Enter your text here...
Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebuah pualu daerah Langkawi dan merupakan sebagai salah satu tumpuan pelancong. Perjalanan bot dari jeti Langkawi ke tasik ini boleh disewa dengan harga RM45 seorang. Tasik ini dinamakan sedemikian kerana jika anda melihat tasik ini ia kelihatan seperti wanita mengandung tang sedang baring. Terdapat bentuk kepala, dada dan perut dan disini juga terdapat Gua Langsuir. Ditengah pulau Dayang Bunting ini pula terdapat tasik air tawar uang sering dijadikan tumpuan pelancong untuk berenang disekitar situ.
Tasik Ayer Keroh
Tasek Air Keroh terletak di Ayer Keroh Melaka dimana tasik ini dijadikan tempat untuk beriadah malah melakukan aktiviti ekstrem seperti flyingfox, kayak, berenang, main flyboard,jet ski dan pelbagai lagi aktiviti mencabar yang lain. Ini menjadikan kawasan tasik ini sering menjadi tumpuan pengunjung.
Tasik Bera
Tasik Bera pula terletak di Jerantut Pahang namun tasik ini tak sepopular tasik kenyir dan tasik yang lain kerana ia sering menjadi tumouan pemancing dan nelayan kebanyakannya yang mahu menangkap ikan. Tasik ini agak luas dan cantik sebenarnya. Namun masih terdapat pengunjung yang datang untuk melihat kawasan sekitar dan berjogging.
Tasik Chini
Tasik Kenyir
Tasik Kenyir merupakan tasik yang terkenal di Malaysia. Merupakan tasik terbesar buatan manusia untuk menjana kuasa eletrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 260km dan mengandungi 340 pulau kecil. Luasnya ! Kebanyakan pelancong asing yang datang ke sini untuk memancing dan bersantai malah mereka juga menyewa pakej Boathouse yang berharga sekitar RM3500 untuk setiap bot. Boathouse tersebut lengkap seperti rumah. Kini Kuala Berang dipandang masyarakat kerana kewujudan Tasik Kenyir ini.
Tasik Banding
Terletak di antara Lebuh raya Timur Barat diantara negeri Perak dan Jeli manakala luasa nya pula 240 hektar. Tasik Banding juga menyediakan pakej Boathouse buat anda yang mahu bersantai di atas tasik ini. Anda boleh melihat alam flora sekitar yang sangat cantik da unik dan tasik ini berada dalam kawan Hutan Belum. Malah disini juga terdapat chalet,pysat maklumat,restoran dan kemudahan yang lain. Kawasan ini tidak lah begitu sunyi walau waktu malam kerana menjadi perjalanan orang utara ke Kelantan.
Taman Tasik Titiwangsa
Siapa yang tinggal di Kuala Lumpur tapi tidak kenal dengan Tasik Titiwangsa ? Merupakan tasik buatan manusiadan berkeluasan 57 hektar. Dijadikan tempat beriadah seperti jogging, berbasikal, kayak, menunggang kuda dan pelbagai aktiviti riadah yang lain. Namun tasik ini tidak dibuka 24 jam, ia dibuka dari pukul 7 pagi sehingga 9 malam.
Tasik Putrajaya
Tasik Putrajaya agak unik kerana disini menyediakan cruise untuk pelancong menaiki mengelilingi sekitar tasik tersebut. Anda boleh melihat kawasan sekitar yang sangat cantik dan tenang. Malah dalam cruise ini juga terdapat tempat makan yang kelihatan mewah dan kemudahan yang lain. Dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 2003 menjadikan ia sebagai salah satu tumpuan pelancong. Selain cruise terdapat juga pakej Perahu Dondang Sayang dimana memuatkan sehingga 6 orang penumpang. Perahu ini kelihatan lebih klasik malah ia menjadi salah satu kegemaran pelancong asing yang mahukan pengalaman yang berbeza.
Tasik Temenggor
Tasik Temenggor merupakan tasik yang sama dengan Tasik Banding kerana terletak di Pulau Banding. Menjadikan salah satu tumpuan oelancong untuk ke Grik dan Kelantan.
Taman Tasik Perdana
Taman Tasik Perdana terletak di Kuala Lumpur dimana disini terdapat tarikan seperti Taman Burung, Taman Kupu-Kupu dan Planeterium. Jadi inilah masa untuk anda membawa keluarga anda bersantai melihat apa yang ada disekitar tasik ini. Terdapat juga taman Rusa disini menjadikan ia lebih unik. Taman Burung disini mempunyai sekitar 3000 ekor burung dari 200 spesis yang berbeza. Harga masuk untuk ke Taman Burung ini sekitar RM39 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak.
Tasik merupakan tempat bersantai dan beriadah buat kita. Jadi dengan Tasik-Tasik Yang Cantik di Malaysia itu membuatkan anda lebih merasa seronok beriadah daripada hanya duduk di rumah.