Melaka merupakan negeri bersejarah. Ada banyak rahsia dan tempat menarik di sini. Negeri ini bahkan mempunyai budaya yang unik dan tidak dijumpai di negeri lain.
Disebabkan itu Melaka menjadi salah satu destinasi utama para pelancong dalam dan luar negeri. Kali ini kami hasilkan artikel khas bagi membantu anda melawat Melaka Bandaraya Bersejarah.
1. Bayou Lagoon Park
Bayou Lagoon Resort menawarkan pelbagai tarikan buat pengunjung. Di sini ada tempat membeli-belah, service apartment dan taman tema air mini. Bayou Lagoon ini berada di Jalan Wakaf Utama Bukit Katil yang berjarak 15 minit sahaja dari Bandar Melaka.
Bayaran Masuk: Dewasa RM28 | Kanak-kanak RM20
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Lokasi: Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka
2. Melaka Skytrex
Sesiapa yang menggemari aktiviti lasak bolehlah ke Skytrex Melaka. Ini kerana mereka ada menyediakan pelbagai aktivti seperti flying fox, tree climbing dan aktiviti ekstrem yang lain. Kawasan ini juga boleh dijadikan kawasan camping berkelah dan maca--macam lagi.
Selain di Melaka , Skytrex ini juga ada di Langkawi dan Shah Alam. Lagi seronok jika dapat beraktiviti begini dengan kawan-kawan.
Bayaran Masuk: Dewasa RM60
Waktu Operasi: Isnin – Ahad | Round 1 (9.00am) | Round 2 (3.00pm)
Lokasi: Taman Botani, Durian Tunggal, 75450 Melaka
3. Zoo Melaka
Rasai pengalaman luar biasa bersama keluarga dengan meihat haiwan-haiwan di Zoo Melaka. Zoo ini mengumpulkan sebanyak 215 spesis haiwan yang berbeza. Zoo Melaka adalah zoo yang kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Luangkan masa bersama ahli keluarga dan anak-anak melihat kepelbagaian jenis haiwan.
Bayaran Masuk: Dewasa RM17.80 | Kanak-kanak RM7.10
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am-6.00pm)
Lokasi: Jalan Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka
4. Kota A Famosa
Melaka yang terkenal dengan sejarah-sejarah lama. Dan yang paling terkenal di sini adalah Kota A' Famos. Kota A' Famosa ini mengikut sejarahnya didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka d Melaka
Pada tahun 1807, kebanyakkan daripada bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerbang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal.
Lokasi: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka
5. Kolam Air Panas Jasin
Sesiapa yang ingin bersantai menikmati kolam air panas boleh singgah di Kolam Air Panas Jasin di Melaka. Banyak manfaatnya jika anda mandi di kolam air panas seperti kulit anda akan bertambah putih berseri. Disini juga ada menyediakan permainan kanak-kanak.
Bayaran Masuk: Dewasa RM6.50 | Kanak-kanak RM3.50
Waktu Operasi: Isnin (3.00pm-12.00) | Jumaat-Sabtu (9.00am-2.00am) | Selasa/Rabu/Khamis/Ahad (9.00am – 12.00pm)
Lokasi: Kg Air Panas, Bemban, Melaka
6. Maritime Muzium
Muzium Maritime atau Muzium Samudera. Muzium ini berjaya menarik sebanyak 20,000 orang sebulan.
Apa yang membuatkan tempat ini menarik ialah sejarah dan struktur muzium ini yang menarik minat pelancong untuk mengetahui apa yang berada didalamnya. Dengan ketinggian bahtera ini sebanyak 34 meter , bahtera ini kelihatan sangat menarik untuk dilawati.
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3
Waktu Operasi: Isnin (9.00am-6.00pm) | Rabu-Ahad (9.00am-6.00pm)
Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
7. A Famosa Resort
A' Famosa Resort ini pula mempunyai dua taman tema yang berbeza konsepnya berbanding A' Famosa Waterpark. Pelbagai tarikan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Taman tema air yang kedua pula adalah taman tema safari dimana konsepnya mengetengahkan pelbagai gelagat haiwan liar di kawasan Safari Adventure, Farm House dan Monkey Island. Ia juga dikenali sebgai Safari Wonderland.
Bayaran Masuk: Dewasa RM69 | Kanak-kanak RM55
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00am – 7.00pm) | Sabtu – Ahad (9.00am – 7.00pm) | Selasa (Tutup)
Lokasi: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka
8. Muzium Cheng Ho
Muzium Cheng Ho adalah muzium yang mempamerkan model kapal laut, tulisan kaligrafi dan peralatan muzik tradisional. Muzium ini di buka khusus untuk mempamerkan sejarah Laksamana Cheng Ho dan menceritakan kisah penjelajahan beliau merentasi laut dalam usaha mencari dunia baru.
Muzium ini juga menceritakan tentang sejarah dan kebijaksanaan beliau serta bagaimana dia berani mejelajah sampai ke Australia dan New Zealand menaiki kapal.
Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM10
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)
Lokasi: 51 Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka
9. Dataran 1 Malaysia Klebang
Jika anda tidak tahu mahu pergi ke mana di waktu cuti ataupun hujung minggu, boeh pergi ke dataran 1Malaysia. Di sini ada pelbagai aktiviti seperti menunggang kereta kuda untuk bersiar-siar dan bermain ATV. Bentuk pantai yang menyerupai sebuah lagoon sengaja dibina untuk menarikkan lagi kawasan disitu.
Lokasi: Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka
10. Muzium Kapal Selam
Muzium Kapal Selam Melaka ini menjadi tumpuan pelancong. Kawasan panas! Anda boleh pergi ke sana untuk melihat sendiri bagaimana bentuk dan apa benda yang terdapat didalam kapal selam tersebut.
Kapal selam yang boleh dilihat di muzium ini bergelar FS Quessant Agosta 70 dan merupakan sebuah kapal selam bekas milik tentera Perancis.
Kemudian ianya diserahkan kepada Kementerian Pertahanan dan kemudian diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk dipamerkan ke orang awam.
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 5.30pm) | Jumaat – Ahad (9.00am-9.00pm)
Lokasi: Dataran 1 Malaysia, Klebang, 75200 Melaka
11. The Pirate Adventure – Melaka Alive
Bawa anak-anak anda merokai sendiri apa yang ada di Pirate Adventure. Ada pelbagai tarikan seperti peluang mengembara menaiki kapal lanun untuk mecari harta karun dan macam-macam lagi.
Tarikan yang baru di buka ini agak canggih dan disini anda dapat melihat simulasi ribut dan ombak menggunakan special effects. Bayarannya juga berpatutan dengan tarikan yang disediakan itu.
Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM15
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 7.00pm)
Lokasi: Melaka Alive, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka
12. The Shore Sky Tower
The Shore Sky Tower adalah bangunan tertinggi di bandar Melaka. Tarikan utamanya kepada pengunjung adalah berdiri diatas lantai kaca lutsinar yang akan membuatkan anda rasa gayat.
Sesiapa yang ingin mencabar diri bolehlah singgah ke sini untuk merasainya sendiri. Dengan ketinggian 42 tingkat sudah cukup tinggi untuk mencabar diri sendiri.
Di atas nanti anda dapat melihat akuarium penuh dengan ikan koi dan ada satu kawasan khas yang lantainya diperbuat oleh kaca lutsinar yang kuat.
Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM18
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.30am – 11.00pm)
Lokasi: The Shore Shopping Gallery, 193, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka
13. The Orang Utan House
The Orang Utan House yang dibuka pada tahun 1992 adalah sebuah studio peribadi pelukis tempatan bernama Charles Cham. Beliau telah berjaya mempamerkan karya lukisanya di pentas antarabangsa di Negara seperti Portugal, Switzerland, Singapore, Australia dan Hong Kong.
Bagi anda yang sukakan seni bolehlah melihat lukisan-lukisan yang dipamerkan dengan maksud tersirat di sebaik lukisan tersebut.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 5.30pm)
Lokasi: 59 Lorong Hang Jebat, Bandar Melaka
14. Bustel Klebang
Hanya satu ini saja tarikan seperti ini di Malaysia! Apakah keunikan Bustel Klebang? Ianya merupakan bas lama yang telah diubahsuai untuk menjadi hotel atau tempat penginapan.
Di Bustel Klebang terdapat dalam 40 buah bas hotel dan setiap satu mempunyai reka bentuk yang unik. Malah terdapat restoran untuk anda menjamu selera disitu nanti.
Lokasi: Kampung Batang 3 Timur, Tanjong Kling, Melaka
15. Masjid Kampung Hulu
Masjid Kampung Hulu ini menjadi salah satu tarikan di Melaka. Masjid ini mempunyai seni bina yang mengagumkan dan ianya dibina pada tahun 1728.
Lebih menarik lagi ini adalah masjid yang tertua di Malaysia. Alang-alang datang ke Melaka rasanya tidak rugi untuk melawat masjid ini.
Lokasi: Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka
16. Rumah Terbalik Melaka
Memang zaman sekarang orang menggemari benda yang unik dan pelik-pelik sebagai trend. Di Melaka juga ada tempat yang dikenali sebagai Rumah Terbalik Melaka.
Di dalam rumah ini semua perabot dan barang-barang diletakkan secara terbalik. Bolehlah ke sini untuk mengambil gambar untuk di simpan sebagai kenangan.
Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00am – 7.00pm) | Jumaat – Ahad (10.00am – 9.00pm)
Lokasi: G12&G14,Jalan PM 7,Plaza Mahkota,Bandar Hilir, 75000 Melaka
17. The Stadthuys
Mengikut sejarah, The Stadthuys ini merupakan tempat pentadbiran kerajaan Belanda di negeri Melaka pada zaman penjajahan Belanda. Dibina pada tahun 1660 dan adalah salah satu bangunan tertua di Asia Tenggara.
Pada tahun 1982 tempat ini diubah suai menjadi muzium yang mempamerkan sejarah Melaka dan sejarah penjajahan Portugis dan British. Seberang jalan dari Stadthuys ini adalah Jonker street. Jadi selepas ke Stadhuys ni boleh la membeli-belah di Jonker street ni.
Lokasi: Jalan Gereja, Bandar Hilir, 75000 Melaka
18. Masjid Selat
Seni bina Masjid Selat ini adalah slah satu senibina yang tercantik. Dibina pada tahun 2006 dan konsep dan seni binanya meminjam seni bina dari masjid terapung Jeddah.
Masjid ini dibina diatas pulau buatan manusia bernama Pulau Melaka dan pada waktu air pasang masjid ini umpama terapung di atas air laut selat Melaka.
Senibina masjid ini adalah gabungan diantara seni bina timur tengah dan Melayu. Ada juga hiasan yang dibuat daripada buluh dan ukiran kayu.
Tiang masjid ini juga mempunyai fungsi yang berlainan iaitu menjadi lampu isyarat buat bot dan kapal laut yang melalui selat Melaka pada malam yang gelap. Masjid ini kelihatan sungguh cantik lebih-lebih lagi diwaktu malam.
Lokasi: Masjid Selat, Pulau Melaka, 75000 Melaka
19. Menara Taming Sari
Menara yang menyerupai bentuk keris ini adalah Menara Taming Sari. Menara ini menggambarkan keris Hang Tuah yang masih belum ditemui sehingga kini.
Menara Taming Sari ini adalah Gyro Tower pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Dengan ketinggian 110 meter, struktur yang berpusing ini dapat memuatkan seramai 80 orang dan memberi pengunjung pandangan panoramik 360 darjah Bandar Melaka.
Bayaran Masuk: Dewasa RM17 | Kanak-kanak RM11
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 11.00pm)
Lokasi: Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka
20. Taman Rama–Rama Melaka
Di Taman Rama-Rama ini terdapat 20 jenis rama-rama yang anda boleh temui. Taman ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu, rama-rama, taman reptilian, taman ikan koi dan tempat bergambar.
Bayaran Masuk: Dewasa RM22 | Kanak-kanak RM16
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30am – 5.30pm)
Lokasi: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka, Malaysia
21. Melaka Wonderland Theme Park
Beralih pula kepada taman tema di Melaka ini dimana ianya terletak di Ayer Keroh Melaka.Tempat ini memang sesuai untuk seisi keluarga kerana terdapat sebanyak 12 tarikan yang unik dan berbeza seperti Tornado chaser, Kamikaze Race, 1 Big Wave Pool dan Adventure Island. Menarik bukan dan harga masuk pun berpatutan dengan pelbagai permainan yang disediakan.
Bayaran Masuk: Dewasa RM37.90 | Kanak-kanak RM32.00
Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (11.00am – 7.00pm) | Sabtu – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Lokasi: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
22. Masbro Australia Village Homestay
Rupanya banyak juga tarikan di Melaka. Salah satunya adalah Masbro Village. Rumah yang direka dengan keunikan tersendiri dan berbentuk segitiga, dicat pula dengan warna-warni menambah lagi keceriaan tempat ini.
Jika anda cari tempat untuk bermalam boleh menempah tempat di sini. Masbro Village ini boleh menempatkan seramai 6 orang dalam sesebuah rumah.
Lokasi: Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka
23. Pantai Klebang
Melaka juga terkenal dengan Pantai Klebang yang mana sangat cantik untuk sesi fotografi.
Ramai pengantin yang mengambil photoshoot mereka disini. Padang pasir yang berbukit dan pasirnya yang halus menambah lagi keunikan pantai ini.
Ia juga menjadi sasaran popular pelancong yang melawat bandar Melaka kerana kedudukan strategiknya yang berdekatan dengan Bandar Melaka.
Lokasi: Pantai Klebang, 75200 Melaka
24. Jonker Walk
Jika malam-malam bosan tidak tahu ke mana mahu pergi, Jonker Walk adalah tempat yang sesuai dilawati.
Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di bandar Melaka. Pelbagai cenderamata terdapat di sini malahan terdapat beca yang dihiasi dengan meriah sekali disini.
Lokasi: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
25. Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Ayuh kita lihat apa yang terdapat di Muzium Kesultanan Melayu Melaka ini dan lihat sendiri kehidupan harian penduduk istana ini. Di sini anda dapat melihat apa yang terkandung di belakang dinding istana dan mempelajari tentang adat istiadat Kesultanan Melayu.
Istana ini dibina dengan cara tradisional bagi mengekalkan ciri-ciri unik sejarahnya. Kebanyakan pelancong asing gemar ke sini untuk melihat keunikan sejarah dan seni bina istana ini.
Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)
Lokasi: Jalan Kota, 75000 Melaka, Malaysia
26. Taman Burung Melaka
Taman Burung Melaka menawarkan anda peluang untuk melihat pelbagai jenis spesis burung. Anda boleh berada dekat dan bermain dengan burung-burung tersebut. Taman Burung Melaka boleh dijumpai di Ayer Keroh berhampiran dengan Taman Botani Melaka.
Bayaran Masuk: Dewasa RM17.80 | Kanak-kanak RM11.85
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00am-6.00pm)
Lokasi: Melaka Bird Park, Taman Botanikal, Lebuh Ayer Keroh 75450, Melaka
27. Masjid Kampung Kling
Keunikan Masjid Kampung Kling ini ialah ia dibina dengan seni bina pengaruh Jawa dan oriental di setiap penjuru.
Kubah masjid selalunya bulat tetapi di masjid ini kubah nya seperti bangunan pagoda. Hiasan dalam masjid pun boleh dikatakan lain daripada yang selalu kita jumpai di masjid lain.
Pada tahun 1999 masjid ini dibaik pulih oleh kerajaan dan diisytiharkan monumen sejarah. Unik dan cantik.
Lokasi: Jalan Tukang Emas, 75200 Melaka
28. The Shore Oceanarium
The Shorea Oceanarium ini menawarkan anda untuk lebih dekat dengan hidupan laut. Anda boleh melihat hidupan laut seperti ikan yu, kuda laut, tapak sulaiman dan macam-macam lagi.
Ini pastinya akan mengujakan anda kerana bukan senang untuk melihat hidupan laut ini jika anda ke pulau-pulau pun.
Bayaran Masuk: Dewasa RM35 | Kanak-kanak RM25
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.30am – 9.00pm)
Lokasi: 2F-01, The Shore Shopping Gallery,193, Pinggiran @ Sungai Melaka,Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka
29. Baba Nyonya Heritage Muzium
Muzium ini pula dikenali sebagai Baba Nyonya Heritage Muzium. Dibuka pada tahun 1985 dan mempamerkan sejarah dan budaya kaum peranakan di Negeri Melaka.
Gabungan 3 lot teres ini adalah hak milik keluarga Baba dan Nyonya bernama keluarga Chan yand datang menetap di Melaka dengan tujuan untuk berniaga.
Ciri-ciri dan perabot asal rumah ini sangat unik dan menarik. Sesuai bagi sesiapa yang mahu mengetahui tentang kaum peranakan ini.
Bayaran Masuk: Dewasa RM16 | Kanak-kanak RM11
Waktu Operasi: Isnin – Ahad | Tour Pagi (10.00am – 1.00pm) | Tour Petang (2.00pm – 5.00pm)
Lokasi: 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka
30. Melaka River Cruise
Melaka juga terkenal dengan Melaka River Cruise. Tarikan ini memberi peluang kepada anda untuk merasai menaiki Cruise ini mengelilingi Bandar Melaka.
Waktu untuk menaiki Cruise ini boleh pada bila-bila masa sahaja sama ada siang ataupun malam. Sesuai bagi sesiapa yang mahukann ketenteraman dan lari daripada kesibukan bandar.
Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 11.00pm)
Lokasi: Melaka River Cruise Boarding Port, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka
31. Freeport A’Famosa Outlet Village
Freeport A’famosa Outlet Village antara tempat membeli belah yang baru sahaja dibuka di Melaka. Ianya tidak jauh berbeza daripada Johor Premium Outlet.
Pelbagai jenama terkenal terdapat di sini. Jadi bolehlah singgah untuk membeli belah sambil mencuci mata kerana bangunan pusat membeli-belah ini juga menarik.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 10.00pm)
Lokasi: Jalan Kemus, Sempang Ampat, Alor Gajah, 78000 Melaka
32. Taman Buaya
Di Melaka juga terdapat Taman Buaya yang sudah lama menjadi sasaran pelancong ke Melaka. Taman ini dibuka kepada orang ramai semenjak tahun 1987. Kawasan kurungan buaya ini direka khas untuk menyerupai habitat semulajadi haiwan ini.
Antara spesis buaya yang boleh ditemui di sini adalah Buaya America, Buaya Marsh Mugger India, Buaya Cayman dan lain-lain lagi. Anda juga dapat berhibur dengan tarikan bonus di sini seperti rumah mamalia dan rumah reptilia. Bawa keluarga berama pasti akan lagi akan mengujakan.
Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM17
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Lokasi: Pusat Pelancongan Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
33. Hutan Rekreasi Sungai Udang
Hutan rekreasi ini merupakan hutna yang sesuai untuk jogging dan jungle trekking bersama keluarga. Treknya tidak terlalu mencabar dan bukitnya landai sahaja.
Jadi jika mahu berkongsi kenangan bersama yang tersayang sambil mendengar burung berkicauan boleh singgah disini pada waktu pagi atau petang. Aktiviti berkumpulan juga sesuai dilakukan disini. Masuk adalah percuma.
Lokasi : 76300 Sungai udang Melaka
34. Dataran Pahlawan Megamall Melaka
Pusat membeli-belah yang mengetengahkan konsep yang unik dan para pengunjung. Pelbagai barangan dari pelbagai harga untuk golongan sederhana sehingga golongan kaya-kaya di jual disini.
Lokasi : Jalan Merdeka, Bnadra Hilir Melaka
Waktu : 10 pagi- 10 malam
35. Mahkota Parade
Ini juga salah satu tempat untuk shopping bersama ahli keluarga yang menjadi destinasi tumpuan. Kawasan dalam pusat membeli-belah ini sangat luas dan banyak pilihan untuk para pengunjung.
Lokasi : Mahkota Parade G8 , Jalan Merdeka Taman Costa Merdeka 75000 Melaka
36. Pantai Tanjung Bidara
Percutian anda akan menjadi lebih menarik jika anda singgah ke Pantai Tanjung Bidara. Datang bersantai sambil menikmati keindahan pantai ini.
Rata-rata pelancong suka ke sini kerana pantai ini sesuai untuk aktiviti mandi-manda terutamanya bersama anak-anak. Boleh berkelah sambil mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.
Lokasi : Tanjung Bidara Masjid Tanah 78300 Melaka
37. Melaka Tropical Fruit Farm
Pengalaman untuk melawat kebun buah. Dibuka kepada semua. Letak kawasannya hanya 20km dari bandar Melaka. Pelancong berpeluang memetik dan mengambil sendiri buah-buahan yang segar dari ladang dan menikmati kemanisan buah-buahan tersebut.
Lokasi : Pusat Latihan Pertanian 76300 Melaka
38. Muzium Senibina Malaysia
Bangunan dua tingkat ini adalah bangunan lama peninggalan Belanda suatu ketika dulu. Tempat ini dijadikan sebagai tempat pengumpulan sejarah seni bina rumah dan perkakasan tradisional yang digunakan untuk membina rumah pada zaman dahulu.
Waktu operasi adalah dari jam 9 pagi sehingga 5.30 petang dan bayaran masuk adalah percuma.
Lokasi : Jalan Kota diantara dataran Studthuys ke Kota A'Famosa
39. Gereja St. John
Para pelancong boleh melihat bangunan yang berusia lebih 500 tahun. Biarpun sudah berusia, bangunan ini masih lagi utuh walaupun melalui beberapa fasa peperangan. Gereja lama ini dibina pada tahun 1521 oleh tentera Bugis sebagai tempat ibadah mereka.
Lokasi : Jalan Kota Bandar Hilir 75000 Melaka
40. Muzium Kastam Melaka
Muzium ini menempatkan pelbagai barang sejarah yang menarik harta rampasan pihak kastam sejak 50'an lagi. Muzium ini adalah tempat gudang dagangan simpanan British dahulunya.
Contoh barangan disini ialah koleksi barangan antik, kulit binatang, keris yang ditulis dengan ayat Al-Quran dan macam-macam lagi. Jika anda seorang yang minat akan sejarah, boleh berkunjung disini. Masuk adalah percuma.
Lokasi : Jalan Merdeka Bnadar Hilir 75000 Melaka
Amacam?
Banyakkan tempat-tempat menarik yang best di Melaka. Tak hairanlah negeri ini mejadi tumpuan pelancong setiap masa. Ada saja tarikan baru yang di tambah dari masa ke masa.
Saya cadangkan anda rancang percutian ke Melaka betul-betul supaya tidak terganggu oleh kesesakan manusia.