Hari ini saya nak kongsi resepi Siakap Buttermilk yang simple dan sedap. Confirm menjadi! Rasa yang lemak berkrim, masin dan pedas, pastinya resepi buttermilk ringkas ini disukai ramai. Sesuai untuk suri rumah yang nak belajar resepi baru. Anda juga boleh cuba resepi Siakap Butter Garlic. Kalau anda belum pernah rasa, memang wajib cuba sebab rasa dia memang sedap! Saya memang suka rasa lemak berkrim buttermilk ini. Rasa nikmat sangat bila dihidangkan panas-panas dengan nasi putih.
Resepi Siakap Goreng Dengan Sos Butter
Siakap Goreng Dengan Sos Butter: Sumber Hudamj
Bahan untuk menggoreng ikan:
- Ikan siakap
- Kunyit
- Garam
Bahan untuk membuat sos:
- Sedikit minyak masak
- 1 senduk mentega
- 6 biji bawah putih di potong dadu
- 1 biji bawang besar di potong dadu
- 10 biji cili padi
- 4 tangkai daun kari
- 1 tin susu cair
- Gula dan garam secukup rasa
- Sedikit bancuhan tepung gandum
Cara-cara:
- Goreng ikan siakap sampai garing dan ketepikan.
- Panaskan minyak masak then cairkan mentega.
- Tumis bawang putih sampai naik bau dan tumiskan pula bawang besar, daun kari dan cili padi. Campurkan setin sudu cair dan kacau.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Bila dah gelegak, masukkan bancuhan tepung gandum untuk memekatkan kuah.
- Akhir sekali, tuang kuah di stas ikan siakap yang sudah sedia digoreng tadi.
Resepi Siakap Butter Garlic
Resepi Siakap Butter Garlic: Sumber Khairul Hakimin
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap, dipotong terus ke 4-5 bahagian
- 5 sudu besar butter
- 10 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 ulas bawang besar (Holland lagi sedap)
- 3 tangkai daun kari
- 2 tangkai cili kering
- 1/4 cawan susu segar
- 1/2 biji perahan lemon
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
Cara-cara:
- Basuh bersih ikan, kemudian lumur sikit dengan serbuk kunyit dan garam, kasi goreng macam biasa.
- Dah siap goreng, ketepikan okeh. Simpan supaya suami tak makan.
- Dalam kuali lain, letak 3 sudu besar butter, kasi dia mencair dengan baik. Api kecil sahaja.
- Masukkan bawang putih yang dah dicincang sesuka hati.
- Masukkan bawang besar. Sekali tak ada pula bawang Holland. Boleh guna bawang India. Boleh jaaa.
- Apabila dah nampak keperang-perangan, Masukkan susu segar dan perahan lemon, kacau rata.
- Apabila dah semakin perang, tutup api. Dan kisar semuanya sampai halus.
- Dalam kuali yang sama, masukkan lagi 2 sudu butter.
- Terus tumis bahan kisar tadi dengan gembira.
- Masukkan daun kari dan tangkainya sekali.
- Masukkan cili kering yang digunting menggunakan gunting anak kau. Kacau rata. Masukkan garam dan gula.
- Dah sudah semuanya sebati, masukkan ikan. Kacau lagi.
- Siaaaap! Tutup api, angkat seketul dan ambillah gambar! Haha sedaaaaap! Selamat mencuba!
Resepi Siakap Cheesy Buttermilk
Resipi Siakap Cheesy Buttermilk: Sumber Chef Norzailina Nordin
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap, dibersihkan
- ¼ cawan tepung jagung
- 5 sudu besar mentega
- 2 sudu besar bawang Holland cincang
- 2 ulas bawang putih, dicincang
- 2-3 biji cili padi, hiris
- 1 tangkai daun kari
- 1 cawan Krimer Sejat Cair SAJI
- 3-4 keping keju cheddar
- 1 sudu kecil tepung jagung + air jadi pes
- ½ sudu kecil Garam Gunung SAJI
- ¼ sudu kecil gula
- Minyak Masak SAJI untuk menggoreng
Bahan hiasan:
- Daun ketumbar, daun parsli, ceri tomato, cili padi dll
Cara-cara:
- Cara untuk buat ‘flying fish’ (ikan terbang).
- Salut ikan dengan tepung jagung sebanyak 2 kali.
- Panaskan Minyak Masak SAJI.
- Masukkan ikan perlahan-lahan ke dalam minyak.
- Senduk minyak untuk memasak bahagian atas ikan.
- Apabila ikan masak, angkat.
- Di dalam kuali lain, cairkan mentega.
- Goreng bawang Holland sehingga wangi.
- Masukkan bawang putih, cili padi, daun kari. Kacau sehingga wangi.
- Perlahankan api. Masukkan Krimer Sejat Cair SAJI, keju, Garam Gunung SAJI dan gula kemudian kacau.
- Apabila mendidih, tambah pes tepung jagung.
- Kacau sehingga pekat sedikit. Sendukkan ke atas ikan.
Resepi Siakap Masak Buttermilk, Sedap Jugak!
Siakap Masak Buttermilk, Sedap Jugak!: Sumber Sunah Sakura
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan Siakap
- sedikit serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
Bahan untuk membuat sos:
- Sedikit minyak masak
- 1 senduk mentega
- 6 biji bawah putih di potong dadu
- 1 biji bawang besar di potong dadu
- 10 biji cili padi
- 4 tangkai daun kari
- 1 tin susu cair
- Gula dan garam secukup rasa
- Sedikit bancuhan tepung gandum
Cara-cara:
- Goreng ikan siakap sampai garing dan ketepikan.
- Panaskan minyak masak, cairkan mentega.
- Tumis bawang putih sampai naik bau dan tumiskan pula bawang besar, daun kari dan cili padi.
- Tuangkan susu cair dan kacau.
- Perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa.
- Bila kuah dah mendidih, masukkan bancuhan tepung gandum untuk memekatkan kuah.
- Akhir sekali, tuang kuah di atas ikan siakap yang sudah sedia digoreng tadi.
Resepi Siakap Garlic Butter
Siakap Garlic Butter: Sumber Norashikin Rahmat
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap
- 5 sudu besar butter
- 7 ulas bawang putih – dicincang
- 3-5 biji cili padi
- 1 biji bawang holland
- 1/4 cawan susu full cream
- 2 tangkai daun kari
- 3 tangkai cili kering
- 1 sudu teh garam (secukup rasa)
- 1 sudu teh serbuk kunyit (secukupnya)
- 1/2 sudu teh gula (secukup rasa)
- 1/2 sudu teh serbuk perasa (optional)
- 2 cawan minyak untuk goreng ikan (secukupnya)
Cara-cara:
- Basuh ikan bersih-bersih. Bubuh garam kunyit kemudian goreng sampai masak. Ketepikan sebentar.
- Cairkan 2 sudu butter. Tumis bawang putih, separuh bawang holland dan cili padi sampai layu. Tuangkan susu full cream. Apabila mendidih tutup api. Sejukkan sekejap.
- Masukkan kedalam blender. Blend sampai hancur.
Panaskan baki mentega dalam kuali. Tumis baki bawang holland sampai layu, masukkan daun kari dan cili kering. Tumis lagi. Masukkan pula bahan blender tadi. Masak sampai agak kering, masukkan ikan siakap yang telah digoreng. Gaul sebati. Bolehlah padamkan api.
Siakap Garlic Butter sedia untuk dihidang.
Penutup
Ikan siakap juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Macam-macam yang kita boleh masak dengan ikan Siakap ini, antaranya masakan Miang Pla Pao, Ikan Bakar Berempah, Ikan Masam Manis (Sweet Sour). Anda juga boleh cuba resepi Buttermilk lain seperti resepi ayam buttermilk, ikan buttermilk dan udang buttermilk dalam Resepi Buttermilk Sedap!
Anda juga boleh cuba resepi ini:
- Resepi Ikan Keli Berlada
- Resepi Ikan Bakar Portugis
- Resepi Ikan Masak Cuka
- Resepi Singgang Ikan