Sebagai umat Islam kita diseru agar memohon pertolongan daripada Allah kerana Allah suka kepada manusia yang meminta-minta kepadaNya. Semakin banyak kita meminta semakin Allah sayang kepada kita. Namun, tidak semua apa yang kita pinta itu termakbul dengan cepat. Berbagai cara Allah menjawab atau memakbulkan permintaan kita itu. Semua nya berhikmah.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi)
Sama ada Allah betul-betul memakbulkan permintaan kita atau Allah memberi yang lebih baik daripada yang kita minta itu. Jadi jangan berputus asa untuk memohon kepada Allah. Selain memohon selepas solat 5 waktu , kita juga disunatkan untuk melakukan solat hajat. Jadi , mari kita lihat cara untuk melakukan solat sunat hajat.
Niat Solat Hajat
Maksudnya : " Sahaja aku sembahyang sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala".
Rakaat Pertama
Menangkat takbir dan membaca Surah Al-Fatihah. Dikuti Surah Al-Kafirun.
Maksudnya :
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Maksud :
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!"
2. Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.
3. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.
4. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.
6. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku.
Rakaat Kedua
Dimulakan dengan membaca Surah Al-Fatihah diikuti Surah Al-Ikhlas.
Maksudnya :
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
Maksudnya :
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang
- Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
- Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
- Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
- Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Kemudian membaca wirid dan beristighfar
Maksudnya : Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
Maksudnya : Maha Suci Allah segala puji bagi allah tiada tuhan melainkan allah Allah maha besar , Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Diikuti selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Maksudnya : Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
Kemudiannya membaca ayat Qursi.
Maksudnya :
Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).[Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
Doa Solat Sunat Hajat
Maksudnya :
Ya allah , sesungguhnya daku memohon kepada-Mu dengan keteguhan kemuliaan arasy-mu dan setinggi rahmat yang telah dikau tentukan dalam kitab-mu dan dengan nama mu yang agung , wajah mu yang maha tinggi dan kalimah-kalimah mu yang sempurna. tiada tuhan melainkan allah maha ikhsan lagi maha pemurah. maha sucu allah tuhan pemelihara arasy yang mulia. segala puji bagi allah tuhan pentadbir seluruh alam , daku memohon kepada mu dengan segala sebab untuk mendapatkan rahmat mu dan segala kepastian untuk mendapatkan pengampunan mu terhindar daripada maksiat beruntung daripada setiap kebaikan dan selamat dari segala dosa. tiada tinggal dosa kepadaku kecuali engkau ampunkan , tiada walau kesusahan kecuali engkau lapangkan , tiada bebabni hutang kecuali melepaskan , tiada satu pun penyakit kecuali disembuhkan , tiada kefakiran dan kemiskinan kecual dikau memberi kekayaan , tiada kejahilan melainkan dikau ajarkan tiada persaingan melainkan dikau memberi kemenangan , tiada keaiban melainkan dikau tutupkan , tiada kematian kecuali engkau dikau rahmati , dan tiada satu hajat yang engkau redhai kecuali dikau makbulkan. Ya allah aku hadapkan wajahku pada mu untuk memenuhi hajat ku ini. semoga ia dikabulkan. wahai yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Waktu digalakkan Solat Sunat Hajat :
- Malam Jumaat
- Selepas Solat Maghrib
- Dua per tiga Malam
- Selepas Solat Dhuha
Pinta dengan Allah dengan bersungguh , tunjukkan bahawa kita amat perlukan pertolongan dari Allah kerana dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pasti akan menolong hambaNya yang dalam kesusahan dan memerlukan PertolonganNya.