekitar 7 malam.
- Tol paling dekat ialah tol Simpang Ampat. Jangan lah pula keluar kat Ayer Keroh.
- Tarikan terdekat dengan Freeport A Famosa ini ialah taman tema A Famosa Resort dan Kolam Air Panas Gadek. Maksudnya kalau anda memang mahu menginap di A Famosa Resort, tempat ini memang tempat yang boleh anda singgah sekali.
- Ada 2 tempat masuk ke Free port A Famosa. Boleh pilih ikut kesesuaian.
- Tempat shopping ini terbuka. Aircond hanya ada dalam kawasan kedai. Pakai topi kalau datang tengah hari. Tahu-tahulah cuaca Melaka yang lit lit panasnya.
- Freeport A Famosa ini juga dipanggil Melaka Premium Outlet. Jadi jangan pening cari Melaka Premium Outlet sebab nak shopping lagi.
Penutup
Kalau anda tak nak ketinggalan dan nak tahu apa promosi-promosi istimewa yang terkini dari Freeport A’Famosa Outlet, korang bolehlah follow rapat media sosial FAO seperti dibawah.
Follow IG : @freeportafamosaoutlet
Follow FB : Freeport A’Famosa Outlet