fbpx

4 Contoh Surat Berhenti Kerja (UPDATED 2018)

Anda ingin berhenti kerja ? Tapi tidak tahu cara untuk menulis surat berhenti kerja ? Disini kami ada tunjukkan contoh yang anda boleh lakukan sebagai panduan untuk menulis surat perletakan jawatan. 

Surat Berhenti Kerja Serta Merta

Ini adalah contoh surat berhenti kerja serta merta. Sebelum menghantar surat ini pastikan anda menyemak dahulu perjanjian antara anda dan majikan. Sekiranya anda melanggar perjanjian, majikan boleh menyaman anda.

17 Ogos 2018

Fatihah Binti Abdul Karim
Lot 43 ,Jalan Dusun, Taman Bunga
26779 Rantau Panjang
Kedah Darul Aman


Tuan Haji Ahmad Bin Abdul Fatah
Pengarah Syarikat Masdo Sdn Bhd
48700 Permatang Pauh,
Pulau Pinang.

Tuan, 

PERLETAKAN JAWATAN SERTA MERTA

Berdasarkan maklumat tertera di atas, saya NAMA ANDA menulis surat perletakan jawatan ini sebagai NAMA JAWATAN dengan Syarikat Masdo Sdn Bhd. Hari terakhir perkhidmatan saya akan tamat pada 31 Ogos 2018 mengikut kontrak sedia ada syarikat.

Saya amat menghargai dan mengenang jasa baik peluang yang telah diberikan oleh Syarikat Masdo Sdn Bhd selama ini , saya doakan agar syarikat ini akan mencapai kejayaan di masa akan datang. 

Pada masa yang sama , saya mengharapkan kerjasama dan bersedia membantu di dalam urusan perletakan jawatan ini jika memerlukan kehadiran saya. 

Sekian , terima kasih.

Yang Benar 

-----------------

NAMA
JAWATAN

Surat Berhenti Kerja Dalam Masa 24 Jam

Ini pula surat berhenti kerja dalam masa 24 jam. Seeloknya sebelum memberikan notis ini, maklumkan kepada majikan terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak di ingini.

17 Ogos 2018

Fatihah Binti Abdul Karim
Lot 43 ,Jalan Dusun, Taman Bunga
26779 Rantau Panjang
Kedah Darul Aman


Tuan Haji Ahmad Bin Abdul Fatah
Pengarah Syarikat Masdo Sdn Bhd
48700 Permatang Pauh,
Pulau Pinang.

Tuan, 

PERLETAKAN JAWATAN DALAM MASA 24 JAM

Berdasarkan maklumat tertera di atas, saya NAMA ANDA menulis surat perletakan jawatan ini sebagai NAMA JAWATAN dengan Syarikat Masdo Sdn Bhd. Hari terakhir perkhidmatan saya akan tamat pada 31 Ogos 2018 mengikut kontrak sedia ada syarikat.

Saya amat menghargai dan mengenang jasa baik peluang yang telah diberikan oleh Syarikat Masdo Sdn Bhd selama ini , saya doakan agar syarikat ini akan mencapai kejayaan di masa akan datang. 

Pada masa yang sama , saya mengharapkan kerjasama dan bersedia membantu di dalam urusan perletakan jawatan ini jika memerlukan kehadiran saya. 

Sekian , terima kasih.

Yang Benar 

-----------------

NAMA
JAWATAN

Surat Berhenti Kerja Notis 2 Minggu

Kebiasaannya ini adalah tempoh berhenti kerja yang disenangi majikan dan pekerja. Notis 2 minggu memberi masa yang cukup bagi kedua-dua belah pihak untuk mempersiakan diri. Berikut adalah contoh surat berhenti kerja dalam masa 14 hari.

Penama,
Alamat penghantar


Pengurus,
Pizza Hut Kota Samarahan,
Sublot 37 & 38, Desa Fasa 5,
94300 Kota Samarahan,
Sarawak                                                                                       27 Ogos 2012

Tuan,

PERLETAKAN JAWATAN NOTIS 2 MINGGU

Berdasarkan perkara di atas, saya Penama memangku jawatan pelayan restoran PizzaHut Kota Samarahan ingin meletakkan jawatan yang akan berkuat kuasa pada 2 September 2012.

2. Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini meninggalkan kesan terhadap syarikat tuan. Tujuan saya mengemukakan permohonan berhenti ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaaan yang baru dan saya amat berterima kasih di atas kesudian pihak tuan memberi tunjuk ajar dan membimbing saya selama ini.

3. Dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala nasihat, tunjuk ajar serta keperihatinan pihak tuan selama saya berkhidmat di syarikat tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,



......................... 


Tandatangan

Nama
Jawatan

Surat Berhenti Kerja Notis Sebulan

Ada syarikat yang meletakkan syarat untuk berhenti haruslan 30 hari atau sebulan lebih awal. Sekiranya berhenti lebih awal, maka anda mungkin dikenakan denda atau tindakan sewajarnya. Justeru anda harus berhati-hati.

Kampung Hilir,
Sentul Pasar,
51000 Kuala Lumpur


Bahagian Sumber Manusia
PUNCAK HOLDING SDN. BHD
No. 7 Jalan 1/46A,
Selingsing 7,
Taman Niaga Waris,
51200 Kuala Lumpur                                                                     24 Julai 2017

Tuan/Puan

PERLETAKAN JAWATAN NOTIS SEBULAN

Merujuk kepada perkara di atas, saya ____________________________________ bertugas sebagai Account Officer ingin memaklumkan kepada pihak Tuan/ Puan tentang perletakan jawatan saya di Puncak Holding Sdn. Bhd. sebagai Kerani Kaunter bermula pada 24 Julai 2017.

2. Untuk makluman, perletakan jawatan ini di sebab kan saya telah mendapat tawaran pekerjaan baru. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan/Puan kerana memberi saya peluang untuk berkhidmat di syarikat ini dan di atas keprihatinan yang diberikan.

3. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan puan dapat memberi kerja sama dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,



......................... 


Tandatangan

Nama
Jawatan

Kesemua template surat berhenti kerja ini boleh disalin dan diubah suai mengikut kemahuan anda semua. Paling penting sebelum berhenti kerja, pastikan anda menyemak peraturan yang terlah dipersetujui di dalam kontrak.

Leave A Reply

Your email address will not be published.