fbpx

5 Resepi Udang Goreng Kunyit Simple, Sedap dan Menyelerakan

0

Hari ini saya nak kongsi resepi udang goreng kunyit yang simple, sedap dan menyelerakan. Rasa isi udang yang manis, sedap digoreng dengan garam kunyit yang telah dilumurkan. Sedap dimakan begitu sahaja, atau bersama bubur nasi maupun nasi putih panas-panas. Sesuai dijadikan hidangan tengah hari mahupun makan malam. Simple dan mudah nak sediakan. Jom cuba 5 resepi viral yang sedap dan menyelerakan ini.

Resepi Udang Goreng Kunyit Che Nom

Udang Goreng Kunyit che nom

Udang Goreng Kunyit: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 6 ekor udang saiz besar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
  • Garam secukup
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar, cili merah serta sos tiram.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
  5. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.

Nota:

  • Jangan goreng terlalu lama kerana udang akan menjadi keras kerana terlebih masak.

Resepi Udang Goreng Garam Kunyit Dengan Kacang Panjang Azie Kitchen

Udang Goreng Garam Kunyit Dengan Kacang Panjang Azie Kitchen

Udang Goreng Garam Kunyit Dengan Kacang Panjang: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:
  • 1 ikat kacang panjang
  • Udang secukupnya
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1 bawang besar – hiris
  • 1 cili merah – hiris
  • 1 helai daun limau purut – carik
  • Batang leek – hiris (tak letak pun)
  • Daun bawang – hiasan
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan udang yang dilumur garam kunyit. Goreng seketika.
  3. Masukkan kacang panjang dan digoreng sehingga agak lembut, baru dimasukkan daun limau purut, bawang besar, leek dan cili merah. Kacau rata.
  4. Masukkan sedikit gula dan sesuaikan rasa garamnya.
  5. Angkat dan bolehlah ditabur dengan daun bawang sebelum dihidangkan.

Resepi Udang Goreng Kunyit Mat Gebu

Udang Goreng Kunyit Mat Gebu

Udang Goreng KunyitL: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 12 ekor udang bersaiz besar, gunting muncung dan kaki2nya, cuci bersih dan toskkan
  • 2 – 3 tangkai kacang panjang, dikerat pendek2
  • 1 biji cili hijau, hiris
  • 1 biji cili merah hiris
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Gaul udang tadi dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit gula. Perap sekejap. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga harum, masukkan udang dan goreng hingga udang berubah warna dan kelihatan sedikit kering.
  2. Masukkan semua bahan2 lain, kecuali hirisan daun bawang. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Keluarkan dan jika ada minyak, toskan. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidang. Sedap dimakan bersama nasi hangat, bubur nasi atau begitu sahaja.

Resepi Udang Goreng Kunyit Hafizah Yahya

Udang Goreng Kunyit Hafizah Yahya

Udang Goreng Kunyit: Sumber Hafizah Yahya

Bahan-bahan:

  • 500 gm udang saiz sederhana 
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • 6 tangkai kacang panjang 
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 labu bawang besar – dihiris
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 1 helai daun limau purut – dicarik dan buang urat tengahnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan udang yang digaul garam kunyit. Goreng seketika.
  2. Masukkan kacang panjang dan goreng sehingga agak lembut.
  3. Setelah itu masukkan daun limau purut, bawang besar dan cili merah. Kacau rata. Perasakan dengan sedikit gula dan sesuaikan rasa garamnya.
  4. Setelah masak bolehlah matikan api dapur dan hidangkan.

Resepi Udang Goreng Kunyit Nina Mirza

Udang Goreng Kunyit Nina Mirza

Udang Goreng Kunyit: Sumber Nina Mirza

Bahan-bahan:

  • 500gm Udang sederhana besar – cuci bersih dan toskan perap bersamaserbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar – hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih – Nina ketukkan aje
  • 2 inci halia – hiris nipis
  • 2 batang serai – ketuk jer
  • Sos tiram – 3 sudu
  • Sayur kacang boncis secukupnya – potong dalam 2inch
  • Carrot – potong kecil
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya 

Cara-cara:

  1. Udang yang telah dibersihkan diperap bersama serbuk kunyit dan sedikit
    garam lebih kurang 20minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang besar, bawang putih dan
    halia dan serai hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, kacau rata dan sedikit air hingga
    mendidih.
  4. Masukkan udang goreng hingga masak lalu masukkan sayur kacang
    boncis, dan carrot, gaul rata hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Nina tak letak pun sebab tadi masa
    perap dah letak.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan.

Penutup

Resepi Udang Goreng Kunyit ini sangat mudah nak sediakan. Kalau anda berminat nak cuba resepi Udang yang lain, boleh cuba resepi Udang Masak Sweer Sour. Sedap digandingkan dengan Sambal Belacan!  

1/5 - (1 vote)
Leave A Reply

Your email address will not be published.