fbpx

15 Resepi Udang Berempah Viral ( Mudah Dan Sedap!)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi udang berempah. Nak kelainan dalam masakan berasaskan udang? Jom kita cuba sajian lazat ini, cukup sesuai untuk keluarga. Makan dengan nasi panas-panas pun sedap!  Isi udang yang rasanya manis, pasti bertambah selera suami dan anak-anak. Jom cuba beberapa variasi masakan udang berempah yang saya kongsikan kali ini, pasti anda puas hati dengan hasil masakan. Nak pikat hati suami dengan sajian istimewa ini pun boleh. Air tangan isteri pastinya pengikat kasih sayang keluarga.

Resepi Udang Goreng Butter Berempah Azlita Aziz

UDANG GORENG BUTTER BEREMPAH

Udang Goreng Butter Berempah: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 kg udang ~ di buang kepala dan ekor, cuci bersih
  • 1 tangkai daun kari ~ hiasan
  • 2 sudu besar butter
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan perap:

  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • secubit garam

Cara-cara perap:

  1. Perap udang bersama bahan perapan anggaran 20 minit.
  2. Kemudian goreng udang dalam minyak panas.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Ketepikan udang.

Bahan Tumis:

  • 1 labu bawang besar dipotong dadu kecil
  • 1 biji bawang putih ~ di cincang halus
  • 5 biji cili padi ~ hiris halus kalau tak suka pedas kurangkan
  • 2 tangkai daun kari ~ ambil daunnya dan hiris halus

Cara-cara:

  1. Panaskan butter dalam kuali.
  2. Tumiskan bahan tumis hingga harum.
  3. Kemudian masukkan udang dan gaul rata dan sebati.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Taburkan daun kari ( hiasan) dan  sedia dihidangkan.

Resepi Udang Goreng Berempah Resepi Bonda

Resepi Udang Goreng Berempah

Udang Goreng Berempah: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • Udang harimau (500 gram)
  • Bawang merah (4 ulas)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bawang besar dicincang (1 biji)
  • Serai dipotong nipis (1/2 batang)
  • Daun kari (1 tangkai)
  • Ketumbar (1 sudu)
  • Serbuk cili (1 sudu)
  • Serbuk jintan manis (1/2 sudu)
  • Serbuk kunyit (1/2 sudu)
  • Serbuk jintan putih (1/2 sudu)
  • Gula (sikit je kalau perlu)
  • Garam (secukup rasa)

Cara-cara:

  1. Tumbuk serai dan bawang putih hingga hancur. Setelah lumat, tumbuk bawang merah. Masukkan garam supaya mudah ditumbuk.
  2. Gaulkan udang dengan bahan ditumbuk, semua rempah, gula. Perapkan bahan lebih kurang 1/2 jam.

  3. Goreng daun kari hingga naik bau. Masukkan bawang besar dan biar hingga layu.

  4. Masukkan udang, goreng hingga masak dan hidang.

Resepi Udang Masak Berempah Tersedap

Resepi Udang Masak Berempah Tersedap

Udang Masak Berempah Tersedap: Sumber Natasha Qalisya

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg udang
  • 2-3 biji bawang merah – dipotong
  • 1-2 ulas bawang putih – dipotong
  • 2 sudu makan rempah kari babas ayam/ikan
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap ABC
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Sedikit garam & perencah secukup rasa
  • 1-2 tangkai daun kari
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang serta daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan renpah kari dan serbuk cili. Tumis seketika.
  3. Masukkan semua sos dan masak lagi hingga pecah minyak. Tambah sedikit air sahaja supaya tidak terlalu kering.
  4. Bila kuah telah pecah minyak dengan sempurna, masukkan udang. Gaul rata dan biarkan separuh masak.
  5. Perasakan dengan garam serta serbuk cukup rasa dengan secukupnya. Masak hingga kuah sedikit kering. Namun jika suka hidangan berkuah, tambah lebih air.
  6. Padamkan api dan Udang Masak Berempah sedia untuk dihidangkan.

Resepi Udang Goreng Sambal Berempah

Udang Goreng Sambal Berempah: Sumber Chef@home

Bahan-bahan:

  • 7 Ekor udang sederhana besar
  • 1 Sudu besar serbuk kari udang
  • 2 Sudu besar serbuk kari daging
  • 2 Sudu teh serbuk cili
  • 1 Sudu besar gula perang
  • 1 Sudu teh serbuk maggi cukuprasa
  • 1 Batang serai – diketuk
  • 2 Tangkai daun kari
  • 1 Keping asam gelugur
  • 2 B bawang merah – dihiris
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 1 Inci halia – dihiris
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak , tumiskan bawang merah , bawang putih , halia , serai yang diketuk dan daun kari…tumis sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan rempah kari daging, rempah kari udang, serbuk cili , asam keping dan sedikit air…masak hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan pula udang, serbuk maggi cukup rasa, gula perang dan sedikit air lagi..kacau-kacau rata, dan biar sebentar hingga udang masak dan kuah sedikit kering.
  4. Kacau-kacau rata supaya udang bersalut dengan rempah.
  5. Matikan api dan tuangkan keatas pinggan.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
  7. Siap resepi udang goreng sambal berempah.

Resepi Udang Masak Berempah Yang Mewangikan Rumah Dengan Halba Campur

Resipi Udang Masak Berempah yang mewangikan rumah dengan halba campur

Udang Masak Berempah: Sumber Alfi Mohd

Bahan A:

  • 500 gram udang besar (boleh ganti dengan seafood lain)
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 1/2 cawan air asam
  • 1 labu bawang besar potong 4
  • 2 biji tomato potong 4
  • 1/2 tangkai cili merah belah 2
  • 5 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B: (tumis)

  • 4 biji bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 sudu besar halba campur
  • 3 tangkai daun kari

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali & tumis bahan B hingga wangi.
  2. Bancuh rempah kari dengan air asam. Kacau & masukkan dalam kuali. Kacau hingga mesra & pecah minyak & pekat.
  3. Masukkan udang, tomato, bawang besar, cili merah & garam. Kacau hingga mesra & pecah minyak (jika masak makanan bercengkerang, tutup dengan penutup periuk/kuali sebentar agar isi dalam cengkerang betul-betul masak. Dalam 3-4 minit). Bila nampak dah masak & pekat, tutup api. Sedia untuk dihidang.

Resepi Udang Madu Berempah eBaza

Resipi Udang Madu Berempah

Udang Madu Berempah: Sumber e-Baza

Bahan-bahan:

  • 300 gram udang
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 1/2 sudu besar Ayam Goreng Berempah Spice Mix hexafood
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

  1. Sediakan mangkuk, masukkan sos cili, sos tiram, madu dan HEXA Ayam Goreng Berempah Spice Mix. Gaulkan.
  2. Masukkan udang dan gaul sebati.
  3. Perap 1 jam.
  4. Kemudian, goreng udang sehingga masak.
  5. Siap untuk hidangan.

Resepi Udang Masak Merah Berempah Dayang Jack

Udang Masak Merah Berempah

Udang Masak Merah Berempah: Sumber Dayang Jack

Bahan-bahan:

  • 500 gram udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 tangkai daun kari
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 4-5 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih

Bahan-bahan mesin:

  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan-bahan mesin bersama daun kari hingga wangi.
  3. Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dalam satu bekas. Bancuhkan dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan-bahan mesin tadi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  5. Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaul-gaulkan hingga rata.
  6. Hidangkan setelah masak.

Resepi Tumis Udang Berempah Kicap Nennie Khuzaifah

Tumis Udang Berempah Kicap Nennie Khuzaifah

Tumis Udang Berempah Kicap: Sumber Nennie Khuzaifah

Bahan-bahan:

  • 1 kilo udang kertas saiz xl
  • 1 sudu besar serbuk rempah kurma Adabi
  • kicap manis secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukupnya –  jika perlu

Bahan-bahan ditumbuk lumat:

  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Bersihkan udang dan potong muncung udang. Tos udang di dalam bekas penapis plastik . Panaskan minyak sayur secukupnya untuk mengoreng udang secara teknik deep frying atau goreng tenggelam minyak . Anggaran 2-3 cawan minyak masak yang dipanaskan pada suhu yang tinggi . Goreng udang sekejap saja sehingga kulit udang bertukar kulit. Angkat dan tos udang dan ketepikan. Pastikan udang tidak digoreng terlalu lama kerana isi udang akan jadi kering dan liat.
  2. Kupas bawang putih, bawang merah dan halia kemudian semua bahan di tumbuk lumat.
  3. Panaskan 5-6 sudu besar minyak sayur kemudian tumis bahan tumbuk sampai naik bau, kemudian terus masukkan 1 sudu besar serbuk kurma dan udang yang sudah digoreng. Perlahankan api dapur dan terus kacau semua bahan jika udang kelihatan agak kering boleh ditambah sedikit minyak masak. Masukkan kicap manis secukup rasa dan gaul semua bahan. Bila semua bahan sudah digaul mesra sebati boleh la ditutup api dapur dan di hidangkan.

Resepi Udang Masak Berempah Fuzy

Udang Masak Berempah Fuzy

Udang Masak Berempah: Sumber Fuzy

Bahan-bahan:

  • 300 gram udang yang sedang
  • 4 sudu makan rempah kari
  • 2 biji bawang putih diketuk
  • 1 cm halia dimayang
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • 3 keping asam keping
  • 3 biji lada hijau dipotong kasar (kalau tak suka, tak payah letak)

Cara-cara:

  1. Siang udang dengan mengerat hujung kepala dan ekornya atau buat ikut kesukaan.  Umi suka buang belah kepala sebab nak buat tahi udang yang memanjang tu sebab kalau tak buang, nanti bila makan rasa berpasir.
  2. Panaskan kuali bersama minyak dan tumis bahan-bahan yang di mayang serta bawang putih yang diketuk hingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan rempah yang telah dibancuh dengan ½ cawan air sejuk dan biar sampai pecah minyak.
  4. Masukkan udang, sedikit gula dan asam keping dan dikacau.  Kemudian masukkan lada hijau, dibalik-balik supaya semuanya berpalut dengan rempah.
  5. Apabila cukup masak, tutup api, letak garam, kacau dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Resepi Udang Kicap Berempah 

Udang Kicap Berempah.

Udang Kicap Berempah: Sumber Malaysian Food

Bahan-bahan:

  • 1 kg of isi udang
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland (hiris bulat)
  • 6-7 biji cili api
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu rempah kari ikan
  • 1 asam keping
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan kicap lemak manis

Cara-cara:

  1. Defrost isi udang dan cuci bersih. Toskan.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili api dengan 1/2 cawan air sampai lumat. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar.
  3. Masukkan serbuk kari. Kacau sampai garing dan pecah minyak. Tambah 1 cawan air. Kacau.
  4. Tambah asam keping dan daun kari. Kacau lagi sampai pecah minyak.
  5. Perasakan dengan kicap lemak manis. Kacau sampai pecah minyak sekali lagi. Masukkan udang. Kacau.
  6. Tambah bawang holland. Kacau lagi sampai semua masak sekata. Jangan terlalu lama, nanti udang rasa tak sedap. Tutup api, siap!

Resepi Udang Goreng Berempah Sky Blue’s Kitchen

Resepi Udang Goreng Berempah Sky Blue Kitchen

Udang Goreng Berempah: Sumber Sky Blue’s Kitchen

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong – ( Diana guna udang )
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 in halia ~ dihiris
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 1 sudu besar rempah kari *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar *
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih *
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis * ~ (* dibancuh dengan sedikit air hingga menjadi paste)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 biji tomato ~ dihiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam
  • Gula
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Bersihkan sotong dan potong. Toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga wangi dan kekuningan.
  3. Masukkan cili mesih dan tumis lagi hingga garing.
  4. Masukkan paste rempah dan daun kari. Kacau.
  5. Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato.
  6. Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
  7. Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
  8. Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
  9. Perahkan limau kasturi dan kacau rata.
  10. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Resepi Udang Goreng Berempah Julia Mokhtar

Udang Goreng Berempah Julia Mokhtar

Udang Goreng Berempah: Sumber Julia Mokhtar

Bahan-bahan:

  • 500 gram udang saiz XXL (dibersihkan)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar) 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 2 tangkai daun kari (dilurut dari tangkai)
  • 6 biji cili padi (dihiris)
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan semua bahan kisar dan serbuk rempah kari, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam dan gula secukupnya.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng daun kari hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan hirisan bawang besar, diikuti udang.
  4. Goreng hingga udang kemerahan lebih kurang lima minit.
  5. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Resepi Udang Masak Berempah Inahar

Udang Masak Berempah Inahar

Udang Masak Berempah: Sumber Inahar

Bahan-bahan:

  • 300 gram udang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk cili / cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 4 sudu besar santan pekat / susu cair garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu besae sos tomato
  • 1 biji hirisan cili merah 

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi.
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.
  3. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan.
  4. Kacau hingga mendidih. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan udang, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama).

Resepi Udang Goreng Berempah Cajun Lina Pg

Udang Goreng Berempah Cajun

Udang Goreng Berempah Cajun: Sumber Lina Pg

Bahan-bahan:

  • 200 gram udang 
  • 1 sudu kecil rempah cajun
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • 1 biji cili hijau (hiris)
  • Tomato ceri
  • Daun kari
  • Garam & kunyit
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Perapkan udang dengan garam kunyit dan rempah cajun (15-20 min sebab nak cepat).
  2. Tumiskann bawang besar bersama daun kari hingga bawang sedikit layu dan daun kari wangi.
  3. Masukkan udang, goreng sekejap.
  4. Kemudian masukkan cili merah, cili hijau dan tomato. Kacau sekejap. Tutup api.

Resepi Udang Berempah Kurma Kasih Ilmar

Udang Berempah Kurma Kasih Ilmar

Udang Berempah Kurma: Sumber Kasih Ilmar

Bahan-bahan:

  • 8 ekor udang besar, kulit dikekalkan dan urat hitam dibuang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 1 labu bawang besar dipotong kiub kecil
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 5 tangkai cili kering dipotong dan buang biji
  • 2 sudu besar rempah kurma dicampur dengan sedikit air
  • 1/3 cawan susu sejat (ideal milk)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang besar, bawang putih, buah pelaga dan kulit jayu manis sehingga bawang kelihatan kuning.
  2. Masukkan cili kering dan goreng sekejap. Kemudian masukkan rempah kurma dan masak sehingga terbit minyak dan rempah kelihatan sedikit gelap.
  3. Masukkan susu sejat dan kacau sehingga sebati. Masak rempah sehingga hampir kering.
  4. Masukkan udang dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata dan masak.

Resepi Udang Berempah Ala2 Suriaamanda

Udang Berempah Ala2 Suriaamanda

Udang Berempah Ala2: Sumber Suriaamanda

Bahan-bahan:

  • Udang size L or XL ( terpulang nak letak bape ekor..aku guna 15 ekor)
  • Bawang merah kecik 3 ulas
  • Bawang putih 4 ulas
  • Halia satu inci
  • Serai 2 batang
  • Sos tiram
  • Kari ikan/udang BABA’S

Cara-cara:

  1. Bawang merah, bawang putih, halia dan cili api di tumbuk.
  2. Serai di titik.
  3. Panaskan minyak , tumis bahan-bahan tumbuk dan serai sampai naik bau.
  4. Masukkan serbuk kari dan sos tiram…gaul sebati.
  5. Masukkan udang dan gaul.
  6. Perasakan garam.
  7. Agak-agak udang dah masak…padamkan api.
  8. Sedia dihidang…sedap makan dengan nasi yang panas.

Penutup

Cukup ringkas kan resepi ini, nak sediakan bahan pun mudah.  Rasanya enak dan menyelerakan! Sajian lazat sesuai untuk keluarga.

Selain itu anda juga boleh cuba Resepi Udang Goreng Kunyit yang sangat mudah nak sediakan. Kalau anda berminat nak cuba resepi Udang yang lain, boleh cuba resepi Udang Masak Sweer Sour. Sedap digandingkan dengan Sambal Belacan!  Anda juga boleh cuba Resepi Mee Udang Viral, Sedap dan Menyelerakan!

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.