fbpx

15 Resepi Begedil Viral Yang Cukup Simple Nak Buat Di Rumah

Hari ini saya nak kongsi resepi bergedil viral. Begedil rasanya cukup rangup diluar namun lembut sangat di dalam. Bukan sahaja comel dan sedap, resepi begedil ini cukup mudah nak sediakan. Kalau nak makan soto, sudah semestinya kena ada begedil kan. Kalau takde begedil macam tak lengkap la soto tu. Nak makan begitu sahaja pun boleh, simple dan sedap! Apalagi jika dicicah dengan sambal kicap. Isi begedil boleh gunakan ayam. Boleh juga digantikan dengan daging, udang, ikan ataupun jagung. Boleh gunakan ayam dan daging segera yang di jual di pasaraya atau gunakan yang segar dan dikisar sendiri, nak guna daging kisar frozen pun boleh. 

Resepi Begedil Daging Che Nom

Resepi Begedil Daging

Resepi Begedil Daging: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 500 gram ubi kentang
  • 150 gram daging kisar
  • 1/2 biji bawang besar, didadu
  • 2 biji cili merah, dihiris halus
  • 2-3 tangkai daun sup, dihiris hallus
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur ayam
  • sedikit garam

Cara-cara:

  1. Kupas kulit ubi kentang, potong dadu dan goreng sehingga empuk. Angkat dan toskan. Biarkan seketika hingga kurang panas.
  2. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang didadu, kemudian masukan daging kisar dan masak seketika.
  3. Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang menggunakan “masher” dan kemudian gaulkan dengan cili merah, daging kisar, daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.
  4. Buatkan bentuk bulat dan leperkan sedikit.
  5. Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu. Celup begedil dan goreng di dalam minyak yg sudah dipanaskan di dalam kuali. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak.

Tips:

  • Masa menggoreng, jangan alih begedil sehingga bahagian bawah betul-betul masak supaya begedil tidak menjadi hancur semasa menggoreng.

Resepi Begedil Daging Azlita Aziz

BEGEDIL DAGING azlita aziz

Begedil Daging: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
  • 300 gram daging cincang – ita guna daging buger
  • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih – ita guna 1 biji kuning telur
  • 3/4 cawan bawang goreng
  • secekak daun sup, dicincang
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • 1 biji cili merah – di cincang halus – ita tambah

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng.
  5. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.

Resepi Begedil Daging Burger Simple

Begedil Daging Burger Simple

Begedil Daging Burger Simple: Sumber Mama Maszull

Bahan-bahan:

  • Daging cincang / daging burger
  • kentang, lada sulah
  • daun sup/daun bawang
  • bawang goreng, putih telur
  • minyak, garam, serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Ambil kentang kupas dan rebus hingga empuk..bila dah empuk lenyek-lenyekkan hingga lumat.
  2. Ambil daging cincang atau daging burger yang dah dihancur-hancurkan gaulkan bersama kentang yang sudah dilenyek tadi…masukkan juga daun bawang/daun sup, bawang goreng, sedikit lada sulah, garam dan serbuk perasa gaulkan semua bahan-bahan tadi hingga sebati.
  3. Bentukan adunan begedil itu bulat-bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga adunan itu kecil-kecil sehingga habis.
  4. Ambil telur putih saja celupkan begedil tadi ke dalam telur sebelum digoreng.
  5. Panaskan minyak dan goreng begedil yang telah siap dicelup dengan telur tadi ke dalam kuali dan biarkan hingga kekuningan barulah diangkat. Memang sedap kalau dimakan ketika masih panas-panas lagi. Begedil daging ini juga boleh diletakkan dalam menu soto.

Resepi Begedil Yang Sedap Dimakan Begitu Sahaja Azie Kitchen

Begedil Yang Sedap Dimakan Begitu Sahaja

Begedil Yang Sedap Dimakan Begitu Sahaja: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg ubi kentang 
  • 200 gram daging/ayam kisar – goreng tanpa minyak
  • 2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat 
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup – dihiris halus 
  • 1/2 labu bawang besar – di potong dadu 
  • 2 biji telur ayam – asingkan kuning dan putih 
  • Garam secukup rasa 

Cara-cara:

  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu. 
  2. Masukkan semua bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Gaul rata dan dirasakan dulu garamnya. Setelah secukup rasanya, baru dimasukkan telur kuning. Ambik sedikit adunan dan dikepal kepalkan. Bentukkan bulat dan kemudian dileperkan sedikit. Buat sehingga habis. 
  3. Dalam bekas lain, kocak kocakkan telur putih. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur putih terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan. Minyak tak perlu banyak sangat, agak agak tenggelam separuh begedil sahaja. Nota: boleh juga jika ingin menggunakan sebiji telur (putih dan kuning telur) untuk mencelup.
  4. Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan begedil sehingga ia betul-betul garing. Agak agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan atas tisu dapur. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Resepi Begedil Udang Faudziyah Haji Ariffin

Begedil Udang Faudziyah Haji Ariffin

Begedil Udang: Sumber Faudziyah Haji Ariffin

Bahan A:

  • 4-5 ketul ubi kentang * Elakkan menggunakaan kentang US yang terlalu gebu dan mudah hancur apabila direbus Kentang ini biasa nya bersaiz besar dan kelitnya sedikit cerah berbanding kentang biasa yang lain.
  • 1 1/2 mangkuk kecil udang kertas yang siap dibuang kulit 

Bahan B:

  • 1 biji bawang Holland (dibelah 16 dan dihiris nipis)
  • 1 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
  • 2 camca besar bawang goreng
  • 6 biji cili padi (dihiris nipis) * Sesuaikan kepedasan
  • 2-3 camca besar tepung jagung * bergantung  kepada kelembutan ubi rebus
  • 1/2 camca teh serbuk perasa ayam
  • 1/2 mangkuk hirisan daun ketumbar  *optional
  • 1 1/2 mangkuk kecil hirisan daun sup
  • sedikit garam

Bahan C:

  • 1 biji  telur

Cara-cara:

  1. Ubi direbus sehingga empuk, dikupas kulit dan di lenyek. * Pastikan tutup tudung periuk untuk mempercepatkan proses merebus. 
  2. Jika menggunakan udang bersais sedang atau besar, seelok nya dipotong kepada ketulan kecil.
  3. Satukan kesemua bahan A dan B dalam satu bekas dan digaul rata.
  4. Ambil sejemput aduanan, bulat-bulatkan kemudian leperkan. Buat sampai habis.
  5. Panaskan minyak dalam kuali (seelok nya gunakan kuali non-stick).
  6. Celup ketulan bergedil dalam telur dan goreng. * Pastikan bahagian bawah bergedil sedikit keperangan baru dialihkan.

Resepi Pegedil Jagung / Perkeledek

PEGEDIL JAGUNG @ PERKEDELEK

Pergedil Jagung @ Perkeledek: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 3 batang jagung  manis – hiris biji jagung dari batang
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 labu bawang besar – cincang 
  • 3 tangkai daun sup – hiris 
  • 1/2 sudu kecil lada putih – tumbuk
  • sebiji telur
  • garam / gula / perasa pilihan
  • minyak

Bahan-bahan:

  1. Masukkan isi jagung ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Tambahkan bawang besar cincang dan hirisan daun sup.
  3.  Pecahkan sebiji telur dan masukkan ke dalam bahan adunan.
  4.  Taburkan lada putih dan perasa. Suka hatilah dah bubuh garam ke, gula ke atau apa-apa. Amie bubuh dua sudu kecil MAGGI CUkup Rasa.
  5.  Lepas tu gaul bahan tadi.
  6.  Tambahkan dua sudu besar tepung jagung. Dan gaul lagi.
  7.  Tambahkan lagi dua sudu besar tepung gandum.
  8. Panaskan minyak. Dalam bab minyak ni, sebab nanti pegedil jagung tu jadi leper, jadi tidak perlu bubuh minyak terlalu banyak. 
  9. Ambil satu sudu besar adunan dan letakkan dalam kuali. Adunan akan terbentuk sendiri.
  10. Boleh juga buat saiz kecil sedikit. Bubuhlah 3/4 atau 1/2 sudu besar saja seperti di atas tu. Jadi hasilnya lebih comel! Sekali masuk mulut saja!

Resepi Bergedil Jagung Kak Nisa’

Resepi Bergedil Jagung Kak Nisa

Bergedil Jagung: Sumber Kak Nisa’

Bahan-bahan:

  • 3 biji jagung manis (ambil isi sahaja)

  • 1 biji telur ayam

  • 3 biji bawang merah

  • 2 ulas bawang putih

  • Halia 1-2cm

  • Lada putih/hitam

  • Daun sup

  • Tepung gandum sedikit

  • Garam

  • Gula

  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Jagung yang telah dibasuh bersih diambil isi.

  2. Kemudian tumbuk kasar jagung tersbut untuk mengeluarkan jusnya tetapi jangan dibuang. Tujuannya bagi mengelakkan ia meletup-letup ketika digoreng

  3. Ketepikan jagung yang telah ditumbuk tadi.

  4. Bawang merah, bawang putih, halia dan lada putih/hitam tadi dibersihkan kemudian tumbuk sekali semua hingga lumat.

  5. Setelah itu, campurkan semua bahan tersebut ke dalam jagung tadi. Gaulkan. Masukkan pula sedikit tepung gandum kira-kira 4 sudu makan penuh. Masukkan pula hirisan daun sup dan jika suka boleh tambah kubis, taugeh, daun bawang atau bawang Bombay. Pecahkan sebiji telur ke dalam adunan tadi. Jika kelihatan masik terlalu kering, boleh tambah sebiji telur lagi. Tetapi harus diingat, jangan sampai ia jadi cair pula. Bimbang ia tidak melekat semasa digoreng. 

  6. Akhir sekali, setelah adunan dicampur garam dan sedikit gula (boleh rasa dulu), panaskan minyak. Jika minyak telah cukup panas, gunakan sudu makan atau sudu yang sesuai untuk mencedok adunan tadi dan goring hingga warna keemasan. 

  7. Hidangan ini sedap jika dihidangkan bersama brobok (sejenis makanan Bugis) atau makan bersama nasi. Boleh juga dijadikan snek minum petang bersama air teh. Selamat mencuba.

Resepi Begedil Ayam Mat Gebu

resepi begedil ayam mat gebu

Begedil Ayam: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 450 gram kentang yang telah dikupas kulitnya, direndam
  • 150 gram daging ayam, dicincang lumat
  • 1 biji bawang besar bersaiz sederhana, didadu
  • 1 camca besar bawang goreng
  • 1 camca teh serbuk lada sulah
  • 1 pokok kecil daun sup, hiris halus
  • 1 pokok kecil daun bawang, hiris halus
  • 1/4 camca teh garam atau secukup rasa
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • Sos cili atau sos kegemaran anda untuk dimakan bersama begedil

Cara-cara:

  1. Kentang ditoskan, kemudian dipotong berbaji. Goreng hingga empuk, guna api sederhana dan kacau sekali sekala. Angkat dan toskan, letak atas tissue dapur bersih dan biar minyak terserap. Kemudian tumbuk kentang tadi hingga lumat. Ketepikan.
  2. Panaskan 1 camca besar minyak masak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan daging ayam cincang dan masak hingga daging ayam berubah warna. Angkat dan toskan. Masukkan ke dalam kentang yang ditumbuk lumat tadi.
  3. Masukkan bawang goreng (ramas sedikit), hirisan daun sup, daun bawang, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Gaul rata-rata. Kemudian ambil adunan sebesar duit 50 sen lama atau lebih sedikit, bulat-bulatkan. Kemudian leperkan sedikit, susun dalam loyang. Buat hingga siap.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup sebiji begedil dalam telur dan masukkan ke dalam minyak panas. Jangan goreng terlalu banyak, che mat goreng 6 biji begedil sekali, bergantung pada saiz kuali anda.
  5. Biar hingga begedil keemasan baru diterbalikkan untuk mengelak bergedil hancur. Masak sekejap lagi, dan boleh diangkat. Buat kaedah sama untuk baki bagedil. Hidangkan bersama sos kegemaran anda atau disajikan bersama soto dan sebagainya.

Resepi Begedil Ayam Yatie Memories

Begedil Ayam Yatie Memories

Begedil Ayam: Sumber Yatie Memories

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg ubi kentang
  • 200 gram daging ayam kisar
  • 2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar-di potong dadu
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Ketepikan dulu.
  2. Sementara itu tumiskan bawang besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.
  3. Satukan kesemua bahan-bahan kecuali telur di dalam satu bekas.
  4. Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  5. Dalam bekas lain,pecahkan telur dan kocak-kocakkan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas-emasan.
  6. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat & toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Resepi Begedil Ayam Miza Talib

Resepi Begedil Ayam Miza Talib

Resepi Begedil Ayam: Sumber Miza Talib

Bahan – bahan:

  • 500 gram Kentang ( Potong Kecil )
  • 3 biji Bawang ( lagi banyak bawang lagi sedap kemudian di Ricik )
  • Isi Ayam ( secukup rasa lagi banyak lagi sedap )
  • 1 sudu Lada sulah / Lada putih
  • Daun Sup
  • Telur
  • Garam

Cara-cara:

  1. Kupas Kentang dan potong kecil untuk cepat masak semasa menggoreng nanti.
  2. Goreng Bawang yang telah di ricik tadi.
  3. Goreng Isi ayam, kemudian carik-carik isinya.
  4. Tumbuk kentang yang telah di goreng, kemudian campur bawang, isi ayam, lada sulah dan daun sup yang telah di potong.
  5. Gaul sebati dan masukan garam ikut tahap masin yang korang suka.
  6. Kemudian buat sepeti dalam gambar di bawah.
begedil ayam
 

Resepi Begedil @ Pergedel Kentang

Begedil @ Pergedel Kentang

Begedil @ Pergedel Kentang: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kg kentang – kupas kulit dan potong baji / wedges – sebiji kentang – 6 potongan
  • 3 tangkai daun sup – hiris nipis
  • 3 pokok daun bawang – hiris nipis
  • 1 cawan bawang goreng – campur bawang merah & bawang putih
  • 1 sudu kecil lada putih – tumbuk
  • 1 biji telur – dipukul ringan
  • perencah Maggi Cukup Rasa secukupnya / garam / perasa pilihan
  • minyak

Cara-cara:

  1. Goreng kentang hingga masak kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Tumbuk kentang di dalam lesung hingga hancur / lumat. Kalau nak lenyek saja pun boleh.
  3. Masukkan kentang tumbuk tadi ke dalam sebuah bekas. Tambahkan daun sup dan daun bawang, bawang goreng, lada putih dan perasa pilihan.
  4. Gaul sebati. Kepalkan bahan tadi menjadi sebesar bola ping pong atau mengikut saiz yang disukai. Bulat-bulatkan, kemudian leperkan menjadi pegedil yang mampat.
  5. Panaskan minyak menggunakan api panas sederhana untuk menggoreng tenggelam.
  6. Celupkan pegedil ke dalam telur dan goreng hingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan. 

Tips:

  • Kalau jumlahnya banyak dan takut lebam sebelum digoreng, bolehlah rendam di dalam air dan toskan ketika hendak menggorengnya.

Resepi Begedil Sardine Yeo’s Azlita Aziz

Begedil Sardine Yeo’s: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 tin Sardin Yeo’s ~ asingkan kuah dan isi ikan
    * buangkan tulang tengah ikan dan penyek-penyek bagi hancur – ketepikan
  • 1 biji kentang, kupas kulit dan hiris bulat nipis
    * kemudian di goreng
  • 2 ulas bawang merah ~ di hiris
  • 1 ulas bawang putih ~ di hiris
    * kemudian goreng bawang merah dan bawang puh hingga keemasan, angkat dan toskan
  • 1 batang lada merah ~ di cincang
  • 2 tangkai cili padi ~ cincang
  • daun bawang ~ cincang
  • garam secukup rasa
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Kentang yang telah di goreng di lenyek.
  2. Masukkan ikan sardin Yeo’s yang telah di lenyek.
  3. Masukkan bawang goreng, daun bawang, lada dan cili pada, sos ikan sardin yeo’s dan garam secukup rasa.
  4. Gaul semua bahan sebati.
  5. Bulat-bulatkan.
  6. Kemudian celupkan dalam telur yang telah di kocok sebentar.
  7. Goreng dalam minyak yang sedikit hingga kuning keemasan.
  8. Angkat dan hidagkan bersama sos cili dan minuman segar Yeo’s.

Resepi Begedil Rangup Qaseh Honey

Resepi Begedil Rangup Qaseh Honey

Begedil Rangup: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 3 biji kentang

  • 3 keping daging buger atau boleh guna daging cincang – QH guna daging ayam

  • daun sup ~ di racik halus

  • 2 ulas bawang putih ~ di cincang halus

  • 1/2 cawan bawang goreng

  • 2 sudu rencah soto yang telah ditumis – QH guna rencah Bihun sup  

  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Kentang dikupas kulitnya di hiris bulat nipis dan di goreng terendam.

  2. Angkat kentang, toskan minyaknya dan lecek halus.

  3. Satukan kentang yang telah di lecek bersama daging, bawang putih, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa dan sedikit perencah soto yang telah kita tumis (perencah soto ni ambil dari soto yang kita tumis untuk jadikan kuah soto).

  4. Gaul rata hingga dapat bentuk berbola kecil.

  5. Jika terlembik tambahkan sedikit tepung gandum.

Bahan-bahan Menyalut Begedil:

  • 1 butir telur ayam ~ dikocok

  • sedikit lada hitam

  • serbuk roti ~ untuk menyalut – QH guna cornflake

  • minyak ~ untuk mengoreng

Cara-cara:

  1. Ambil adunan dan bentukkan bebola kecil.

  2. Salutkan bebola daging tadi dengan bread crumbs atau serbuk roti.

  3. Kemudian celupkan ke dalam telur.

  4. Salut sekali lagi dengan serbuk roti .

  5. Goreng dalam minyak yang sederhana panas secara terendam.

  6. Angkat dan toskan.

  7. Siap di hidangkan bersama soto nasi atau mi.

  8. Enak juga di makan bersama sos cili.

Resepi Begedil Popia Cili Kicap

popia bergedil

Bahan-bahan:

  • Kentang 5biji – Goreng/lenyek
  • Cili Besar Merah 1biji – Hiris halus
  • Daun Bawang Secekak – Hiris halus
  • Bawang Goreng Sesenduk
  • Daging Lembu Kisar * Buh sedap.Takde takpe
  • Serbuk Lada Putih
  • Perasa

Cara-cara:

  1. * Gaul semua bahan diatas.
  2. Bebolakan atau bentukkan panjang. Ikut suka.

Bahan Cili Kicap Pedas:

  • Cili Api Vietnam 10biji
  • Cili Api Hijau 10biji
  • Bawang besar sebelah
  • Bawang putih 3ulas
  • Kicap pekat
  • Kicap cair
  • Perasa
  • Air sikit 

Cara-cara:

  1. *Goreng semua, biar sejuk sikit, masuk semua bahan dalam blender. Masukkan perasa sedikit, kicap pekat dan kicap cair, gula ikut kesesuaian/kemampuan pedas atau tak dan perahan limau sikit.
  2. ** Nak tahan lama mesti masak sekejap atas dapur api kecil dalam 10minit. Simpan peti tahan seminggu atau lebih.

Kulit Popia:

  1.   Sediakan air masak *agen pelekat/gam.
  2. * Sehelai kulit popia, lipatan pertama lipat 1 besar. Sebelah lagi lipat sikit sahaja. Bubuh begedil, dan ;letakkan air dihujung lipatan sebagai agent pelekat. Dan boleh gulung. 
  3. * Bancuh telur 3biji + tepung jagung sesudu + perasa. Kacau rata. Panaskan api, celup Bergedil Popia da goreng kekuningan.
  4. * Siap!

Resepi Begedil Ayam Cheese Sedapppp!!!!

Resepi Begedil Ayam Cheese Sedapppp!!!!

Begedil Ayam Cheese Sedapppp!!!!: Sumber SweeySeety

Bahan-bahan:

  • 5 biji ubi kentang (size sederhana)
  • Bawang besar 1 biji (potong dadu)
  • 3 batang daun sup (potong halus)
  • Secubit garam (agak2 je)
  • 2 sudu teh perasa “Maggi Cukup Rasa” (brand apa pun boleh)
  • Isi ayam dicincang (ikut selera)
  • Lada hitam ditumbuk (agak2 je, xnak letak pun xpe)
  • *Cheese slice dipotong kecil (ikut selera, lagi banyak lagi sedap)
  • *2/3 biji telur ayam
  • *Minyak masak secukupnya 

Cara-cara:

  1. Kupas ubi kentang dan cuci bersih, kemudian potong kecil dan goreng sehingga empuk.
  2. Tumbuk ubi yang siap digoreng ketika masih panas sehingga lumat. (jika sejuk ubi menjadi keras dan susah ditumbuk lumat).
  3. Gaulkan semua bahan kecuali yang bertanda *, kemudian perasakan mengikut selera sendiri.
  4. Bentukkan begedil menjadi bulat mengikut size yang digemari.
  5. Kemudian tekan ditengah-tengah untuk meletakkan cheese yang telah dipotong kecil.
  6. Selepas itu, bentukkan begedil menjadi bulat semula.
  7. Kemudian, celupkan begedil yang telah dibentuk ke dalam telur yang telah dipukul dan diperasakan dengan secubit perasa “Maggi Cukup Rasa”.
  8. Akhir sekali, goreng dalam minyak yang panas dan secukupnya.
  9. Siap untuk dihidang. Sungguh enak dimakan begitu saja.

Penutup

Ada ke peminat begedil? Cicah pulak dengan  sambal kicap pasti padu rasanya! Siapa yang suka makan bergedil tu, resepi mana yang menepati citarasa anda? Boleh cuba ye. Senang je!

Leave A Reply

Your email address will not be published.