fbpx

Resepi Pulut Ayam Thai

0

Pulut Ayam Thai , Resepi Pulut Ayam Thai ini agak ringkas namun walaupun agak pelik makan pulut kosong dengan ayam sebegitu , namun ia menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap. Tak cuba tak tahu.

Resepi Pulut Ayam Thai
Rated 3.3 stars3.3
Serves
6
Cuisine
Thai
Course
Pencuci Mulut
  • Your Rating



Kebanyakan yang mencari Resepi Pulut Ayam Thai pasti akan suka kan resepi ini kerana agak ringkas untuk dibuat dan yang penting sedap. Jimatlah sikit jika dibandingkan untuk dibeli dikedai. Ringkas je kan resepi Pulut Ayam Thai ni? Selamat Mencuba.

Nutrition


1796
46 g

Ingredients


500gm beras pulut - direndam
2 helai daun pandan
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
2 sudu besar rempah kari daging
1/4 cawan tepung beras
2 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
Dikisar atau ditumbuk lumat
5 ulas bawang putih
1 batang serai
2cm halia
1/2 sudu teh lada hitam
Bahan sampingan
Bawang merah goreng - untuk ditabur atas pulut
Sos cili Thai secukupnya

Directions


Prep
260 minit
Cook
60 minit
Ready In
320 minit

  1. Basuh beras pulut, simpulkan daun pandan dan kukus hingga masak. Ketepikan seketika. Selalunya beras pulut direndam terlebih dahulu selama 3 hingga 4jam sebelum dikukus.
  2. Tips : untuk mempercepatkan proses tersebut, rendam beras pulut dengan air mendidih selama 15 ke 20minit toskan dan boleh terus dikukus.
  3. Gaul ayam dengan bahan tumbuk, rempah kari, serbuk kunyit, garam dan tepung beras. Perapkan dalam 10minit, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan.
  4. Goreng bawang merah sehingga kekuningan dan angkat. Pulut ayam lebih enak dimakan bersama-sama bawang goreng yang dihasilkan sendiri.
  5. Hidangkan pulut kukus bersama ayam goreng, taburan bawang goreng serta sos cili Thai

Kebanyakan yang mencari Resepi Pulut Ayam Thai pasti akan suka kan resepi ini kerana agak ringkas untuk dibuat dan yang penting sedap. Jimatlah sikit jika dibandingkan untuk dibeli dikedai.
Ringkas je kan resepi Pulut Ayam Thai ni? Selamat Mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.