fbpx

7 Resepi Daging Masak Kicap Sedap (Wajib Cuba Hidangan Kegemaran Keluarga)

Hari ini saya nak kongsi resepi daging masak kicap, pastinya masakan ini popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Rasanya masin, manis dan kepedasannya boleh dibuat ikut citarasa anda. Kanak-kanak pasti suka masakan daging masak kicap ini. Cukup mudah dan cepat nak disediakan. Kalau waktu sahur dihidangkan menu ini, pasti habis dimakan. Sesuai juga dijadikan sajian keluarga untuk tengah hari mahupun makan malam. Masakan daging masak kicap ini pastinya membangkitkan selera keluarga. Manisnya bawang yang ditumis pasti menambahkan lagi rasa. Apalagi digandingkan dengan sambal belacan!

Resepi Daging Masak Kicap Azie Kitchen

daging masak kicap azie kitchen

Daging Masak Kitchen: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 250 gram daging batang pinang
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 3-4 sudu besar kicap manis
  • Sedikit cuka
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 4 tangkai cili padi – atau cili hijau dan merah
  • Daun bawang/daun sup/daun ketumbar

Bahan Tumis:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia 
  • 1 batang serai – ketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang

Cara-cara:

  1. Daging dipotong seperti kiub. Jangan dihiris nipis atau kecil. Daging kemudiannya dilumur garam dan serbuk kunyit. Ketepikan. Sementara itu, boleh sediakan bahan bahan lain.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris. Masukkan sekali bunga lawang dan kayu manis serta serai. Tumis sehingga wangi. 
  3. Masukkan cili kering kisar dan kacau rata sehingga cili garing. Masukkan daging dan kacau rata. 
    Masukkan sedikit air dan biarkan daging sehingga empuk. Jika belum empuk, boleh tambah air.

Resepi Daging Kicap Halia Mat Gebu

daging kicap halia mat gebu

Daging Kicap Halia: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 450 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
  • 1 inci halia, tumbuk halus*
  • 2 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*gaul dan perap 1/2 jam)
  • 3 camca besar kicap lemak Jalen
  • 2 camca besar kicap manis ABC (jenis pekat)
  • 1 camca besar kicap pekat
  • 1/4 camca teh minyak bijan
  • 1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
  • 1 inci halia, mayang halus
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 biji cili merah, hiris memanjang
  • 1 biji cili hijau, hiris memanjang
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih hingga harum, masukkan daging yang diperap dan gaul rata. Goreng hingga daging berubah warna. Masukkan kicap lemak, kicap manis, kicap pekat dan lada hitam. Kacau rata dan tambah sedikit air. 
  2. Bila hampir pekat, masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau serta minyak bijan. Kacau rata dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit lagi kicap lemak. Masak sekejap. Matikan api dan tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Resepi Daging Masak Kicap Pedas

daging masak kicap pedas

Daging Masak Kicap Pedas:Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 400 gram daging batang pinang – dihiris nipis, dibersihkan.
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar – hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau – belah 4
  • 1 biji cili merah – belah 4
  • 1 1/2 – 2 sudu besar gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumbuk dan tumis:

  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 inci halia – ditumbuk
  • 1 sudu kecil jintan manis – ditumbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan putih – ditumbuk
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai.
  2. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata. Masukkan sedikit air dulu, biar daging mesra dengan kicap.
  4. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi. Tambahkan pula garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau. Kacau hingga layu sekejap dan angkat. Hidangkan.

Resepi Daging Masak Kicap Tok Jah

daging masak kicap tok jah

Daging Masak Kicap Tok Jah: Sumber Resepi.Net

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging batang pinang – di hiris lebar boleh juga dicampur dgn hati lembu
  • 15 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 camca teh jintan besar
  • 1/2 camca teh jintan kecil
  • 1 camca teh lada hitam
  • sedikit air asam jawa
  • garam & sedikit gula
  • 2 biji bawang besar – dimayang melintang
  • kicap pekat

Cara-cara:

  1. Kisar cili kering, bwg merah, bwg putih, halia, lada hitam & jintantumis bahan yang dikisar.
  2. Selepas naik minyak, masukkan daging renihkan sebentar, masukkan sedikit air asam jawa, garam & sedikit gula.
  3. Masukkan kicap selepas daging masak, masukkan bawang besar yang telah dimayang.
  4. Kacau hingga layu sekejap dan angkat. Hidangkan.

Resepi Daging Masak Kicap Jawa

daging masak kicap amie's little kitchen

Daging Masak Kicap Jawa: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging lembu bahagian peha – hiris tipis –  perap dengan 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kesil serbuk kunyit selama 20 minit – goreng hingga garing – toskan
  • 3 biji kentang – kupas kulit , potong ikut saiz yang disukai – goreng hingga kuning keemasan – toskan
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 labu bawang besar – potong bulat
  • 1 sudu kecil lada putih – tumbuk
  • garam / gula / perasa pilihan – jika perlu
  • minyak untuk menggoreng

Bahan Tumis:

  • 2 cm halia – hiris halus
  • 3 ulas bawang putih – hiris 
  • 3 biji bawang merah – hiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara-cara:

  1. Panaskan 4 sudu besar minyak bekas gorengan daging lembu, dan goreng semua bahan penumis  hingga terbit bau dan layu.
  2. Masukkan daging goreng dan kentang goreng.
  3. Tuangkan kicap lemak manis dan kicap pekat. Gaul rata.
  4. Taburkan lada putih. Jika kurang rasa, boleh taburkan garam  / gula / perasa pilihan secukupnya.
  5. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

Resepi Daging Masak Kicap Lada Hitam

Daging Masak Kicap Lada Hitam

Daging Masak Kicap Lada Hitam: Sumber Noor Akma

Bahan-bahan:

  • 400 gram daging
  • 2 biji kentang
  • 1 biji tomato
  • 2 buji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • Seinci halia
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukup yang di perlukan
  • Minyak masak secukupnya.

Cara-cara:

  1. Daging di potong kecil dan rebus sehingga empuk dan lembut. Kentang di potong baji kecil-kecil dan di goreng sehingga lembut. Tomato di belah empat atau enam. Bawang besar di hiris kasar, Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam di tumbuk lumat.
  2. Panaskan periuk atau kuali bersama sedikit minyak masak. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan sedikit. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air.
  3. Seterusnya tumis lagi sehingga memdidih dan masukkan kicap pekat dan bawang besar. Selepas itu masukkan daging yang telah di rebus bersama airnya sekali. Masukkan kentang yang telah di goreng tadi sekali.
  4. Waktu ini agak-agaklah nak kuah banyak atau kuah yang pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau-kacau sekejap, bolehlah di angkat. Bolehlah di makan dengan nasi untuk hidangan tengahari atau malam.

Resepi Daging Masak Kicap Berempah

Daging Masak Kicap Berempah

Daging Masak Kicap Berempah: Sumber Senang Masak

Bahan-bahan:

  • 500gm daging batang pinang
  • 2 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 5-6 biji Cili padi
  • cili kering kisar
  • 1 sudu jintan manis
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 sdb sos cili
  • Kicap (tiadaa anggaran, tuang aje dalam daging tu nanti)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bawang holland dihiris kasar
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 1 inci halia
  • 1-2 batang serai diketuk

Cara-cara:

  1. Bawang merah dan putih, halia dan cili padi ditumbuk kasar atau kisar kering. Jintan manis ditumbuk halus.
  2. Tumis bahan ni beserta rempah 4 sekawan, dan serai. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar dalam 2 senduk kecil.
  3. Lepas tu, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap, seterusnya masukkan daging. Tumis sekejap dalam 5 minit. Tambah air dan tutup kuali, perlahankan api dan biarkan daging itu empuk.
  4. Bila dah hampir kering tambah air lagi sikit baru tambah kicap. Tak kisah nak letak berapa banyak, kalau ada kicap pekat lagi bagus.
  5. Bila daging dah empuk, masukkan pula bawang yang dihiris dan daun limau purut. Tambah air sikit lagi, masak lagi sampai mendidih. Letak garam dan gula secukup rasa. Kacau-kacau kejap dan boleh tutup api. Siap!.

Penutup

Daging Masak Kicap ini sedap dibuat lauk dimakan bersama nasi putih panas-panas. Musim durian ini. anda boleh cuba makan dengan Sambal Durian. Mana tahu makin berselera keluarga anda makan. Ada 12 Resepi Sambal Durian dan Tempoyak yang anda boleh cuba. Kalau tak cukup pedas, boleh makan dengan sambal belacan!

Jika anda penggemar daging, anda pasti suka:

Insert Table of Contents
Leave A Reply

Your email address will not be published.