fbpx

9 Resepi Spaghetti Aglio Olio Paling Sedap (Cara Simple dan Mudah)

Hari ini saya nak kongsi resepi spaghetti aglio olio yang paling sedap. Anda wajib cuba resepi ini, caranya cukup simple dan mudah disediakan. Resepi spaghetti aglio olio ini paling senang nak masak sebab tak guna bahan yang banyak. Sosnya sedap dengan tumisan menggunakan minyak zaitun dan bawang putih. Kalau dah bosan makan nasi, resepi ini sesuai untuk orang yang nak bertukar selera. Lebih sedap guna seafood dan lebihkan seafood supaya rasa manis seafood bergabung sekali dalam rasa spaghetti kita. Selain spaghetti Aglio Olio, anda juga boleh cuba Spaghetti Carbonara dan Spaghetti Bolognese.

Resepi Spaghetti Aglio Olio Che Nom

 Spaghetti Aglio Olio Che Nom

Spaghetti Aglio Olio: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 500 gram spaghetti (1 paket)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar Holland, potong dadu kecil
  • 2 sudu besar chilli flakes
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 mangkuk besar udang, buang kulit
  • 4 ekor sotong, buang lapisan kulit
  • capsicum hijau
  • capsicum merah
  • tomato kecil, potong 2 jika suka
  • daun ketumbar ATAU daun parsley, hiris nipis.

Cara-cara:

  1. Rebus spaghetti dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
  3. Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
  4. Kemudian masukkan udang dan sotong.
  5. Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
  6. Perasakan gengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.

Tips:

  • Tips untuk merebus spaghetti dengan betul ialah masak air yang banyak di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Tunggu sehingga bahagian bawah sedikit lembut dan kemudian tekan supaya semua spaghetti tenggelam sepenuhnya. Rebus sehingga spaghetti mencapai tahap “al dente” atau masih sedikit keras. Toskan air dan cepat-cepat tuangkan sedikit minyak zaitun kemudian gaul sebati supaya spaghetti tidak melekat bila sejuk nanti.

Resepi Seafood Spaghetti Aglio e Olio Azie Kitchen

Seafood Spaghetti Aglio e Olio Azie Kitchen

Seafood Spaghetti Aglio e Olio: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 500 gram spaghetti
  • 1/4 cawan minyak olive
  • 5 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 4 biji cili kering – potong kecil
  • 1/2 sudu kecil red pepper/dried chilli flake
  • 50 ml water + 1 tsp chicken stock
  • Chopped fresh parsley
  • Garam
  • Coarse black pepper

Seafood:

  • 8 scallops
  • 8 mussels

Udang, sotong atau apa apa yang disukai

Cara-cara:

  1. Sediakan bahan bahan yang diperlukan supaya memasak menjadi cepat dan pantas. Scallops dan mussels dilap kering. Bawang putih dihiris nipis dan sediakan chicken stock. Pasta direbus.
  2. Panaskan minyak olive, tumis bawang putih dg api perlahan sambil dikacau kacau sehingga ianya kekuningan. Masukkan cili kering yang dipotong kecil.
  3. Masukkan sedikit chicken stock bertujuan untuk memberhentikan bawang putih dari terus garing.
  4. Masukkan scallops dalam kuali dan dibalik balikkan. Masukkan pula lain lain seafood. Kalau dikuatiri terlebih masak, boleh dikeluarkan dulu seafood dari kuali dan masukkan semula masa hidangan.
  5. Bila seafood hampir masak, masukkan pasta. Pasta  hanya direbus 3/4  masak. Angkat dan toskan air. Masukkan pasta dalam kuali. Kacau rata rata. Kalau kering, boleh tambahkan baki chicken stock.
  6. Akhir sekali, taburkan red pepper flake, garam dan black pepper.
  7. Untuk menghidang, masukkan pasta dalam pinggan dan tuang sedikit lagi olive oil. Selepas itu hias dengan menyusun seafood dalam pinggan. Kemudian tabur parsley sebagai hiasan.

Resepi Spaghetti Olio Mat Gebu

Spaghetti Olio Mat Gebu

Spaghetti Olio: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 100 gram spaghetti
  • 1 biji bawang holland (bawang besar kaler kuning), didadu
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/4 biji green capsicum, dadu
  • 1/4 biji red capsicum, dadu
  • 4-5 biji cili padi, dititik (optioanl)
  • 1/2 camca teh herba Basil (jenis kering dalam botol)
  • 1 helai bay leaf
  • 5 biji buah zaitun hijau
  • 5 biji buah zaitun hitam
  • 6 ekor udang besar, dibersihkan
  • 1 biji tomato merah, didadu
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
  • Minyak zaitun untuk menumis (guna minyak zaitun biasa, bukan jenis “extra virgin”)

Cara-cara:

  1. Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan spaghetti, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan bay leaf, tumis hingga layu dan masukan tomato. Masak hingga tomato lembut. Tambah udang, red dan green capsicum serta buat zaitun hijau dan hitam. Kacau rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.
  3. Masukkan herba Basil, lada hitam dan garam secukup rasa. Tambah spaghetti tadi dan gaul rata hingga mesra. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan segera, jika suka boleh tabur sedikit lagi lada hitam sebelum dihidangkan.

Resepi Spaghetti Aglio Olio Nur Dini

Spaghetti Aglio Olio Eny Abdullah

Spaghetti Aglio Olio: Sumber Nur Dini Abd Aziz

Bahan-bahan:

  • Spaghetti – rebus hingga masak
  • Udang (lagi banyak lagi sedap)
  • Ceri tomato
  • Italian parsley
  • 1 labu Bawang putih
  • 4-5 Cili kering

Nota: Cili kering potong panjang – panjang, lebih kurang 4 cm. Jangan kisar.

  • Parmesan cheese
  • Cili flakes
  • Olive oil
  • Garam

Nota: Nak gantikan garam dengan chicken stock pun boleh.

Cara-cara:

  1. Mula-mula, rebus spaghetti hingga masak. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, tuang sedikit olive oil. Kemudian goreng bawang putih yang dicincang halus.
  3. Masukkan cili kering.
  4. Kemudian masukkan secret ingredient, kepala udang. Shh ini rahsia tau!
  5. Goreng lagi hingga garing.
  6. Masukkan spaghetti. Gaul rata. Kalau terlalu kering, tambahkan sedikit air.
  7. Seterusnya, masukkan udang, tomato dan parsley. Kita gaul lagi.
  8. Kalau nak pedas, tambahkan cili flakes.Tambah garam dan satu lagi secret ingredient, parmesan cheese. Sedap berlemak.

Resepi Aglio Olio bersama Udang Buat Orang Lapo

Spaghetti Aglio Olio bersama Udang

Spaghetti Aglio Olio bersama Udang: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • 100 gram spegati
  • Sedikit minyak zaitun
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2-3 tangkai cili kering
  • 6-8 ekor udang
  • 1 sudu besar cili flakes
  • Garam
  • Oregano
  • Serbuk lada hitam
  • Daun parsli
  • Tomato ceri (potong 2)
  • Parmesan cheese (untuk hiasan)

Cara-cara:

  1. Panaskan air dan rebus spegati bersama sedikit garam dan minyak sehingga lembut. Tos dan Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun. Masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering. Kacau sekejap.
  4. Masukkan udang. Tambahkan sedikit air. Kacau sehingga udang masak.
  5. Masukkan spegati. Tambahkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk oregano secukupnya. Kacau rata.
  6. Masukkan daun parsli dan tomato. Kacau sebentar dan tutup api.
  7. Taburkan parmesan cheese di atas aglio olio untuk dihidangkan.

Resepi Pasta Aglio E Olio Eny Abdullah

Pasta Aglio E Olio Eny Abdullah

Pasta Aglio E Olio: Sumber Eny Abdullah

Bahan-bahan:

  • 1 pack spaghetti
  • 1/3 cup olive oil
  • 1 labu bawang putih dicincang kasar jangan halus
  • 1kg udang dibuang kulit
  • 500 gram sotong dipotong
  • 1 genggam cili kering – kisar kering bagi kasar kasar jangan halus
  • Garam
  • Dried parsley dan basil kalau ada fresh lagi sedap
  • Daun saderi
  • 3 biji tomato potong dadu besar

Cara-cara:

  1. Rebus pasta. Jangan tos. Kena bajet masa tengah tumis tu pasta dah hampir nak lembut. Dalam kuali masukkan olive oil. Masuk udang dan sotong. Goreng sekejap sampai separuh masak. Angkat dan tos dari minyak ketepikan
  2. Dalam minyak sama tumiskan bawang putih agak dah wangi tapi jangan garing, masukan cili kering kisar. Masak sekejap bagi minyak jadi merah dan masak cili tu baru sedap. Sebab kita dah masuk udang sotong sebelum tu jadi minyak tu dah ada air so jangan risau cili kita tak hangus. Masak lama sambil kacau.
  3. Kemudian masukkan tomato. Kacau sekejap dan cedok pasta guna penyepit dari periuk rebusan terus kedalam kuali. Kacau rata dan masukkan juga 2 senduk air rebusan pasta supaya kuah dan air udang dalam minyak tadi serap masuk dalam pasta.
  4. Akhir sekali masukkan semula udang sotong dan daun saderi juga dry herbs parsley dan basil.

Resepi Spaghetti Aglio Olio MamaMia Kitchen

Spaghetti Aglio Mama Mia

Spaghetti Aglio: Sumber MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:

  • 500 gram spaghetti
  • 1 kg seafood (udang,sotong dan kepah)-saya guna 1/2 kg udang
  • 1 cawan minyak zaitun
  • 3 ulas bawang putih dihiris-saya cincang halus
  • 2 labu bawang besar dipotong dadu-saya tambah
  • 3 sudu besar chili flakes
  • 3 sudu besar oregano flakes
  • 3 sudu besar parsley flakes
  • 1 sudu kecil lada hitam-tumbuk halus
  • 1 sudu kecil garam-ikut citarasa masing-masing
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 biji capsikum-saya potong memanjang
  • 3 biji cili padi-potong kecil (saya tambah)

Cara-cara:

  1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain,rebus seafood hingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
  2. Panaskan minyak zaitun,tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit.Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
  3. Masukkan oregano,parsley dan chili flakes, lada hitam,cili padi, capsikum, garam dan kiub pati ayam.
  4. Masukkan spaghetti dan seafood. Rasakan masinnya, jika kurang masin tambahkan garam. Kacau hingga sekata.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Spaghetti Aglio Olio Surianti Kitchen

Spaghetti Aglio Olio Surianti Kitchen

Spaghetti Aglio Olio: Sumber Surianti Kitchen

Bahan A:

  • 1/2 pek spaghetti Adabi (250 gram)- rebus hingga lembut dalam air mendidih, toskan
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Air (anggaran separuh periuk)

Bahan B:

  • 5 sudu besar minyak zaiton
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air rebusan ayam (kalau tiada, ambil 1 kiub pati ayam , larutkan dengan air jadikan 1/2 cawan)
  • 300 gram udang
  • Garam (secukup rasa)
  • 2 sudu besar chilli flakes (boleh tambah jika suka lagi pedas)
  • 1/2 sudu besar lada hitam serbuk
  • Buah tomato ceri
  • Daun parsley segar dihiris , jika tiada gunakan parsley kering – anggaran 3 tangkai 

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga harum.
  2. Masukkan air rebusan ayam bersama udang.
  3. Masukkan garam, chilli flakes dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih sedikit.
  4. Masukkan spaghetti dan daun parsley. Kacau goreng hingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tomato ceri. Kacau rata. Siap!

Resepi Aglio Olio Vanilla Kismis

spaghetti aglio olio vanilla kismis

Spaghetti Aglio Olio: Sumber Vanilla Kismis

Bahan-bahan:

  • 300 gram spaghetti
  • 4 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 sudu makan chili flakes (lebihkan jika nak pedas)
  • 1 ekor sotong besar – potong bulat
  • 10-15 ekor udang
  • 1 kiub ayam
  • Garam
  • Lada Hitam
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu makan keju parmesan
  • Sedikit daun parsley

Cara-cara:

  1. Panasklan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan
  2. Masukkan chili flakes dan lada hitam. Tambahkan kiub dan garam. Kacau lagi.
  3. Masukkan semua seafood dan kacau sebati. Bila seafood sudah masak tutup api.
  4. Kemudian masukkan spageti yang siap direbus dan gaul sebati. Tabur keju parmesan dan daun parsley.
  5. Sedia dihidang.

Penutup

Kalau beli dekat kedai agak mahal kan, jadi apa kata kita manfaatkan bahan-bahan yang ada di rumah. Boleh letak isi ayam, udang mahupun sotong ikut selera anda. Nak makan banyak mana pun boleh, lebih jimat masak sendiri. Lagipun, masakan spaghetti aglio olio ini lebih mudaH dimasak berbanding masakan goreng-goreng lain. Simple dan mudah, janji cukup bahan.

Jika anda penggemar makanan western, anda wajib cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.