fbpx

5 Resepi Asam Pedas Daging Tetel Sedap dan Menyelerakan

Hari ini saya nak kongsi resepi Asam Pedas Daging Tetel yang sedap dan menyelerakan. Daging tetel ini sedap sebab ada urat - uratnya dan sedikit lemak. Daging tetel adalah cebisan potongan daging yang dijual oleh pejual daging tempatan. Rasa masam, manis, masin dan pedas secukup rasa. Orang melaka pasti tahu menu asam pedas daging tetel ini. Namun ada juga yang memanggil dengan nama asam pedas daging cincang. 

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Mat Gebu

Asam Pedas Daging Tetel Mat Gebu

Asam Pedas Daging Tetel: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 600 gram daging tetel*
  • 1 inci halia, hiris*
  • 4 ulas bawang putih, diketuk*
  • 1 camca teh garam*
  • Air secukupnya*(*direbus hingga tetel empuk, biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk hingga bahagian lemaknya beku. Buang lemaknya, ambil isi dan air rebusan. Ketepikan
  • 1 biji terung, belah 2 dan hiris serong, rendam
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang serai, diketuk
  • 1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • 1/4 camca teh halba
  • 1 cawan cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan Kisar Halus:

  • 6 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 camca besar ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan manis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk anggaran 1/4 + cawan). Tumis serai dan halba hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar halus, kacau dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa. Masukkan pes asam jawa dan kacau sebati.
  2. Masukkan daging tetel dan air rebusannya tadi. Tambah air jika perlu. Biarkan mendidih. Masukkan lada hitam, bunga kantan, daun limau purut dan terung (toskan dulu air rendamannya). Kacau dan masak hingga terung lembut.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan asam pedas daging tetel dengan nasi putih, ulam2man dan telur dadar. Selamat mencuba!

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Azie Kitchen

Asam Pedas Daging Tetel Azie Kitchen

Asam Pedas Daging Tetel: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging tetel – rebus hingga empuk
  • 1-2 batang serai
  • 1 mangkuk cili kering kisar – kali ini guna 1 1/2 senduk nasi
  • 1 biji buah tomato
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • Daun kesum/daun limau purut
  • Garam

Bahan Kisar:

  • 8 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Sebesar ibu jari belacan
  • 1 biji buah keras 

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan serai dan cili kisar. Tumis sehingga cili masak dan garing menggunakan api perlahan.
  2. Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan sekali. Kacau rata sehingga daging empuk. Jika belum empuk, boleh tambah air lagi. 
  3. Setelah daging empuk, masukkan daun limau purut, buah tomato dan pes asam jawa. Biarkan mendidih lama lama dan kuah sedikit pekat.
  4. Akhir sekali, masukkan garam. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan. 

Nota: 

  • Boleh juga jika tidak mahu daging direbus dulu terutama jika guna daging batang pinang. 

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Zaimah Zakaria

Asam Pedas Daging Tetel Zaimah Zakaria
Asam Pedas Daging Tetel: Sumber Zaimah Zakaria
 

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging tetel
  • 15 hingga 20 tangkai cili kering*
  • Bawang merah kecik 4 biji *
  • Bawang putih 5 ulas*
  • Halia 1 inci*
  • Lengkuas 1 inci *
  • Kunyit hidup 1 inci *
  • Belacan 1 inci *
  • 1 sudu kecil lada hitam *
  • 1 sudu kecil jintan manis*
  • 1 sudu kecil jintan putih*
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Gula melaka (gunakan sedikit sahaja supaya tidak terlalu manis)
  • Garam secukupnya
  • Daun limau purut (buang tulang tengah)
  • 3 batang serai ketuk

Cara-cara:

  1. Cili kering, jintan & lada hitam direndam dalam air panas.
  2. Kisar bahan – bahan yang bertanda * sehingga halus.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan – bahan yang di kisar tadi sampai garing.
  4. Masukkan daging tetel, masak sampai keluar air daging.
  5. Masukkan air asam jawa, serai yang diketuk dan daun limau purut.
  6. Rasakan dengan garam dan gula melaka. Masak sehingga daging menjadi empuk.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Nota:

  • Boleh juga kalau nak rebus daging tetel dulu, air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.

Resipi Asam Pedas Daging Tetel Ala Thai

Asam Pedas Daging Tetel Ala Thai

Asam Pedas Daging Tetel Ala Thai: Sumber Campur Kobis

Bahan-bahan:

  • 8 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 4 keping lengkuas.
  • 2 keping halia.
  • 3 batang lada merah.
  • 3 batang cili padi.
  • 1 camca teh serbuk kunyit.
  • 5 keping asam gelugur.
  • 1/4 cawan minyak masak.
  • 1 batang serai diketuk.
  • 700 gram daging tetel dihiris nipis.
  • 1 liter air.
  • 1 camca besar garam Himalaya.
  • 1 camca besar penuh gula merah.
  • 1 ketul kiub pati ayam Maggi.

Bahan Tambahan:

  • 1 batang bunga kantan.
  • 2 tangkai daun limau purut.
  • 1 biji tomato merah dipotong 4.

Cara-cara:

  1. Siapkan bahan-bahannya.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, lada merah dan cili padi dengan 1 cawan air hingga halus. Ketepikan..
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali non stick, tumis serai hingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serbuk kunyit, tumis hingga garing @ pecah minyak. Masukkan asam keping.
  4. Masukkan daging, balik-balikkan hingga bercampur rata daging dengan bahan tumis. Tutup kuali dengan penutup. Masak hingga daging mengeluarkan airnya.
  5. Bila air daging hampir kering masukkan 1 liter air,masak hingga menggelegak. Masukkan garam, kiub pati ayam dan gula merah. Masak hingga daging empuk dengan api sederhana besar.
  6. Masukkan bunga kantan dan daun limau purut, masak hingga kuah berkurangan sedikit baru masukkan tomato merah. Seimbangkan rasa.
  7. Masukkan daging, bunga kantan, daun limau purut dan daun kesum. Perlahankan api dan masak sehingga daging dan ubi benar-benar empuk dan kuah sehingga naik minyak. 

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Hajah Mona

Asam Pedas Daging Hajah Mona

Asam Pedas Daging: Sumber Hajah Mona

Bahan-bahan:

  • 1kg daging & bahagian lemak
  • 1 sudu besar lada hitam (kisar)
  • 1 sudu besar jintan putih (kisar)
  • 1 sudu besar jintan manis (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 sudu kerisik
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 2 genggam cili kering
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam & gula secukup rasa
  • 5 helai daun limau
  • 2 cm lengkuas
  • 5 batang serai
  • 5 sudu minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih hingga garing.
  2. Masukkan cili, tunggu hingga garing. Masukkan sedikit air.
  3. Masukkan lada hitam, kunyit, jintan manis, jintan putih, serai, lengkuas dan daun limau. Kacau.
  4. Masukkan daging. Masak sehingga daging empuk/lembut.
  5. Masukkan air asam jawa dan kerisik.
  6. Tunggu hingga mendidih dan asam pedas daging tetel sedia untuk dihidangkan.

Penutup

Resepi asam pedas daging tetel ini cukup viral. Anda wajib cuba. Sedap dan menyelerakan. Ramai dah cuba dan repeat, sesuai untuk dijadikan menu berbuka puasa. Bulan Muharram ini Sunat berpuasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 Muharram. 

Berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram) mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri sebagaimana  hadis yang diriwayatkan oleh Qatadah bahawa Nabi SAW bersabda: “Puasa hari ‘Asyura’ itu; sesungguhnya Aku bermohon kepada Allah agar dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.” (Riwayat: al-Tirmizi).

Sama-samalah kita mencari keberkatan dengan berpuasa sunat bukan sahaja pada 10 Muharram tetapi dianjurkan juga berpuasa pada 9 Muharram berdasarkan hadis:

“Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! ‘Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah SAW telah wafat”. (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Sumber: Mais (Hari Asyura)

Jika anda penggemar daging, anda pasti suka:

Leave A Reply

Your email address will not be published.