fbpx

5 Resepi Mee Udang Viral, Sedap dan Menyelerakan

Hari ini saya nak kongsi resepi mee udang yang viral sedap dan menyelerakan. Rahsia kesedapan mee udang ini adalah terletak kepada segarnya udang laut yang digunakan dalam kuah. Sedapnya mee udang ni sebab rasa kuah dia yang ada rasa manis keledek. Cara masakan mudah, sedap dan ringkas. Kalau dah teringin nak makan, senang je nak sediakan. Jom cuba resepi mee berkuah dan menyelerakan ini. 

Resepi Mee Udang Istimewa Che Nom

Mee Udang Istimewa Che Nom

Mee Udang Istimewa: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 500 gram udang laut
  • 500 gram ATAU 1 bungkus mee kuning, celur
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 8-10 tangkai cili kering, buang biji dan rebus kemudian kisar halus
  • ATAU 3 sudu besar cili giling
  • 1/2 senduk minyak masak

Bahan Kisar Halus:

  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar udang kering, rendam dalam air sehingga lembut

Bahan Rebus dan Lenyek Halus:

  • 2 ketul ubi keledek merah
  • 3 ketul ubi kentang

Bahan Hiasan atau Taburan:

  • bawang goreng
  • 3 biji telur, rebus dan belah dua
  • 2 ketul tauhu, goreng dan hiris nipis
  • daun bawang, hiris hipis
  • cili merah, hiris nipis
  • sayur sawi, potong dan celur
  • limau nipis

Cara-cara:

  1. Bersihkan udang laut dengan cara belah belakang dan buang tali hitam di belakang, dan potong janggut. Che Nom tak buang kepala udang sebab ikut cara restoran Sg.Dua.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan keledek dan kentang lenyek diikuti air secukupnya. Anda perlu agak-agak kuantiti air, jangan kuah terlalu pekat kerana nanti akak rasa muak.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato dan pes tomyam. Masak sehingga kuah mendidih.
  6. Kemudian masukkan udang, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mee dan taburkan dengan bahan hiasan.

Nota:

  • Cara untuk celur mee: Panaskan air sehingga mendidih, masukkan mee dan rendam selama 2-3 minit dan tapis. Bilas dengan air sejuk supaya proses pemanasan terhenti dan mee tidak akan jadi kembang.

Resepi Mee Udang Sedap Azie Kitchen

Mee Udang Sedap Azie Kitchen

Mee Udang Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 6 ekor udang besar (ikut suka)
  • 6 ekor udang kecil buang kulit
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 biji tomato buah
  • 1 biji ubi kentang – rebus
  • Garam, gula, serbuk perasa
  • sos tomato
  • sos cili

Bahan Hiasan:

  • telur – rebus
  • sawi – celur
  • cili merah – hiris
  • bawang goreng
  • daun bawang – hiris
  • Mee – celur

Cara-cara:

  1. Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
  2. Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.
  3. Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi. 
  4. Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa.
  5. Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
  6. Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. Ikut suka masing masing.
  7. Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai.

Resepi Mee Udang Tomato Mat Gebu

Mee Udang Tomato: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • Mee kuning secukupnya, cuci dan celur 30 saat, toskan
  • 300 g udang sederhana besar
  • 3 biji kentang (250 g), rebus dan lecek
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 2 camca besar sos cili
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar gula perang
  • 2 ketul kiub ayam “Maggi” atau
  • 1 liter stok ayam
  • 1 1/2 camca besar cili kisar
  • Garam secukup rasa
  • 5 biji telur
  • 2 pokok sawi putih, cuci dan kerat2
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 camca besar udang geragau, rendam 10 minit dan toskan*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 hirisan nipis halia*(*dikisar halus)

Bahan Lain:

  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Bawang goreng
  • Tauhu, digoreng dan hiris
  • Taugeh, dicelur (mat tak celur)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk (atau kuali), tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili, gaul rata. Masak sekejap.
  2. Tuang air dan masukkan kuib ayam (kalau guna stok ayam, tak payah guna kiub), kacau rata dan biar mendidih. Tambah kentang lecek, tomato, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  3. Perlahankan api, pecahkan telur satu perlahan dan masak atas api kecil hingga telur masak dan timbul. Tambah udang dan sawi, masak untuk 2 – 3 minit lagi, rasa kuahnya dan jika ok boleh matikan api. Jika suka kuah cair, boleh tambah air.
  4. PENYEDIAAN MEE UDANG TOMATO :- Isi mee secukupnya dalam mangkuk, tambah taugeh, tuang kuah bersama isi-isinya dan juga sebiji telur. Hias dengan hirisan tauhu, bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.
  5. CATATAN MAT GEBU :- Kalau rasa sukar, boleh cedok kuah ke dalam “non-stick pan” sebanyak 3/4 penuh jerang atas api kecil dan pecahkan telur sebiji, bila telur masak, alih ke dalam periuk yang berisi kuah tadi, buat hingga siap.

Resepi Mee Udang Kuala Sepetang

Mee Udang Kuala Sepetang

Mee Udang Kuala Sepetang: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 kg mi kuning
  • ½ kg udang basah – bersaiz sederhana
  • 2 biji kentang ~ kupas kulit hiris nipis dan goreng (ita tambah untuk pekatkan kuah)

Bahan Kisar:

  • 10 tangkai cili kering – dikisar ( ita lebihakn sikit untuk sedikit pedas )
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 3 sudu besar udang kering ~ ita tambah
  • 3 camca teh sos cili
  • 3 camca teh sos tomato
  • ½ sudu teh gula pasir ~ ita letak 1 buku gula Melaka
  • 4 batang sawi
  • 1 cawan taugeh
  • 2 pokok daun bawang
  • 2 tangkai daun sup
  • 5 biji tahu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
  • 5 biji cili masak
  • Limau kasturi
  • Sedikit bawang goreng

Cara-cara:

  1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi.
  2. Ambil kepala udang dan kisar.
  3. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yang sedia ada.
  4. Panaskan minyak dan gorengkan kentang.
  5. Angkat kentang biarkan sejuk dan kisar bersama air rebusan udang.
  6. Minyak yang panas tadi gorengkan tahu, angkat dan hiris nipis atau potong dadu.
  7. Panaskan semula minyak goreng tahu tadi,  dan tumis bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, belacan, cili dan udang kering. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah dikisar bersama kentang tadi. Biar ia merenih
  8. Masukkan sos cili dan sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Ita tambahkan sedikit sos tiram. Biarkan kuah didih.
  9. Bila kuah dan di dih perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ita masukkan tomato, lobak merah dan batang sawi. Bila dah layur sikit masukkan udang. Kemudian tutup api.
  10. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
  11. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

Resepi Mee Udang Sg Dua Qaseh Honey

Mee Udang Sg Dua

Mee Udang Sg Dua: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 12 ekor udang galah
  • 1-2 biji keledek oren – rebus n lenyek
  • 2 biji kentang – rebus n lenyek
  • 2-3 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar cili sos
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1-11/2 liter air atau secukupnya
  • garam n gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering

Cara-cara:

  1. Didihkan air di dalam periuk secukupnya. potong kecil keledek oren dan kentang. Kemudian rebus sehingga empuk (rebus berasingan).
  2. Kemudian angkat dan tapis airnya. lenyekkan keledek dan kentang tadi sehingga halus (lenyek berasingan) boleh juga dikisar (tanpa air). Ketepikan.
  3. Panaskan periuk dan minyak masak secukupnya. Kemudian tumis bahan kisar sehingga harum dan pecah minyak.
  4. Masukkan pula cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak dan cili sedikit garing. Kemudian masukkan kentang dan keledek oren yang telah dilenyekkan tadi. kacau rata sehingga sebati.
  5. Masukkan air secukupnya (ikut kepekatan kuah pilihan masing-masing). Kacau rata dan biarkan kuah mendidih. (Sambil dikacau sekali sekali).
  6. Masukkan pula sos cili dan sos tomato. Kacau lagi hingga rata.
  7. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. kacau rata.
  8. Akhir sekali, masukkan udang dan kacau dengan perlahan sekali sekala sehingga masak.
  9. Perasakan rasanya, jika telah sempurna matikan api.

Hiasan:

  • mee kuning – dicelur
  • sawi – dicelur
  • telur rebus
  • tauhu basah – digoreng
  • tomato
  • limau kasturi
  • daun bawang

Cara-cara:

  1. Masukkan mee kuning yang telah dicelur.
  2. Kemudian masukkan kuah mee udang secukupnya.
  3. Letakkan pula sayur sawi yang dicelur, telur rebus, tauhu basah yang telah digoreng, tomato, limau kasturi dan daun bawang.
  4. Boleh tambah bawang goreng dan taugeh jika suka.
  5. Sedap di makan ketika masih panas.

Penutup

Anda juga boleh cuba beberapa Resepi Mee Berkuah Viral yang lain. Masakan Mee Thai (phad thai) yang popular di kalangan penggemar masakan Thai pun anda boleh cuba. Sedap!

Leave A Reply

Your email address will not be published.