fbpx

11 Resepi Daging Goreng Kunyit Sedap (Cukup Mudah Dimasak)

Hari ini saya nak kongsi resepi daging goreng kunyit. Penggemar daging pasti suka makan daging goreng kunyit ini. Cukup mudah dimasak. Bahan-bahan pun pasti ada di dapur. Masakan ringkas ini sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Jika ditambah dengan serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih. pastinya rasa daging akan lebih sedap dan wangi apabila digoreng nanti hasil daripada gabungan serbuk-serbuk rempah tersebut. Anda juga boleh cuba resepi daging masak hitam dan resepi daging masak kicap! Oh ya! pastikan daging dipotong mengikut arah yang bertentangan dengan garisan urat daging, jika tidak daging akan liat dan susah empuk.

Resepi Daging Goreng Kunyit Che Nom

daging goreng kunyit che nom

Daging Goreng Kunyit: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging
  • minyak, untuk menumis
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • carrot, hiris memanjang
  • capsicum hijau
  • cili merah
  • 1 biji bawang besar, hiris membulat
  • daun bawang, hiris nipis

Bahan untuk perapan:

  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • sedikit garam

Cara-cara:

  1. Hiris nipis daging, bersihkan dan tos airnya .
  2. Gaul dengan bahan-bahan perapan dan perap seketika.
  3. Goreng daging di dalam minyak sehingga kering airnya. Kacau perlahan supaya daging digoreng sekata.
  4. Apabila air daging sudah kering, masukkan bawang putih dan kacau sehingga bawang kekuningan.
  5. Masukkan carrot, diikuti capsicum dan cili merah.
  6. Masukkan bawang besar dan masak sehingga bawang sedikit layu.
  7. Angkat dan tabur dengan hirisan daun bawang.

Resepi Daging Goreng Thai

daging goreng thai

Daging Goreng Thai: Sumber Mastura Abu Kassim

Bahan-bahan:

  • 800gm daging
  • 5 sudu makan biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
  • 1 sudu makan lada hitam (dikisar/ditumbuk)
  • 2 sudu makan sos tiram 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa
  • Mentega

(Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih.. Perap 30 minit atau 2 jam)

Bahan-bahan Sos:

  • Serbuk cili Thai
  • Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
  • 2 sudu makan beras (goreng / disangai / di kisar halus)
  • 2 sudu makan air limau nipis
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • Kicap sotong / sos ikan
  • 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
  • Daun ketumbar dan daun bawang

Cara-cara:

  1. Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap).
  2. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
  3. Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
  4. Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.

Resepi Daging Goreng Kunyit Menyengat Juicy dan Sedap

Daging Goreng Kunyit Menyengat Juicy

Daging Goreng Kunyit Menyengat Juicy: Sumber Kitpramenulis

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • serbuk kunyit
  • 2 inci halia dihiris
  • 4 ulas bawang putih dihiris
  • 2 biji bawang besar/bawang holland
  • Cili merah & cili hijau hiris nipis
  • Minyak secukupnya
  • Garam
  • Kacang panjang, carrot& kacang buncis (jika suka)

Cara-cara:

  1. Potong daging secara nipis untuk memudahkan ia dimasak. Cuci bersih daging dan letakkan kunyit dan sedikit garam. Gaul biar rata semua bahan dan ketepikan untuk seketika.
  2. Panaskan kuali serta letakkan daging dan tuangkan air secukupnya. Biarkan daging masak hingga empuk. Jika air menjadi kering sebelum daging empuk tambahkan air secukupnya.
  3. Bila daging sudah kelihatan empuk, masukkan minyak secukupnya ke dalam kuali berisi daging. Goreng daging seketika. Jika suka masukkan kacang panjang, carrot dan kacang buncis serta kacau hingga layu.
  4. Kemudian, taburkan bawang holland/bawang besar, bawang putih, halia dan cili yang dihiris. Kacau seketika biar bawang sedikit layu. Letakkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Kacau lagi biar daging masak dengan sempurna. Tutup api. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Resepi Daging Goreng Azie Kitchen

daging goreng azie kitchen

Daging Goreng: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging 
  • 1-2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit aji no moto – opsyenal

Bahan lain:

  • 1 biji bawang besar Holland
  • 2-3 tangkai cili hijau – lebih sedap guna cili solok
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Gaul daging dengan semua bahan di atas dan dimasukkan sedikit air.
  2. Masak sehingga air hampir kering iaitu masih ada lagi sedikit air. Nota: lebih sedap jika dicampur sekali hati dan limpa serta sedikit bahagian berlemak.
  3. Tuangkan minyak masak dan kacau  rata rata sehingga sedikit perang. Daging juga jangan digoreng garing. 
  4. Akhir sekali, masukkan cili hijau dan bawang besar, terus tutup api. 

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Style

Daging Goreng Kunyit Kelantan Style

Daging Goreng Kunyit Kelantan Style: Sumber Eny Abdullah

Bahan-bahan:

  • 600 gm daging
  • 2 – 3 inci kunyit hidup – tumbuk
  • 1-2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 inci halia – hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 2 ulas bawang besar
  • Kacang panjang atau kacang buncis (jika suka)
  • Cili merah – hiris nipis
  • Minyak secukupnya
  • Garam

Cara-cara:

  1. Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
  2. Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)
  3. Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.
  4. Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Azie Kitchen

daging goreng kunyit kelantan azie kitchen

Daging Goreng Kunyit Kelantan: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 300 gram daging – hiris lebar
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar Holland – hiris
  • 2 tangkai cili merah dan hijau – hiris
  • Serbuk perasa – opsyenal
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Lumur daging dengan garam dan serbuk kunyit. Masukkan ke dalam kuali bersama air secukupnya untuk daging empuk. 
  2. Bila air hampir kering, tuang minyak masak secukupnya. Nota: mesti masih ada air. 
  3. Kacau rata sehingga air dalam minyak hampir kering, masukkan bawang besar dan cili cili hiris tadi. Jika suka, masukkan sedikit bahan perasa. 
  4. Kacau rata sehingga bawang layu. Tutup api. 
  5. Bila hidang, ceduk sekali dengan sedikit minyak ke dalam pinggan. 

Nota:

  • Lagi sedap jika gunakan sedikit bahagian berlemak dan menpunyai urat rawan. Kalau tak silap, daging bahagian paha. 
    Jika suka, campurkan sekali sedikit hati dan limpa.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Stail

Daging Goreng Kunyit Kelantan Stail

Daging Goreng Kunyit Kelantan Stail:Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging dipotong kecil melintang urat (gaul garam kunyit)
  • 1 biji bawang holand
  • 1 biji bawang putih
  • Cili merah, cili hijau, cili api
  • Sedikit kicap (rahsia jadi sedap & cantik)

Cara-caranya:

  1. Potong daging nipis-nipis melintang urat supaya daging tak liat nanti. Basuh daging bersih-bersih dan gaul garam kunyit, bawang putih dan sedikit air. Perap seketika bersama air tadi.
  2. Masukkan daging ke dalam kuali bersama airnya sekali. Biarkan air kering dan daging empuk. Air tadi membantu daging cepat empuk ya. Tapi jangan banyak sangat, jenuh nak tunggu kering.
  3. Bila air dah kering, masukkan minyak masak. Kacau seketika dan biarkan daging betul-betul masak sekata. Kemudian boleh la masukkan hirisan bawang dan cili merah, cili hijau atau cili api.
  4. Sebelum tutup api, masukkan sedikit kicap ke dalam daging goreng tadi. Haa ni petua nak bagi daging goreng kita lagi sedap dan cantik. Sikit jer taww, nanti jadi daging goreng kicap pulak.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Azlita Aziz

Daging Goreng Kunyit Kelantan azlita aziz

Daging Goreng Kunyit Kelantan: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 600 gm daging
  • 2 – 3 inci kunyit hidup ~  tumbuk
  • 1-2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 inci halia ~ hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
  • 2 ulas bawang besar
  • Kacang panjang atau kacang buncis ~ ita letak kacang peas
  • Cili merah ~ hiris nipis
  • Minyak secukupnya
  • Garam

Cara-cara:

  1. Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
  2. Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)
  3. Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.
  4. Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!

Resepi Daging Goreng Kunyit Lembap

Daging Goreng Kunyit Lembap: Sumber Aneka Resepi Makanan

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging batang pinang
  • 1 biji bawang besar* (lebih jadikan satu setengah labu punOK)
  • 3-4 ulas bawang putih*
  • Kunyit (secukupnya)
  • Garam (secukupnya)
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar Sos Tiram (ahkak pakai jenama Nona)
  • Cili padi (optional)

*Dimayang/hiris

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging.
  3. Masukkan gula dan kacau rata.
  4. Masukkan garam and kunyit secukupnya.
  5. Masukkan sos tiram. Kacau rata.
  6. Masukkan cili padi yang dipotong atau sebiji utk kes yang ada anak kecil.

Tips:

  • Untuk dapatkan kelembapan tu, masukkan sedikit air and kacaurata utk pastikan daging tu versi tak kering sangat.
  • Tapi kalau suka kering, then tak payah letak air.
  • Daging batang pinang cepat masak. That’s whyy saya tak goreng daging dulu sebab nanti kemanisan daging akan hilang (bagi saya la). Tambah air jika perlu (kalau daging liat).
  • Kalau siat-siatkan daun limau purut lagi sodap. Baunya naik betul.
  • Boleh masukkan sudu semasa memasak untuk cepat empukkan daging.
  • Sedap dimakan dengan tomyam.

Resepi Daging Goreng Kunyit Berkuah

Daging Goreng Kunyit Berkuah

Daging Goreng Kunyit Berkuah: Sumber Mamapipie

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • 4 Sudu besar serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 biji cili merah dihiris
  • 4 biji kentang – dipotong 6
  • Air asam jawa dari asam sebesar ibu jari
  • 1/2 cawan Minyak masak
  • Garam

Cara-cara:

  1. Rebus daging yang telah dipotong Nipis. Air biar menutupi keseluruhan daging.
  2. Campurkan serbuk kunyit  ke dalam periuk rebusan daging. Kemudian rebus sehingga daging empuk.
  3. Setelah daging empuk, rebus lagi sehingga air rebusan tinggal sikit. Masukkan kentang.
  4. Masukkan minyak masak ke dalam periuk.
  5. Goreng daging dan masukkan bawang besar Serta cili merah. Masukkan air asam jawa dan masukkan garam secukupnya. Boleh tambah air jika suka kuah lebih. Masak hingga mendidih.
  6. Siap untuk dihidangkan. 

Resepi Daging Goreng Ketumbar

daging goreng ketumbar
dav

Daging Goreng Ketumbar: Sumber Nieja

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Biji ketumbar
  • Bawang besar
  • Cili

Cara-cara:

  1. Perap daging dengan serbuk kunyit + garam + ajinomoto sikit pastu biji ketumbar tumbuk sikit dan gaul semua.
  2. Kemudian goreng. Dah garing dan bila daging empuk masukkan bawang besar dan cili.

Penutup:

Resepi daging goreng kunyit ini cukup ringkas, tapi ramai peminat masakan ini. Ada yang suka dimasak garing dan ada yang suka dimasak secara basah. Makan nasi putih panas panas dengan daging goreng kunyit pasti sedap!

Jika anda penggemar daging, anda pasti suka:

Leave A Reply

Your email address will not be published.