Nak tahu 21 Makanan Diet untuk KURUS CEPAT? Makanan-makanan diet ini boleh membantu anda mendapatkan berat badan dan bentuk tubuh yang ideal.
Makanan ini kami namakan DIET HACKS!
Makanan-makanan yang boleh membantu anda dalam proses menguruskan badan dan mencapai berat badan ideal.
Mari kita tekuni satu persatu.
Roti Wholegrain
Makanan untuk diet yang pertama adalah roti wholegrain dimana roti ini ada tambahan serat yang menyebabkan kita merasa kenyang dengan lebih lama. Malah roti ini bagus untuk proses pembuangan.
Elakkan pengambilan roti putih. Kebiasaannya rata-rata menggunakan jenama Gardenia yang berplastik hijau (Sommerset). Makan sebagi sarapan yang bolehkan anda bertahan lebih lama.
Nasi Perang / Spaghetti Perang
Sama seperti roti wholegrain tadi, nasi perang juga mempunyai serat yang tinggi dimana serat amat bagus untuk membantu pengawalan gula dalam darah. Kuantiti pengambilan juga harus dititik beratkan kerana jika dalam kuantiti yang bnayak juga tidak akan membantu diet anda.
Oat
Makanan yang biasa kita dengar untuk diet adalah oat dimana oat juga dapat memberi kita rasa kenyang lebih lama. Kebiasaan orang yang diet lebih suka mengambil rolled oat kerana teksturnya lebih tinggi serat berbanding instant oat.
Oat juga sesuai diambil pada waktu pagi kerana sepatutnya sarapan haruslah diambil dengan makanan yang lebih berat sedikit berbanding waktu tengah hari.
Susu Rendah Lemak (Tanpa Gula)
Pengambilan susu digalakkan bagi orang yang sedang berdiet. Susu yang dicadangkan adalah susu rendah lemak atau susu skim. Susu segar (fresh milk) atau susu full cream tidak digalakkan kerana mengandungi jumlah lemak yang tinggi.
Bagaimana dengan susu kacang soya? Kebanyakan susu kacang soya dalam tin atau botol mempunyai kandungan gula yang tinggi jadi elakkan pengambilannya.
Susu Cinch Shake adalah susu yang sesuai untuk diminum kerana ianya diperbuat daripada kacang soya Non-GMO yang sangat baik untuk kesihatan dan rendah lemak. Susu ini juga mempunyai indeks glisemik yang rendah.
Telur
Makanan diet yang bagus adalah telur kerana ia mempunyai sumber protein yang dapat meningkatkan metabolisme dan kadar pertumbuhan otot dalam badan.
Ayam / Ikan / Daging
Pengambilan makanan seperti ikan, daging dan ayam bagus untuk meningkatkan metabolisme badan namun lebih baik jika dibakar berbanding digoreng. Makanan berminyak akan menambahkan lagi kolestrol dalam badan. Pengambilan ayam, ikan atau daging ini seeloknya haruslah diambil 2 kali dalam seminggu pada waktu tengah hari.
Greek Youghurt
Yogurt adalah salah satu makanan yang bagus dan baik untuk kesihatan dimana ia mempunyai nilai kalori yang rendah dan probiotik yang boleh membantu fungsi usus lebih baik. Apabila usus kita sihat, metabolisme badan kita juga akan meningkat. Pilih yogurt yang rendah lemak. Youghurt terbaik adalah Greek Youghurt.
Tuna dan Salmon
Tuna dan salmon mempunyai kandungan lemak baik yang tinggi iaitu Omega 3. Kandungan lemak baik yang tinggi dapat memberikan perlindungan kepada jantung daripada serangan sakit jantung dan membantu menurunkan paras kolestrol jahat dalam darah.
Kekacang
Pengambilan kekacang sangat baik kerana ia mengandungi lemak baik yang dapat menyokong kesihatan jantung. Namun, kuantiti yang diambil haruslah mengikut yang ditetapkan (sebanyak dua jari).
Elakkan pengambilan kekacang yang disalut perasa atau yang digoreng dengan gula dan garam. Seeloknya beli dan panggang sendiri dirumah. Kekacang sangat sesuai diamalkan sebagai snek pagi atau snek petang.
Sayur-Sayuran Hijau
Banyakkan pengambilan sayur-sayuran hijau didalam juadah. Pastikan sayuran dibasuh dahulu kerana kebanyakan sayuran disembur dengan racun serangga perosak untuk mengelakkan kerosakan sayur. Serat dan zat besi di dalam sayuran dapat membantu masalah hemoglobin yang rendah. Jadikan sayur sebagai ulam-ulaman dalam hidangan anda.
Teh Hijau
Teh hijau mengandungi banyak antioksida yang dapat membantu melawan radikal bebas dalam badan. Sekaligus mengurangkan risiko kanser. Pengambilan teh hijau haruslah tanpa gula dan susu. Dalam masa yang sama, ia juga sangat bagus untuk jantung dan memberikan tenaga sepanjang hari.
Sup
Makanan bersup adalah salah satu makanan yang bagus untuk diet kerana sup dapat mengurangkan pengambilan kalori berlebihan. Sup juga boleh mengenyangkan lagi perut kita cuma kurangkan portion makanan berbanding biasa.
Avokado
Buah avokado memiliki banyak kandungan lemak sihat seperti yang dijumpai dalam buah zaitun. Buah ini merupakan sebagai salah satu buah yang unik. Tambahan lagi pengambilan buah avokado akan dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan.
Cuka Epal
Cuka epal adalah salah satu makanan yang boleh menurunkan paras gula dalam badan dan menjadikan anda lebih sihat. Namun pengambilannya haruslah dalm 15-30ml sahaja dimana ia dapat mengurangkan berat badan sebanyak 1.2-1.7 kg dalam masa 12 minggu. Anda boleh menambah cuka epal dalam minuman kosong untuk diminum.
Air Kosong
Diet dengan air putih dapat meringankan ginjal untuk menyaring racun yang masuk ke dalam tubuh. Semua racun akan dikeluarkan. Semakin tinggi pengambilan air kosong yang diambil, akan bertambah metabolisme kalori.
Mentimun
Timun adalah kategori sayur yang memiliki hanya 45 kalori dan sebahagian besarnya berisi air dan sodium yang baik untuk meningkatkan imunisasi tubuh. Dan yang paling penting ia boleh membantu menurunkan berat badan dengan cepat.
Tomato
Buah tomato dan buah ceri adalah buah yang mempunyai kadar kalori yang rendah dan sesuai dimakan untuk sesiapa yang mengamalkan pemakanan diet. Ia juga membantu menurunkan berat badan. Sesuai dimakan sebagai snek diwaktu petang.
Udang
Udang mempunyai kalori yang sedikit namun elakkan masakan udang yang berminyak kerana ia tidak akan membantu diet seimbang anda. Di dalam udang ada daging yang sedikit yang boleh membantu mengurangkan lemak anda.
Kentang Rebus
Kentang mempunyai khasiat nutrien dan potasium yang tinggi dimana membawa peranan penting untuk mengawal kadar pengawalan darah. Ia juga lebih mengenyangkan anda dalam jangka masa yang lama. Rebus kemudian biarkan ia sejuk dan makan.
Brokoli
Brokoli adalah sayuran sihat dimana ia mempunyai khasiat untuk menurunkan berat badan. Walaupun sedikit pahit brokoli adalah sayuran yang bernutrisi tinggi. Antioksidan yang ada di dalamnya pun diketahui boleh menyegarkan lagi tubuh badan manusia dan mengurangkan risiko kanser.
Kubis
Akhir sekali adalah kubis. Kubis adalah salah satu sayuran yang kaya antioksidan seperti vitamin C yang baik untuk meningkatkan kekuatan sistem pertahanan tubuh. Selain itu, kubis juga baik untuk menurunkan berat badan dengan cepat.
Ini adalah adalah 21 makanan untuk diet yang digalakkan. Setiap daripada makanan tersebut mempunyai khasiat yang tinggi dan membantu untuk penurunan badan. Namun setiap portion yang diambil perlulah dalam kuantiti yang sederhana dan tidak berlebihan.
Selamat menikmati hidangan sihat =)