fbpx

9 Resepi Pengat Pisang Paling Sedap (Pencuci Mulut Popular Ketika Berbuka & Moreh)

Hari ini saya nak kongsi resepi pengat pisang yang sedap. Rasanya manis-manis, lemak masin secukup rasa pasti menyelerakan. Nak makan panas-panas pun sedap, dihidangkan sejuk pun sedap. Kalau cicah roti lagi sedap! Alahai, rindunya masakan mak di kampung kan. Apa kata kali ini kita buat sendiri sementara nak tunggu balik kampung untuk beraya kali ini. Mudah je nak buat pengat pisang ini. Tips isi pengat pisang kenyal dan tidak hancur, anda boleh cuba rendam pisang seketika dengan air kapur supaya isinya kenyal dan tidak hancur bila dimasak pengat. Oh ya! Resepi pengat pisang ini cukup sesuai untuk dijadikan pencuci mulut ketika berbuka dan moreh. 

Resepi Pengat Pisang Dan Ubi Mat Gebu

Pengat Pisang Dan Ubi Mat Gebu

Pengat Pisang Dan Ubi: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • Ubi kayu secukupnya
  • 2 biji pisang tanduk
  • 2 helai daun panda, disimpul
  • 2 1/2 camca besar biji sago rumbia, cuci dan toskan
  • 500 ml air
  • 500 ml santan
  • Secubit garam
  • 1 ketul gula melaka, dipotong kecil*
  • 1/3 cawan gula pasir*(*dimasak hingga larut dan tapis)

Cara-cara:

  1. Ubi kayu, dikupas, potong dadu dan rebus hingga empuk, toskan. Pisang tanduk dipotong sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan air gula, air dan daun pandan. Masak hingga mendidih, tambah ubi rebus dan biji sago rumbia. Masukkan secubit garam. Biar mendidih.
  3. Bila biji sago kelihatan jernih, masukkan pisang dan santan. Kacau perlahan dan rasa jika perlu tambah sedikit lagi gula pasir (ikut suka, nak manis letak lebih, tapi pengat ni manis-manis manja dah sedap).
  4. Biar mendidih sekejap hingga pisang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh dihidangkan panas atau sejuk, boleh juga dimakan bersama roti putih.

Resepi Pengat Pisang Azlita Aziz

Pengat Pisang Azlita Aziz

Pengat Pisang: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 sikat pisang nipah ~ potong 2
  • 250 gram sagu di rendam hingga kembang
  • 200 gram gula pasir
  • 100 gram gula Melaka
  • 3 helai daun pandan ~ di simpul
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya

Cara-cara:

  1. Didihkan air dalam periuk dan rebus pisang hingga lembut ( kalau pisang dah masak tak payah rebus).
  2. Kemudian masukkan sago dan masak hingga sago jernih, masukkan gula, gula melaka dan masak hingga gula larut.
  3. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Biarkan didih. Angkat dan hidangkan.

Resepi Pengat Pisang Che Nom

Resepi Pengat Pisang Che Nom

Pengat Pisang: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 3-4 biji pisang tanduk
  • 2 mangkuk santan pekat
  • 2 mangkuk santan cair
  • (ATAU boleh gantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air)
  • 1/2 cawan sagu, bersihkan
  • 2-3 keping nisan/gula melaka
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Buang kulit pisang tanduk dan hiris setebal 1-2 cm.
  2. Rendam dalam air kapur selama 1/2 jam (optional).
  3. Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk. Masak pisang bersama santan cair, sagu, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan. Kacau dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
  4. Masukkan pula santan pekat dan kacau seketika. Apabila kuah mula mendidih, tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Tips:

  • Pisang boleh direndam dengan air kapur seketika supaya isi menjadi kenyal dan tidak hancur.
  • Kuah santan harus dikacau dengan kerap di atas api perlahan supaya kuah tidak berketul.

Resepi Pengat Pisang Nipah Yang Sedap Azie Kitchen

Pengat Pisang Nipah Yang Sedap Azie Kitchen

Pengat Pisang Nipah Yang Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 sikat pisang kebatu
  • 1 biji kelapa parut – santan
  • 2 keping gula Melaka
  • 1/4 cawan gula pasir – ikut manis disukai
  • 1 sudu kecil garam kasar
  • 5 sudu besar biji sagu
  • 2 helai daun pandan
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Masak gula Melaka dengan air dan daun pandan sehingga gula Melaka hancur.
  2. Satukan air gula Melaka dengan santan dan pisang. Kacau rata sehingga pisang lembut. Nota; Jika pisang belum cukup masak, boleh masak pisang dengan air gula Melaka terlebih dahulu sebelum dimasukkan santan.
  3. Setelah mendidih, masukkan gula pasir dan garam. Kacau lagi.
  4. Setelah separuh pisang lembut, masukkan biji sagu yang telah direndam. Masak lagi sehingga biji sagu menjadi jernih dan pisang lembut elok. 
  5. Jika kuah terlebih pekat, bolehlah tambah air panas kerana setelah sejuk kuah akan menjadi lebih pekat.
  6. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 

Nota:

  • Sagu boleh dimasukkan dengan cara memasaknya terlebih dahulu. Dengan ini, kita boleh mengagak kepekatan kuahnya.
  • Caranya ialah sagu dimasak sehingga menjadi jernih. Angkat dan tuang ke dalam bekas penapis. Lalukan bawah air paip dan kacau rata untuk membuang kanjinya. Tinggal biji sagu sahaja. 
  • Tuangkan sagu tadi ke dalam periuk pengat tadi. Kacau rata. 

Resepi Pengat Pisang Mudah Bella Jamal

Resepi Pengat Pisang Mudah Bella Jamal

Pengat Pisang Mudah: Sumber Bella Jamal

Bahan-bahan:

  • 5 biji pisang
  • 1-2 ketul gula melaka
  • 1 cawan santan
  • 2 sudu teh gula pasir
  • Sedikit air
  • Garam
  • Daun pandan

Cara-cara:

  1. Masukkan gula melaka, gula pasir dan sedikit air. Masak sehingga gula cair.
  2. Kemudian masukkan santan dan daun pandan, masak hingga santan mendidih.
  3. Kacau sentiasa untuk elak santan berketul. Dah mendidih bolehla masukkan pisang.
  4. Tambah sedikit garam untuk tambah rasa lemak dan boleh tutupkan api.

Tips:

  • Kalau tambahkan sagu, boleh masukkan sikit sahaja semasa didihkan santan. Letak sikit untuk elak kuah kering dan terlalu pekat.
  • Sukatan santan, agak-agak santan tu boleh tenggelamkan pisang yang kita nak buat.
  • Kuah santan kena kacau kerap atas api perlahan untuk elak kuah berketul.

Resepi Pengat Pisang Yang Mudah Adianiez

Resepi Pengat Pisang Yang Mudah Adianiez

Pengat Pisang Yang Mudah: Sumber Adianiez

Bahan-bahan:

  • pisang 
  • santan – 1 kotak kecil
  • gula melaka – 2 ketul saiz mini / 7 sudu besar / 80-100gram 
  • gula pasir – 2 sudu besar
  • air – 2 cawan
  • sagu – setengah cawan 
  • daun pandan – 2 helai

Cara-cara:

  1. Sagu dicuci. Direndamkan dahulu dalam beberapa minit. Tapis dan ketepikan.
  2. Masukkan air, daun pandan, gula melaka dan gula pasir dalam periuk. Kacau hingga gula melaka dan gula pasir mencair.
  3. Masukkan sagu dan santan. Kacau hingga sagu menjadi jernih.
  4. Masukkan pisang dan kacau sekejap. SIAP!

Resepi Pengat Pisang Dan Keladi Amie’s Little Kitchen

Resepi Pengat Pisang Dan Keladi Amie's Little Kitchen

Pengat Pisang Dan Keladi: Sumber Amie’s Little Kitchen

  • 3 biji pisang nangka – buang kulit dan potong serong setebal 1cm
  • 1 biji keladi – buang kulit dan potong dadu
  • 1 tin jagung
  • 1/2 cawan biji sagu – rendam hingga kembang
  • 250 gram gula melaka – larutkan dalam 200ml air panas
  • 200 ml santan
  • sehelai daun pandan – disimpul
  • secubit garam

Cara-cara:

  1. Rebus keladi menggunakan 300ml air hingga empuk bresama daun pandan.
  2. Masukkan jagung, dan pisang.
  3. Masukkan air gula melaka dan secubit garam.
  4. Masukkan santan diikuti dengan biji sagu.
  5. Kacau sehingga biji sagu kembang dan keluar buih kecil.
  6. Matikan api.
  7. Pengat Pisang & Keladi sedia untuk dihidangkan.

Resepi Pengat Pisang Bersagu Yatie Memories

Pengat Pisang Bersagu Yatie Memories

Pengat Pisang Bersagu: Sumber Yatie Memories

Bahan-bahan:

  • 3 biji pisang tanduk
  • 1/2 cawan sagu biji- cuci dan rendamkan dlm 3 minit
  • Air secukupnya utk merebus pisang dan sagu

Bahan Kuah:

  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 3 sudu besar gula merah +1/2 cwn air, gaul rata dan tapiskan
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan- di simpulkan

Cara-cara:

  1. Buangkan kulit pisang dan hiris serong. Rebus pisang tanduk sehingga separuh masak.. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Jangan rebus lama sangat ya, nanti tak cantik pisangnya.
  2. Sementara tu, dlm periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu yang telah di rendamkan tadi. Masak hingga jernih semuanya. Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan dulu.
  3. Di dalam periuk yang lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yang sudah di tapis tadi dan gula pasir. Masak hingga hampir mendidih. 
  4. Masukkan pisang tadi, sagu dan daun pandan…gaul sebati.
  5. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah…biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

Resepi Pengat Pisang Bersagu Gee Cuisine

Pengat Pisang Bersagu Gee Cuisine

Pengat Pisang Bersagu: Sumber Gee Cuisine

Bahan Sagu:

  • 1/3 cawan sagu
  • 2 cawan air

Bahan Pengat Pisang:

  • 7 biji pisang abu (saiz sederhana)
  • 1 keping gula melaka
  • 2 senduk gula perang
  • secubit garam
  • 2 cawan air
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara:

  1. Mula-mula, masakkan sagu terlebih dahulu. Panaskan air sehingga mendidih, kemudian masukkan terus biji sagu ke dalam air tersebut. Apabila biji sagu telah kembang dan masak sekata, angkat dan letak dalam penapis. Lalukan sagu yang telah masak itu di bawah paip air yang mengalir dan kacau-kacau sekejap. Ketepikan.
  2. Pisang abu dipotong serong mengikut saiz yang dikehendaki.
  3. Didihkan air dan masukkan daun pandan, gula melaka, garam dan gula perang. Selepas gula melaka dan gula perang telah hancur dan air mendidih, masukkan pisang dan tunggu sehingga pisang setengah masak (dalam 5minit).
  4. Selepas itu, masukkan santan pekat dan kacau-kacau sebati. Apabila hampir mendidih, terus masukkan sagu yang telah disediakan tadi. Kacau sebati dan perasakan dengan gula secukup rasa. Selepas mendidih, bolehlah ditutup api dan dihidangkan.

Nota:

  • Untuk sagu, jangan cuci dahulu sebelum dimasak supaya sagu tidak hancur. Pasikan air betul-betul mendidih sebelum dimasukkan sagu. Sepanjang memasak sagu ini, kacau sagu tersebut setiap 3 minit untuk mengelakkannya menjadi berketul.
  • Selain pisang abu, boleh juga gunakan pisang tanduk dan pisang berangan.
  • Selepas santan dimasukkan, pastikan sentiasa di kacau supaya santan tidak berketul.

Penutup

Mudah je nak sediakan resepi pengat pisang ini. Jom kita cuba bersama untuk ramadhan kali ini.

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.