fbpx

15 Tempat Makan Best di Kuala Terengganu

0

Terengganu adalah negeri yang terkenal dengan pelbagai tarikan terutamanya pantai yang sangat cantik dan memukau. Terengganu juga ada banyak pulau seperti Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang. Tapi bagaimana pula dengan tempat makan di Kuala Terengganu? 

Kali ini kami akan berkunjung ke Kuala Terengganu dalam misi mencari 15 tempat makan menarik di sini.

Apa dia? Jom kita temui sekarang!


1. Gerai Kak Pah Nasi Dagang

1

Rugi siapa yang datang Terengganu tapi tak mencuba nasi dagang di sini. Lebih lebih lagi di Gerai Kak Pah Nasi Dagang yang terletak di Medan Selera Batu Buruk ini. Kebiasaannya orang akan datang awal untuk menikmati nasi dagang Kak Pah ni. 

Selain itu, Nasi Dagang Kak Pah ni juga pernah dikunjungi Jalan-Jalan Cari Makan.

Nampak kedainya macam biasa tapi nasi dagang kat sini memang sedap sangat. Selain dari nasi dagang, di sini juga ada menyediakan nasi minyak, nasi kunyit (pulut kuning) dan nasi kuning ikan tongkol (nasi berlauk).


2. Kedai keropok Lekor BTB 2209 / Dynar Lekor

2

Sumber : https://www.dynarlekor.com

Umumnya, Terengganu memang terkenal dengan keropok lekor yang penuh dengan isi ikan. Cuma dalam banyak-banyak kedai, Dynar Lekor adalah tempat yang paling femes dengan keropok lekor yang sedap.

Keropok lekor ini dicicah dengan sos cili Terengganu, memang meletup! Kedai ini terletak di Bukit Tok Beng, Seberang Takir Kuala Terenganu. Hari operasinya ialah setiap hari kecuali hari Jumaat sahaja.

Terdapat pelbagai keropok yang unik yang dijual di sini dengan pelbagai jenis perisa. Malah, jika anda peminat cheese, ada juga keropok lekor cheese.


3. Santai NR Café

3

Sumber : http://restoranditerengganu.blogspot.com

Santai NR Cafe  ini terletak di Kampung Tok Jembal dan berdekatan dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Kedainya yang dibuat daripada buluh dan daun kelapa mendamaikan lagi suasana untuk pelanggan menikmati makanan.

Kelebihan restoran ini adalah lauk-pauk yang sangat segar dan seafood yang sangat menyelerakan. Menu lain yang disajikan adalah makanan ala Thai , ikan bakar, western dan masakan berasaskan herba.  


4. D'Tunggal Seafood

4

Sesiapa yang sukakan makanan seafood boleh singgah di D'Tunggal Seafood.

Menurut review pelanggan disini, ketam masak telur masin disini terbaik. Sekali makan, pasti nak lagi.

D'Tunggal Seafood ni terletak di luar sikit dari bandar Kuala Terengganu. Kalau nak pergi restoran ini di waktu malam, molek datang awal kerana kedai ni selalu full house.


5. Warung Pok Nong (Ikan Celup Tepung-ICT)

5

Sambil menikmati pemandangan pantai yang indah, serikan lagi dengan hidangan ikan atau sotong celup tepung di Kuala Terengganu.

Cadangan tempat untuk lepak makan ikan celup tepung ini adalah di Warung Pok Nong yang terletak betul-betul di tepi pantai Mengabang Telipot (sebelah pantai Teluk Ketapang). Menu utamanya tentulah ikan celop tepung, seafood celup tepung dan keropok lekor celup tepung.

Konsep warung ini adalah layan diri dan boleh memilih apa sahaja seafood yang ingin dimakan. Harga yang dikenakan sangat berpatutan berdasarkan makanan yang diambil tu.

Minuman juga tidak mengecewakan. Ada ais kacang, ais jagung, air kelapa muda dan lain-lain lagi. Memang seronok jika dinikmati bersama keluarga.

Baca Juga artikel Tempat Menarik Di Terengganu yang mesti dikunjungi. Rahsia dan khazah tersimpan zaman berzaman.


6. Nasi Lemak Anak-Beranak

6

Nasi Lemak Anak-Beranak ni pula orang kata sangat-sangat-sangat enak. Lagi-lagi kalau pedas dan panas. Orang memang beratur panjang kalau nak beli nasi lemak di sini. Murah pun murah. 

Rating pelanggan pun hampir penuh 9/10. Nasi Lemak Anak-Beranak ini letaknya berdekatan Shell Batu Buruk. 


7. Air Buah Gelas Besar Terengganu

7

Restoran ini terletak di Kuala Terengganu dan menu yang membuatkan restoran ni tersohor adalah air buah gelas besar dengan harga yang berpatutan.

Menu lain juga disediakan seperti bihun, nasi dagang, keropok lekor, sup, sate dan macam-macam lagi. 


8. Syed Stulang Seafood

8

Nah, bagi penggemar seafood, anda bolehlah mencuba restoran Syed Stulang. Makanan laut disini sangat segar.

Cuma alang-alang ke restoran ini mesti cuba menu killer. Menu yang menjadi keistimewaan Syed Stulang.

Keistimewaan Syed Stulang ini ialah sataynya. Sedap, besar dan popular. Kawasan yang disediakan juga kelihatan santai dan mendamaikan. 


9. Restoran Mat Binjai

9

Sumber : http://www.fadzirazak.com

Restoran ini pula menjanjikan masakan tradisi negeri Terengganu untuk makan pada waktu tengahari. Restoran Mat Binjai ini terletak di Jalan Sultan Sulaiman di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu. 

Masakan berhidang yang berkonsepkan ala minang atau nasi padang membuatkan restoran ini lebih istimewa berbanding restoran yang lain. Tambahan lagi, pelanggan boleh memilih lauk apa saja yang telah dihidangkan disitu. Pilihan pun agak banyak.

Salah satu lagi keistimewaan kedai ini adalah telur penyu. Jadi para pelancong yang mungkin nak cuba telur penyu boleh singgah di sini. 


10. Restoran Adeq Su Ikan Bakar

10

Kalau tak cuba hidangan ikan bakar di Terengganu memang tak sah. Jadi siapa penggemar ikan bakar boleh cuba di Restoran Adeq Su Ikan Bakar.

Restoran ini terletak di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu. Selain itu restoran ini juga menyediakan masakan panas yang menjadi kegemaran pengunjung : Tom Yam Pok Teknya.

Tom Yam Pok Tek ini sememangnya lain dari yang lain kerana akan ada rasa lebih berempah sikit berbanding tom yam merah atau putih. Ianya menggunakan santan sebagai bahan masakan dan membuatkan ia lebih lemak lagi.


11. AZ Selera Timur

11

Kedai ini juga agak popular di Kuala Terengganu dimana ia menyediakan pelbagai jenis lauk pauk yang sedap dan menarik.

Kedai makan ini terletak di Kuala Terengganu berdekatan dengan Perodua dan sering menjadi pilihan pengunjung dan penduduk setempat serta pekerja di sekeliling. 


12. D’Ganu Café Steamboat

12

Sumber : http://mte3012-liyanaramli.blogspot.com

Pengunjung yang menggemari steamboat, boleh cuba steamboat di sini. Terletak di Pulau Duyung. Restoran ini terletak betu-betul di tepi laut dan menjadikan pemandangannya indah dengan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.

Makanannya juga sedap dan harga yang amat berpatutan. Restoran ini ada menghidangkan pelbagai jenis makanan iaitu makanan laut, makanan barat dan juga makanan tempatan yang mampu membuka selera sesiapa sahaja yang berkunjung. 


13. Restoran Lempeng

13

Keistimewaan restoran ini adalah? Lempeng!

Lempeng buatan sendiri ini pasti lebih enak daripada pancake yang kita akan di restoran makanan segera. Bahan asas iaitu tepung dicampur dengan isi kelapa (separa muda), santan berserta sedikit gula dan garam. Dihidangkan bersama sambal bilis.

Selain lempeng, boleh cuba ketupat sotong, nasi dagang, nasi minyak. Di sini juga ada menyediakan air tuak.


14. Restoran Zie’s Corner

14

Sumber : akujekena.blogspot.com

Bagi orang Terengganu, restoran ini sudah cukup terkenal dan popular dengan nama Zie’s Corner. Sebelum ini terletak di belakang Hotel Grand Continental. Sekarang sudah berpindah ke Waterfront Pulau Kambing, Kuala Terengganu.

Kebiasaannya, pada hujung minggu, restoran ini pasti akan penuh kerana pelanggan akan menyerbu sambil bersiar-siar bersama keluarga.

Zie’s Corner sememangnya destinasi terkenal untuk makan sesama keluarga dan juga rakan-rakan. Parking juga disediakan untuk pelanggan.

Zie’s Corner terkenal dengan makanan western yang sedap dan harga yang berpatutan.


15. Western Food Hazlan Bistro

15

Sumber : http://myselera.com

Bagi sesiapa yang menggemari makanan barat , dicadangkan untuk merncuba makanan western di Hazlan Bistro, Kuala Terengganu.

Hazlan Bistro merupakan restoran yang dimiliki oleh Dato’ Hazlan Ismail. Selain dari restoran, beliau juga merupakan pemilik Hazlan Indoor Soccer.

Restoran western dan gelanggang futsal ini terletak bersebelahan sahaja. Jadi selepas penat bermain futsal boleh singgah makan bersama kawan-kawan disini.

Selain itu , Hazlan Bistro ada menawarkan makanan ala thai dan juga steamboat. Bistro ini dibuka dari puul 4.30 hingga 1.30 pagi..


Jadi sekarang tak perlu pening-pening lagi kalau datang ke Kuala Terengganu.

Boleh cuba 15 tempat makan best ini. 

"Saya ada cadangan tempat makan lain"

Tulis saja di ruangan komen. Dan saya akan tambah dari masa ke masa. Selamat datang ke Terengganu Darul Iman. Selamat menikmati hidangan yang menyelerakan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.