fbpx

5 Resepi Maggi Goreng Viral

0

Hari ini saya nak kongsi resepi maggi viral yang sedap. Resepi MAGGI Goreng ini mudah dimasak dan lazat dihidang. Kita gunakan MAGGI perisa Kari. Maggi perisa Kari tidak asing dalam kalangan masyarakat kita. Bagi penggemar Maggi Goreng, korang patut cuba resepi dibawah. Ditambah dengan ayam,udang, sotong lagi lah sedap! Mudah nak sediakan untuk keluarga.

Resepi Maggi Goreng Che Nom

maggi goreng che nom

Maggi Goreng: Sumber Che Nom

Bahan-bahan Maggi Goreng:

  • 1 paket maggi goreng segera perisa kari, bersama perencah sekali
  • 1 ulas bawang putih, cincang kasar
  • 1 biji telur
  • sedikit udang
  • 1 ketul tauhu goreng, hiris nipis
  • kobis
  • sawi
  • cili padi
  • sos cili
  • kicap
  • limau nipis, untuk perahan

Cara-cara:

  1. Rebus maggi separuh masak, maksudnya jangan terlalu kembang dan kemudian toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  3. Pecahkan telur dan tabur sedikit perencah maggi di atas telur. Kacau hancur dan masukkan pula udang.
  4. Masukkan maggi, tauhu goreng, kobis, sawi dan cili padi.
  5. Tuang kesemua baki perencah maggi tadi, sedikit kicap dan sos cili secukup rasa. Gereng semuanya sehingga sebati.
  6. Angkat dan hidang bersama hirisan limau nipis.

Tips:

  • Jangan rebus maggi hingga lembut kerana kita akan masak maggi buat kali kedua, nanti maggi akan menjadi kembang dan lembik apabila digoreng nanti.

Resepi Maggi Goreng Mamak Che Nom

maggi goreng mamak che nom

Maggi Goreng Mamak: Sumber Che Nom

Bahan-bahan Maggi Goreng Mamak:

  • 2 pek maggi Kari (ambil satu bungkus perencah sahaja)
  • sedikit minyak masak
  • 2 ulas bawang putih
  • ¼ biji bawang besar
  • 2 biji telur
  • 1 ikat sayur sawi
  • ½ batang lobak merah
  • sayur kobis
  • 4 biji cili padi (tumbuk kasar)
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1-2 sudu besar kicap manis
  • ½ biji tomato
  • limau nipis atau limau kasturi (untuk hidangan)

Cara-cara:

  1. Cincang kasar bawang putih dan bawang besar.
  2. Hiris halus carrot dan sayur kobis.
  3. Potong sayur sawi dan tomato.
  4. Rebus maggi sehingga lembut.
  5. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang.
  6. Masukkan telur dan kacau.
  7. Masukkan batang sawi, hirisan lobak merah dan hirisan sayur kobis.
  8. Masukkan cili padi tumbuk dan daun sawi.
  9. Kemudian Masukkan maggi rebus.
  10. Kacau sekata.
  11. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan hirisan tomato.
  12. Masukkan perencah maggi (satu bungkus sahaja).
  13. Kacau sehingga semua bahan sekata.

Resepi Maggi Goreng Mamak Sedap Azie Kitchen

maggi goreng mamak azie kitchen

Maggi Goreng Mamak: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan Maggi Goreng Mamak:

  • 3 paket Maggi perisa Kari – rebus
  • 2 paket perencah Maggi kari
  • Sayur – karot, kobis dan sawi
  • 1/2 labu bawang besar – cincang
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • 4 keping tauhu kering 
  • 5-6 ekor udang – rebus seketika
  • 2 biji telur 
  • 2-3 tangkai cili padi – ketuk (opsyenal)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam anggaran 2-3 sudu besar. Tumis bawang besar dulu sehingga layu, baru masukkan bawang putih. Setelah wangi, masukkan udang. Kacau rata. 
  2. Masukkan pula Maggi. Maggi direbus dalam 2 minit. Angkat dan tos. Lalukan bawah air paip. Kacau rata. 
  3. Masukkan pula karot dan perencah kari maggi. Masukkan pula sayur kobis dan sayur sawi serta tauhu.
  4. Akhir sekali tuangkan telur dan kacau rata. Sebelum dihidang tabur cili merah hiris dan hias dengan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan. 

Resepi Maggi Goreng Basah Ala Azfar Heri

Resepi Maggie Goreng Basah

Maggi Goreng Basah: Sumber Lan Careno

Bahan-bahan Maggi Goreng Basah:

  • 1 bungkus maggi kari
  • 1 sudu bawang kisar
  • 1 sudu cili mesin
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu kicap
  • 1/2 paket perencah kari maggi
  • 2 sudu Air
  • Sayur, ayam, udang, ketam atau apa yang korang suka

Cara-cara:

  1. Rendam atau rebus maggi bagi lembut.
  2. Sementara tu, panaskan api dan kemudian tumis bawang kisar.
  3. Dah naik bau wangi, masukkan semua bahan lain tu.
  4. Kemudian masukkan udang/ ayam/ sotong. Ikut suka nak masuk apa.
  5. Tapi aku tak advise korang masukkan telur sebab bila masuk telur terus kurang menarik. Kalau nak makan dengan telur, better buat telur mata goyang letak atas.
  6. Bila dah kering sikit. Masukkan maggie yang dah lembut dan juga sayur.
  7. Kacau dan sedia untuk dihidang.

Resepi Maggi Goreng Minang Sheila Rusly

maggi goreng sheila rusly

Maggi Goreng Minang Sheila Rusly: Sumber Nestle

Bahan-bahan Maggi Goreng Minang Sheila Rusly:

  • 4 Packet MAGGI Kari direbus & toskan tanpa perencah

Bahan A:

  • 1 1/2 Sudu Besar minyak jagung
  • 1 Biji bawang merah, ditumbuk
  • 2 Ulas, bawang putih, ditumbuk
  • 2 Biji cili padi, ditumbuk
  • 150 gram udang, dipotong dua

Bahan B:

  • 60ml air
  • 3 Paket Perencah MAGGI Kari
  • 200 sawi, dihiris

Hiasan:

  • 1 sudu besar daun bawang, dihiris
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 1 biji, telur, dimasak mengikut selera

Cara-cara:

  1. Tumiskan bahan A sehingga wangi selama 1 minit..
  2. Campurkan bahan B dan gaul rata.
  3. Masukkan Mi MAGGI dan gaul rata.
  4. Hidang dengan telur mata kerbau atau hirisan telur dadar.

Penutup

Resepi Maggi Viral ini cukup mudah dan sedap. Tak rugi cuba. Penyediaan resepi diatas lebih pantas dan sedap. Ikut sahaja cara-cara penyediaan. Resepi Mee Berkuah Viral pun sedap. Kalau teringin nak makan makanan bergoreng macam kat kedai, boleh cuba Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap.  Jika memasak makanan daripada air tangan sendiri, kita dapat pastikan apa yang kita makan selamat dan bersih serta dapat memuaskan citarasa sendiri.

Leave A Reply

Your email address will not be published.