fbpx

7 Resepi Daging Black Pepper Sedap (Masakan Istimewa Sajian Keluarga)

Hari ini saya nak kongsi resepi daging black pepper. Masakan ini juga dikenali sebagai daging lada hitam. Rasa lada hitam pastinya menaikkan lagi rasa daging. Menariknya, masakan daging black pepper/ daging lada hitam ini ini sangat mudah dan sedap serta tidak menggunakan banyak bahan. Daging ditumis sehingga pekat dan menghasilkan warna yang menarik serta rasa yang sedap, apalagi dimakan dengan nasi putih atau pun nasi goreng. Lada hitam ialah rempah-ratus yang serba boleh kegunaannya dalam masakkan makanan sedap.

Resepi Daging Black Pepper Che Nom

daging black pepper che nom

Resepi Daging Black Pepper: Sumber Che Nom

Bahan-bahan perapan:

  • ½ kilo daging
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 4 biji bawang merah – tumbuk halus
  • 2 inci halia – tumbuk halus
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • sedikit serbuk lada hitam

Bahan-bahan lain:

  • 2 sudu kecil serbuk black pepper
  • Kicap secukupnya
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit air
  • 2 biji ubi kentang, digoreng
  • sedikit capsicum hijau
  • 2 biji cili merah

Cara-cara:

  1. Hiris nipis daging ikut arah lawan urat supaya tak liat.
  2. Hiris kasar bawang putih, bawang merah, dan halia. Tumbuk halus semua bahan dan gaulkan bersama hirisan daging.
  3. Masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap manis dan sedikit serbuk black pepper dalam anggaran 1/2 sudu kecil. Perap selama minimum 1/2 jam. Lagi lama lagi sedap.
  4. Ambil sedikit cili padi, anggaran 4-5 biji, buang tangkai dan belah tengahnya.
  5. Panaskan minyak.
  6. Kupas 2 biji ubi kentang. Hiris dalam bentuk wedges dan gaul kentang dengan sedikit garam. Goreng sehingga keperangan di luar dan lembut di dalam. Angkat dan ketepikan.
  7. Dalam minyak yang sama, masukkan daging yang di perap tadi. Api kecil sahaja. Kacau perlahan sehingga daging kering dan terpisah dengan minyak. Che Nom tambah sedikit lagi lada hitam supaya nak bagi wangi dan lebih rasa lada hitamnya.
  8. Tuang sedikit lagi kicap.
  9. Tambah sedikit air dan renehkan daging. Kalau kuah dah kering, tapi daging masih lagi liat, tambah sedikit lagi air dan teruskan reneh sampai daging jadi lembut.
  10. Bila daging dah lembut, bancuh tepung jagung dan air. Tuang bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Kacau-kacau sikit kuah supaya sekata.
  11. Masukkan kentang yang dah digoreng tadi. Masukkan capsicum merah dan hijau. Masukkan pula cili api. Kacau sebati sehingga capsicum lembut sedikit, tapi masih lagi crunchy.
  12. Kemudian akhir sekali masukkan hirisan bawang besar.
  13. Tabur dengan hirisan daun bawang.

Tips:

  • Rendam kentang dalam air sekejap sementara tunggu nak masak. Kalau tak rendam dalam air, kentang jadi hitam nanti sebab getahnya keluar terdedah kepada udara.
  • Che Nom tak tambah garam ataupun gula, sebab sos tiram dan kicap tadi dah cukup semua rasanya.

Resepi Daging Masak Lada Hitam Azlita Aziz

Daging Masak Lada Hitam azlita aziz

Daging Masak Lada Hitam: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • 4 camca besar margerin ~ ita ganti minyak sayuran
  • 3 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 6 ulas bawang merah ~ dikisar
  • 1 inc halia ~ dikisar
  • 10 tangkai cili kerang ~ rendam hingga lembut dan di kisar
  • 1 camca besar lada hitam ~ dikisar
  • 6 camca besar sos tiram
  • 2 biji bawang besar ~ di hiris atau di dadu
  • 1 biji cili bengal hijau ~ di dadu ( ita gantikan dengan kacang pea)
  • 1 batang lobak merah di hiris kasar
  • 2 tangkai cili merah ~ di hiris
  • 500 ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar ~ di mayang

Cara-cara:

  1. Daging di rebus hingga empuk, kemudian di hiris sederhana tebal. Panaskan margerin atau minyak dan tumis kan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering hingga naik bau.
  2. Kacau hingga ia pecah minyak. Tambahkan sos tiram secukupnya. Tambahkan air jika kuah terlalu kering.
  3. Setelah kuah mendidih, barulah masukkan hirisan daging, bawang besar, lada bengal, lobak merah, cili merah dan daun ketumbar.
  4. Akhir sekali taburkan lada hitam dan gaul rata. Masak hingga kuahnya pekat.

Resepi Daging Masak Black Pepper Azie Kitchen

Daging Masak Black Pepper azie kitchen

Daging Masak Black Pepper: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 400 gram daging – lebih baik guna daging batang pinang
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1-2 sudu besar lada hitam – tumbuk kasar
  • Garam
  • 1/2 biji bawang besar Holland – hiris
  • 1 biji buah tomato – belah 4
  • 1 tangkai cili merah – hiris
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Bahan tumbuk hasar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Perap daging dengan sos lada hitam dalam setengah jam. Ketepikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga wangi. 
  3. Masukkan daging yang telah diperap. Goreng sehingga daging lembut. 
  4. Masukkan serbuk lada hitam. Masukkan air secukupnya untuk melembutkan daging. Jika daging belum empuk, boleh tambah lagi air. Masak sehingga kuah hampir kering. Tapi jangan terlalu kering jika suka daging yang berkuah.
  5. Akhir sekali masukkan garam secukupnya dan air bancuhan tepung jagung. Jika kuah dah terkering, tambah lah lebih sedikit air bersama tepung jagung. 
  6. Masukkan bawang Holland, buah tomato dan cili hiris. Bila bawang lembut, bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan. 

Resepi Daging Masak Lada Hitam (Black Pepper) 

Daging Masak Lada Hitam (Black Pepper)

Daging Masak Lada Hitam (Black Pepper): Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • 200 gram daging lembu (potong kecil dan nipis)
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1 cawan air)
  • 1/2 biji bawang holland (hiris kasar)
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Garam

Cara-cara:

  1. Gaulkan daging dengan sos lada hitam. Perap lebih kurang 30 minit.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging yang telah diperap. Kacau sebentar.
  4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam. Goreng sehingga daging lembut.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Tambahkan air jika perlu untuk melembutkan lagi daging.
  6. Masukkan kicap dan perasakan dengan garam secukupnya.
  7. Masukkan bawang holland. Kacau sehingga bawang layu.
  8. Masukkan pula tomato. Kacau sebentar dan tutup api.

Nota:

  • Boleh tambah cili besar atau cili padi jika suka pedas.

Resepi Daging Black Pepper Mat Gebu

daging black pepper mat gebu

Daging Black Pepper: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging lembu, hiris nipis, cuci dan rebus hingga empuk
  • 1 camca besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • 1 biji bawang besar, potong bulat dan leraikan
  • 1/2 inci halia*
  • 3 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
  • 1/2 camca besar lada hitam biji, tumbuk hancur, tak perlu halus sangat
  • 2 camca besar sos tiram JALEN
  • 1 camca besar kicap pekat JALEN
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/4 cawan air
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Toskan daging, kemudian gaul rata dengan tepung gandum dan secubit garam, goreng hingga daging perang, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak. Tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan daging, kicap pekat dan cendawan, gaul rata dan tambah air. Masak dengan api sederhana hingga pekat. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa, kacau rata. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas bersama nasi putih.

Resepi Daging Black Pepper Ibu Berpantang

daging black pepper ibu berpantang

Daging Black Pepper Ibu Berpantang: Sumber theasianparent

Bahan-bahan:

  • 300gm daging batang pinang
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • ½ sudu teh kunyit
  • Sedikit garam dan gula
  • ½ sudu teh lada serbuk lada hitam

Cara-cara:

  1. Perap daging dengan serbuk ketumbar, lada hitam, serbuk kunyit, garam dan gula.
  2. Setelah itu, bakar di atas pan sehingga garing. Angkat dan sedia dinikmati.

Resepi Daging Goreng Sos Lada Hitam Ala Cina

Daging Goreng Sos Lada Hitam Ala Cina

Daging Goreng Sos Lada Hitam Ala Cina: Sumber Zera Naim

Bahan-bahan:

  • 300 gram daging – hiris nipis, cuci dan tos
  • 50 gram batang seleri – hiris serong
  • 30 gram cili benggala merah – potong dadu
  • 30 gram bawang merah – hiris
  • 15 gram lada hitam – kisar kasar
  • 50 gram mentega
  • 10 gram sos soya
  • 2 gram perasa
  • 1 gram gula
  • Sedikit tepung jagung
  • Minyak masak secukupnya – untuk menggoreng daging

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, kemudian gaulkan daging dengan tepung jagung.
  2. Bila minyak panas goreng daging, kemudian angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali lain, panaskan mentega, kemudian tumis bawang merah, batang seleri dan cili benggala.
  4. Kemudian masukkan hirisan daging, lada hitam, sos soya, garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. Gaul rata, selepas itu tutup api.
  6. Segera hidangkan panas-panas.

Penutup

Masakan daging black pepper/daging lada hitam sangat sedap dan sesuai dijadikan sajian istimewa keluarga. Anda pasti sukakan rasa kepedasan lada hitam, dan boleh seimbangkan rasanya mengikut citarasa anda. Resepi daging black pepper ini pastinya mudah nak ikut cara-cara masakan. Pasti menjadi, anda patut cuba.

Jika anda penggemar daging, anda pasti suka:

Leave A Reply

Your email address will not be published.