fbpx

15 Resepi Chocolate Chip Cookies Famous Amos Viral (Irresistible And Hypnotic)

Hari ini saya nak kongsi resepi chocolate chip cookies famous amos. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh. Bau coklat chip, aroma coklat memang buat dari jauh pun nak cuba biskut ni. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat. Mudah je nak buat sebenarnya resepi coklat chip ini. Tak perlu pakai mixer, gaul guna spatula pun dan menjadi.

Resepi Biskut Chocolate Chip Che Nom

Resepi Biskut Chocolate Chip

Resepi Biskut Chocolate Chip: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega (227 gram)
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan brown sugar
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 3 cawan tepung (plain flour)
  • 1 1/4 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam (jika guna unsalted butter)
  • 2 cawan semi sweet chocolate chips
  • 1 cawan badam cincang, bakar seketika

Cara-cara:

  1. Panaskan oven ke suhu 170C.
  2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
  3. Masukkan tepung, baking soda dan garam (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), diikuti badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
  4. Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yang sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
  5. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.

Tips:

  • Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.

Resepi Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap Azie Kitchen

Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap

Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan A:

  • 1/4 cawan gula kaster
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan mentega (~+75 gram)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 biji telur gred B
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar susu segar @ susu tepung
  • 1/2 sudu kecil vanilla extract

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum (di ayak)
  • 1 sudu besar serbuk koko (di ayak)
  • 1 sudu besar tepung jagung (di ayak)
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar Nona (boleh ganti dengan 1/2 sudu kecil cuka/ jus lemon)
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan walnut cincang/almond nib (boleh ganti biji bunga matahari)
  • 1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 
  2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
  3. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:

  • Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji).
  • Tips untuk dapat kan cookies yang tak terlalu rapuh – tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras aduna.
  • Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak – selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

Resipi Mudah Coklat Chip Ala Famous Amos Guna Air Fryer

Resipi Mudah Coklat Chip Ala Famous Amos Guna Air Fryer

Resipi Mudah Coklat Chip Ala Famous Amos Guna Air Fryer: Sumber Nur Syamimi

Bahan-bahan:

  • Secawan butter
  • 1 1/4 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 cawan coklat chip
  • 1/2 cawan badam cincang (jika suka)

Cara-cara:

  1. Masukkan butter, telur, gula perang, esen vanila dan gaul sebati menggunakan spatula.

  2. Sudah sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, soda bikarbonat, dan minyak masak, lalu gaul bagi sebati.

  3. Masukkan coklat chip dan badam, kemudian gaul bagi sebati lagi.

  4. Perap dalam peti ais selama 30 minit.

  5. Sapukan acuan Air Fryer dengan majerin dan bulat-bulatkan doh serta letakkan dalam acuan. *Nota kaki: jangan besar sangat bulatkan doh nanti doh kembang, dan jangan tekan doh nanti leper.

  6. Kemudian, bakar pada suhu 160 selama 12 minit.

  7. Bila sudah siap bakar, keluarkan letak dalam besen dulu. Waktu ini doh lembut lagi tau sebab masih panas. Bila doh sejuk, baru doh akan keras. Bila sudah keras dan tidak panas lagi, cuba tekan belakang biskut atau bawah biskut, jika keras maksudnya biskut garing dan cantik masaknya. Siap.

  8. Masa untuk siapkan 1 bacuhan ini dalam sejam lebih dan dapat 2 balang, 1 balang kecil dan 1 balang besar.

Resepi Biskut Chocolate Chip Simple Zakiah Zainudin

Biskut Chocolate Chip Simple

Biskut Chocolate Chip Simple: Sumber Zakiah Zainudin

Bahan-bahan:

  • 1 cawan butter (lebih kurang 230 gram)
  • 3/4 cawan gula kaster
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 biji telur gred A
  • 1 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 2 cawan chocolate chip

Bahan- bahan kering (diayak):

  • 2 1/4 cawan all purpose flour/tepung gandum
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam halus

Cara-cara:

  1. Panaskan oven ke 180 c.
  2. Satukan butter, gula kaster, gula perang, telur dan vanila ke dalam mangkuk pengadun, pukul hingga sedikit kembang & sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan kering dan gaul sebati.
  4. Masukkan pula chocolate chip, jika suka kacang pun boleh masukkan dan gaul sebati.
  5. Gunakan sudu kecil, sudukan ke atas baking paper.
  6. Bakar selama 10 – 15 minit sehingga perang.
  7. Bila dah masak, biarkan dahulu atas baking paper selama 3 minit, kemudian barulah di alih ke atas redai ataupun dulang.

Nota:

  • **bakar pada 15 – 18 minit untuk jadikannya rangup.
  • **Gunakan chocolate chip yang berkualiti supaya rasa cookie lagi sedap.
  • ** guna premium butter macam SCS atau TATURA. Kalau guna BUTTERCUP dan yang sewaktu dengannya, lepas 2-3 minggu baunya macam hapak sikit.
  • **Ada yang bagitau esen vanilla tu gantikan dengan coffee oil atau butter oil, rasanya lagi sedap.

Resepi Famous Amos Chocolate Chip Cookies Rangup Dan Sedap

Famous Amos Chocolate Chip Cookies Rangup Dan Sedap - No Mixer

Famous Amos Chocolate Chip Cookies Rangup Dan Sedap: Sumber Qaseh Honey

Bahan A:

  • 3 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbinat

Bahan B:

  • 250 gram mentega
  • 1 1/4 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur gred A 

Bahan C:

  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 2 cawan coklat chip
  • 1 cawan badam cincang – bakarkan dahulu

Cara-cara:

  1. Satukan bahan A dan ayakkan bersama. Kacau rata dan ketepikan  di dalam mangkuk yang lain, masukkan butter, gula perang, esen vanila dan telur. Gaul rata hingga sebati sahaja (tak perlu kembang).
  2. Masukkan bahan A yang telah di ayak tadi dan minyak jagung. Gaul rata.
  3. Masukkan pula badam cincang dan coklat chip.
  4. Gaul lagi hingga rata tutup mangkuk dengan cling wrap kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Panaskan oven pada suhu 170C. Gliss dulang dengan butter atau alas dengan baking paper. Keluarkan doh dan bentukkan kecil. Jarak-jarak kan doh antara satu sama lain.
  6. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan dengan api atas bawah setelah masak susun di atas redai dan apabila telah sejuk simpan ke dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Coklat Cip Rangup (Crunchy Chocolate Chip Cookies) 

Biskut Coklat Cip Rangup (Crunchy Chocolate Chip Cookies)

Biskut Coklat Cip Rangup: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • 250 gram butter (suhu bilik)
  • 300 gram gula perang
  • 380 gram tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 sudu teh esen vanila
  • 300 gram chocolate chips atau cooking chocolate yang dicincang
  • 100 gram badam cincang (dibakar)
  • 50 gram kacang pecan (dibakar)

Cara-cara:

  1. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda, ketepikan.
  2. Pukul butter bersama gula hingga rata. Kemudian masukkan telur diikuti dengan esen vanila.
  3. Masukkan pula badam dan pecan. Gaul rata.
  4. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga adunan sebati.
  5. Kemudian masukkan coklat cip dah gaul rata. (boleh simpan adunan sekejap di dalam peti ais untuk mengelakkan biskut kembang berlebihan semasa membakar).
  6. Sudukan adunan ke atas loyang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.
  7. Bakar selama 10-12 minit (bergantung kepada saiz biskut) pada suhu 160°c (panaskan oven dulu).
  8. Biarkan biskut sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Famous Amos Azlina Ina Gebu dan Sedap

Resepi Biskut Chocolate Chip Viral, Ala-Ala Famous Amos!

Resepi Biskut Chocolate Chip Viral, Ala-Ala Famous Amos!: Sumber Vitdaily

Bahan-bahan:

  • 250 gram butter suhu bilik

  • 1 1/2 brown sugar

  • 1 biji telur

  • 1 sudu kecil esen vanilla

  • * Tepung Gandum 2 1/2 cawan

  • * Tepung Jagung 2 1/2 cawan

  • * 1 sudu kecil baking powder

  • * 1 sudu kecil soda bikarbonat (Soda bikarbonat ini yang serbuk tu tau, jangan masuk air soda gas tu pulak)

Cara-cara:

  1. Gaul bagi rata guna senduk kayu, jangan pukul bagi kembang. Ni buat biskut bukan bahulu ye, cukup rata sekata je dah okay.

  2. Butter tu tak kisah nak pakai jenama apepun yang penting jangan guna magerin sebab saya tak pernah guna, risau tak jadi pulak. Okay, bila dah rata semua bahan tu masukkan bahan bertanda *.

  3. Lepastu gaul bagi rata semua tu, kemudian masukkan 6 sudu besar minyak masak gaul bagi rata lagi.

  4. Last sekali masukkan 2 cawan coklat chip. Lebih banyak chips lebih sedap, nak tambah kacang pun boleh.

  5. Lepastu dah siap gaul semua bahan dan rata, masukkan dalam peti ais biar 30 minit, lepastu kuarkan balik ambil sudu KFC yang kita selalu makan kentang putar tu bentuk kan dia.

  6. Bulat kecik je ngan ngam size sudu KFC tu. Nanti bila tengah bakar die akan kembang sendiri. Bakar atas api atas bawah suhu 150 selama 20 minit. Kalau suka garing lebihkan masa bakar. Tapi jangan sampai hangit.

Resepi Horlicks Famous Amos Cookies

Resepi Horlicks Famous Amos Cookies

Horlicks Famous Amos Cookies: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 1 buku buttercup
  • 1 1/2 cawan gula castor
  • 1 biji telur
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1 sudu besar soda bikarbonat
  • 1sudu besar baking powder
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1 cawan almond nibs (bakar dahulu dalam 5 minit)
  • 1 cawan beryls milk choc coin
  • 1/2 cawan dark choc chip
  • 1/2 cawan caramel chip 

Cara-cara:

  1. Satukan butter, gula castor, telur dan esen vanilla. Kacau dengan senduk hingga sebati.

  2. Masukkan horlicks, susu tepung, soda bikarbonat, baking soda, tepung gandum dan tepung jagung. Kacau hingga sebati.

  3. Kemudian tuangkan minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan konsisten. Kacau lagi. Adunan akan menjadi sedikit lembik, jangan risau.

  4. Masukkan choc coins, almond nibs, dark choc, caramel chip. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam chiller dalam 15 minit.

  5. Cubit atau masukkan ke dalam piping bag. Bentukkan bulat kecil dan letakkan atas loyang. Bakar dengan suhu 150 degree atau selama 15 minit.

Resepi Biskut Famous Amos Rangup Mewangi Semerbak

Resepi Biskut Famous Amos Rangup Mewangi Semerbak

Resepi Biskut Famous Amos Rangup Mewangi Semerbak: Sumber Dari Dapur

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan gula yang dikisar halus
  • 1/2 cawan gula perang ( brown sugar ) guna yang serbuk
  • 150 gram mentega
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 biji telor Gred A
  • Sedikit garam halus sahaja
  • 1 sudu besar susu segar ( Guna Dhl Low Fat best )
  • 1 sudu kecil teh esen vanilla

Bahan B:

  • 4 cawan tepung gandum * ayak
  • 2 sudu besar serbuk koko * ayak
  • 2 susu besar tepung jagung * ayak
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan kacang walnut yang telah dicincang
  • 2 cawan coklat chips ( pilih yang kurang manis 

Cara-cara:

  1. Menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana , adun semua bahan A ke dalam satu bekas besar sehingga menjadi sebati . Ketepikan seketika. Pastikan bahan yang perlu diayak telah diayak. Selepas itu menggunakan spatula kayu, masukkan satu persatu dan sedikit demi sedkit bahan B seperti tepung gandum terlebih dahulu , barulah serbuk koko dan sebagainya.
  2. Tips – Tepung jagung dimasukkan sehingga adunan menjadi sesuai .Masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung.
  3. Selepas dimasukkan semua bahan , kacau adunan sehingga sebati dan semua bercampur dengan elok. Panaskan oven pada suhu 160’C selama 15 minit. Sementara itu, sudukan adunan dan susun dengan cantik di atas dulang pembakar. Gentel biasa je.
  4. Bakar adunan menggunakan suhu yang sama iaitu 160’C selama 20 minit +- mengikut kesesuaian oven anda. Siap dah biskut Famous Amos yang sangat rangup ni.

Resepi Biskut Badam Coklat Chips

Biskut Badam Coklat Chips

Resepi Biskut Badam Coklat Chips: Sumber Alyaa

Bahan-bahan:

  • 250 gram mentega
  • 70 gram gula halus
  • 80 gram gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 60 gram kacang badam/walnut – dibakar sebentar
  • 40 gram badam/walnut
  • 250 gram coklat chips

Bahan ayak:

  •  300 gram tepung
  • 10 gram serbuk koko
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik 
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 50 gram susu tepung

Cara-cara:

  1. Pukul mentega, gula halus, gula perang dan esen vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan telur kuning, pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan yang telah di ayak perlahan-lahan sambil di pukul.
  4. Campurkan badam dan cip coklat, kemudian imasukkan ke dalam adunan.
  5. Gaulkan rata.
  6. Bentukkan mengikut citarasa dan letakkan di atas dulang yang telah di lengserkan dengan mentega.
  7. Bakar selama 20 minit di dalam oven pada suhu 170 darjah selama 20 minit

Resepi Cookies Chocolate Chip Dengan Walnut atau Pecans

Cookies Chocolate Chip Dengan Walnut atau Pecans

Cookies Chocolate Chip Dengan Walnut atau Pecans: Sumber Diana Rattray

Bahan-bahan:

  • 2 1/2 cawan tepung serba guna
  • 1 sudu baking soda
  • 1/2 garam sudu teh
  • 1/2 cawan gula perang ringan (tegas)
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 mentega cawan (atau marjerin, suhu bilik)
  • 1 pakej (12 auns atau 2 cawan) cip coklat semisweet
  • Pilihan: 1 hingga 2 cawan kacang cincang (atau pecan)

Cara-cara:

  1. Panaskan ketuhar hingga 375 ° F (190 ° C / Gas 5). Letakkan dua helai baking sheet perlahan atau selar dengan kertas kertas atau silikon baking mat.
  2. Tepung tepung, baking soda, dan garam ke dalam mangkuk besar dan kacau untuk campuran. Masukkan gula pasir dan telur coklat, telur, vanila dan mentega.
  3. Dengan pengadun elektrik pada kelajuan sederhana, pukul campuran sehingga halus dan bercampur, kira-kira 1 minit.
  4. Kacau dalam cip coklat dan kacang kenari atau pecan, jika menggunakan.
  5. Dikelaskan dengan sendok makan kira-kira 2 inci, ke atas lembaran pembakar yang disediakan.
  6. Bakar kue dalam ketuhar yang dipanaskan selama 10 hingga 12 minit, atau sehingga ditenun.
  7. Keluarkan cookies chocolate chocolate untuk keren untuk sejuk.

Resepi My Macadamia Chocolate Chip Cookies

My Macadamia Chocolate Chip Cookies

My Macadamia Chocolate Chip Cookies: Sumber Patyskitchen

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula kasar
  • 1 cawan gula merah pasir (brown sugar)
  • 1 biji telur
  • 1 3/4 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda
  • 1 sudu teh vanila
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 1 cawan Macadmia cincang dibakar dulu
  • 1 1/2 cawan chocolate chips

Cara-cara:

  1. Pukul gula (merah dan putih) dengan mentega sehingga sekata lebih kurang 5 minit
  2. Masukkan telur diikuti esen vanila
  3. Masukkan tepung yang telah disatukan dengan soda
  4. Biar sebati dan masukkan chocolate chips dan macadamia
  5. Sudukan adunan dalam loyang pembakar
  6. Bakar pada 170 selama 15 minit atau sehingga kekuningan.

Resepi Biskut Double Chocolate Chips Rangup Che Nom

Resepi Biskut Double Chocolate Chips Rangup

Resepi Biskut Double Chocolate Chips Rangup: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega unsalted (227g), suhu bilik
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3/4 sudu kecil baking soda
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 1/2 – 2 cawan coklat chip (semisweet)
  • 1/2 cawan badam cincang (almond nib), bakar seketika

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking soda dan garam.
  3. Dalam mangkuk berasingan, putar mentega bersama gula kastor dan gula perang sehingga putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang.
  4. Dengan kelajuan perlahan, masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sebati.
  5. Masukkan pula coklat chip dan badam. Kacau sehingga adunan sekata dan rehatkan doh seketika.
  6. Griskan dulang dan lapik dengan kertas baking. Scoop dengan pencedok ice cream atau sudukan adunan di atas dulang dengan jarak yang jauh kerana biskut akan mengembang apabila dibakar.
  7. Bakar selama 15-20 minit.

Nota:

  • Untuk mendapatkan biskut yang lebih tebal tapi rangup, masukkan doh yang sudah di scoop ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.

Resepi Biskut Double Chocolate Chip Ala Famous Amos

Resepi Biskut Double Chocolate Chip Ala Famous Amos

Resepi Biskut Double Chocolate Chip Ala Famous Amos: Sumber Eray Majid

Bahan A:

  • 1/4 cawan gula kaster
  • 1/2 cawan brown sugar (bukan gula merah ye)
  • 1/2 cawan mentega (guna pure butter jenama Anchor)
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 biji telur Gred A
  • 1/4 sudu garam
  • 1/2 sudu besar susu segar / susu tepung
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla

Bahan B: (diayak bersama)

  • 3/4 cawan tepung gandum (diayak)
  • 3/4 cawan tepung jagung (diayak)
  • 3/4 serbuk koko (diayak)
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonate (diayak)
  • 1/2 sudu kecil cream of tar tar (diayak)

Bahan lain:

  • 1 cawan serbuk oat (kisarkan rolled oat sampai dapat satu cawan)
  • 1 cawan chocolate chip (guna semi-sweet jenama Hersey)
  • 1/2 cawan rolled oat
  • 1/2 cawan almond nib (bakar sekejap dalam 3-5 minit)

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 160C.
  2. Campurkan semua bahan A dan gaul menggunakan whisker. Pukul sehingga sebati. Tak perlu sampai kembang.
  3. Masukkan sedikit-sedikit bahan yang telah diayak tadi. MD guna tangan sebab berat kalau guna whisker. Ingat basuh tangan bersih-bersih.
  4. Bila dan sebati masukkan chocolate chip, rolled oat dan almond nib. Dan gaul rata.
  5. Tutupkan adunan dan masukkan sekejap dalam peti sejuk. Dalam 10 minit supaya adunan senang dibentuk.
  6. Boleh guna ice cream scoop yang kecil untuk dapatkan saiz yang sama. Tapi MD takde scoop tu. Lalu cuba gunakan sudu tapi rasa tak laju pula. Akhirnya MD guna jari saje. Cubit adunan besar syiling 0.20 lama dan bulatkan sedikit. Dan susun atas loyang. Ingat jarakkan ye sebab nanti biskut ni mengembang.
  7. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 160C selama 20 minit.
  8. Satu adunan dapatlah dalam 90 biji biskut lebih kurang.  

Nota:

  • Almond nib boleh digantikan dengan chopped almond ataupun guna kekacang lain macam walnut. Ikut suka-suka hati.
  • Jangan lupa panaskan dulu oven untuk dapatkan biskut double chocolate yang cantik.
  • Kalau tak siap nak bakar semua, balutkan adunan dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk.
  • Biskut ni bila keluar dari oven ia agak rapuh. Jadi biarkan sejuk sekejap dalam loyang. Lepas tu baru pindahkan ke atas cooling tray supaya sejuk sepenuhnya.
  • Bila dah sejuk biskut akan mengeras. Bila digigit ia rapuh diluar dan agak chewy di dalam. Dan paling best, coklat chip tu cair bila dimakan. Terasa puas coklatnya.

Resepi Biskut Red Velvet White Chocolate Chips

Resepi Biskut Red Velvet White Chocolate Chips

Biskut Red Velvet White Chocolate Chips: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 3/4 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan mentega, lembutkan
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil vinegar atau cuka makan
  • 1 biji telur Gred A
  • 1 1/2 sudu kecil ekstract vanilla
  • 1 1/2 sudu kecil pewarna merah
  • 3/4 cawan white chocolate chips

Cara-cara:

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung dan baking powder di dalam mangkuk dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan mixer, putar mentega bersama gula kastor dan vinegar sehingga putih dan kembang. Anggaran dalam 3-4 minit.
  3. Masukkan pula telur, esen vanilla dan pewarna merah kemudian pukul sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan separuh white chocolate chip. Separuh lagi digunakan untuk hiasan sebelum dibakar.
  5. Sudukan doh menggunakan ice cream scoop di atas dulang yang telah dilapik dengan kertas minyak. Kalau tak ada ice cream scoop sudu pun boleh cuma saiz harus sekata supaya waktu masak adalah sama.
  6. Masukkan doh yang sudah di scoop tadi ke dalam peti ais selama 15 minit. Ini adalah supaya biskut tidak terlalu nipis dan melebar apabila dibakar.
  7. Bakar pada suhu 160°C selama 9-11 minit. Masa adalah bergantung pada saiz oven dan jenis oven anda.
  8. Angkat dan sejukkan biskut di atas redai. Biskut memang lembut apabila baru masak dan panas, tetapi akan mengeras di waktu proses penyejukan.
  9. Simpan di dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk sepenuhnya.

Penutup

Biskut ini jika pasaraya akan dijual secara gram dan harganya pun agak berpadanan dengan rasanya. Biskut coklat chips sangat crunchy, dan bahan utamanya ialah coklat. Banyak orang menyukai biskut coklat chips kerana bentuknya yang comel dan menarik serta rasa coklat yang sedap.

Leave A Reply

Your email address will not be published.