fbpx

9 Cara Mudah Sediakan Roti John Homemade Dan Sedap!

Hari ini saya nak kongsi resepi roti john homemade yang sedap. Bahan-bahannya cukup mudah disediakan dan pastinya mengenyangkan! Roti John ini bukan sahaja sangat popular ketika bulan puasa, malah ianya banyak dijual di gerai tepi jalan dan pasar malam. Macam-macam jenis ada, cheese leleh la, kambing la, ia juga boleh diisi dengan daging cincang dan keju. Aromanya pasti membangkitkan selera sesiapa saja, menjadikannya pilihan segenap lapisan usia. Kali ini, apa kata kita cuba resepi roti john yang mudah ini di rumah, ikut je cara-cara yang telah saya kongsikan ini. 

Resepi Roti John Mat Gebu

Resepi Roti John Mat Gebu

Roti John: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan Inti:

  • 1 keping daging ayam burger jenama Ramly, hancurkan
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 1 camca besar rempah kari daging ( rempah Baba’s)
  • 1/3 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • 2-3 camca besar air
  • 1 pokok daun bawang, hiris
  • Garam secukup rasa
  • Secubit gula

Bahan-bahan lain:

  • 1 biji roti “baton” (atau roti perancis kontot), dibelah dua
  • 2 biji telur
  • Hirisan tomato secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya
  • Daun salad secukupnya (mat guna salad “butterhead)
  • Sos kegemaran anda
  • Sedikit minyak zaitun

Cara-cara:

  1. UNTUK INTI :– Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan kacau rata. Tuang air dan masukkan daging burger ayam tadi. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga kering. Masukkan mix vege, serbuk lada hitam, garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK ROTI :– Dalam satu mangkuk, masukkan bahan inti, telur dan hirisan daun bawang, kacau rata. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak zaitun, berhati tuang bancuhan inti + telur + daun bawang tadi, kecilkan api dan masak hingga permukaan kelihatan kental. Ambil roti baton yang telah dibelah tadi, bukak dan tangkupkan atas bahan inti. Tekan2 sedikit dan biar hingga inti masak. Matikan api dan alih roti yang telah melekat dengan inti tadi ke dalam pinggan.
  3. UNTUK ROTI JOHN :– Ambil bahagian bawah roti, susun daun salad, kemudian tomato dan timun. Paipkan sos kegemaran anda. Ambil roti bahagian atas pula dan tangkupkan. Boleh dipotong pada 2 – 3 bahagian dan hidangkan.

Resepi Roti John Special Dan Sedap Qaseh Honey

ROTI JOHN AYAM SPECIAL DAN SEDAP...MUDAH JE JOM BUAT SENDIRI

Roti John: Sumber Qaseh Honey

Bahan A:

  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 1/2 serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • – bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes

Bahan B:

  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1/2 biji kentang – potong dadu
  • 1/2 biji lobak merah – potong dadu
  • 1 cawan isi ayam cincang
  • 1 cawan air
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dan minyak masak. kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan rempah yang telah dijadikan sebagai pes tadi. Kacau hingga terbit minyak.
  2. Kemudian masukkan lobak dan kentang. masak hingga keduanya separuh empuk. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masukkan pula air secukupnya.
  3. Biarkan sehingga ayam, kentang dan lobak masak sambil dikacau sekali sekala. air jangan terlalu kering. Akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk perasa. matikan api dan ketepikan.

Bahan C:

  • Roti john secukupnya
  • 4 biji telur
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • daun sup secukupnya
  • 1-2 biji lada merah
  • 3 biji cili padi
  • marjerin secukupnya

Cara-cara:

  1. Ambil roti dan belahkan di bahagian tengahnya. sapukan butter/marjerin secukupnya.
  2. Panaskan pan dan masakkan sebentar roti tadi sehingga permukaannya sedikit garing. angkat dan ketepikan.
  3. Pecahkan telur dan satukan inti ayam yang telah dimasak awal tadi, bawang besar, daun sup, lada merah dan cili padi. kacau rata.
  4. Kemudian panaskan pan dan sapukan permukaan pan dengan marjerin.
    tuang bancuhan telur tadi ke permukaan pan dan rata-ratakan. Biarkan sebentar lebih kurang 1 minit.
  5. Tekapkan roti di atasnya sambil ditekan2 sikit. biarkan sehingga telur masak, barulah dibalikkan dan biarkan sebentar dan angkat.
  6. Paipkan sos cili dan mayonis/thousand island sauce. Jika suka boleh tambah timun, tomato atau salad.

Resepi Roti John Sardin Ayam Brand Mudah Dan Sedap

Resepi Roti John Sardin Ayam Brand Mudah Dan Sedap

Roti John Sardin Ayam Brand Mudah Dan Sedap: Sumber Dikbee

Bahan-bahan:

  • 425 gram Ayam Brand Sardin dalam Sos Tomato
  • 3 ketul roti panjang
  • 4 biji telur
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 biji bawang besar (dipotong halus)
  • 1 biji cili merah besar (dipotong dadu)
  • Sedikit Daun bawang
  • Garam secukup rasa

Hiasan:

  • Tomato (dipotong nipis)
  • Timun (dipotong nipis)
  • Sos cili dan mayonis

Cara-cara:

  1. Lenyekkan isi Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand.
  2. Masukkan 2 biji telur dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati.
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
  4. Sementara tunggu minyak panas, pecahkan sebiji telur dalam mangkuk kecil dan masukkan isi sardin tadi. Ini untuk menjadikan bancuhan lebih cair.
  5. Masukkan bancuhan sardin dalam kuali.
  6. Taburkan bawang, cili merah dan daun bawang.
  7. Tambahkan isi sardin supaya lebih tebal.
  8. Letakkan roti yang telah dibelah 2.
  9. Bila dah agak nak masak, terbalikkan roti.
  10. Angkat dan hiaskan dengan tomato, timun, sos cili & mayonis.

Resepi Roti John Telur dan Sosej Yang Sedap

Roti John Telur dan Sosej Yang Sedap: Sumber Dapur Cempaka Sari

Bahan-bahan:

  • 5 biji roti hotdog – di potong tepi tetapi tidak putus
  • 4 biji telur
  • 5 batang sosej – dipanggang atas kuali nonstick dan dihiris nipis
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Sedikit garam
  • Sedikit mentega atau minyak masak – untuk melengser pada kuali
  • Sedikit salad – dihiris kasar
  • Sos cili
  • Mayonnaise

Cara-cara:

  1. Roti hotdog dibelah tepi tetapi jangan sampai putus.
  2. Sosej yang telah dibakar atas kuali leper.
  3. Hiris nipis sosej tersebut.
  4. Hiris kasar daun salad.
  5. Di dalam bekas, masukkan sosej hiris, lada sulah, secubit garam dan pecahkan telur. Godekkan ia supaya sebati.
  6. Panaskan kuali non stick yang ajaib atau tak ajaib pun boleh. Sapu sedikit mentega atau minyak.
  7. Tuang satu senduk adunan telur dan sosej tadi ke dalam kuali non stick.
  8. Ambil sebiji roti dan tekapkan ke atas telur sosej tadi. Biarkan sehingga telur masak.
  9. Bila telur sudah keperangan, balikkan roti dan biarkan sekejap sebelum diangkut.
  10. Lepas tu masukkan ke dalam pinggan.
  11. Paipkan sos cili dan taburkan daun salad. Akhir sekali paipkan mayonnaise dan sos cili lagi. Boleh juga paipkan sos lada hitam dan letak cheese keping jika suka.
  12. Lipat roti dengan sempurna.
  13. Buat sampai habis. Kemudian potong sikit supaya senang dimakan.  Atau pilihan kedua. Kita bungkus dalam kertas pembungkus makanan.
  14. Letakkan roti yang sudah disalut telur dan sosej. Letakkan daun salad. Paipkan sos cili dan mayonaise.
  15. Bungkus elok-elok.

Resepi Roti John Cheese Meleleh

Roti John Cheese Meleleh: Sumber Resepi Menarik

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji bawang putih dipotong dadu
  • Roti panjang untuk sosej
  • Kobis
  • Keju Cheddar/Mozzarella
  • Serbuk cheese (dibancuh dengan air supaya menjadi sos cheese)
  • Mayonis
  • Garam, gula secukup rasa
  • Daging/ayam cincang

Cara-cara:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
  2. Masukkan daging, serbuk kari dan serbuk lada putih, garam secukupnya. Biar seketika hingga daging masak.
  3. Setelah masak, angkat dan letak inti ke tepi.
  4. Pukul telur di dalam satu mug besar. Masukkan inti daging dan kacau hingga sebati.
  5. Belah ditengah-tengah roti menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan sedikit planta pada permukaan roti dan letakkan diatas kuali leper untuk seketika, kemudian angkat roti itu setelah kelihatan sedikit garing.
  7. Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti.
  8. Taburkan keju parut cheddar/mozzarella diatasnya memenuhi permukaan inti.
  9. Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sebentar inti tu.
  10. Bila dah masak inti dan telur tu, balikkan roti seketika dan angkat.
    Roti john yang sudah siap dimasak itu tadi dituang sos,mayonis dan juga sos cheese serta kobis yang dihiris nipis diatasnya.
  11. Potong dan roti john sedia untuk dimakan.
  12. Roti John Cheese anda sudah siap untuk dihidangkan. Selamat berbuka puasa dengan roti john cheese meleleh ini.

Resepi Roti John Special

Roti John Special: Sumber Kak Ida’s Kitchen

Bahan-bahan:

  • Roti peranchis @roti hot dog@ roti burger
  • Bawang besar 2 ulas
  • Bawang puteh 2 ulas
  • Ikan bilis dlm suku cwn
  • Rempah kari 1 sudu besar tak kira kari daging @ikan janji rempah kari
  • Telur 10 biji @nak taruh lebih pun tk pe
  • Daun sup sikit dihiris halus
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang-bawangdan ikan bilis halus-halus lepas tu gaul dengan telur rempah kari dan daun sup. Lepas tu boleh lah di curah atas roti tadi dan digoreng.

Bahan Sos:

  • Cili sos dalam satu cawan
  • Air 3 cawan
  • Garam dan gula

Cara-cara:

  1. Masak kan dah mendidih tutup api. Rasanya mesti ada manis dan masin. Kalau nak pekat sikit letak tepung jagung dalam 1 sudu besar atau terpulang nak pekat macam mana tapi akak buat cair-cair sikit.
  2. Dah masak sos tu masukkan timun yang dah dibelah 4 hiris nipis. Dalam sos tu, ok selamat mencuba.

Resepi Roti John Kambing dengan Cheese

Roti John Kambing dengan Cheese: Sumber TOT

Bahan-bahan:

  • Daging cincang kambing
  • bawang besar – potong dadu kecil
  • bawang putih – tumbuk
  • 1 sudu kecil serbuk kurma
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • sedikit butter
  • telur – satu roti satu biji
  • roti hotdog gardenia

Cara-cara:

  1. Mula mula, tumis bawang – bawang dengan daging kambing dan serbuk kari n kurma. Biarkan masak sikit, kacau supaya masak sekata, bau macam inti karipap sikit.
  2. Panaskan kuali leper dan cairkan butter. Pecahkan telur dan masukkan daging yang dah dimasak, kacau dalam bekas dan tuang pada kuali panas, tekapkan roti yang dah di sapu butter.
  3. Terbalikkan sehingga masak dan waktu nak lipat letakkan cheese.

Resepi Roti John Mudah Dan Sedap

Roti John Mudah Dan Sedap: Sumber Yana Yassin

Bahan-bahan:

  • Roti panjang ( roti hotdog )
  • Daging cincang
  • Bawang merah di potong dadu
  • Telur
  • Garam
  • Lada hitam
  • Planta

Cara-cara:

  1. Campurkan daging cincang , Bawang Besar , Garam secukup rasa , telor dan Lada hitam.
  2. Sambil-sambil tu korang sapukan sedikit planta di roti dan bakaq dalam kuali.
  3.  Kemudian korang letak kan bahan yang digaul tadi kedalam kuali.
  4. Bila korang nampak daging nak masak sikit, tekap kan roti yang dah di letak planta tadi.
  5. Bila dah masak , boleh lah angkat.
  6. Ulang langkah hingga settle semua roti korang.
  7. Bila dah siap, boleh letak mayonis dan cili sos sesedap tekak korang.
  8. Roti John Sedap dan senang SIAP.

Resepi Roti John Syed Abdul Hakim

Resepi Roti John Syed Abdul Hakim

Roti John: Sumber Syed Abdul Hakim

Bahan-bahan:

  • Roti (kalau ada roti panjang yang besar tu lagi bagus)
  • Bawang Holland (setengah biji) *dipotong dadu*
  • Bawang Putih (4 ulas) *dipotong dadu*
  • Lada (depends on level kepedasan kau)
  • Daun sup 
  • Burger Daging (pastikan Ramly! baru beli)
  • Seasoning
  • Telur (5 biji)
  • Daging Cincang (200 gram)
  • Kobis 
  • Mayonnaise (mayonis lah tu)
  • Sos Cili

Cara-cara:

  1.  Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu. (minyak tak perlu banyak sebab nanti minyak dari daging cincang akan keluar ya).
  2. Kacaukan sehingga bawang-bawang tersebut layu dan berubah warna. (kau kena rilek ja masa nijangan terus masuk daging, tunggu ja sampai dia warna coklat sikit).
  3. Kemudian, masukkan daging cincang ke dalam kuali dan juga hirisan lada merah. Kacau sehingga tekstur daging dan warnanya berubah.
  4. Masukkan juga sedikit garam dan perasa (in this case aku guna Maggi cukup rasa) secukup rasa. Kemudian kita sprinkle kan sikit dengan lada hitam.
  5. Bila rasanya telah sempurna, boleh diangkat daripada dapur.
  6. Bila dah selesai buat inti daging tadi, ambil beberapa keping daging burger dan masakkan terlebih dahulu.  Pastikan kau letak sedikit marjerin di atas kuali. Semasa memasak daging, letakkan sedikit seasoning di atas setiap daging dan juga sprinkle sedikit black pepper supaya rasanya lebih sedap (aku selalu perhati orang jual burger and that’s how they do it!).
  7. Pastikan kau memasak dengan api yang sederhana supaya tekstur dan warna daging masih dalam keadaan yang cantik (manusia kan suka yang cantik-cantik. heh.)

Penyediaan Roti John:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan inti daging yang telah disediakan, perasakan dengan sedikit seasoning dan serbuk lada hitam. Turut dimasukkan juga daun sup yang telah dihiris halus dan kacau bancuhan sehingga sebati.
  2. Menggunakan kuali leper, letak sedikit marjerin di atas kuali. Apabila marjerin telah cair, tuangkan bancuhan telur bersama inti daging di atas kuali
  3. Potong roti panjang kepada separuh (pastikan tidak putus ya) dan telekupkan roti tersebut di atas bancuhan telur sebentar tadi (boleh rujuk gambar di atas). Tekan sedikit roti supaya ia mesra dengan bancuhan inti daging tersebut.
     
  4. Tunggu selama 2 ke 3 minit, sapu sedikit marjerin di bahagian atas roti. 
  5. Terbalikkan roti ke bahagian yang lain pula. Pastikan anda tidak membiarkan roti tersebut terlalu lama. Bahagian atas dia tu cepat masak, kalau biar lama sikit nanti hangus la jawabnya haha (actually aku pun overcooked sebab aku busy sangat multi-tasking! hahaha).
  6. Seterusnya, kau boleh letak sos cili, mayonis, kobis dan sayur-sayur yang diminati ke dalam roti yang telah siap dimasak. Macam aku, aku tak berapa gemar sangat tomato dan timunSo, untuk sayur aku cuma letak kobis haha. Letakkan juga daging burger yang telah dimasak tadi. Jika anda penggemar cheese, boleh juga untuk letakkan bersama.

Resepi Mudah Roti John Simple Dya Mohamad

Resepi Mudah Roti John Simple

Roti John Simple: Sumber Dya Mohamad

Bahan-bahan:

  • 6 biji Roti Frankfurter
  • Daging hancur(Ayam/daging lembu). Ikut sukahati engkorang.
  • Telur 3 biji
  • Daun sup
  • Daun bawang(kalau ada)
  • Sebijik bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam
  • Serbuk black pepper
  • Serbuk kari ayam atau daging

Cara-cara:

  1. Potong dadu bawang merah dan bawang putih.
  2. Ambil segenggam lebih daging hancur dan hancurkan lagi.
  3. Hiris manja daun sup.
  4. Panaskan kuali lepastu masukkan bawang merah dan bawang putih sampai naik bau. Kemudian masukkan daging hancur dan hancurkan lagi daging menggunakan senduk. Lepastu biarkan ia masak seketika, sampai hilang warna merah dekat daging.
  5. Kemudian masukkan kari ayam,ikut citarasa. Kalau nak rasa berkari gila-gila masukkan banyak.Aku masukkan 1 sudu lebih.
  6. Biarkan seketika sampai daging masak.
  7. Letakkan garam dan blackpepper.
  8. Lepastu masukkan semua ni kedalam telur dan kacau hingga sebati.
  9. Lepas tu, yang ni optional. Sapukan butter dekat roti.
  10. Biarkan dalam beberapa minit, lepas tu siap!
  11. Boleh makan dengan sos dan mayonis, letak berapa banyak yang korang nak. Letak Cheese pon sedap jugak, meleleh-leleh cheese tu nanti.

Penutup

Mudahkan, senang buat sendiri. Bagi mereka yang tidak menggemari daging, intinya boleh menggunakan ayam yang dipotong kecil atau ikan yang diasingkan tulangnya.

Anda juga boleh cuba resepi risoles sedap.

Leave A Reply

Your email address will not be published.