Pada 27 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion.
Menurut Kementerian Kewangan, sebanyak RM10 bilion telah diperuntukkan bagi golongan rakyat yang layak.
Sekarang saya nak kongsikan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Untuk akses lebih pantas, boleh klik pada link ini untuk baca topik berkaitan.
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:
Bayaran akan dibuat menerusi LHDN. Jika anda belum mendaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM di http://www.hasil.gov.my/.
Apakah Bantuan Prihatin Nasional?
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40dan M40.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan dataBantuan Sara Hidup.Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Prihatin Nasional?
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
1. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
2. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun danke atas); dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:
1. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.
2. Bujang
a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
3. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Berapakah Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:
Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
Pembayaran sekiranya:
1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:
1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.
2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.
Cara Semak Status Penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
Boleh Buat Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
Penafian: Untuk makluman, kesemua maklumat ini didapati daripada halaman treasury.gov.my. Kami hanya kongsi dan sampaikan. Anda boleh download maklumat penuh di sini.