fbpx

7 Resepi Spaghetti Bolognese Sedap (Pikat Hati Keluarga Dengan Kuah Bolognese Power!)

Hari ini saya nak kongsi resepi spaghetti bolognese sedap. Masakan western ini cukup mudah dan ringkas. Rasanya masam-masam dengan sos bolognese dan ditabur keju parmesan. Rendam pasta kesukaan anda dan sediakan Sos Bolognese. Apalagi dimakan bersama meatball ataupun diletakkan bahan seperti isi ayam mahupun daging kisar. Boleh nak letak isi apapun, asalkan anda suka ikut citarasa Malaysia mahupun Italy! Sesuai dimakan bila-bila masa. Lebih jimat kalau masak sendiri dan nak makan banyak mana pun puas hati. Anda juga boleh cuba resepi spaghetti carbonara.

Resepi Spaghetti Bolognese Che Nom

Resepi Spaghetti Bolognese che nom
Resepi Spaghetti Bolognese: Sumber Che Nom
 
Bahan-bahan untuk pasta:
  • 2 liter air
  • 500 gram spaghetti
  • 2 sudu kecil garam
  • sedikit minyak zaitun

Bahan-bahan untuk sos Bolognese:

  • sedikit minyak zaitun
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji capsicum hijau
  • 1/2 biji karot
  • 2-3 biji hirisan tomato
  • 7 biji cendawan
  • 300 gram daging kisar
  • sos Bolognese
  • 3-4 sudu besar tomato puree
  • sedikit Italian herbs
  • sedikit air pasta
  • serbuk parmesan
  • sedikit garam
  • sedikit gula (jika perlu)
  • 1/4 cawan susu full cream
Cara-cara untuk pasta:
  1. Rebus spaghetti.
  2. Masukkan air kedalam periuk yang besar dan masak air sehingga mendidih.
  3. Masukkan garam secukupnya.
  4. Setelah mendidih, masukkan spaghetti kering.
  5. Terus kacau spaghetti supaya spaghetti tidak melekat antara satu sama lain.
  6. Rebus mengikut berapa minit mengikut arahan di packat pasta.
  7. Setelah pasta lembut sikit tapi tak terlebih kembang, tapis dan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun.

Cara-cara untuk sos Bolognese:

  1. Simpan sedikit air rebusan spaghetti untuk kita masukkan dalam kuah nanti.
  2. Potong dadu bawang holland dan carrot.
  3. Cincang halus bawang putih.
  4. Hiris kecil nipis capsicum hijau dan cendawan butang putih .
  5. Buang biji tengah tomato dan hiris nipis.
  6. Panaskan sedikit minyak zaitun.
  7. Tumis bawang holland sehingga bawang lembut.
  8. Masukkan bawang putih.
  9. Masukkan daging kisar dan kacau.
  10. Masukkan capsicum dan carrot.
  11. Kacau dan teruskan masak sehingga kering air daging.
  12. Masukkan sedikit serbuk black pepper.
  13. Masukkan hirisan tomato dan masak sehingga lembut.
  14. Masukkan hirisan cendawan.
  15. Kacau sehingga cendawan layu sikit.
  16. Kemudian masukkan sos bolognese segera.
  17. Tambah tomato puree.
  18. Masukkan sikit italian herbs.
  19. Masukkan sikit air pasta dan kacau sebati.
  20. Tambah serbuk parmesan dan garam.
  21. Kalau masam boleh tambah sedikit gula.
  22. Akhir sekali tambahkan sedikit susu full cream (optional).
  23. Hidangkan dengan spaghetti dan sedikit taburan keju parmesan.
Tips:
  • Jangan masukkan pasta ketika air belum mendidih kerana pasta akan jadi lembik di luar dan tak masak dengan sempurna di dalam.

Resepi Spagheti Bolognese Azie Kitchen

Spagheti Bolognese azie kitchen

Spaghetti Bolognese: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 botol sos spagheti original prego
  • 1 tin tomato puree
  • 1 tin tomato cincang
  • Daging cincang
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Mushroom
  • Lada benggala
  • Serbuk lada putih
  • Italian herbs
  • Garam dan gula

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih. Masukkan sedikit cili kisar bagi memberi sedikit rasa pedas.
  2. Masukkan daging cincang. Goreng sehingga daging agak masak, masukkan sos spagheti dan tomato puree serta tomato cincang. Masukkan sedikit air.
  3. Renihkan dan masukkan mushroom, bawang besar dan sayuran. Boleh juga bawang besar ditumis selepas bawang putih. Renihkan lagi. Masukkan garam, gula dan herbs.
  4. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Bolehlah dihidangkan dengan menuangkan sos spagheti ke atas spagheti yang direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun.
  5. Taburkan fresh parsley. Saya hanya guna dried parsley kerana mencari di Giant tempohari, tak ada. Taburkan sedikit parmesan cheese. Saya tak letak pun kerana kehabisan stock.

Resepi Spaghetti Bolognese Mat Gebu

SPAGHETTI BOLOGNESE mat gebu

Spaghetti Bolognese: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan daging kisar (kalau suka lebih boleh tambah)
  • 1 tin besar tomato dalam tin jenis ‘plum tomato’, diramas hancur
  • 1 camca besar sos cili
  • 2 camca besar sos tomato
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 batang lobak merah, didadu
  • 1 batang saleri, didadu
  • 2-3 biji cili padi, cincang halus
  • 1 camca teh lada hitam kisar
  • 2 helai daun bay
  • 1 camca teh herba oregano kering
  • 1 tangkai kecil herba rosemary
  • 1 kiub pati daging
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak zaitun untuk menumis

Bahan-bahan Lain:

  • Spaghetti secukupnya
  • Herba basil untuk hiasan (che mat guna daun selasih)
  • Parutan keju parmesan secukupnya
  • Sedikit minyak zaitun extra virgin

Cara-cara:

  1. UNTUK SOS BOLOGNESE :- Panaskan minyak zaitun dalam periuk (anggaran 4 camca besar), tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, jangan sampai hangus, masukkan bay leaf, saleri dan lobak merah, kacau rata dan masak sekejap. Sementara itu taruk daging cincang dalam tapis, kemudian cuci bawah air paip, perah sedikit dan masukkan ke dalam periuk. Kacau dan masak dengan api kecil hingga daging berubah warna.
  2. Masukkan tomato dalam tin, sos tomato dan sos cili. Kacau dan tuang air. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau sekali sekala. Tambah kiub pati daging, cili padi, herba rosemary, herba oregano dan lada hitam. Kacau rata dan masak hingga pekat. Tambah garam dan sedikit gula (anggaran 1 camca teh), masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK SPAGHETTI BOLOGNESE :- Spaghetti direbus dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam, rebus hingga lembut atau anda boleh ikut cara2 merebus dibungkusan spaghetti. Toskan dan gaul spaghetti dengan minyak zaitun. 
  4. Cedok spaghetti secukupnya dalam pinggan sesuai. Sendukkan secukupnya sos bolognese atasnya dan ratakan. Parutkann keju parmesan atasnya, hias dengan beberapa helai herba basil, dan jika suka sebelum makan drizzle dengan sedikit minyak zaitun extra virgin dan boleh hidangkan.

Tips:

  • Untuk sos bolognese tu anda jangan letak garam banyak sangat, ini kerana keju parmesan tu memang dah masin, kalau anda bikin sos dia masin, tambah lagi dengan parutan keju, dah jadi 2 kali masin. Jadi berhati2 bila menggunakan garam. Selamat mencuba!!

Resepi Spaghetti Bolognese Eny Abdullah

Spaghetti Bolognese Eny Abdullah

Spaghetti Bolognese: Sumber Eny Abdullah

Bahan-bahan Sos Bolognese: (untuk 3 paket pasta)

  • 3 senduk sambal kosong yang ditumis (cili, bawang, bawang putih)
  • 3 paket daging cincang brand ramly (goreng garing)
  • 2 tin cendawan butang (dihiris kasar)
  • 2 batang lobak merah (dipotong dadu kecik)
  • 1 biji bawang Holland (dipotong dadu kecik)
  • 1 paket cherry tomato (Belah 2)
  • 2 botol besar sos bolognese Prego
  • Garam/gula
  • Sos cili
  • Italian herbs
  • Mozarella cheese (optional, boleh letak lepas sos masak atau bila nak hidang)

Cara-cara:

  1. Spaghetti direbus dan toskan.
  2. Tumis bawang, carrot, mushroom dan tomato.
  3. Agak sudah naik bau masukkan sambal kosong tadi.
  4. Bila sambal sudah nampak sebati masukkan sos cili dan sos bolognese.
  5. Bila nampak sos agak masak, baru masukan daging cincang. Kacau seketika.
  6. Perasakan ikut kesesuaian tekak masing-masing.
  7. Bila nampak sos agak pekat dan minyak timbul atas kuali makna sos sudah masak.
  8. Hidangkan dengan pasta yang sudah direbus tadi. Siap.

Tips: 

  • Resepi ini pakai air sedikit sekadar cuci sisa sos dalam botol. Sebab itu sos akan pekat dan tidak cair. Baru syok makan bertambah.

Resepi Spaghetti Bolognese Mudah dan Sedap

Spaghetti Bolognese Mudah dan Sedap: Sumber Mamapipie

 
Bahan-bahan:
  • Spaghetti secukupnya – rebus sehingga lembut, angkat dan tos kan. Gaul dengan sedikit olive oil/ minyak masak supaya tidak melekat dan cantik berkilat kejadiannya.

Bahan Sos Bolognese:

  • 400g daging kisar (mama guna daging ayam)
  • 1 labu bwg besar dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu  kecil lada hitam
  • 4 biji cili  padi (jika suka pedas)
  • 1 tin  sos prego (tradisi)
  • 1 tin  sos prego (cendawan)
  • Garam secukup rasa
  • Boleh masukkan tomato dan cili benggala jika suka

Cara-cara:

  1. Panaskan 2 sudu butter. Nak guna olive oil pun dialu-alukan.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu sampai naik bau. Masukkan cili api.
  3. Masukkan daging kisar dan masak sampai daging kecut.
  4. Masukkan lada sulah dan lada hitam.
  5. Masukkan sos Prego tradisi dan sos Prego cendawan dan kacau rata. Mama gunakan 2 jenis sos ni sebab mama malas nak beli cendawan. Bila dah ada PRego cendawan kan dah ada cendawan dalam tu.
  6. Perisakan dengan garam secukupnya.
  7. Masak sehingga kuah sebati. Boleh masukkan sedikit air jika nampak kuah terlalu pekat.

Tips:

  • Nak hidangkan, letak spaghetti di dalam pinggan dan diikuti kuah bolognese. Tabur parutan mozarella cheese atau parutan cheddar cheese. Tabur sedikit oregano di atasnya

Resepi Spaghetti Bolognese Zila

spaghetti bolognese zila

Spaghetti Bolognese: Sumber Zila

Bahan-bahan:

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum – didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional) – zila guna kiub ayam
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang – zila tak letak

Cara-cara:

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.

Tips:

  • Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

Resepi Spaghetti Bolognese Homemade Tati Mansur

Resepi Spaghetti Bolognese Homemade Tati Mansur

Spaghetti Bolognese Homemade: Sumber Tati Mansur

Bahan-bahan Sos Bolognese:

  • 1 1/2 Kg tomato yang dah masak ranum
  • 1 Tin besar tomato puree
  • Sedikit sos tomato & sos cili (masakan Itali yang diMelayukan.. hehehe)
  • 1 Paket daging cincang (cuci dan toskan)
  • 1 Paket franfurter (paket yang 10 batang, potong dadu)
  • 1 Biji bawang Bombay (bawang besar yang warna kuning tu, potong dadu)
  • 4 ulas bawang putih (crush kemudian cincang)
  • 1 @ 2 sudu makan dried Oregano & Parsley
  • Garam, gula, secukup rasa Meggie (sesedap rasa)
  • Minyak Zaitun untuk menumis
  • 1 Paket spaghetti

Cara-cara:

  1. Potong tomato kecil-kecil dan kemudian blender sampai hancur. Kalau suka ada ketulan-ketulan tomato, tak perlulah blender sampai halus sangat.
  2. Masukkan tomato yang dah diblender tadi ke dalam kuali dan masak sampai mendidih dan warna bertukar agak jernih.
  3. Masukkan 1 tin tomato puree dan masak lagi untuk seketika, perlahankan api.
  4. Dalam satu kuali lain, panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang bombay dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan frankfurter yang dah dipotong dadu tadi dan tumiskan sampai agak garing. Kemudian masukkan daging cincang dan tumis lagi hingga agak kering.
  5. Campurkan bahan-bahan yang dah ditumis tadi ke dalam campuran tomato dan tomato puree.
  6. Perasakan dengan bahan-bahan perasa(garam, gula, secukup rasa Meggie  termasuklah sos tomato dan sos cili) mengikut citarasa masing-masing.
  7. Akhir sekali, masukkan dried oregano dan dried parsley untuk mendapatkan rasa Italiano pada bolognese tersebut. Biarkan mendidih untuk seketika. Dah siap!

Penutup

Spaghetti yang sedap ini mudah nak dibuat! Keluarga anda pasti suka. Rasanya pasti mengaktifkan deria rasa anda. Cukup rasa masamnya tomato dan masinnya keju. Lembutnya spaghetti bila disentuh. Apalagi bau isi ayam atau meatball yang anda letakkan. Dengan tumisan bawang holland, manisnya bawang lagi menambah rasa sedap spaghetti bolognese ini.

Anda juga boleh cuba resepi  dibawah, jika anda nak tukar selera western:

Leave A Reply

Your email address will not be published.