fbpx

Cara Daftar dan Semak Baki ASB Online Terkini

Selari dengan arus perkembangan teknologi dan maklumat, banyak kemudahan telah dicipta untuk membantu kehidupan manusia dalam pelbagai aspek.

Antaranya adalah sistem online yang mula diwujudkan dan digunakan dalam pelbagai jenis perkhidmatan. Urusan menjadi lebih mudah dengan adanya sistem secara atas talian ini.  

Terkini, Amanah Saham Nasional  Berhad (ASNB) turut menawarkan kemudahan secara online untuk para pelabur yang melaburkan wang di ASNB.  

Sistem semakan secara online ini dikenali sebagai Portal MyASNB. Melalui sistem ini, urusan seperti menambah pelaburan, mengemaskini atau mengeluarkan duit Amanah Saham Bumiputera (ASB) kini tidak lagi perlu menggunakan buku pelaburan.

Sebaliknya pelabur hanya perlu membawa kad pengenalan sebagai dokumen pengenalan diri untuk berurusan dengan kaunter ASNB, sama ada di cawangan atau ejen ASNB yang
dilantik.

Bagi anda yang belum mendaftar, berikut dikongsikan cara membuat Pendaftaran MyASNB dan juga Cara Semakan Baki ASB secara Online yang boleh dilakukan melalui Portal MYASNB. Sebelum mendaftar, pastikan nombor telefon anda dengan pihak ASNB telah dikemaskini. 

Cara Daftar myASB Online

Langkah 1:  Klik sini untuk masuk ke Portal My ASNB

Langkah 2: Klik "Daftar di sini" untuk membuat pendaftaran. 

3. Klik "Teruskan" dan "Setuju dengan Terma dan Syarat" untuk teruskan.

4. Anda akan dibawa ke skrin paparan seperti dibawah

.4. Isi maklumat yang dikehendaki dan Tekan Butang "Seterusnya".

5. Di Bahagian 2 (Pengesahan Telefon Bimbit), semak nombor telefon dan klik Permintaan TAC. Isikan nombor kod TAC yang dihantar ke telefon bimbit untuk teruskan ke proses seterusnya.

6. Pada Bahagian 3 (Pendaftaran Akaun), lengkapkan maklumat seperti ID Pengguna, frasa keselamatan dan soalan keselamatan.

7.Setelah selesai mengisi maklumat pada bahagian 3 Tekan Butang "Tamat" berwarna hijau di bahagian bawah penjuru sebelah kanan.

8. Setelah selesai mendaftar, kata laluan sementara akan diberikan. Sila cetak/ simpan/ catat kata laluan sementara berkenaan untuk digunakan semasa log masuk kali pertama.

Jika anda masih buntu, anda boleh lihat video tutorial di bawah sebagai panduan. 

Login Kali Pertama Serta Semak Baki dan Penyata Akaun

1. Kembali ke menu utama Portal MyBSN  dan klik  "Log Masuk".

2. Masukkan ID Pengguna yang telah didaftarkan sebelum ini.

3. Di ruangan yang tersedia, masukkan kata laluan sementara yang diperoleh sewaktu pendaftaran sebelum ini. Pastikan frasa keselamatan yang diisi adalah betul.

4. Kemaskini dan tukar kata laluan sementara kepada kata laluan baru pilihan anda bagi tujuan keselamatan. Setelah selesai, log masuk menggunakan kata laluan baru tersebut.

5. Di halaman utama portal myASNB, para pelabur boleh membuat semakan baki, penyata, semakan dividen serta melakukan urusan-urusan lain seperti membuat pelaburan tambahan dan sebagainya.

Perkhidmatan Yang Boleh dibuat Melalui MyASNB

Berikut merupakan antara perkhidmatan yang boleh didapati melalui MyASNB:

Info Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubungkait dengan MyASNB dan ASB, sila hubungi butiran seperti berikut:

Pusat Khidmat Pelanggan : 03 8026 8101 

Email :  asnbcare@pnb.com.my

Laman Sesawang: i) My ASNB
                                  ii) Laman Rasmi Amanah Saham Nasional Berhad

Facebook: Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Selain di MyASNB, anda juga boleh membuat pelaburan ASNB di lokasi berikut:

i)  30 Cawanggan ASNB di Seluruh Negara
ii) Ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, BSN, Ambank dan           Affinbank
iii) Perbankan Internet seperti Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnLine dan RHBNow.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian pada kali ini dapat membantu ramai pelabur berurusan dengan lebih mudah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.