fbpx

Resepi Salad Buah Sedap Dan Sihat (13 Menu Diet Buat Orang Tersayang!)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi salad buah sedap. Rasanya masam-masam manis yang mampu menggembirakan perut anda. Buah-buahan adalah sangat bangus kerana ia melawaskan perut kita dan juga memberi vitamin kepada kita.  Memang sihat, lazat dan rasa buahnya segar serta menyejukkan tekak. Rasanya pun cukup special, lain daripada lain! Anda juga boleh cuba resepi salad makaroni buah, iaitu makanan daripada Sabah dan sangat unik . Rasanya seperti koktel buah diselit dengan macaroni. Mesti anda pelik dan cuba membayangkan rasanya bukan? Cuba resepi yang kami kongsikan dan pasti anda tidak akan menyesal kerana ianya sangatlah sedap dan berkhasiat!

Resepi Salad Buah Paling Senang Ida Baharum

Salad Buah Paling Senang Ida Baharum

Salad Buah Paling Senang: Sumber Ida Baharum

Bahan-bahan:

  • Buah (ikut suka nak guna buah apa) 
  • Yogurt (cari 0% FAT) 
  • Sos Salad Buah
  • Salad

Cara-cara:

  1. Basuh semua Salad dan Buah. Potong dadu buah. kalau ada epal, celup celup dengan air garam dulu, kang epal bertukar warna korang tak lalu nak makan pulak kan.
  2. Campur semua buah dan salad dalam mangkuk. Campurkan sekali Yogurt & Sos Salad Buah dan kacau rata tau.
  3. Dah siap. Masukkan dalam freeze nak bagi sejuk. Makan salad buah dalam keadaan sejuk sedap.

Resepi Salad Buah Berkeju Mak Frida

Salad Buah Berkeju Mak Frida

Salad Buah Berkeju: Sumber Mak Frida

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji buah tembikai susu (honeydew)
  • 1/2 buah biji tembikai
  • 200 gram buah mata kucing/longan
  • 1 biji buah nanas
  • 1 biji buah naga
  • 200 gram buah anggur
  • 160 gram susu pekat manis
  • 160 gram yogurt Greek
  • 160 gram mayonis
  • 200 gram keju cheddar

Cara-cara:

  1. Potong buah-buahan berbentuk dadu kecil. Buah anggur dibelah dua dan buah mata kucing dibuang bijinya. Campurkan kesemua buah dan gaul rata.
  2. Dalam bekas berasingan, campur susu pekat manis, yogurt dan mayonis. Kacau sebati.
  3. Tuang sos tadi ke atas campuran buah.
  4. Seterusnya parut keju cheddar diatas buah dengan secukupnya.
  5. Sejukkan salad buah sebelum dinikmati.

Resepi Salad Buah Berkeju Sklicious

Salad Buah Berkeju Sklicious

Salad Buah Berkeju: Sumber Sklicious

Bahan-bahan

  • Buah apa-apa jenis potong dadu
  • 1 Cawan plain Yogurt*
  • 1 Cawan Mayonis*
  • 1/2 Cawan Susu Pekat*
  • Cheddar Cheese

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan bertanda * dan masukkan buah gaul rata. Taburkan Cheddar dan hiaskan.
  2. Sedap dimakan sejuk.
  3. Selamat mencuba.

Resepi Creamy Fruit Salad Yang Cukup Special

Resepi Creamy Fruit Salad Yang Cukup Special

Creamy Fruit Salad Yang Cukup Special: Sumber Nazurah Hassan

Bahan-bahan:

  • Fruit Cocktail (Jenama apa pun boleh)
  • Susu Pekat
  • Cheddar Cheese
  • Nestle Cream (Mesti ada baru sedap)
  • Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
  • Buah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)

Cara-cara:

  1. Mula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang. Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.

  2. Seterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.

  3. Keluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.

  4. Sekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul. Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap.

  5. Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.

  6. Kemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sampai korang puas hati.

  7. Bila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk.

Resepi Salad Buah Tropika

Resepi Salad Buah Tropika

Salad Buah Tropika: Sumber eatatrowes

Bahan-bahan:

  • satu betik,dikupas dan dipotong dadu 3/4 inci (5 cawan)
  • dua Mangga,dikupas dan dipotong dadu 3/4 inci (2 1/2 cawan)
  • satu nanas segar,dikupas dan dicincang menempah jus kiub 3/4 inci (4 cawan)
  • dua pisang besar,dikupas dan dipotong dadu 3/4 inci (2 cawan)
  • 1/4 cawan kelapa parut segar,untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Satukan betik, mangga, dan nanas dalam mangkuk besar dan masukkan jus dari nanas.
  2. Tutup dan sejukkan hingga sejuk.
  3. Sebelum disajikan, masukkan pisang dan hiaskan dengan kelapa segar.

Resepi Salad Buah-Buahan Yang Mengenyangkan

Resepi Salad Buah-Buahan Yang Mengenyangkan

Salad Buah-Buahan Yang Mengenyangkan: Sumber Daily Makan

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah pelam
  • 2 biji epal hijau
  • 2 biji epal merah
  • Aggur
  • Kismis hitam ikut nk banyak mana
  • Anggur tu saya beli rm5.99 nk letak semua boleh
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 Yogurt rendah lemak perisa strawberi
  • 5@6 sudu mayonis buah-buahan

Cara-cara:

  1. Potong kecil semua buah-buahan dan satukan.
  2. Letakkan kismis ikut banyak mana nak.
  3. Letakkan susu cair, yogurt dan mayonis. Gaul sebati.
  4. Siap!

Resepi Salad Buah Suzana Ibrahim

Salad Buah: Sumber Suzana Ibrahim

Bahan-bahan:

  • 1 biji honey dew
  • 4 biji epal merah/hijau
  • 2 biji mangga masak
  • 1/2 biji betik masak
  • 1 tangkai anggur merah dan hijau
  • 1 tin nenas kiub(saya tambah)
  • mayones secukupnya
  • sedikit gula
  • 1 cawan yogurt apa-apa perisa(saya tambah)

Cara-cara:

  1. Basuh bersih semua buah-buahan.
  2. Masukkan air ke dalam bekas dan perahkan sedikit air limau nipis(supaya buah tidak bertukar warna bila di potong).
  3. Potong dadu buah-buahan dan masukkan ke dalam air kecuali betik dan mangga.
  4. Toskan masukkan semua buah-buahan ke dalam mangkuk besar dan tambahkan sedikit gula, mayones, yogurt dan nenas tin(buangkan sirapnya).
  5. Gaulkan hingga bercampur rata dan sejukkan . Sedia untuk di hidangkan.

Resepi Salad Buah Enak Berkonsep Mediterranean

Salad buah enak berkonsep Mediterranean

Salad Buah Enak Berkonsep Mediterranean: Sumber Sotong20

Bahan-bahan:

  • 1 sudu + 3 sudu minyak zaitun
  • 1 biji buah pir
  • 1 biji mangga
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji limau nipis
  • 1 biji bawang besar
  • 8 biji telur puyuh
  • 1/3 sudu teh garam
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 2 mangkuk air
  • 2-5 biji kekacang seperti kacang brazil, badam dll (dikepingkan)
  • 8 biji buah zaitun hitam (pitted)
  • 1 batang pasli

Cara-cara:

  1. Didihkan air, rebus telur puyuh.
  2. Panaskan 1 sudu minyak zaitun di wok dan masakkan buah tomato sehingga menghasilkan jus.
  3. Kupas kulit buah mangga dan buah pir, potong jadi saiz yang lebih kurang 2x6cm. Buah pir direndam dalam air bergaram supaya tidak berlakunya pengoksidaan). Hiris bawang besar. Sediakan jus limau nipis. Pasli dicincang.
  4. Kekacang dihiris menjadi kepingan.
  5. Kupas kulit telur puyuh dan kulit tomato
  6. Masukkan buah mangga, buah pir, buah zaitun, tomato, bawang besar dan telur puyuh di pinggan salad, tambah jus limau nipis, 3 sudu minyak zaitun, tabur dengan pasli, garam dan serbuk lada hitam.
  7. Kacau gaul dan sedia untuk dihidang. Yummy, enaknya.

Salad Buah Dealova Gyna Elenna

Salad Buah Dealova Gyna Elenna

Salad Buah Dealova: Sumber Gyna Elenna

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah oren
  • 1/4 biji buah limau bali
  • 1 biji buah avacado
  • 2 cawan buah strawberry
  • 1 cawan buah anggur
  • 1/4 biji buah rock melon
  • 2 batang daun rosemary
  • 1/2 biji perahan lemon
  • Kacang almond (secukupnya)

Cara-cara:

  1. Basuh bersih buah-buahan dan daun rosemary. Kupas buah oren dan avocado. Potongkan dadu.

  2. Taburkan daun rosemary. Perah lemon dan gaul rata. Tabur kacang almond. Sejukkan sebelum dihidang.

     

Resepi Salad Makaroni BuahSalad Makaroni Buah (1)

Salad Makaroni Buah: Sumber My Resepi

Bahan-bahan:

  • 500 gram makaroni rebus dan toskann
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan mayonis Lady’s  Choice
  • Serbuk agar-agar perisa anggur (gula  4 sudu besar ditambah bersama air 700 ml)
  • Buah campur dalam tin
  • Buah laici

Cara-cara:

  1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan didihkan bersama serbuk agar-agar jelly perisa anggur.
  2. Kemudian tuangkan ke dalam loyang dan biarkan beberapa minit. Setelah ia mengeras, hiris dadu ikut saiz comel-comel yang anda suka.
  3. Rebus makaroni sehingga lembut, bilas dengan air sejuk dan toskan. 
  4. Masukkan susu pekat ke dalam bekas makaroni, mayonis dan agar-agar yang sudah dipotong dadu. 
  5. Masukkan buah campuran dalam tin dan laici. Gaulkan sebati dan siap untuk dimakan. Lagi banyak buah lagi sedap. Makan masa sejuk-sejuk.

Resepi Congo (Kinshasa) Fruit Salad

Congo (Kinshasa) Fruit Salad

Congo (Kinshasa) Fruit Salad: Sumber Mahadiah

Bahan-bahan:

  • Buah-buahan: avocado, pisang, limau, oren, betik, dan Pear
  • Beberapa helai daun pudina- dicincang
  • 1 cawan kelapa parut- hiasan
  • 2 sudu besar Gula (pilihan)
  • madu (pilihan)

Cara-cara:

  1. Kupas dan keluarkan biji dari buah segar jika perlu, potong buah menjadi kepingan bersaiz gigitan. 

  2. Satukan semua buah dalam mangkuk kaca. 

  3. Masukkan daun pudina, sedikit Gula dan air (yang mencukupi untuk menyaluti buah sahaja).

  4. Kacau perlahan-lahan.

  5. Tutup salad buah dan biarkan selama setengah jam didalam peti ais sebelum dihidangkan. 

  6. Tabur dengan kelapa parut sejurus sebelum dihidangkan.

Resepi Salad Buah Mudah Dan Sedap

RESEPI SALAD BUAH MUDAH DAN SEDAP

Salad Buah Mudah Dan Sedap: Sumber Sayidah Napisah

Bahan-bahan:

  • Buah-buahan (contohnya: buah epal, lai, jambu batu, anggur)
  • Yogurt
  • Susu cair
  • Mayonis

Cara-cara:

  1. Potong ketul-ketul buah-buahan tersebut dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Campurkan yogurt + susu cair + mayonis ke dalam mangkuk tersebut.
  3. Kacau hingga sebati.

Resepi Salad Buah-Buahan Mudah Dan Sedap Cahaya Hayati

Resepi Salad Buah-Buahan Mudah Dan Sedap

Salad Buah-Buahan Mudah Dan Sedap: Sumber Cahaya Hayati

Bahan-bahan:

  • Jagung – rebus terlebuh dahulu
  • Epal hijau – di potong dadu
  • Tomato ceri – di belah 2
  • Timun jepun – di potong dadu
  • Kobis purple – dihiris nipis
  • Mayonis 
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan gaul rata. Sedia dinikmati.

Penutup

Senang kan? Berbanding makan kek atau manisan, eloklah kalau sediakan salad buah-buahan macam ni.

Selain resepi salad ini, anda juga boleh cuba resepi Kerabu:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.