fbpx

5 Resepi Kerabu Bayam Brazil (Bangkit Selera, Cukup Semua Rasa! )

Resepi Kerabu Bayam Brazil di kongsi untuk panduan anda di rumah. Bayam brazil sangat rangup. Dengar sahaja perkataan Mangga/ Mempelam/ Pauh, pasti membangkitkan rasa kecur liur. Kerabu Bayam Brazil ini, pasti membangkitkan selera anda sekeluarga. Cukup semua rasa! Lemak, masam, manis, masin dan pedas. Jika anda nak cuba Kerabu Bayam Brazil Kacang Botol pun sedap juga!

Resepi Kerabu Mangga Bayam Brazil

Kerabu Mangga Bayam Brazil: Sumber Laili Mukhtar

Bahan-bahan:

  • Mangga muda – cincang panjang
  • Bayam brazil
  • Bawang kecil – mayang
  • Cili padi – potong halus
  • Jus limau nipis
  • Kerisik
  • Serai – potong halus
  • Bilis – goreng
  • Serbuk asam boi – tak letak pun tak apa
  • Gula/gula kabung
  • Sos ikan/garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaul sebati semua. Dah siap.

Resepi Kerabu Bayam Brazil Mempelam

Bayam Brazil dengan Mempelam: Sumber Hawa Hassan

Bahan-bahan:

  • Sebiji mempelam diparut halus
  • Secekak bayam brazil (ikut suka sebenarnya)
  • 8 biji cili padi (kurangkan kalau tak suka pedas)
  • 2 biji cili besar
  • 4 ulas bawang merah
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Kelapa parut RM1
  • Santan RM1
  • Udang Kering (nak gula ikan bilis pun boleh, tapi lagi sedap kalau guna udang)
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk cili padi, cili besar, belacan, seulas bawang merah dan kelapa parut.
  2. Gaul kesemua bahan tumbuk dengan mempelam, bayam brazil (bayam brazil kalau nak hiris bagi halus sedikit pun boleh), udang kepal, bawng merah yang dimayam serta santan.
  3. Perasakan dengan garam dan gula. Untuk yang nak jaga kesihatan boleh ganti dengan stevia dan garam bukit pink Himalaya.
  4. Siap untuk dimakan.

Resepi Kerabu Bayam Brazil Mangga Muda

Kerabu Bayam Brazil Mangga Muda: Sumber Mingguan Wanita

Bahan-bahan:

  • Bayam Brazil
  • Mangga Muda
  • Cili Padi
  • Bawang Merah
  • Gula (ikut rasa)
  • Air Limau Nipis
  • Asam Boi dihiris atau disagat (jangan ambil bijinya, risau lekat dekat kerongkong)
  • Kerisik (paling penting)
  • Lebihkan sikit ikan bilis digoreng garing (ditabur lepas gaul).
  • Bunga Kantan sebagai penyedap dan nak bau wangi.
  • Kuantiti bahan ikut sesedap rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaul rata semua bahan-bahan. Siap!

Resepi Kerabu Bayam Brazil Buah Mangga

Kerabu Bayam Brazil campur Buah Mangga : Sumber Aza Aaj

Bahan-bahan:

  • 100 gm Bayam Brazil (cuci bersih toskan air)
  • 2 biji buah mangga (di sagat)
  • 1 Ekor ikan kembung ambil isi sahaja (di rebus)
  • 5 sdm kelapa di sangai hingga perang (tumbuk kasar)
  • 1 labu bawang besar(di hiris)
  • 3 ulas bawang putih(di tumbuk)
  • 2 inci halia (di tumbuk)
  • 1 Sdt lada hitam (di tumbuk)
  • 5 biji cili padi (di hiris)
  • 1 biji cili besar merah(di hiris)
  • 1 sdm jus limau (akk guna lemon)
  • 1 sdm gula perang
  • 1 sdt garam bukit

Cara-cara penyediaan:

  1. Sediakan bahan-bahan yang tersenarai seperti diatas.
  2. Satukan kesemua bahan-bahan seperti dalam gambar.
  3. Gaul rata kesemuanya dan masukan bayam Brazil.
  4. Okay, siap boleh di hidang.

Resepi Kerabu Bayam Brazil Kacang Botol

Resepi Kerabu Bayam Brazil Kacang Botol: Sumber Dapur Chef Wan Dapur Berasap

Bahan-bahan:

  • Bayam brazil 2 genggam (anggaran)
  • Kacang Botol 2 biji (potong nipis)
  • Kelapa parut ½ biji
  • Bawang Merah 3 biji
  • Cili padi merah 4 biji
  • Ikan rebus 1 ekor (amik isi, akak guna ikan kembung)
  • Sedikit garam dan gula
  • Perisa (optional)

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk semua bahan kecuali kelapa parut.
  2. Bila dah lumat masukkan kelapa parut dan gaul sebati. Masukkan bayam brazil dan kacang botol.

Penutup

Bayam Brazil sedap dimakan mentah atau dijadikan hidangan masakan. Boleh dimakan secara mentah bersama tomato, bawang dan juga minyak zaitun. Selain itu, ia sesuai juga untuk ditumis, direbus atau dikukus. Nak buat kerabu bayam brazil pun boleh! Anda juga boleh klik Kategori Resipi sebagai rujukan resepi masakan anda! Pastinya resepi yang disediakan sedap dan mudah nak masak. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.